Kini, semakin ramai golongan muda juga terdedah kepada risiko serangan jantung tambahan lagi yang aktif bersenam.
Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Dr. Mohammad Farhan Rusli, menyatakan bahawa tidur yang tidak berkualiti juga boleh menjadi punca kepada serangan jantung dalam jangka panjang.
Senaman Berat Waktu Malam Boleh Jadi Punca Serangan Jantung : Pakar Perubatan
Serangan Jantung Boleh Berlaku Jika Bersenam Berat Waktu Malam : Pakar Perubatan
“Bagi kebanyakan orang, senaman yang dilakukan dengan betul atau pada masa yang sesuai tidak akan mengakibatkan masalah kesihatan yang serius.
“Penting untuk kita mengetahui isyarat tubuh sendiri dan berunding dengan doktor sebelum memulakan sebarang aktiviti serta senaman yang intensif.
Ads
“Ini termasuk berlatih untuk pertandingan Ironman atau maraton yang panjang dan sebagainya,” katanya.
Pada Ahad lepas, dunia dikejutkan dengan berita duka pemain badminton remaja China, Zhang Zhi Jie, yang disahkan meninggal dunia sekitar jam 11.20 malam akibat serangan jantung ketika beraksi dalam Kejohanan Badminton Remaja Asia (BAJC) 2024 di Yogyakarta, Indonesia.
Pada Ahad lepas, dunia dikejutkan dengan berita duka pemain badminton remaja China, Zhang Zhi Jie, yang disahkan meninggal dunia sekitar jam 11.20 malam akibat serangan jantung
Dr. Mohammad Farhan menjelaskan bahawa senaman berat boleh meningkatkan tekanan fisiologi terhadap tubuh individu.
Ads
Katanya lagi, ia mungkin menyebabkan kadar kortisol atau hormon stres bertambah dan memberi tekanan berlebihan kepada sistem kardiovaskular.
“Apabila mereka melakukan senaman terlalu dekat dengan waktu tidur, ia boleh meningkatkan hormon stres pada tubuh masing-masing.
Ads
“Masalah tersembunyi seperti penyakit jantung juga mungkin tidak diketahui, dan boleh menjadi penyebab rebah semasa bermain sukan,” ujarnya.
Dalam pada itu, Dr. Mohammad Farhan menasihati orang ramai untuk menjalani saringan kesihatan yang komprehensif secara berkala untuk mengenal pasti penyakit pada peringkat awal, sekali gus mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.
Musim durian tiba lagi, dan bagi ramai lelaki Maskulin, inilah waktu paling dinanti untuk ‘melantak’ buah berduri yang digelar raja segala buah ini. Namun, dalam keghairahan menikmati keenakannya, ada peringatan penting daripada pakar kesihatan bahawa bukan semua orang boleh makan durian sepuas hati.
Menurut Dr. Safiya Amaran, Pakar Kesihatan Perubatan Awam, terdapat tiga golongan lelaki yang perlu hadkan pengambilan durian, demi menjaga kesihatan dan mengelakkan risiko komplikasi serius. Beliau menasihatkan agar individu ini mengambil satu hingga dua ulas sahaja bagi setiap hidangan.
Semakin meningkat usia, semakin perlahan kadar metabolisme badan. Fungsi organ seperti jantung, buah pinggang dan pankreas juga tidak lagi setegas waktu muda. Maka, pengambilan makanan tinggi gula dan kalori seperti durian perlu dikawal.
“Lelaki berusia 50 tahun ke atas perlu lebih berhati-hati kerana sistem badan mereka tidak setangguh dahulu,” jelas Dr. Safiya.
Jika anda dalam kategori ini, jangan jadikan durian sebagai snek harian. Kawal nafsu makan, dan seimbangkan dengan aktiviti fizikal secara konsisten.
Ramai lelaki Maskulin masih lagi bergelut untuk tinggalkan tabiat merokok. Tapi tahukah anda, gabungan durian dan rokok boleh jadi kombinasi berbahaya?
Durian mempunyai sifat ‘menghangatkan’ badan, dan bila digabung dengan bahan toksik daripada rokok, ia boleh menyebabkan tekanan pada jantung dan salur darah.
“Perokok tegar berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi seperti strok atau serangan jantung jika makan durian secara berlebihan,” tegas Dr. Safiya.
Tip Maskulin:
Kalau anda belum berhenti merokok, hadkan pengambilan durian. Lebih baik, berhenti merokok terus dan nikmati hidup sihat yang lebih berkualiti.
Antara penyakit kronik yang biasa menyerang lelaki termasuklah diabetes, darah tinggi, kolesterol tinggi dan sakit jantung. Buat golongan ini, makan durian tanpa had adalah seperti bermain dengan api.
Walaupun durian mempunyai Indeks Glisemik (GI) yang rendah (sekitar 49) kerana tinggi serat, kandungan gula dan kalorinya tetap tinggi antara 130 hingga 253 kcal untuk 155 gram.
Menurut Dr. Safiya, makan durian secara berlebihan boleh melonjakkan paras gula dalam darah dan memberi tekanan kepada jantung, sekali gus meningkatkan risiko angin ahmar (stroke).
Sihat itu satu aset. Makan durian bukan salah, tapi makan secara berlebihan tanpa ambil kira faktor kesihatan diri boleh jadi padah. Sebagai lelaki moden, kita kena kenal tubuh sendiri dan bijak buat pilihan.
Jika anda tergolong dalam mana-mana tiga golongan yang disebut tadi – berusia lebih 50 tahun, perokok tegar, atau ada penyakit kronik – dengarlah nasihat pakar. Hadkan kepada satu atau dua ulas sahaja, dan elakkan gabungan durian dengan minuman manis, berkafein atau makanan berlemak lain.
Gula ialah sumber tenaga utama untuk badan. Apabila anda makan gula ia dipecahkan menjadi glukosa yang digunakan sebagai bahan bakar sel.
Tapi pengambilan gula berlebihan boleh jadi masalah besar kerana ia bukan sahaja menyumbang kepada obesiti, malah meningkatkan risiko penyakit kronik seperti diabetes jenis 2, penyakit jantung dan kerosakan hati.
Kajian oleh American Heart Association (AHA) menunjukkan pengambilan gula tambahan yang tinggi berkait rapat dengan pelbagai penyakit metabolik dan masalah kesihatan lain.
Mengikut panduan kesihatan global dan kajian terkini, jumlah gula yang disyorkan untuk lelaki berbeza mengikut umur dan tahap aktiviti. Berikut pecahan anggaran pengambilan gula tambahan (bukan gula semulajadi dalam buah dan sayur) dalam sudu kecil:
Lelaki 18-25 Tahun: Pada usia muda, metabolisma masih tinggi, tetapi pengambilan gula harus dikawal agar tidak menjejaskan kesihatan jangka panjang. Jumlah gula tambahan yang disyorkan adalah sekitar 6 sudu kecil sehari (kira-kira 25 gram gula tambahan). Ini sejajar dengan panduan AHA untuk lelaki dewasa yang aktif.
Lelaki 26-35 Tahun: Di usia ini, metabolisma mulai perlahan sedikit, terutama jika gaya hidup kurang aktif. Hadkan pengambilan gula kepada sekitar 5 sudu kecil sehari (kira-kira 20 gram) untuk elak kenaikan berat badan dan masalah metabolik.
Lelaki 40-55 Tahun: Lelaki dalam lingkungan umur ini lebih berisiko untuk penyakit berkaitan gula berlebihan seperti kencing manis dan penyakit jantung. Pengambilan gula disarankan dikurangkan kepada maksimum 4 sudu kecil sehari (sekitar 15 gram) bagi mengawal paras gula darah dan menjaga kesihatan jantung.
Pengambilan gula berlebihan menyebabkan lonjakan insulin berterusan. Ini seterusnya boleh membuatkan badan menjadi kurang sensitif pada insulin di mana ia salah satu langkah awal menuju diabetes.
Selain itu, pengagula juga meningkatkan keradangan dan menyebabkan kerosakan pada saluran darah serta organ penting.
Gula tambahan dari minuman manis dan makanan proses merupakan punca utama masalah ini.
Gantikan minuman bergula dengan air kosong atau teh tanpa gula.
Elak makanan ringan dan pencuci mulut yang tinggi gula.
Sentiasa semak label makanan untuk kandungan gula tersembunyi.
Masak sendiri supaya lebih kawal kandungan gula.
Nak jaga badan dan kesihatan gula perlu dikurangkan bermula hari ini juga. Ingat, bukan semua gula sama, tapi gula tambahan yang berlebihan memang musuh nombor satu. Jangan tunggu sakit baru nak berubah!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Cuti sekolah ni mestilah anda semua dah ada perancangan untuk meluangkan masa bersama keluarga. Mesti ada yang dah rancang nak pergi bercuti, balik kampung dan juga yang dah mula terfikir untuk bawa anak lelaki untuk berkhatan.
Sebagai bapa, anda perlu memahami sepenuhnya prosedur sunat, risiko, dan manfaatnya.
1. Stop tipu anak cakap “sunat tu tak sakit”. Tell them the truth. Dan dalam masa yang sama, ulang2 kebaikan dan ganjaran yang dia dapat lepas sunat.
2. Jangan momokkan sunat sebagai denda atau hukuman bila anak buat salah. Contohnya, “Siap kau. Satgi mak sunatkan kau baru tahu!”
3. Ada banyak kaedah sunat: Smart Clamp, Jahitan, Sutureless, etc. Do some readings dan pilihlah yang paling kena dengan keadaan fizikal anak dan kemampuan kewangan. Jumpa doctor dan tanya betul2 dulu. Jangan setakat ikut cakap2 orang. Jiran sebelah guna teknik clamp, kau pun nak clamp. Si Abah guna batang pisang masa sunat tahun 1988 dulu, kau pun nak anak guna batang pisang. Tanya doktor dulu. Yang nak disunatkan ialah burung si anak, bukan burung abah atau burung jiran sebelah.
4. Tak salah nak bagi reward untuk raikan anak sunat. Bagi la hadiah apa pun. Tapi yang paling penting, fahamkan anak tentang kebaikan sunat itu sendiri. Hadiah tu sampingan je, tapi manfaat yang lebih besar adalah daripada proses sunat tu sendiri.
1. Sebelum masuk bilik bedah, make sure anak dah makan, dah buang air dan dah bersihkan diri.
2. Teman anak kat bilik bedah dan tenangkan dia supaya tak meronta.
3. Ajar anak teknik pernafasan masa cucuk bius untuk minimize rasa sakit.
4. Jangan sesekali cakap kat anak, “Jangan nangis. Anak lelaki mana boleh nangis. Malu orang tengok.” Nonsense! Biarkan anak menangis. Itu fitrah manusia. Orang tengah sakit, takkan nak expect dia senyum pulak?
5. Nak bagi gajet masa sunat? Terpulang. Mungkin berguna juga. Banyak kajian menunjukkan screen time boleh bertindak sebagai “painkiller” dan hilangkan sakit dalam masa 3 saat. Tapi bagi saya, bila lagi anak nak belajar manage rasa sakit kalau bukan time sakit itu sendiri. Lagipun proses sunat tak ambil masa lama. 10-15 minit je.
1. Penjagaan lepas sunat bergantung kepada kaedah yang digunakan. Tapi benda basic yang parents kena tahu: tempat luka potong tu perlu sentiasa kering untuk elakkan infection. Lepas buang air atau lepas mandi, kena letak anak kat tempat berangin supaya cepat kering. Ada yang suggest guna hair dryer (without heat) atau kipas USB tu.
2. Kalau doktor ada bagi antibiotic, makan ikut masa yang ditetapkan. Doktor yang sunat Haikal tu cakap, banyak kes yang burung swollen dan infected sebab tak makan antibiotic. Hmm kesian burung .
3. Rancang aktiviti masa anak “berpantang”. 3-4 hari pertama anak akan banyak baring je. So diorang akan rasa bosan kalau takde aktiviti. So selain tengok TV, main game, dan main phone, rancang la jugak aktiviti lain yang boleh dibuat sambil baring. Macam Haikal, dia banyak main Haikal’s Game Book, main lego dan baca buku. Sebelum sunat memang dah standby banyak2 buku baru untuk dia baca. Haikal selalunya lepas 1-2 hours TV, dia akan switch off sendiri dan cakap “i need to refresh my brain.” Ok whatevsss
4. Bab makan, seminggu pertama tu pantang dulu makan udang, sotong, kerang, ketam, telur, etc. Banyakkan ikan isi putih dalam menu anak. Seeloknya ikan haruan. Macam Haikal, memang hari2 makan haruan. Tapi saya variasikan cara masakan. Haruan sup, haruan bakar, haruan goreng, haruan stim, haruan masak kicap, haruan kari, etc. Andd banyakkan makan buah. Vitamin C boleh cepatkan penyembuhan.
5. Cara basuh kencing: Boleh guna syringe atau isi air dalam mangkuk kecik (campur sikit dengan saline solution) dan rendamkan hujung ? beberapa kali sampai yakin bersih.
Ok dah. Tu je.
Fuhh dah lama tak tulis pepanjang cemni.
Semoga perkongsian saya ni dapat beri kebaikan kepada ibu bapa yang plan nak sunatkan anak masing2 tak lama lagi.
Kepada anak2 yang bakal bersunat–
GOOD LUCK.
Jangan risau, sunat tu tak sakit pun.
Macam kena gigit semut jurrr..
BAHAHAHAH.
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.