Bayar bil telefon bulan-bulan sampai lebih RM100, kereta cecah RM600 dan bermacam-macam lagi dengan nilai yang besar.
Tapi takkan caj RM50 dari pakar yang menentukan arah kiblat seumur hidup kita bagi umat Islam hendak dipertikai dan dikatakan terlalu mahal?
Bagaimana Islam hendak menjadi maju jika umatnya sendiri mahu segala perkhidmatan dan kepakaran yang dimiliki diberikan secara percuma dalam dunia hari ini?
Kompilasi komen
Itulah kompilasi komen wargamaya di media sosial pada posting yang sedang tular iaitu mengenai khidmat memperbetulkan arah kiblat.
Jika difikirkan secara rasional, ada yang berpendapat dengan khidmat sedemikian, pakar seharusnya mengenakan caj sehingga RM200 untuk setiap rumah.
Namun untuk menampung segala kos, pakar ini cuma mengenakan caj RM50 sahaja. Itu pun siap dilabel penunggang agama kerana meminta bayaran untuk memperbetulkan arah kiblat.
Punyai peralatan khusus
Kongsi seorang pengguna Facebook, dia mendapat contact number seorang lelaki yang dikenali sebagai Mohd Ridhuan Hussain menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Ridhuan datang ke rumahnya bersama peralatan khusus seperti laser dan sebagainya untuk menentukan arah kiblat secara sah dan betul.
Ada NGO yang berkaitan
Selain Ridhuan yang melakukan kerja-kerja tersebut secara sambilan, Persatuan Ahli Falaq Negeri Selangor turut menyediakan khidmat yang sama.
Pemohon yang mahu rumahnya disemak arah kiblat akan menerima satu pelekat termasuk caj semakan sebanyak RM50 dan untuk pelekat tambahan, RM10 dikenakan.
Ada 4,000 rumah perlu dikunjungi sepanjang Mei
Kongsi Ridhuan, memang ramai pemilik rumah yang membuat permohonan untuk mengesahkan kiblat masing-masing.
Dalam bulan Mei sahaja, hampir 4,000 buah rumah sudah membuat permohonan dan kekurangan tenaga pakar yang berpengetahuan sedang cuba untuk diatasi.
Sehubungan itu, jika ada individu yang ingin belajar dan menjadi ahli falaq, ia sangat dialu-alukan kerana dapat membantu memudahkan urusan umat Islam.
Banyak salah kiblat
Kongsi Ridhuan lagi, selain rumah, banyak juga surau atau masjid yang salah arah kiblatnya. Paling membimbangkan, sehingga lebih 10 tahun pun tidak ada yang menyedarinya.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI