Honda CB1000R melakukan debutnya pada 2007 dan sejak itu tiada kemas kini major dilakukan pada model berkenaan. Khabarnya setelah sedekad berada di pasaran, Honda bakal mengeluarkan model CB1000R terbaru.
Versi 2017 itu dikatakan bakal dipertontonkan kepada umum buat kali pertama pada pameran motosikal EICMA yang akan berlangsung awal November depan.
Rombakan besar-besaran dilakukan pada model berkenaan yang mana difahamkan desain CB1000R lebih ke arah retro-moden. Pastinya kehadiran model naked bike itu akan membangkitkan ghairah Honda untuk bersaing dengan jenama lain.
Rekaan motosikal tersebut menggabungkan dua model konsep CB4 dan CB1100TR. Penampilan retro boleh dilihat menerusi penggunaan lampu depan bulat, lengan ayun tunggal dan hendal yang rata.
Ads
Versi kemas kini Honda CB1000R akan bersaing dengan Kawasaki Z1000, Suzuki GSX-S 1000 dan BMW S 1000R. Berdasarkan gambaran berkenaan, dapat dilihat Honda merancang untuk muncul dengan sebuah jentera super naked.
Ads
Untuk makluman, CB1000R sedia ada di pasaran dilengkapi enjin 998cc 4-silinder penyejukan cecair. Enjin sama yang digunakan pada CBR1000RR Fireblade. Enjin itu menghasilkan kuasa 123.3 bhp pada 10,000 rpm dan tork maksimum 99Nm pada 7,750 rpm. Kuasa itu dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan.
Manakala, bahagian rangka CB1000R menggunakan jenis diamond dengan material aluminium yang ringan dan digabungkan dengan lengan ayun juga dari bahan aluminium.
Spekulasi menyatakan versi kemas kini CB1000R itu akan menggunakan enjin dari CBR Fireblade generasi terkini. Tidak cukup di situ, sistem keselamatan membrek juga dilengkapkan dengan teknologi ABS. Bahkan, pakej elektronik juga dipertingkatkan sebagaimana milik CBR1000RR Fireblade versi terbaru antaranya mod tunggangan, kawalan traksi dan anti-wheelie.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Apakah perkara yang paling menyeksakan bila memandu di negara bercuaca panas tropika seperti Malaysia?
Tak lain tak bukan ialah bila terpaksa memandu atau menjadi penumpang kereta yang mempunyai penghawa dingin tak berfungsi!
Umum kita sudah tahu bahawa negara kerap berdepan dengan cuaca yang sangat panas. Malah cuaca panas ini boleh datang dan pergi lebih cepat daripada biskut.
Dan dalam cuaca panas begini amatlah penting untuk kita mempunyai penghawa dingin kereta yang berfungsi dengan baik.
Bayangkanlah anda memandu atau menjadi penumpang di dalam kenderaan pada jam 12 tengahari. Memang akan cukup menyeksakan dengan kepanasan melampau.
Penghawa dingin kereta anda sebenarnya mungkin tak rosak. Antara sebab mengapa ia tak sejuk adaah kerana filter sudah lama tak dibersihkan.
Seorang pengguna Facebook, Mohd Farhan Alias pernah membuat perkongsian cara DIY yang mudah untuk cuci filter penghawa dingin. Perkongsian yang dilakukan ini adalah berdasarkan kereta Peroduan Myvi. Jom ikuti perkongsiannya di bawah.
Kebiasaannya glove box ini terletak di hadapan bahagian penumpang hadapan di sebelah kiri. Buka dan tanggalkan dengan perlahan.
Selepas membuka glove box, cari penutup filter seperti gambar di atas. Terdapat klip penutup yang biasanya terletak di sebelah kanan. Buka klip tersebut.
Selepas klip dan penutup dibuka tarik filter yang berwarna putih.
Inilah rupa filter yang telah memerangkap banyak debu dan habuk. Boleh dikatakan sudah kotor.
Untuk bersihkan filter anda boleh gunakan sedikit sabun pakaian. Rendamkan filter yang kotor itu di dalam bekas.
Selepas sejam filter direndam anda boleh keluarkannya. Biasanya masih terdapat sedikit kotoran. Anda boleh menggunakan berus gigi lama untuk mencucinya.
Sudah nak siap! Langkah terakhir anda perlu keringkan filter yang sudah dicuci. Boleh dikeringkan sama ada dijemur di bawah matahari atau menggunakan blower. Selepas kering anda boleh pasang semula.
Semoga perkongsian dari saudara Mohd Farhan Alias ini boleh membantu anda menjadikan penghawa dingin kereta berfungsi dengan baik. Bila dah buat secara DIY begini anda pun boleh berjimat!
Jika penghawa dingin masih tidak sejuk anda perlu bawa ke bengkel untuk buat pemeriksaan lanjut. Mungkin ada masalah kebocoran di bahagian tertentu telah berlaku. Dan yang paling penting lakukanlah servis penghawa dingin secara berkala.
Kredit: Mohd Farhan Alias
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ada satu perkara yang harus anda lakukan apabila ingin tinggalkan kereta dalam jangka masa yang lama. Kalau terlupa nak buat perkara ini ia mungkin akan menyusahkan serta menelan belanja untuk anda baikinya jika berlaku kerosakan.
Sekarang memang ramai ambil kesempatan menghabiskan sisa baki cuti tahunan untuk pergi melancong. MASKULIN yakin anda juga mungkin sudah merancang untuk bercuti dalam tempoh yang agak lama.
