Ketika drama Nur sedang hangat menjadi bualan diantara netizen, perhatian turut tertumpu pada pelakon baru yang sedang meningkat naik, Raja Muhd Atiqullah baru berusia 18tahun yang memegang watak sebagai Amirul.
Lunaknya Suara Raja Atiq!
Meskipun hanya memegang watak sokongan dalam drama ini, namun tanpanya sudah pasti jalan ceritanya tidak akan lengkap. Terbaru, ramai yang memuji suara Atiq yang begitu lunak ketika sedang mengaji di dalam salah sebuah episod Nur.
Lantaran itu, dia telah dijemput ke studio HotFM dan turut mengalunkan bacaan surah Ar-Rahman yang bukan sahaja netizen, malah rasanya semua yang dengar akan terkesima. Sungguh merdu!
Ads
Bekas Pelajar Tahfiz
Untuk anda yang tidak tahu, Atiq sebenarnya merupakan bekas pelajar tahfiz dimana dia pernah menuntut di Sekolah Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) Kuala Terengganu.
Ads
Menurutnya juga, dia pernah menjadi imam di sebuah masjid dan Johan untuk pertandingan hafazan ketika masih bersekolah. Tidak hairanlah suaranya begitu lunak!
Sumber : Hangat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Cinta sejati yang tulus adalah cinta yang menerima pasangan seadanya. Cinta sejati hanya dirasakan sebahagian pasangan sahaja .Berikut ini adalah 3 jejaka yang berjaya menawan kekasih jelita yang tidak hanya memandang paras rupa. Pasangan-pasangan ini pernah menjadi viral di media sosial.
1. Nguyen Hu Hai dan Linh My Nguyen
Hubungan gadis cantik bertubuh seksi dengan jejaka gempal dengan berat 83 kilogram ini sempat membuat netizen huru hara. Banyak pengguna internet yang memberikan komen negatif terhadap hubungan mereka. Walau bagaimanapun, pasangan ini tetap saling mencintai dan setia antara satu sama lain.
2. Benly Joy dan Kwan Dii Kwan Dii
Pada awalnya netizen tidak ada yang percaya pasangan ini adalah pasangan bercinta dan hanya kawan rapat. Alasannya cukup sederhana dan masuk akal, iaitu penampilan keduanya berbeza jauh. Namun, wanita yangberasal dari Kamboja ini menepis anggapan netizen tersebut dengan banyak meletakkan gambar mereka berdua berstatus pasangan sang kekasih di media sosial. Sesetengah percaya bahawa setiap manusia dicipta secara berpasangan. Tuhan telah mengatur setiap rezeki dan jiwa manusia setiap manusia. Begitu juga Benly Joy.
Benly Joy adalah seorang lelaki dari Kemboja. Wajahnya sedikit berbeza dari golongan muda pada umumnya. Kulitnya juga hitam walaupun sesetengah orang mengatakan wajahnya tidak kacak. Rambutnya botak, matanya tenggelam dan hidungnya tidak rata. Lelaki ini juga mempunyai gigi yang tidak kukuh.
Penampilannya pun kelihatan normal.Tetapi di sebalik penampilan luar ini yang luar biasa, Benly Joy mempunyai nasib yang cukup baik. Dia juga mempunyai kekasih yang mencintai dan mengasihinya kerana apa yang dia ada. Wanita itu dinamakan Kwan Dii Kwan Dii. Kerana foto mereka tersebar di media sosial, ramai orang netizens yang menganggap pasangan itu tidak sesuai.
Mereka yang menilai Kwan Dii dan berpendapat bahawa dia tidak sepatutnya bersama seorang lelaki seperti Benly Joy. Alasannya agak mudah dan munasabah, kerana penampilan keduanya sangat berbeza. Kwan Dii Kwan Dii adalah seorang wanita yang mempunyai penampilan cantik yang menawan. Wajahnya licin dengan kulit putih. Apabila dia berhias, dia kelihatan lebih cantik. Tetapi bak kata pepatah, kalau jodoh takkan ke mana. Ia terbukti dari hubungan pasangan ini yang masih berjalan hingga sekarang. Berita terkini, Kwan Dii Kwan Dii meraikan ulang tahunnya. Tetapi lebih seronok lagi, ia adalah lelaki kegemaran Dii Kwan Dii yang memberikan kejutan hari jadi. Benly Joy memberikan kek hari jadi kepada Kwan Dii Kwan Dii. Wanita itu kelihatan malu dan tersipu kerana rakannya mencatat peristiwa gembira ini.Pasangan ini membuktikan bahawa cinta mereka tidak melihat fizikal dan rupa. Kwan Dii Kwan Dii tetap bangga untuk mendedahkan hubungannya dengan kekasihnya dalam media sosial. Dia tidak peduli apa kata orang lain.
Dia juga menganggap bahawa kekasihnya adalah lelaki paling kacak untuknya.
3. Pen Visa dan Lucy Luvella Sejak dari kita kecil lagi, ungkapan cinta itu bukan sering diperkatakan secara berulang-ulang kali sehingga ungkapan ini seperti sudah terpahat di minda kita. Kisah percintaan pasangan yang berasal dari Phnom Penh, Myanmar ini bukanlah asing lagi. Pada awal tahun 2014, kisah percintaan mereka ini mendapat liputan media tempatan dan antarabangsa.
Lucy LuvElla dan Pen Visa ini mendapat perhatian masyarakat antarabangsa yang menganggap pasangan ini menjadi bukti sebenar bahawa cinta itu sememangnya buta dan bukanlah cerita dongeng semata-mata. Keluarga kecil yang bahagia ini mulai mencuri perhatian netizen saat isteri bernama Lucy Luvella memposting gambar bercuti mereka di media sosial.
Dibandingkan dengan perawakan Lucy yang sangat cantik, netizen tergamam saat melihat penampilan suaminya. Pendamping hidup pilihan Lucy.
Lucy LuvElla yang berkulit cerah persis model ini telah jatuh hati dengan teman lelakinya, Pen Visa yang berkulit gelap dan berambut kerinting seperti orang Afrika. Kedua-dua pasangan ini bercinta untuk beberapa tempoh sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahayamata perempuan yang menyerikan lagi suasana rumah tangga mereka.
Inilah bukti cinta itu buta. Lucy dan suaminya telah membuktikan bahwa cinta itu tidak mengenal rupa dan warna kulit.
Sumber: InfoPanas
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam kebanyakan budaya lelaki yang berusia 40 tahun mempunyai signifikasi yang cukup penting dalam kehidupannya secara individu dan juga terhadap masyarakat.
Inilah usia di mana seseorang lelaki itu dianggap berada pada puncak tersendiri. Sama ada anda mahu terima atau tidak, usia 40-an merupakan fasa penting ia menandakan transisi ke tahap kedewasaan yang lebih matang.
Inilah usia di mana kebanyakan lelaki telah mencapai kestabilan dalam karier dan kehidupan peribadi. Namun dalam pada masa yang sama, lelaki pada usia ini juga bakal berdepan cabaran baru seperti tahap kesihatan yang berubah, tanggungjawab keluarga yang bertambah dan penilaian semula nilai dan tujuan hidup.
Ini adalah masa untuk refleksi, pertumbuhan peribadi, dan menyesuaikan diri dengan perubahan kehidupan. Walaupun setiap individu mengalami pengalaman yang berbeza, terdapat beberapa isu umum yang sering dihadapi oleh lelaki di usia ini.
MASKULIN ingin mengakak anda meneroka 5 dilema masalah utama yang sering dihadapi lelaki selepas menginjak usia 40 tahun.
Kesihatan fizikal sering menjadi kebimbangan utama bagi lelaki yang berusia 40 tahun ke atas. Risiko penyakit seperti masalah jantung, diabetes, dan tekanan darah tinggi meningkat dengan usia.
Selain itu, berat badan mula sukar dikawal, dan kekuatan otot berkurangan. Penting bagi lelaki untuk menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala dan menjaga gaya hidup sihat.
Di usia 40-an, banyak lelaki berada di puncak karier mereka, tetapi ini juga membawa tekanan dan persaingan. Kekhawatiran tentang kestabilan pekerjaan, kenaikan pangkat, dan persediaan untuk persaraan sering menjadi fokus. Pengurusan kewangan yang bijak dan perancangan persaraan menjadi semakin penting.
Lelaki berusia 40-an sering menghadapi tekanan dalam menjaga keseimbangan antara kerjaya dan kehidupan keluarga. Mereka mungkin perlu menguruskan tanggungjawab sebagai suami, bapa, dan juga anak kepada ibu bapa yang semakin berusia. Ini boleh membawa kepada konflik dan tekanan dalam hubungan peribadi.
Krisis pertengahan usia bukan hanya mitos. Banyak lelaki mengalami perubahan emosi, keraguan diri, dan pertanyaan tentang pencapaian hidup mereka sejauh ini. Masa refleksi ini boleh menjadi peluang untuk pertumbuhan peribadi atau boleh menyebabkan ketidakpuasan dan kemurungan.
Usia 40-an sering menjadi masa untuk penilaian semula nilai dan tujuan hidup. Lelaki mungkin merasa perlu untuk mengembangkan minat baru, mengejar hobi yang tertunda, atau meningkatkan kesejahteraan mental mereka. Pada waktu ini, penting untuk memberi perhatian kepada kesihatan mental dan mencari bantuan profesional jika perlu.
Walaupun terdapat cabaran, usia 40-an juga boleh menjadi masa yang memberi ganjaran dengan peluang untuk pertumbuhan dan penemuan diri. Dengan pendekatan yang positif dan proaktif, lelaki boleh mengatasi dilema ini dan menikmati tahap kedewasaan ini dengan penuh kegembiraan dan kepuasan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kehabisan bateri telefon bimbit boleh menjadi sesuatu yang sangat mencemaskan tambahan lagi di saat-saat musim perayaan ini. Boleh dikatakan setiap individu pasti mula menggelabah jika melihat telefon bimbitnya sudah mengeluarkan tanda amaran berwarna merah.
Para penyelidik mencadangkan bahawa jangka hayat bateri yang ideal adalah di antara 30 hingga 80%. Jika bateri berada di bawah paras 30%, ia adalah tidak sesuai untuk kondisi telefon bimbit anda.
Setiap kali anda membiarkan telefon bimbit yang tidak dicas off sendiri, anda sebenarnya mengundang kerosakan pada bateri telefon bimbit tersebut. Jadi, apabila melihat bateri anda hanya tinggal 10%, cepat-cepatlah cari charger untuk mengecasnya.
Ini mungkin tidak terjadi kepada semua tetapi apabila telefon bimbit anda di dalam keadaan overheat, ia sangat berisiko tinggi untuk menyebabkan bateri telefon anda rosak. Bagi pengguna iPhone, mereka akan diberi amaran jika telefon bimbit tersebut berada dalam keadaan overheat dan segeralah mencari jalan keluar untuk meredakan kepanasan itu.
Terlalu bergantung kepada pengecas wireless juga dapat membuatkan bateri telefon anda rosak. Fungsi pengecas wireless ini sama sekali berbeza dengan pengecas yang dipasang pada kabel.
Jika telefon bimbit anda berasa panas yang luar biasa selepas dicas, apa kata selepas ini jika hendak mengecas telefon, cuba untuk menanggalkan case telefon terlebih dahulu sebelum dicas. Case telefon dapat memerangkap haba tambahan yang boleh merosakkan telefon bateri anda.
Jika anda menggunakan produk Apple yang original mungkin anda selamat, tetapi sekiranya menggunakan pengecas tiruan, maka risiko untuk overcharging akan berlaku jika anda tidak memerhatikan peratusan bateri tersebut.
Sumber: viralcycle.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang