Skandal 1MDB ni bagaikan time bomb yang akan meletop pada bila-bila masa. Dan hari ini, separuh daripada bom itu dah meletop apabila Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Syukri Abdull meluahkan segalanya dalam press conference khas yang diadakan di pejabat SPRM.

Menurut Datuk Seri Syukri Abdull skandal dana RM2.6 bilion dan SRC International Sdn Bhd adalah benar dan bukan rekaan semata-mata. Dia pernah diganggu dan diugut pada 2015 ketika menyiasat kes penyelewengan wang 1MDB sehingga sebutir peluru hidup telah dihantar ke rumahnya.

Skandal 1MDB Ibarat ‘Time Bomb’,Hanya 3 Menteri Berani Bersuara – Datuk Seri Syukri Abdull

Hanya 3 Menteri Yang Berani Bersuara

Datuk Mohd Shukri Abdull mendedahkan beliau bersama Tan Sri Abu Kassim Mohamed bertemu dengan menteri Kabinet dan Majlis Raja-raja bagi mendesak supaya Datuk Seri Najib Razak digantikan sebagai Perdana Menteri selepas terdapat bukti berlaku penyelewengan membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Kami cakap, buang Najib. Ganti dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atau Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein pun tidak mengapa,” katanya.

Menurutnya, daripada keseluruhan menteri kabinet, hanya tiga menteri sahaja memberi respons positif.

IKLAN

“Ketika itu, hanya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Kewangan kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah,” katanya.

Mohd Shukri berkata, walaupun usaha itu tidak berhasil, beliau dan Abu Kassim juga tidak berputus asa.

Berjumpa dengan Majlis Raja-raja

Mohd Shukri berkata, selepas usaha meyakinkan menteri tidak berjaya, beliau dan Abu Kassim mengambil inisiatif berjumpa dengan Majlis Raja-raja.

IKLAN

“Kami jumpa Majlis Raja-raja dua kali dan mohon kepada Tuanku supaya tengok masalah 1MDB ini dan gantikan Najib sebagai Perdana Menteri tetapi kami hampa,” katanya.

Menyedari kesuntukan masa kerana dikhabarkan kedudukan Abu Kassim bakal digantikan, mereka terus menyusun strategi bagi meletakkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Datuk Seri Mustafar Ali di kerusi nombor satu itu.

IKLAN

“Tetapi kami gagal untuk meyakinkan Najib dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa apabila tempat Abu Kassim digantikan dengan pegawai Jabatan Peguam Negara, Tan Sri Dzulkifli Ahmad,” katanya.

 

Sumber : Sinar harian online, berita harian online & Kini tv

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI