Bukan hanya lelaki di usia 30 hingga 60 tahun, kini ramai juga lelaki muda yang menderita dengan penyakit gout. Ia berpunca daripada gaya pemakanan yang tidak terkawal, selain tidak aktif melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh.
Asid urik merupakan kumuhan yang terhasil daripada protein purin. Apabila asid ini berlebihan di dalam badan, ia akan terkumpul dalam kawasan sendi seperti di ibu jari, belakang kaki, buku lali, lutut dan beberapa kawasan sendi yang lain. Selain perubatan moden, rawatan tradisional yang menggunakan bahan semula jadi turut dijadikan alternatif bagi mengubati gout.
Ustaz Md Rosdi Hasan di laman Facebooknya berkongsi petua mudah mengeluarkan asid urik dari sendi kaki yang bermasalah dengan gout menggunakan buah nona.
Jom ikuti perkongsiannya.
Ads
CARA MENGELUARKAN ASID URIK
Siapa sangka buah nona boleh menyedut Asid Urik dari sendi kaki kita yang bermasalah dengan gaut.
Asid urik ini adalah salah satu dari komponen karbon, nitrogen, hidrogen dan oksigen.
Ads
Bila asid ini berkumpul di sendi, kita akan merasa sakit yang tidak terbayang, orang yang biasa jadi gaut sahaja pandai menceritakannya bertapa sakit bila di serang gaut.
Di muka buku ini saya nak ajar bagaimana nak mengeluarkan asid ini dengan cara mudah.
2. Lalu hancurkan buah tersebut dan tampal pada tempat yang sakit. Kalau boleh balut tempat yang ditampal dengan buah nona itu supaya buah yang hancur itu tidak jatuh bila kita tidur.
3. Buat pada waktu malam semasa hendak tidur, jangan terkejut bila bangun pada pagi keesokannya isi buah tadi menjadi hitam kemerahan dan tempat yang sakit pula tidak sakit lagi seperti semalam.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
“Berikutan kekangan masa yang saya hadapi, untuk mengekalkan bentuk badan seperti sebelum ini amatlah sukar. Saya terlalu sibuk dengan rutin harian saya. Namun saya senantiasa mencari masa terluang untuk saya keluarkan peluh. Sebagai contoh, saya akan rajinkan diri saya dengan aktiviti luar seperti joging. Kekerapan ke gimnasium kini juga semakin berkurangan, sebaliknya lakukan latihan Martial Arts setiap minggu demi mendapatkan bentuk tubuh yang menarik.”
PENAMPILAN DIRI BUKAN UNTUK GOLONGAN SELEBRITI SAHAJA
“Penampilan ini sebenarnya untuk semua orang, tak kiralah dia seorang selebriti ataupun sesiapa sahaja. Tiada masalah jika anda selekeh di khalayak ramai, namun jangan pula melatah bila ada yang mengata penampilan anda. Penampilan diri mencerminkan diri anda yang sebenar. Dalam pada masa yang sama, jika anda sentiasa bersih dan mempunyai penampilan yang kemas, orang sekeliling turut selesa untuk mendekati anda.”
MINAT DALAM FITNESS
“Sejak zaman sekolah lagi saya mula terlibat dalam bidang kecergasan. Kami adik-beradik sering kali menonton filem-filem barat yang banyak bermain dengan Martial Arts dan aksi lasak. Dari situ, kami terpukul untuk menyertai bidang kesihatan. Bila kami belajar dengan lebih dekat tentang urusan kecergasan ni, kami tahu yang ia bukan sahaja membantu dalam meningkatkan stamina, malah ia dapat membuatkan anda rasa segar dan bertenaga sepanjang hari.”
LATAR BELAKANG KELUARGA FAKTOR UTAMA
“Mungkin ramai yang berpendapat, genetik keluarga memainkan peranan penting dalam kesihatan seseorang. Saya akui ayah saya mempunyai penyakit tiga serangkai, namun ia tidak memberi jaminan seluruh ahli keluarga akan menerima penyakit yang sama. Jika salah seorang ahli keluarga anda terlibat dalam penyakit kronik, maka anda sudah boleh mengambil inisiatif untuk mengubah gaya pemakanan anda.”
CARA PEMAKANAN
“Disebabkan terlalu sibuk dengan jadual seharian, saya akan pastikan makanan yang diambil tidak mengandungi kuantiti minyak yang berlebihan. Paling penting, minum air secukupnya, kerana air itu sedikit sebanyak mempunyai detoks yang berfungsi untuk menyihatkan tubuh badan anda. Nasi saya ambil seperti biasa, namun ia perlu diambil dalam anggaran yang tepat, tidak perlu berlebihan jika hari itu saya tidak terlalu sibuk bekerja.”
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Apabila bercakap tentang menurunkan berat badan, antara persoalan yang paling kerap timbul ialah sama ada seseorang perlu lebih banyak melakukan senaman kardio atau memberi tumpuan kepada latihan bebanan.
Ada yang sanggup berlari berjam-jam di atas treadmill kerana percaya lebih banyak berpeluh bermaksud lebih cepat kurus. Dalam masa sama, ada pula yang hanya mengangkat berat di gimnasium kerana yakin otot mampu membakar lebih banyak kalori.
Jadi, yang mana sebenarnya lebih berkesan?
Jawapannya mungkin tidak seperti yang ramai sangka. Menurut beberapa kajian terkini, kedua-dua jenis latihan mempunyai kelebihan tersendiri dan hasil terbaik sebenarnya datang apabila kedua-duanya digabungkan dengan pemakanan yang seimbang.
Senaman kardio seperti berlari, berbasikal, berenang atau berjalan pantas sememangnya sangat berkesan untuk membakar kalori ketika sesi latihan berlangsung.
Semakin tinggi intensiti senaman, semakin tinggi penggunaan tenaga oleh tubuh.
Menurut American College of Sports Medicine (ACSM), aktiviti aerobik intensiti sederhana hingga tinggi membantu meningkatkan penggunaan tenaga harian dan menyokong penurunan berat badan apabila digabungkan dengan defisit kalori.
Sebagai contoh, seseorang seberat sekitar 70 kilogram boleh membakar kira-kira:
Sebab itu ramai memilih kardio apabila mahu melihat penurunan berat badan dalam tempoh singkat.
Walaupun latihan bebanan biasanya membakar kalori lebih sedikit semasa sesi latihan, kelebihannya muncul selepas anda meninggalkan gim.
Proses membaiki dan membina semula tisu otot memerlukan tenaga tambahan. Fenomena ini dikenali sebagai Excess Post-exercise Oxygen Consumption (EPOC) atau afterburn effect.
Kajian yang diterbitkan dalam Journal of Strength and Conditioning Research menunjukkan latihan rintangan mampu meningkatkan kadar metabolisme selama beberapa jam selepas latihan selesai.
Selain itu, semakin banyak jisim otot dimiliki, semakin tinggi kadar metabolisme rehat (Resting Metabolic Rate).
Ini bermaksud tubuh akan membakar lebih banyak kalori walaupun ketika sedang berehat.
Ramai masih takut melakukan latihan bebanan kerana bimbang badan menjadi terlalu berotot.
Hakikatnya, membina otot dalam jumlah yang besar memerlukan latihan yang sangat spesifik, pemakanan tertentu dan tempoh yang panjang.
Bagi kebanyakan individu, terutama wanita, latihan bebanan lebih banyak membantu menghasilkan tubuh yang lebih kemas, meningkatkan kekuatan dan memperbaiki komposisi badan.
Menurut National Strength and Conditioning Association (NSCA), latihan rintangan membantu mengekalkan jisim otot ketika proses penurunan berat badan, sekali gus mengelakkan kehilangan otot yang sering berlaku apabila hanya bergantung kepada diet atau kardio semata-mata.
Ramai kecewa apabila angka pada penimbang tidak banyak berubah walaupun rajin ke gim.
