Baru-baru ini MASKULIN sempat mengikuti Media Day untuk acara automotif terbesar di negara iaitu Malaysia Autoshow 2023. Ia merupakan acara yang cukup dinanti-natikan oleh peminat serta pemerhati industri automotif negara dan juga negara serantau.
Pelbagai jenama automotif mengambil bahagian dan menggunakan peluang ini memperkenalkan jentera-jentera serta teknologi terbaharu mereka. Salah satu yang paling menarik perhatian MASKULIN ialah persembahan dari BMW Motorrad.
Dan tidak dinafikan salah satu jentera yang paling menonjol ialah skuter mobiliti urban pertama diperkenalkan mereka iaitu BMW CE 04.
Menurut Ketua Komunikasi Korporat dan Kelestarian BMW Group Malaysia, Sashi Ambi berkata, “BMW Group Malaysia terus mengorak langkah dalam gagasan visi elektrifikasinya bagi Malaysia.
“Kami telah mengepalai usaha mobiliti berelektrik dengan penyebarluasan portfolio kenderaan elektrik dan juga rangkaian fasiliti pengecasan kami – memudahkan mobiliti yang Lestari dan Bertanggungjawab memenuhi keperluan perjalanan jauh.”
Ads
“Pada masa yang sama, bagi perjalanan berjarak pendek dalam kawasan bandar pula, impak mobiliti bebas emisi adalah amat signifikan, kerana faktor kepadatan sebuah bandar merupakan penyumbang utama dalam perihal emisi.
“Sebuah solusi yang menggandingkan revolusi dan juga evolusi, BMW CE 04 dengan elegannya memadankan reka bentuk yang menawan serta daya keterhubungan pintar, membuktikan keupayaan inovasi kami sebagai peneraju dalam industri ini,” tambahnya lagi.
TEKNOLOGI TERCANGGIH
Menjadi kemuncak usaha Mobiliti Elektro yang berusia 50 tahun lamanya termasuk Mobiliti Urban yang berusia hampir 30 tahun, skuter berkuasakan elektrik oleh BMW Motorrad ini memuatkan teknologi-teknologi yang tercanggih berlatarkan rangkaian pemacu yang kompak.
Pacuan elektriknya yang inovatif membekalkan kuasa dan jarak operasi yang cemerlang, membolehkan pengguna menavigasi bandar dan kawasan urban dengan begitu mudah.
Ads
Kedudukan unit penstoran tenaga yang rendah menjadikan aspek pengendalian dan dinamisme jentera ini lebih handal, menjamin pengalaman tunggangan yang lancar dan memuaskan.
Secara ringkas, BMW CE 04 baharu melambangkan kebebasan dan keseronokan urban yang sebenar, tapi dengan cara yang halus.
Ads
Dengan pelan pembiayaan yang disediakan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, pemilikan BMW CE 04 baharu bermula daripada RM728.00 sebulan (berdasarkan anggaran pembiayaan Balloon Financing sebanyak 80% bagi tempoh 4 tahun).
Para pemilik juga boleh menikmati aneka faedah tambahan menerusi program-program yang terunggul seperti Inklusif Minyak Enjin Premium, Inklusif Servis dan Lanjutan Waranti daripada BMW Motorrad Malaysia. Maklumat lanjut mengenai program-program tersebut boleh didapati di https://www.bmw-motorrad.com.my/en/service/service-inclusive.html.
Harga runcit (atas jalan, dengan Waranti 3 Tahun serta Program Bantuan Tepi Jalan 3 Tahun oleh BMW Motorrad Malaysia, tanpa insurans) BMW CE 04 baharu ialah RM 59,500.00.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Walaupun berdepan dengan persaingan sengit dari pelbagai pengeluar, namun tidak dinafikan aura Proton masih kuat di kalangan peminat automotif tempatan. Jadi tidak hairanlah setiap kali memperkenalkan model baharu tumpuan pasti terarah kepada mereka terutamanya di laman media sosial.
Minggu lalu telah tular beberapa keping foto tentang khabar angin versi istimewa beberapa model kereta Proton. Dan hari ini segala persoalan orang ramai terjawab dengan pengumuman yang dibuat oleh Proton menerusi Facebook mereka.
Foto: Funstastiko.net
Menerusi satu hantaran pada pagi hari ini, Proton mengumumkan kemunculan Persona Black Edition dan Exora Black Edition. Manakala di laman sesawangnya turut menyenaraikan Iriz R3 Limited Edition dan Saga R3 Limited Edition.
“Elegan, prestij, kekuatan dan misteri merupakan elemen yang memberikan definisi kecantikan dari dalam”. Demikianlah jelas Proton tentang pengenalan versi istimewa beberpa kenderaan mereka yang akan dilancarkan pada 18 Februari 2021 menerusi sesi istimewa di Facebook pada jam 11 pagi.
Menerusi borang di atas talian tersebut anda perlu mengisi makulmat peribadi seperti nama, nombor telefon, e-mel, kawasan tempat tinggal serta memilih jenis kereta yang anda mahukan.
Edisi istimewa dari Proton ini tidak selalu ada dan inilah peluang untuk anda miliki kereta eksklusif yang mempunyai nilainya tersendiri.
Jom subscribe YouTube MASKULIN untuk video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lumrah bagi pemilik terutamanya yang baru dapat kereta keinginan untuk melakukan ubah suai memang cukup tinggi sekali. Di antara jenis ubah suai yang MASKULIN perasan ramai orang lakukan ialah pada lampu hadapan dan belakang.
Ada yang ingin ubah suai untuk nampak lebih mengancam dan cantik. Manakala tidak kurang juga melakukan ubah suai dengan niat meningkatkan tahap kecerahan atau jadi lebih biasa dari lampu standard.
Namun tahukah anda bahawa sebenarnya banyak jenis ubah suai yang popular dan ramai orang lakukan sebenarnya tidak dibenarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Sebab itulah ramai yang seakan ternganga apabila mereka disaman oleh JPJ disebabkan kesalahan ubah suai lampu kereta.
Di bawah MASKULIN senaraikan beberapa jenis ubah suai yang sebenarnya tidak dibenarkan.
1. Ubah suai lampu HID secara retrofit tidak dibenarkan!
2. Ubah suai lampu hadapan atau belakang jadi ‘smoked colour’ atau gelap – tidak dibenarkan!
3. Ubah suai lampu depan atau belakang jadi berkelip-kelip juga tidak dibenarkan.
4. Pemasangan spotlight tidak dibenarkan. Kecuali kepada kereta empat pacuan roda bagi kegunaan off road.
5. Letak stroke. Itu lagi memang tak boleh. Hanya agensi penguatkuasaan dan dibenarkan pihak berkuasa sahaja boleh menggunakan lampu stroke!
Ketahuilah bahawa lampu kereta standard yang keluar dari kilang sebenarnya sudah cukup memadai untuk penggunaan konvensional dan harian anda. Usahlah terlalu teruja untuk melakukan ubah suai yang sebenarnya tidak perlu pun!
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN ya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memiliki kereta pada masa kini merupakan satu keperluan asas terutamanya buat anda yang sudah berkeluarga. Tanpa kereta mungkin agak sukar untuk melakukan tugasan harian sama ada untuk kerja atau pun hal-hal melibatkan urusan rumahtangga.
Dan satu kebiasaan juga bagi kita rakyat Malaysia yang ingin membeli kereta baharu melakukan pinjaman bank bagi pembiayaan kereta.
Di negara kita rata-rata kadar paling rendah untuk bayaran pendahuluan atau deposit ialah sebanyak 10% dari harga kereta atau kenderaan yang ingin dibeli.
Manakala bakinya adalah berdasarkan pinjaman pembiayaan dari bank. Menariknya kita diberi pilihan untuk membuat pinjaman sama ada selama 5, 7 atau 9 tahun.
Namun tempoh itu juga bergantung kepada kelulusan bank berdasarkan faktor-faktor kewangan atau ‘credit score’ anda sendiri.
Persoalannya tempoh pinjaman yang manakah lebih baik dan apakah perbezaan di antara melakukan pinjaman tempoh yang lama atau sekejap.
Untuk mendapatkan jawapan ini, MASKULIN telah menemubual seorang Penasihat Jualan Toyota, Momon Syah yang mempunyai pengalaman cukup luas dalam perkara melibatkan jual beli kereta.
Temubual yang turut diselitkan sebagai tajuk utama bagi program video terbaru kami iaitu RMaskulin menjelaskan beberapa perkara yang mungkin selama ini menjadi persoalan bagi anda.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang topik ini anda boleh tonton video di bawah;
Semoga perkongsian ini memberikan banyak manfaat untuk anda untuk sekarang dan masa akan datang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.