Apabila pergi bercuti maka kita pun harus meninggalkan kereta di rumah atau pun di tempat meletak kenderaan.
Perkara yang MASKULIN maksudkan ialah menanggalkan sambungan bateri pada kereta. Sebagai pemilik kereta anda sangat digalakkan untuk menanggalkan sambungan kabel bateri pada terminal jika kereta ditinggalkan lama atau tidak digunakan.
Perkara ini perlu dilakukan bagi mengelakkan cas bateri hilang. Dan apabila ini berlaku ia sekali gus melemahkannya dan menyebabkan kereta nanti sukar untuk dihidupkan atau start. Malah ada juga kemungkinan bateri akan terus ‘kong’ atau rosak.
Bagi menanggalkannya anda memerlukkan spannar. Ia untuk melonggarkan nat pada bahagian terminal bateri dan mencabut terus sambungan ke bateri.
Namun ada beberapa perkara perlu anda berikan perhatian untuk meninggalkan kereta dengan bateri yang ditanggalkan seperti ini.
Pertama sekali anda perlu pastikan kedudukan bateri dalam posisi selamat dan pastikan sambungannya tidak menyentuh lantai atau sebarang sambungan positif. Untuk lebih selamat anda juga boleh membalutnya pada bahagian hujung sambungan agar ia tidak menyentuh mana-mana bahagian lain ketika anda tiada di rumah.
Jika hujung kabel menyentuh terminal negatif ia boleh menyebabkan berlakunya percikan api dan sekali gus boleh menjadi punca kebakaran.
Selain itu, satu perkara yang perlu anda tahu bila menenaggalkan sambungan bateri ialah ia akan ‘reset’ semua sistem elektronik dan setting-nya dalam kereta. Jadi bersedialah untuk set semula jam, tetapan radio dan juga sistem berkaitan.
Perlu ingat untuk menaggalkan sambungan bateri anda hanya perlu membuka kabel pada sambungan port negatif. Dan jangan sesekali biarkan kabel negatif dan positif bersentuhan dalam apa jua keadaan sekali pun.
Jika kabel tersebut bersentuhan ia akan jadi punca kerosakan lain pula seperti alternator terbakar, kerosakan kabel dan lebih teruk mencederakan anda. Semoga perkongsianini boleh memberikan banyak manfaat untuk anda!
Jangan lupa subscribe channel Telegram MASKULIN untuk update paling terkini!
Sumber: Autoguide.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selepas pelancaran model Jazz Hibrid, Honda Malaysia sekali lagi menjadikan Malaysia sebagai negara pertama selain Jepun membawa masuk model City Sport Hybrid i-DCD. Di Jepun, Honda City Hybrid dikenali sebagai Honda Grace.
Peluang ini tentunya tidak dilepaskan oleh Honda Malaysia susulan penjualan model hibridnya yang mendapat sambutan menggalakkan di pasaran tempatan.
Model sedan berkenaan kini dibuka tempahannya di 91 buah pusat jualan sah Honda. Berikut informasi ringkas perlu anda ketahui tentang Honda City Hybrid:
ENJIN:
Honda City Hybrid menggunakan enjin yang sama dengan Jazz Hybrid. Justeru itu, soal prestasi dan teknologi kedua kenderaan berkenaan tidak memiliki perbezaan yang signifikan.
Kuasa yang dihasilkan dari enjin City Hybrid memiliki persamaan dengan hamburan kuasa enjin 1.8 liter. Enjin sama yang dipakai oleh Civic generasi terdahulu.
Honda City Hybrid dijana oleh enjin 1.5 liter DOHC i-VTEC bersama gabungan transmisi 7-kelajuan DCT (transmisi dual klac). Enjin bersama gabungan Integrated High Power Motor itu mampu menghasilkan kuasa 137PS dan tork maksimum 170Nm.
Di atas kertas, City Hybrid merekodkan kecekapan bahan api 3.9L/100km. Honda menggunakan bateri Lithium ion (Li-on) yang memiliki kapasiti tinggi dan lebih tahan lama bagi penghantaran kuasa lebih lancar.
CIRI PERALATAN:
Varian hibrid itu juga dilengkapi dengan pedal shifter bagi tukaran gear dengan hanya di hujung jari.
Ia juga dilengkapi dengan desain meter 3D yang merangkumi informasi aliran kuasa, meter sport, kecekapan bahan api, info pemanduan dan indikator ECO.
Lebih menarik City Hybrid juga mengekalkan ruang kargo 536 liter seperti varian petrol.
Selain itu, City Hybrid dipadankan dengan paparan audio 6.8 inci, panel sentuh bagi pendingin hawa, lampu nyalaan siang, lampu belakang LED dan rim aloi dua tona warna bersaiz 16 inci.
CIRI KESELAMATAN:
Demi ketenangan minda pemilik, Honda Malaysia menawarkan segudang peralatan keselamatan terdiri daripada empat beg udara, ABS, bantuan kestabilan kenderaan (VSA), paparan kamera undur dan signal berhenti kecemasan (ESS).
WARNA:
Lunar Silver Metallic (perak), Modern Steel Metallic (kelabu) dan White Orchid Pearl (putih).
WARANTI:
5 tahun bersama perbatuan 10,000km tanpa had perbatuan
HARGA:
Harga jualan Honda City Hybrid RM89, 200 seunit (tidak termasuk insurans)
Memilih jam tangan larian bukan sekadar soal jenama atau rupa. GPS, bateri, data latihan dan keselesaan memainkan peranan penting untuk membantu anda menjadi pelari yang lebih baik.