Sebenarnya, berat badan bukan satu-satunya penanda kejayaan.
Apabila lemak berkurangan dan otot bertambah, berat badan mungkin kekal hampir sama kerana otot lebih padat berbanding lemak.
Namun perubahan itu biasanya dapat dilihat melalui ukuran pinggang yang semakin kecil, pakaian yang semakin longgar dan bentuk badan yang lebih kemas.
Sebab itu ramai pakar kecergasan kini lebih menitikberatkan body composition berbanding hanya melihat angka pada penimbang.
Satu kajian yang diterbitkan dalam Obesity Reviews mendapati individu yang menggabungkan latihan kardio dan latihan bebanan memperoleh penurunan lemak yang lebih baik sambil mengekalkan jisim otot berbanding mereka yang hanya melakukan salah satu jenis latihan.
Pendekatan ini turut membantu meningkatkan kecergasan kardiovaskular, kekuatan, keseimbangan serta mengurangkan risiko kecederaan.
Sebagai panduan, seseorang yang ingin menurunkan berat badan boleh mempertimbangkan rutin berikut:
Jika matlamat anda ialah membakar kalori dengan segera, senaman kardio mempunyai kelebihan.
Namun jika mahu meningkatkan metabolisme, mengekalkan otot dan mendapatkan bentuk badan yang lebih kemas dalam jangka panjang, latihan bebanan menawarkan lebih banyak manfaat.
Hakikatnya, perdebatan antara kardio dan latihan bebanan tidak lagi begitu relevan.
Yang lebih penting ialah memilih bentuk senaman yang mampu dilakukan secara konsisten.
Kerana program kecergasan terbaik bukanlah yang membakar paling banyak kalori dalam sehari, tetapi yang masih mampu anda lakukan enam bulan, malah setahun kemudian.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Banyak artikel yang kita dengar tentang keburukan merokok dan tip-tip berenti merokok, tapi jarang pula kita disajikan tentang artikel tentang langkah demi langkah yang tepat untuk dipraktikkan. Sudah tentu, semua orang sedar bahawa beberapa penyakit paru-paru adalah kesan utama daripada merokok, dan ini termasuk menyebabkan asma anda menjadi lebih teruk. Perokok juga 12 hingga 13 kali ganda terdedah kepada kematian akibat penyakit paru-paru berbanding mereka yang bukan perokok.
Kali ini kami kongsikan minuman berasaskan bahan semula jadi dikatakan membantu dalam pembersihan paru-paru.
Merokok pasti boleh memusnahkan kehidupan. Ia akan menjadi sukar untuk mengekang tabiat buruk ini tetapi perokok perlu cuba untuk berhenti dan mengurangkan risiko mendapatkan penyakit yang disebutkan di atas. Dan untuk membantu anda membebaskan diri daripada nikotin dalam tubuh anda, anda boleh meminum minuman sihat yang pakar mendakwa berkesan dalam membersihkan paru-paru anda.
Untuk menyediakan minuman pembersih paru-paru, sediakan bawang, kunyit, bawang putih, satu liter air, stevia dan madu. Mula dengan meletakkan pemanis ke dalam air dan biarkan ia mendidih. Potong halia dan bawang dan masukkannya ke campuran air. Biarkan ia reneh sedikit.
Mula menambah kunyit ke dalam air, kemudian anda perlu membiarkan ia selama kira-kira 6 minit. Biarkan ia sejuk sebelum menyimpannya di dalam peti sejuk. Minum dua sudu sekali dan dua kali sehari – sekali pagi dan sekali petang. Tetapi ingat bahawa minuman ini tidak akan menyembuhkan sebarang penyakit yang sedia ada.
Kongsi ini dengan rakan dan keluarga anda.
Sumber: Elite Readers
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
BYD SEALION 7 2026 kini hadir dalam tiga varian dengan jarak sehingga 650 kilometer, pengecasan lebih pantas dan harga bermula RM159,800 untuk pelanggan terawal.