Model, usahawan serta pelakon muda berjiwa besar, Sharifah Rose memang punya pakej lengkap dan tak disangkal kecantikkan rupa parasnya.
Mempunyai darah berketurunan Melayu, Pakistan dan Jawa, Sharifah Rose mengejutkan jejaka-jejaka diluar sana apabila mendedahkan bahawa dirinya masih belum berpunya. Namun, seperti gadis lain dia juga punya impian untuk mengecap bahagia bersama jejaka pilihan hatinya satu hari nanti.
Rose turut memaklumkan sukar baginya untuk mencapai impian itu ketika ini, akibat kekangan masa dan perlu fokus menguruskan kerjaya hingga tidak sempat memikirkan soal cinta.
Rose Masih Single, Tak Pernah Terlibat Cinta Lokasi
“Saya masih ‘single’ dan tak menjalinkan hubungan istimewa dengan sesiapa. Setakat kawan biasa adalah. Kalau nak kata cinta lokasi, itu pun tidak wujud. Selesai penggambaran, saya terus pulang ke rumah.
“Saya selesa berkawan dengan sesiapa sahaja, sama ada hero, rakan artis mahupun kru di lokasi penggambaran. Jika ada beranggapan saya bercinta dengan hero gandingan, ia tidak benar. Mungkin prasangka timbul disebabkan nampak keserasian antara kami,” kata Rose.
Tak Menolak Sekiranya Dipertemukan Jodoh Di Usia Muda
Mengulas isu sama, pelakon berusia 24 tahun itu redha sekiranya ditakdirkan bergelar isteri di usia muda, bagaimanapun lelaki tersebut perlulah menepati ciri-ciri lelaki yang dimahukan.
Ciri-ciri Lelaki Idaman
“Saya terima jika mempunyai jodoh di usia muda. Cuma, biarlah lelaki dalam kalangan orang baik-baik.
“Saya suka lelaki matang, budiman, kacak, mampu membimbing dan stabil daripada segala segi. Dia juga mestilah seorang yang tenang, santai dan tidak suka marah-marah. Paling penting, bukan jenis mudah angkat tangan kepada wanita,” ujarnya.
Sebagai rekod, Rose pernah menjalin hubungan istimewa bersama Aazief Khalid yang juga merupakan anak tiri kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Malangnya jodoh mereka tidak panjang, percintaan mereka putus ditengah jalan dan membawa haluan masing-masing sejak September 2020.
Jadi anda yang mempunyai ciri-ciri tersebut silalah munculkan diri,hehe
Artikel ini diambil dan diolah dari HIJABISTA.
***
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
BACA: Pernah Terfikir Dapat Anak Autism Akibat Dosa Lampau, Kata-Kata Isteri Tenangkan Hati Dr Say
Sumber Gambar: Instagram Sharifah Rose
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI