SHAH ALAM – Atas usaha Kemanusian Sejagat, Ummah Ikhlas, Sinar Karangkraf, Karya Bestari, TV Al Hijrah dan My Aqsa Defenders bekerjasama menganjurkan #Quranhour untuk Gaza di Shah Alam. Dengan mesej ‘memanusiakan manusia’ menerusi pengisian Surah Al Insan, acara dijangka berlangsung pada Ahad, 22 Oktober 2023 bertempat di Dataran Karangkraf mulai 830 – 930 pagi.
Jemputan dibuat kepada semua Muslim untuk hadir ke sesi #QuranHour khas ini, berdoa dan bersolat hajat untuk saudara yang sedang menderita di Gaza.
Ads
Solusi secara bersama ini diharapkan dapat menghentikan keganasan, mencapai gencatan senjata, juga kemanusiaan ini dapat sampai kepada ratusan ribu wanita, kanak-kanak dan lelaki yang tidak bersalah di sana.
Ads
Sertai Dari Lokasi Anda Sendiri
Peserta disarankan membawa Al-Quran dan payung sendiri dan berkumpul di Dataran Karangkraf. Atau boleh bersama menjalankan misi ini di tempat masing-masing pada waktu yang sama.
Ads
Sabtu lepas, selepas pejuang Hamas berjaya ‘menembusi’ wilayah Israel dari Gaza, Presiden Israel, Benjamin Netanyahu telah mengisytiharkan perang terhadap Hamas. Pihak Palestin melaporkan serangan Israel telah menyebabkan sekurang-kurangnya 2,778 orang meninggal di Gaza dan angka kematian terus meningkat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lelaki umur 40-an, makin kacak, bergaya dan awet muda. Dulu, bila sebut lelaki umur 40- an, ramai yang terbayang seseorang yang sudah mulai ‘berusia’, perut makin ke depan, rambut makin beruban, dan gaya hidup makin perlahan.
Tapi zaman sekarang? Stereotaip itu sudah jauh ketinggalan. Lelaki dalam lingkungan umur 40-an kini semakin kacak, tampan, dan bergaya malah lebih menarik berbanding ketika muda!
Kenapa? Sebab ada sesuatu tentang lelaki 40-an yang membuatkan mereka lebih memikat dan berkarisma. Jom kita selami apa yang menjadikan mereka lebih menarik dalam dekad ini.
Lelaki dalam 40-an bukan lagi lelaki yang tercari-cari arah dalam hidup. Mereka sudah lebih stabil, tahu apa yang mereka mahukan, dan lebih yakin dengan diri sendiri. Keyakinan inilah yang menjadikan mereka lebih menarik di mata ramai orang.
Wanita sering tertarik kepada lelaki yang matang dalam pemikiran, bukan sekadar rupa semata-mata. Mereka mahukan seseorang yang boleh menjadi tempat bersandar, seorang yang stabil dari segi emosi dan kewangan, serta tahu bagaimana menguruskan kehidupan dengan bijak. Dan semua ini lebih menyerlah pada lelaki yang sudah memasuki era 40-an.
Lelaki sekarang lebih sedar tentang kepentingan menjaga kesihatan. Ramai yang aktif bersenam, makan secara sihat, dan mengamalkan gaya hidup yang lebih teratur. Hasilnya? Badan lebih fit, kulit lebih segar, dan aura makin menyerlah.
Jika dulu lelaki umur 40-an dikaitkan dengan perut buncit, sekarang ramai yang memiliki bentuk badan yang lebih kemas dan atletik. Dengan rutin senaman yang betul, lelaki 40-an boleh tampak lebih maskulin dan menarik berbanding zaman muda mereka.
Lelaki dalam lingkungan 40-an selalunya sudah mencapai tahap kestabilan dari segi kewangan dan kerjaya. Mereka sudah bekerja bertahun-tahun, membina nama dalam bidang masing-masing, dan lebih tahu bagaimana menguruskan kewangan dengan bijak.
Kemewahan atau kejayaan material bukanlah segalanya, tetapi kestabilan ini memberi mereka kelebihan dalam kehidupan. Dengan pendapatan yang lebih kukuh, mereka mampu berpenampilan lebih bergaya, melancong ke tempat-tempat menarik, dan menjalani kehidupan yang lebih berkualiti.
Lelaki muda mungkin lebih suka bereksperimen dengan gaya fesyen mereka, tetapi lelaki 40-an tahu apa yang sesuai dan apa yang membuat mereka nampak terbaik. Mereka memilih pakaian yang lebih matang, kemas, dan sesuai dengan personaliti mereka.
Sama ada berpakaian kasual atau formal, mereka tahu bagaimana untuk tampil bergaya tanpa perlu mencuba terlalu keras. Setiap helaian yang dipakai menampakkan keyakinan dan kelas tersendiri.
Lelaki yang sudah melalui pelbagai fasa kehidupan mempunyai sesuatu yang lelaki muda belum ada iaitu pengalaman. Mereka lebih bijak dalam berkomunikasi, tahu bagaimana menangani situasi dengan tenang, dan lebih menghargai kehidupan.
Mereka juga lebih memahami emosi dan keperluan orang lain, menjadikan mereka lebih disayangi oleh pasangan, keluarga, dan rakan-rakan.
Kesimpulan
Lelaki dalam 40-an bukan lagi lelaki yang dianggap ‘menuju tua’. Sebaliknya, mereka adalah lelaki yang sedang berada di kemuncak kehebatan—lebih matang, lebih bijak, lebih bergaya, dan lebih menarik dari segi fizikal serta mental.
Jadi, jika anda seorang lelaki dalam lingkungan 40-an, yakinlah bahawa anda berada di fasa terbaik dalam hidup. Dan jika anda mengenali lelaki 40-an dalam hidup anda, hargailah kerana mereka adalah lambang ketampanan dan kejayaan yang sebenar!
Tidak kenal erti penat. Tidak kenal erti putus asa. Tidak kenal erti lelah dan merungut.
Itulah wira-wira negara para barisan hadapan yang bertugas demi menjamin keselamatan dan kemakmuran negara tatkala dilanda krisis COVID-19. Selepas lebih sebulan mereka berada di ‘perbatasan’, pelbagai kisah pengorbanan dan dedikasi luar biasa tlah dikongs oleh ramai pihal di laman media sosial.
Keprihatinan barisan hadapan memeastikan semua pihak sentiasa aman dan selamat menjadikan merekalah golongan yang paling di sayang oleh rakyat Malaysia sekarang.
Bukan hanya kepada manusia tetapi juga kepada haiwan. Itulah yang telah ditunjukkan oleh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM). Jika beberapa minggu lalu tular seorang anggotanya menyelamatkan anak anjing terjatuh ke dalam longkang besar, terbaru Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (Royual Malaysia Police) berkongsi satu hantara menyetuh hati warganet.
Menerusi hantaran semalam, page Facebook tersebut berkongsi dua keping foto menunjukkan dua orang pegawai dan anggota barisan hadapan ini memberi makanan kepada haiwan jalanan.
Sebenarnya pada masa sekarang haiwan jalanan berdepan kekurangan makanan. Jika sebelum ini orang ramai banyak memberi mereka makan namun disebabkan PKP, nasib mereka sedikit terabai.
Namun nasib baik ada barisan hadapan seperti anggota polis yang prihatin dan turut memberi makan kepada mereka.
——————————————-
PIC OF THE DAY: SIFAT BELAS KASIHAN SEBAHAGIAN IBADAH YANG DITUNTUT
Sifat belas kasihan adalah satu perasaan halus dalam hati yang mendorong manusia melakukan kebaikan bukan sahaja sesama insan, malah makhluk ciptaanNya yang lain.
Terima kasih diucapkan kepada kedua-dua pegawai dan anggota polis barisan hadapan ini, yang turut membantu memberi makanan kepada haiwan jalanan, meskipun sibuk menjalankan tugas menjaga keselamatan sepanjang hari.
Ingatlah, selain tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara, berbakti kepada haiwan juga sebahagian daripada ibadah yang sangat dituntut.
Sumber: FB Bunga Angkasa dan Twitter @anthraxxxx
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
Hantaran tersebut mencuri perhatian ramai warganet yang rata-rata terharu dan gembira dengan apa yang dilakukan oleh anggota PDRM terhadap haiwan jalanan.
” Dogs and cats are man’s best friends…true because its only with humans that they can live with. You will not find dogs and cats living and surviving in jungles like other animals” jelas satu komen warganet di hantaran tersebut.
Semoga tindakan mulia ini boleh dijadikan inspirasi buat kita semua.
Sumber: Facebook Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police)
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1445H/2024M melabuhkan tirainya malam tadi dengan menyaksikan wakil dari Negeri Sembilan menyandang gelaran Johan Qari, sekaligus melayakkan negeri itu menjadi Johan Keseluruhan pertandingan itu.
Mengalunkan bacaan surah al-An’am dengan irama tarannum Rast dan Nahawand, Mohamad Husaini Mahmur berjaya meraih markah sebanyak 89 peratus bagi kategori Tilawah.
Memetik laporan Alhijrah Online, kemenangan itu melayakkan Husaini menerima hadiah wang tunai sebanyak RM20,000, wang tunai RM10,000 bagi menunaikan haji, piala, cenderamata dan sijil.
Menerusi hantaran di laman Instagram rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Husaini juga layak untuk mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa.
Wakil dari Terengganu, Abdul Hadi Che Ab Halim juga tidak kurang hebatnya apabila berjaya menyandang gelaran Naib Johan dengan beza markah hanya 0.33 peratus.
Tempat ketiga pula disandang oleh wakil dari Pahang, Mohamad Syaheed Sabri dengan markah sebanyak 86.67 peratus, demikian menurut keputusan penuh yang dilaporkan Alhijrah Online dalam sebuah artikel berasingan.
Untuk rekod, MTHQK Tahun 1445H/2024M berlangsung selama enam hari di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Hj Ahmad Shah, Kuantan, Pahang bermula pada 23 hingga 28 Mei 2024.
Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah wakil rasmi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.
Terdahulu, Negeri Sembilan juga dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan bagi MTHQK Tahun 1444H/2023M yang diadakan di Pulau Pinang.
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.