
Dalam kehidupan berumah tangga, pasti ada cabaran dan ujian yang datang tanpa dijangka.
Salah satu cabaran yang sering dihadapi oleh para suami ialah apabila isteri mempunyai sifat yang kuat melawan dan penuh emosi. Namun, seorang suami yang baik akan tahu bahawa kesabaran dan pendekatan yang bijak adalah kunci untuk mendidik dan membantu isteri menjadi lebih tenang dan harmoni dalam hubungan.

Mengapa Wanita Penuh Emosi?
Wanita secara semula jadi mempunyai emosi yang lebih halus dan sensitif. Mereka mudah tersentuh dan sering kali bereaksi terhadap persekitaran mereka dengan emosi. Faktor biologi, seperti hormon, serta pengalaman hidup dan tekanan sehari-hari juga boleh mempengaruhi emosi wanita.
Kadangkala, keletihan, tekanan kerja, dan masalah kecil boleh membuatkan mereka terasa tertekan. Oleh itu, memahami emosi isteri adalah langkah pertama bagi suami untuk menangani situasi ini dengan bijak.
Sabar Adalah Kunci
Untuk suami, sikap sabar adalah elemen utama dalam mendidik isteri yang sering melawan atau mempunyai emosi yang kuat. Suami yang bersabar dapat memahami bahawa isteri mungkin bukan melawan kerana tidak menghormati, tetapi kerana dia mungkin ingin didengari atau mengungkapkan perasaannya. Sikap yang tenang dan sabar akan menunjukkan kepada isteri bahawa suami menghargai pendapat dan perasaannya.
Apabila isteri mula bersikap tegas atau beremosi, suami harus mengawal perasaan sendiri dan mengelakkan daripada terus melawan atau memarahi. Sebaliknya, berikan ruang kepada isteri untuk meluahkan perasaannya. Ini bukan sahaja membantu meredakan ketegangan tetapi juga memberi isteri keyakinan bahawa suami memahami perasaannya.

Memahami Keperluan Emosi Isteri
Salah satu sebab isteri mungkin menunjukkan sikap melawan adalah kerana rasa tidak dipedulikan. Kadang-kala, wanita hanya ingin didengari dan disayangi. Meluangkan masa untuk mendengar, memberi perhatian, dan menunjukkan kasih sayang adalah cara efektif untuk mengurangkan sikap isteri yang kuat melawan.
Bagi suami, cuba untuk memahami apa yang isteri perlukan dari segi emosi. Berbual dari hati ke hati, mendengar dengan ikhlas, dan memberikan sokongan moral dapat membantu isteri merasa lebih dihargai dan difahami.
Cara Berkomunikasi yang Betul
Komunikasi yang berkesan adalah asas dalam menyelesaikan isu emosi dalam rumah tangga. Jika suami ingin mendidik isteri yang kuat melawan, mereka harus belajar cara berkomunikasi dengan cara yang tenang, jelas, dan hormat.
Gunakan nada suara yang rendah dan kata-kata yang lembut apabila berbicara dengan isteri, terutama ketika dia sedang beremosi. Elakkan mengkritik atau menyalahkan isteri secara langsung kerana ini hanya akan membuatkan keadaan menjadi lebih tegang.
Berikan isteri masa untuk bercakap dan luahkan apa yang ada di dalam hati. Selepas itu, barulah suami boleh memberikan pandangan dengan cara yang baik dan tidak mengguris perasaannya. Apabila suami menunjukkan sikap hormat, isteri akan lebih cenderung untuk mendengar dan menerima nasihat.
Bantuan Profesional
Jika keadaan emosi isteri terlalu berlebihan sehingga menjejaskan keharmonian rumah tangga, mungkin sudah tiba masa untuk mendapatkan bantuan profesional. Terapi kaunseling boleh membantu isteri mengawal emosinya dan memberikan panduan kepada pasangan dalam menangani isu ini dengan lebih baik.
Kesabaran, komunikasi yang berkesan dan berterusan adalah kunci untuk membina rumah tangga yang harmoni dan bahagia.
BACA LAGI : Awas, Petanda Drive Shaft Kereta Dah Rosak – Jangan Sampai Tercabut Di Tengah Jalan!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kurus Dengan Overnight Oats, Boleh Try Waktu Bersahur Nanti Mesti Bertenaga Walau Berpuasa. Ini Resepinya

Oatmeal atau bijirin oat sudah diketahui ramai bahawa ia merupakan salah satu makanan yang sihat. Ni sebab oat dikatakan boleh membantu untuk rasa kenyang lebih lama dan sesuai sangat kalau kita bersahur dengan Overnight Oats ni.

Selain itu ia turut diperkayakan dengan serat yang baik untuk penghadaman dan boleh membantu untuk kurangkan kadar kolestrol dalam tubuh.Paling penting oat juga sangat sesuai untuk anda yang nak turunkan berat badan!
Nah hanya 5 bahan asas (untuk bekas sederhana besar).

Bahan-bahannya ialah:
1. 5-6 sudu besar rolled oats (oats ini lebih berkhasiat dan tidak terlalu lembik bila dibiarkan semalaman).
2. 1 cawan susu segar (saya gunakan susu Farm Fresh kerana tiada bahan pengawet, susu segar dari ladang).
3. 1-2 sudu besar yogurt asli (jenama Farm Fresh, natural tiada bahan pengawet atau perasa tambahan. Boleh juga guna natural greek yogurt tapi oats akan jadi lebih pekat).
4. 1/2 sudu besar Chia seeds (nak kurus, ni makanan yang sangat sesuai jadi amalan. Terlalu banyak kebaikan antaranya kandungan Omega-3 8 kali lebih daripada ikan salmon, mengawal gula di dalam darah, buat kita rasa kenyang, penambah kesuburan dan bermacam-macam lagi).
5. 1-2 sudu besar madu (pemanis semulajadi. Madu bagus untuk kekalkan tenaga).
Campur semua dalam 1 bekas (saya guna bekas kaca kerana proses penyejukan akan lebih sekata). Biarkan semalaman di dalam peti sejuk. Tambahkan buah-buahan, kekacang, kismis mengikut selera masing-masing. Sangat sesuai untuk mereka yang berdiet dan nak kurangkan tahap kolesterol dalam badan.
Selamat mencuba!
1. Banana and blueberries overnight oats

Bahan tambahan:
1. Pisang
2. Beri biru (blueberries)
2. Plain overnight oatmeal

3. Pistachio joy with black raisins overnight oats
Bahan tambahan:
Pistachio
Kismis hitam
4. Mango lassi overnight oatmeal

Bahan tambahan:
Lassi mangga (mangga, natural yoghurt, susu segar, madu)
Potongan mangga
5. Apple-kurma (dates) overnight oats

Bahan tambahan:
Epal merah
Kurma – dicincang
6. Overnight choc – chia oats

Bahan tambahan:
Serbuk coklat
Extra chia seeds
Sirap coklat
Choc cube/ kinder (optional)
Nota Tambahan
Better makan fresh-fresh. Boleh simpan limit 3 hari sahaja. Anjeli pernah try. Jangan simpan lama-lama sebab takut masam. Ada susu dan yogurt kan.
Oat tak perlu masak sebab ni jenis instant.
Kekacang tak perlu bakar ke panggang ke goreng ke sangai ke. What ever. Korang campur je semua.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Nak Murah Rezeki, Suami Isteri Buat LIMA Perkara Ini Selalu

Sesebuah rumah tangga akan menjadi lebih sempurna apabila dikurniakan rezeki yang tidak putus-putus. Apatah lagi jika suami isteri istiqamah melaksanakan amalan yang menjemput rezeki.
Nak Murah Rezeki, Suami Isteri Buat LIMA Perkara Ini Selalu

Jika suami isteri nak murah rezeki, ini LIMA perkara yang mereka kena buat selalu.
1. Makan sama-sama. Ini yang kita kena buat selalu. Lagi-lagi pasangan yang suami isteri bekerja. Masa yang ada cuma masa balik daripada kerja dan dua-dua dah penat.
Balik dengan emosi. Balik dengan masalah tempat kerja dan kerja yang tidak selesai. Apa pun berlaku, cari masa untuk makan bersama. Walau pun cuma makan biskut kering bersama. Huhu.
Kalau tak larat nak masak lepas balik kerja, ajaklah pasangan keluar makan di luar. Itu pun dah ada waktu makan bersama.
2. Layani anak-anak dengan penuh kemesraan. Bila dah ramai anak, biasalah ragam mereka juga berbagai-bagai. Seorang macam ini, seorang macam itu. Yang pertama ajak main, yang kedua ajak makan, yang paling kecil ajak tidur. Serentak semuanya. Kahkah.
Ini normal. Santuni anak-anak elok-elok. Banyakkan bercakap dengan mereka. Bagi logik supaya mereka belajar untuk berfikir.
“Adik tu dah lama jaga, lama juga dia main tadi. Adik dah penat tu bagi ayah tidurkan adik dulu ya. Abang Ngah baru bangun tidur ada tenaga banyak lagi. Pergi tolong mak sekejap. Adik tidur nanti ayah tolong abang Ngah buat kerja tu.”
Kena sangat-sangat sabar. Mereka tak tahu apa lagi.
Nak Murah Rezeki, Suami Isteri Buat LIMA Perkara Ini Selalu
3. Beri panggilan yang baik untuk suami dan isteri. Dalam situasi apa sekali pun, tenang atau pun konflik. Kemesraan panggilan kena kekalkan.
Dan bila isteri panggil, suami jawablah elok-elok. Pandang muka isteri dan senyum. Hah, begitu.
4. Beri isteri duit belanja sekali pun isteri ada pekerjaan dan ada gaji sendiri. Benar zaman ini zaman suami isteri bekerja. Suami ada pendapatan, isteri juga sama. Banyak juga berlaku gaji isteri lebih besar.
Tak kesah hal itu, ambil berkat beri isteri sedikit duit belanja. Sekali pun cuma RM10.
Yang isteri bila dapat duit daripada suami ucapkan terima kasih. Ambil cara elok dan senyum juga. Iya sama, sekali pun cuma RM10. Huhu.
5. Selalu tenangkan hati pasangan ketika resah. Seorang suami pasti faham dan tahu emosi isteri yang sedang resah. Begitu juga bagi seorang isteri.
Rupa kerut dahi yang mencantumkan kening suami itu pasti dia tahu sebab apa. Punyalah hebat isteri ini. Maka, tenangkan. Ajak bersembang dan mungkin berjalan.

RAHSIA RAPATKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI
Kalian, semua ini adalah perkara yang merapatkan lagi kasih sayang antara suami isteri. Dan memang itulah rahsianya. Kalau kalian nak rumah tangga kalian murah rezeki, kena tingkatkan kasih sayang antara tonggak utama rumah tangga itu.
Suami dan isteri kena sangat menzahirkan kasih sayang. Maka dengan itu rezeki akan datang sebanyak-banyaknya.
Namun ingat juga ya, rezeki bukan soal duit semata-mata. Anak yang baik, mertua yang memahami, jiran yang selalu membantu, kereta yang tak pernah rosak, dapat solat jemaah sama-sama, makan yang tak pernah putus dan paling tidak masih dapat melihat suami dan isteri itu hidup bersama juga adalah rezeki.
Artikel ini diambil dan diolah dari Kashoorga.
Sumber kredit: FB: Firdaus Mokhtar
BACA LAGI : Qari Negeri Sembilan Jadi Juara Tilawah Al-Quran Kebangsaan 2024
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Aedy Ashraf Bangga Jadi Anak Kelantan Bawa Watak Beja Dalam ‘Kahar: Kapla High Council’

Bagi aktor popular, Aedy Ashraf, watak Beja dalam filem Kahar memberi satu makna yang cukup mendalam.
Selepas lebih 23 tahun berkecimpung dalam dunia seni, ini adalah kali pertama beliau diberi peluang untuk membawa watak anak Kelantan dengan dialek asalnya sendiri.
Meskipun dilahirkan di Kelantan, Aedy membesar di Kuala Lumpur dan jarang sekali berkesempatan menggunakan dialek negeri kelahirannya dalam kerjaya lakonan.
Aedy bukanlah asing dengan watak berdialek lain – dia pernah membawa watak menggunakan dialek Perak, Kedah, dan Pahang.

Namun, berpeluang menggunakan dialek Kelantan buat pertama kali memberikan kepuasan yang tersendiri buatnya.
Baginya, watak ini adalah peluang yang tepat untuk kembali kepada akar umbinya, menyelami budaya negeri kelahiran yang tersemat dalam diri sejak sekian lama.
“Saya ni memang dari Kelantan, tapi mungkin ramai tak tahu. Jadi ini macam peluang saya untuk go back to my roots, memahami asal-usul saya yang sebenar,” jelasnya penuh semangat dalam satu temu bual bersama Gempak.
Menariknya, meskipun Aedy kurang fasih dengan dialek Kelantan kerana membesar bersama ibunya di Kuala Lumpur, beliau sanggup mengikuti kelas dialek bersama pengarah terkenal Che Wan – yang juga pengarah Budak Kelantan – dan pengarah filem ini, Razaisyam Rashid, yang kedua-duanya juga berasal dari Kelantan.
Bimbingan dan tunjuk ajar dari mereka menjadikan penyampaian dialek Kelantan lebih natural dan mantap, seolah-olah dialek itu sebati dalam dirinya sejak kecil lagi.
BACA: Fakta Mengejutkan – Apa Sebenarnya Rambut Uban Dedahkan Tentang Kesihatan Lelaki
Namun, perjalanan Aedy dalam memantapkan watak Beja ini bukannya mudah. Beliau mengakui terdapat cabaran dan kekok sedikit pada permulaan.
Tetapi, sokongan daripada pengarah dan rakan pelakon menjadikan proses itu lebih mudah dan menyenangkan.
“Saya tak kekok, cuma ada cabaran untuk buat dialek itu terdengar asli. Dengan bantuan pengarah dan pelakon lain, saya jadi lebih yakin dan lancar,” ujarnya.
Filem ‘Kahar: Kapla High Council’ akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 28 November 2024.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang


