Latihan kecergasan yang menggunakan tenaga dan stamina tubuh secara maksima bagi menghasilkan kesan sangat efektif buat otot dan tubuh secara berkesan. Disebabkan itulah ramai lelaki memilih untuk melakukan senaman CROSSFIT.
Buat anda yang mungkin tak berapa tahu, crossfit merupakan jenis senaman yang efektif bagi menghasilkan badan yang fit. Sesiapa sahaja tak kira peringkat umur dan jantina boleh melakukannya. Cuma apa yang membezakan iaah kemampuan fizikal serta tahap kesukarannya.
Crossfit juga merupakan program senaman yang menggabungkan pelbagai pergerakan dalam tempoh masa tertentu. Kali ini MASKULIN ingin kongsi empat jenias teknik senaman crossfit yang boleh anda lakukan di rumah atau gimnasium.
Efektif dengan melakukan pergerakan pantas pada keseluruhan otot tubuh nyata memberikan kesan secara menyeluruh. Lakukan deadlift dengan mengangkat bebanan yang anda mampu lakukan bergantung kepada kekuatan tubuh dan stamina yang dimiliki.
Lakukan burpee over bar secara berselang dengan deadlift dengan kiraan 5-4-3-2-1 . Turunkan tubuh anda ke permukaan lantai dengan kaki menjurus ke belakang di sebelah deadlift. Lakukan push up lantas berdiri semula dan melompat ke bahagian lain deadlift dengan mengulangi pergerakan yang sama.
Kettlebell mempunyai beberapa jenis bebanan dan pilih berat yang mampu anda lakukan. Hayunan kettlebell mampu memberi rengan kepada keseluruhan otot utama tubuh anda. Lakukan dengan mengangkat kettlebell dengan kedua belah tangan dan mulakan hayunan hingga ke posisi 70 darjah. Lakukan secara berulang dari kiraan 20-10-5.
Kekal menggunakan kettlebell dengan mengaplikasikan sifat fizikal bebanan yang dimiliki. Lakukan squat sambil memegang kettlebell dengan menggunakan kedua belah tangan dan bawa kettebell ke paras dada. Lakukan secara berulang dari kiraan 20-10-5.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ayuh mulakan rutin sihat di waktu pagi kalau anda nak berat mudah turun. Ini kerana pada waktu pagi banyak aktiviti sihat yang boleh anda lakukan untuk mengeluarkan peluh dan kekal bertenaga sepanjang hari.
Kajian yang diambil dari livestrong.com menemukan jika anda lakukan beberapa perkara di waktu pagi, boleh membuatkan berat badan anda mudah turun sedikit demi sedikit.
Ini 7 perkara wajib anda buat di waktu pagi kalau nak berat badan mudah turun.
Sebuah kajian yang diterbitkan dalam Journal of Obesity mengatakan orang yang bangun awal pagi ada kecenderungan untuk mudah kurus kerana memiliki pola makan yang baik. Malah jika anda bangun awal dan jumlah tidur mencukupi, anda akan makan sedikit di pagi hari. Jika jumlah tidur anda kurang, anda akan makan lebih banyak kalori, gula dan lemak berbanding orang yang bangun lebih awal. Satu kajian lain dari University of Toronto juga menemukan bahawa orang yang bangun awal pagi memiliki peluang untuk lebih bahagia dan bertenaga sepanjang hari. Orang yang bangun sebelum jam 7 pagi memiliki tenaga positif sekitar 19-25% lebih banyak berbanding orang yang bangun lambat.
Selepas bangun tidur, jadikan amalan minum dua gelas air putih sebagai rutin. Selain membantu untuk menghidrasi tubuh setelah anda tidur semalaman, minum air putih juga membantu untuk mengawal nafsu makan. Beberapa kajian menunjukkan, orang yang rajin minum air putih di pagi hari memiliki BMI yang lebih rendah dari waktu ke waktu. Selain itu, jurnal Obesity juga mengatakan bahawa berat badan mampu turun sebanyak 44% jika anda minum dua gelas air sekitar 30 minit setiap kali anda makan menu berat.
Cahaya matahari penting untuk tubuh badan. Terdedah kepada cahaya matahari di waktu pagi dapat memperbaiki ritme sirkadian dalam tubuh badan anda. Ia berkaitan dengan kemampuan tubuh untuk mengawal rasa lapar atau mengaktifkan sistem metabolisme. Bahkan jika anda keluar ketika matahari pagi selama lebih kurang 20 minit dalam sehari, akan mengaktifkan hormon pembakar lemak serta mengecilkan hormon yang merangsang rasa lapar dan nafsu makan anda.
Setelah bangun pagi, cuba gerakkan tubuh anda melakukan aktiviti seperti berjalan cepat, bersenam atau beryoga. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Medicine & Science in Sports & Exercise mengatakan bahawa orang yang rajin berjalan-jalan di waktu pagi sekurang-kurangnya selama 45 minit mempunyai berat badan yang lebih terkawal. Bukan sahaja untuk kesihatan, malah melakukan aktiviti bersenam di waktu pagi juga dapat memperbaiki emosi anda.
Jangan sesekali mengabaikan atau melewatkan sarapan pagi kerana ia membantu dalam menyediakan tenaga yang anda perlukan sepanjang hari. Jika anda ingin berat badan terjaga, sarapanlah dengan telur atau menu lain yang tinggi protein. Ini kerana sumber makanan yang kaya dengan protein akan membuatkan anda rasa lebih kenyang, menyekat hormon penyebab anda rasa lapar dan meningkatkan sistem metabolisme dalam tubuh badan.
Minum teh hijau menjanjikan gaya hidup sihat. Ia adalah antioksidan yang hebat untuk membantu membakar lemak, mencegah nafas berbau, melindungi penyakit jantung dan mempunyai sifat anti-penuaan. Untuk mendapatkan kesan antioksidan yang optimum, teh hijau sebaiknya diminum 30-45 selepas makan. Elak minum teh hijau ketika perut masih kosong kerana kafein yang terkandung di dalamnya mampu menyebabkan anda dehidrasi.
Menimbang berat badan pada waktu pagi hari merupakan perkara penting jika anda ingin menjaga tubuh. Kajian yang diterbitkan oleh Journal of Academy of Nutrition and Dietetics melaporkan bahawa orang yang rutinnya menimbang berat badan di waktu pagi cenderung kehilangan berat badan 3 kali lebih banyak berbanding orang yang jarang menimbang badan. Waktu terbaik untuk menimbang berat badan anda adalah sejurus selepas anda bangun tidur.
Sebut sahaja peria , pastinya ramai yang membayangkan kepahitannya. Bak kata orang tua yang pahit itulah ubat. Peria atau nama saintifiknya Momordica charantia diakui sejak zaman dahulu lagi akan khasiatnya dalam perubatan tradisional berasaskan herba.
Terdapat dua jenis peria iaitu peria biasa yang berbentuk panjang dan juga peria katak yang bersaiz lebih kecil. Kebiasaannya, pokok peria ini mudah didapati di negara-negara beriklim tropika yang panas dan khatulistiwa seperti di negara kita, Indonesia, Sri Lanka, India dan Filipina.
Sayur peria amat diminati oleh masyarakat Cina. Walaupun pahit tetapi mempunyai banyak khasiat. Bagi mengurangkan rasa pahit, peria direndam dalam air garam terlebih dahulu sebelum dimasak.
Habitat pokoknya memanjat menggunakan sulur paut manakala daunnya bersaiz sederhana mengandungi lima cuping dan berbau langu. Bunganya berwarna kuning sementara buahnya pula ada yang berbentuk panjang dan bujur, bergantung kepada benih dan jenisnya, namun yang pasti peria mempunyai kulit yang berkedut-kedut.
Berdasarkan kajian, setiap 100 gram peria mengandungi 0.8 gram protein untuk membina tisu badan, 2.9 gram karbohidrat untuk tenaga, 0.9 gram fiber untuk penghadaman dan 56 miligram kalsium untuk menguatkan gigi dan tulang.
Lain-lain kandungan peria ialah lemak dan mineral. Peria juga boleh mencuci darah kotor yang menyebabkan bisul, kudis buta dan gatal-gatal. Caranya ialah dengan meminum segelas perahan buahnya yang dicampur dengan perahan limau nipis. Lakukan amalan ini selama tiga hingga empat bulan. Ini boleh membantu mereka yang mengalami masalah gout, lelah, darah tinggi dan kencing manis. Bagi mereka yang mengalami masalah ketagihan alkohol, anda boleh cuba meminum perahan daunnya.
Perahan yang sama juga boleh digunakan untuk mengubati buasir. Caranya ialah mencampurkan perahan air daun peria dengan segelas susu dan amalkan selama sebulan; manakala akarnya dilumatkan dan airnya disapukan pada bahagian buasir.
Walaupun pahit, peria mengandungi tonik yang bertindak sebagai julap dan membuka selera makan. Selain itu, ia juga boleh dijadikan ulam oleh wanita yang baru bersalin untuk menambah susu badan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang