Pada 12 April yang lalu, MASKULIN telah menampilkan sebuah artikel berkaitan larangan amaran penggunaan lima jenama atau model wayar extension dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Elektrik dan Mekanikal Hong Kong (EMSD) kepada orang awamnya.
Menurut amaran tersebut mereka telah menyenaraikan lima jenis wayar extension yangh didapati tidak menepati ciri-ciri keselamatan. Ia juga boleh menyebabkan berlakunya overheat dengan cepat dan lebih teruk berlaku kebakaran.
Difahamkan produk-produk ini turut boleh didapati di negara kita dengan cukup mudah sama ada di kedai atau secara online.
Semalam seorang pengguna Facebook bernama Afil Jefri telah berkongsi sebuah posting yang berkaitan dengan salah satu wayar extension seperti yang MASKULIN nyatakan menerusi artikel sebelum ini.
Menerusi foto perkongsiannya MASKULIN dapati saudara Afil menggunakan wayar extension jenama LDNIO model SC3604. Dan apa yang menakutkan dia telah berdepan dengan situasi di mana telah berlaku masalah elektrik, malah hampir menyebabkan kebakaran.
Ikuti perkongsian menarik saudara Afil di bawah:
Mujur tak berlaku kebakaran. Kalau tak, tak tahulah macam mana. ⠀ Saya nak share sikit pasal port untuk USB dan plug elektrik ni. Memang bahaya dan harap-harap, sesiapa yang sedang guna, berhenti gunakan benda Allah ni. ⠀ Ceritanya begini. Benda ni jadi kemarin sebenarnya. Tapi, saya baru sempat nak share hari ni. ⠀ Seperti biasa, sebelum tidur, saya akan caj power bank untuk guna esok pagi. Jadi, saya caj guna kabel USB yang saya sambung ke port ini.
Ads
BAU HANGIT
⠀ Sebelum tidur, sempat melayan Netflix sekejap dan saya terhidu bau hangit. Tapi waktu tu saya ingatkan, bau tu dari luar sebab pintu balkoni terbuka. ⠀ Jadi, okaylah. Saya pun tak ada risau apa pun. ⠀ Esoknya, bila saya nak cabut power bank yang saya dah caj semalamam itu, tak boleh cabut. Bila tekan butang yang ada di tepi, memang lampu biru pun dah tak menyala.
PLASTIK CAIR
Bila saya tengok betul-betul, mini USB yang sambung ke input power bank tu dah melekat sebab plastik power bank tu dah cair.
KESAN TERBAKAR
Bila saya pusing ke bahagian belakang power bank, rupanya ada kesan terbakar dan bau hangit yang saya hidu semalam tu rupanya bau terbakar power bank inilah. ⠀ Saya tak pasti apa term untuk masalah elektrik ni. Tapi, saya yakin, benda ni tak ada perintang untuk filter jumlah tenaga yang masuk. Saya rasalah. Saya tak reti sangat bab elektrik.
Tapi apa yang saya nak sampaikan, kalau boleh, elakkan guna benda ini sebab malang tak berbau. Tapi, benda terbakar memang berbau. ⠀ Jadi, sebelum terbau benda terbakar yang boleh menyebabkan kemalangan, saya kongsikan untuk peringatan bersama. ⠀ Harga benda ni tak mahal sangat dan harganya berbeza-beza. Yang dijual di online, harganya berbeza daripada yang dijual di kedai-kedai gadget.
⠀ Contohnya, di satu kedai gadget yang terletak dj Nu Sentral, saya nampak harganya ada yang RM120 dan di kedai lain ada yang harganya RM50. ⠀ Berapa pun harganya, kalau membahayakan nyawa, baik tak payah guna. Ini pengajaran untuk diri sendiri juga. Semoga bermanfaat. ⠀ Sayang juga sebab power bank tu dah ikut saya bertahun-tahun. Jatuh berkali-kali dah pun tetap boleh guna. Memang power sebab berkali-kali caj phone pun, boleh tahan lagi. Memang sesuai nama dia ‘power bank’. ⠀ ⠀ Afil, Nak belajar guna tenaga solar. Haha.
MASKULIN nasihatkan kepada anda yang menggunakan 5 wayar extension seperti yang dinyatakan agar berhati-hati. Gunalah produk yang mendapat kelulusan SIRIM dan menepati ciri-ciri keselamatan.
Posting asal di Facebook;
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pernah berhasrat untuk melakukan diet Atkins, tetapi itu tak boleh, ini tak boleh nak sentuh buat admin rasa malas nak komitmen dengan diet Atkins, pernah juga lihat beberapa siri kejayaan orang ramai yang berdiet tinggi protein ini. Tetapi adakah benar ia membawa kesan buruk di kemudian hari? Ramai di kalangan kita yang berhasrat ingin menurunkan badan dalam masa yang cepat. Oleh itu, mereka akan berusaha untuk melakukan apa sahaja asalkan berjaya mendapat berat dan bentuk badan yang diidamkan sehinggakan ada yang berdiet ketat dan hampir mempertaruhkan nyawa sendiri.
Masa kini wujudnya pelbagai jenis atau cara berdiet dan tercetusnya juga ‘Diet Rendah Karbohidrat Tinggi Protein’. Namun begitu, diet ini ternyata dianggap sebagai diet ‘bahaya’ sehingga mampu memudaratkan kesihatan seseorang jika keterlaluan atau tidak dikawal dengan baik. Kesan sampingan yang timbul seolah-olah suatu ancaman kepada pengamal diet Atkins khususnya. Mengapa hal ini boleh terjadi?
Apa Itu Diet Rendah Karbohidrat?
Berbalik kepada topik berdiet Rendah Karbohidrat Tinggi Protein. Mungkin jarang atau ada di kita yang tidak tahu mengenai cara diet ini. Diet ini akan membuatkan seseorang mengurangkan atau langsung tidak mengambil makanan dari sumber karbohidrat tetapi lebih mengambil makanan dari sumber-sumber protein. Contoh terdekat adalah Diet Atkins.
Diet Atkins merupakan salah satu contoh diet rendah karbohidrat yang pertama kali diperkenalkan pada tahun 1970 oleh Dr. Robert Coleman Atkins, iaitu seorang ahli nutrisi dari Amerika Syarikat. Walaupun telah lama diperkenalkan sejak tahun 1970, namun diet ini mulai popular sekitar tahun 2000-an. Menurut ahli nutrisi dari Klinik Nutrifit Jakarta, Dr. Samuel Oetoro, M.S., Sp.GK, diet rendah karbohidrat merupakan diet yang membatasi sumber karbohidrat. Mereka yang berdiet cara ini biasanya tidak mengambil nasi, kentang, dan apa sahaja sumber makanan berasaskan karbohidrat.
Karbohidrat sebenarnya sangat penting untuk tubuh kerana ia akan membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Dengan mengambil karbohidrat, ia dapat membantu kemampuan otak untuk berfikir dengan lebih stabil dan rasional. Sebab itulah pentingnya pengambilan karbohidrat kepada pelajar dan pekerja kerana ia berkait rapat dengan kemampuan otak seseorang itu untuk berfikir dengan baik.
Namun begitu, apa yang merungsingkan ialah sekiranya sumber karbohidrat itu diambil secara berlebihan. Sekiranya karbohidrat diambil berlebihan dan tidak dibakar melalui aktiviti olahraga atau kecergasan lain, maka ia akan disimpan oleh tubuh sebagai lemak.
Apa Itu Diet Tinggi Protein?
Diet tinggi protein diakui efektif dan berkesan dalam menurunkan berat badan dengan cepat dan hasilnya memang memuaskan, namun begitu seperti diet rendah karbohidrat, diet ini juga memberi ancaman kepada kesihatan tubuh. Diet jenis ini merupakan antara diet yang paling banyak dipilih oleh para wanita dan juga lelaki dalam proses menurunkan berat badan di samping membentuk otot-otot badan.
Menurut apa yang dikemukakan oleh banyak pakar kesihatan, pengambilan protein yang dianjurkan adalah antara 0.8 hingga1 gram per kilogram berat badan setiap hari. Bermakna jika anda memiliki berat badan 50 kg, maka ambilan protein yang boleh diambil adalh sebanyak 5 gram sehari.
Mungkin ada yang celaru sama ada ingin meneruskan diet sebegini atau menghentikannya. Sebaik-baiknya amalkanlah pengambilan diet yang seimbang yang cukup semua nutrisi. Apa yang penting kawal pengambilannya dan berdiet usahlah terlalu ketat semata-mata ingin kurus dengan cepat. Kesannya nanti pasti membuatkan diri sendiri merana dan menyesal. Baiklah, apa yang akan terjadi sekiranya diet ini dilakukan secara berlebih-lebihan?
1. Komplikasi kesihatan
Kesan sampingan buruk dari diet cara ini memang dapat menurunkan berat badan namun begitu ia terkait dengan komplikasi kesihatan lainnya seperti ketosis, penyakit jantung dan kanser di samping penyebab kepada meningkatnya kadar kolesterol yang tinggi.
2. Lebihan lemak berkumpul dalam tubuh
Karbohidrat terdiri dari tiga elemen, iaitu karbon dioksida, hidrogen, dan oksigen. Mereka yang mengamalkan diet karbohidrat mendapat tenaga dari sumber makanan yang tinggi protein dan lemak. Jika ini berlarutan, maka kesannya kadar protein dan lemak akan meningkat dalam tubuh. Pengamal diet seperti ini akan merasakan kenyang lebih lama kerana pengambilan lemak yang berlebihan disimpan di dalam tubuh.
3. Berat badan sukar untuk diturunkan kembali
Diet ini memberikan hasil yang menakjubkan kerana pada enam bulan pertama berat badan akan turun dengan drastik. Namun setelah enam bulan berikutnya, berat badan hanya akan turun sedikit bahkan cenderung susah untuk diturunkan kembali. Kebarangkalian ia tidak akan berkesan ke atas tubuh, sebaliknya membuatkan seseorang itu lebih bertambah gemuk dari berat yang asal. Walaupun begitu, berbanding jika seseorang itu berdiet dengan gizi yang seimbang, penurunan berat badannya mampu turun dengan perlahan dan mengambil sedikit masa yang agak lama tetapi masih kekal dan penurunan yang berlanjutan. Hal ini kerana pengambilan gizi makanannya yang seimbang dan terjaga.
4. Dehidrasi
Selain penurunan berat badan yang drastik, diet ini juga mampu menyebabkan dehidrasi. Ini kerana air juga turut dikeluarkan. Biasanya target utama dalam diet adalah penurunan lemak, namun pada diet karbohidrat, air cenderung dikeluarkan. Akibatnya jika terlalu banyak cairan tubuh yang keluar, maka seseorang itu mengkin akan mengalami dehidrasi.
5. Gangguan ginjal
Diet seperti ini boleh menyebabkan gangguan pada fungsi ginjal. Seseorang yang melakukan diet ini untuk waktu lama mempunyai risiko mendapatkan masalah ginjal, batu ginjal, dan jika keadaan semakin parah seseorang itu akan mengalami kegagalan fungsi ginjal. Diet ini juga akan menyebabkan si pengamalnya minum air dengan banyak air kerana mengharapkan agar proses penyahtoksik dapat berjalan dengan lancar. Tindakan mengambil air secara berlebihan juga sebenarnya turut memberikan kesan buruk kerana ia akan memaksa dan membebani ginjal untuk bekerja dengan lebih keras.
6. Osteoporosis
Apabila sumber protein diambil dengan banyak, maka secara tidak langsung ia akan meningkatkan tindak balas asid amino dalam tubuh. Oleh itu, seiring dengan waktu, jika pengambilan gizi dan diet makanan tidak diambil secara seimbang dan teratur, maka lama-kelamaan jumlah kalsium di dalam gigi dan tulang juga akan semakin berkurangan sehingga menyebabkan kedua-duanya jadi lemah dan reput. Jadi, dengan menambahkan khasiat kalsium ia dapat membantu mengurangkan kesan sampingan terhadap diet tinggi protein sehingga jangka masa yang tertentu.
7. Gangguan pencernaan
Pengambilan tinggi protein akan membuatkan seseorang itu menjadi lebih kenyang dalam waktu yang lama. Maka, secara tidak langsung ia akan mengurangkan nafsu makan. Makanan dengan protein tinggi biasanya tidak mengandungi serat yang tinggi. Oleh itu, pengambilan makanan yang rendah serat dapat menyebabkan masalah kesihatan yang berkaitan dengan sistem pencernaan terutamanya sembelit.
8. Alahan
Akibat sampingan lain dari diet ini ialah tekanan darah tinggi (hipertensi) dan memberi kesan ke atas sistem kekebalan tubuh seperti alergi (alahan) mungkin disebabkan oleh pengambilan protein yang berlebihan, keracunan dan penggunaan bahan kimia dalam bahan makanan tertentu.
Sedarkah kita bahawa tidak semua diet itu sesuai dengan tubuh badan masing-masing. Mungkin ada yang berdiet ketat tetapi berat langsung tidak berkurangan, malahan bertambah gemuk. Tidak kurang juga yang berdiet dan kembali langsing dan kurus. Malangnya kesihatan dalaman dan sistem pencernaan sering terganggu. Jadi, sebelum memilih diet yang sesuai untuk diikuti, pastikan anda dapatkan pandangan dari pakar diet dan pemakanan terlebih dahulu supaya anda dapat kurus dan sihat dalam masa yang sama.
Sumber : Diarikurus
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Demam bola sepak kejohanan EURO 2024 kian dirasai. Tidak ketinggalan penganjuran kompetitif di peringkat tempatan. Hisense Malaysia, peneraju global elektronik baru-baru ini menjalin kerjasama dengan Universiti Sunway untuk menganjurkan kejohanan bola sepak persahabatan.
Kejohanan diberi nama ‘Beyond Glory Campus Cup’ melibatkan pasukan-pasukan bola sepak dari beberapa universiti terkemuka sekitar Lembah Klang.
Menurut mereka, kojohanan bola sepak yang berlangsung Ahad lalu ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan serta menyemarakkan lagi minat terhadap sukan bola sepak.
Ia turut dianjurkan bersempena dengan Kejohanan Bola Sepak Eropah UEFA 2024 (UEFA EURO 2024™) di mana Hisense merupakan rakan rasmi.
Inisiatif ini bukan sahaja menekankan komitmen mereka terhadap sukan, tetapi juga menonjolkan usaha mereka dalam pembangunan sukan belia di Malaysia.
Kejohanan ini berlangsung di padang bola sepak Sunway University. Ia menyaksikan penyertaan beberapa pasukan seperti Universiti Tunku Abdul Rahman (TARUMT), Taylor’s University, Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) serta pasukan Sunway University.
Pasukan Hisense Malaysia turut serta dalam kejohanan ini, dan perlawanan akhir berlangsung antara pasukan Hisense dan pasukan yang berjaya menjuarai kejohanan ini, iaitu Taylor’s University.
Dalam ucapannya, Pengarah Urusan Hisense Malaysia, Encik Derek Jin berkata, “Hisense Malaysia sangat teruja untuk bekerjasama dengan Universiti Sunway untuk meraikan semangat bola sepak dan menyokong sukan belia tempatan.
“Matlamat kami adalah untuk memberi inspirasi kepada atlet muda dan mempromosikan gaya hidup sihat. Ini selaras dengan misi Hisense untuk memperbaiki kehidupan orang ramai melalui produk inovatif dan inisiatif kami.
“Kami menantikan lebih banyak peluang di mana kami dapat terus mempromosikan dan menyokong sukan belia tempatan,” tambahnya lagi.
Sementara itu Presiden Universiti Sunway, Profesor Sibrandes Poppema, juga menzahirkan kegembiraan beliau terhadap kerjasama ini.
“Kami sangat gembira untuk bekerjasama dengan Hisense Malaysia untuk acara ini. Ia menyediakan platform yang hebat untuk pelajar kami dan pelajar dari universiti tempatan.
Ia ruang di mana mereka boleh menunjukan bakat dan semangat mereka terhadap bola sepak. Kami percaya dengan kuasa penyatuan sukan untuk membawa orang bersama-sama dan memupuk semangat komuniti yang kuat.”
Sebagai rakan rasmi UEFA EURO 2024™ dan peneraju dalam teknologi paparan, Hisense bertujuan untuk memberikan pengalaman menonton permainan yang sempurna serta pengalaman hidup pintar melalui produk TV dan peralatan rumah canggihnya.
Ini menandakan Kejohanan Eropah UEFA ketiga berturut-turut yang ditaja oleh Hisense, yang menyediakan peluang besar untuk terus menghubungkan jenama Hisense dengan pengguna di seluruh dunia.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
“Baru je angkat sumpah jadi menteri terus keluar macam-macam fitnah dan fake news”. Itulah penjelasan yang dikongsi oleh Menteri Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Zafrul Abdul Aziz yang baru dilantik baru-baru ini.
Ketiadaannya ketika mesyuarat pertama kabinet kerajaan perpaduan baharu di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menimbulkan pelbagai spekulasi buruk. Malah ada suara-suara sumbang mengatakan beliau pergi ke Qatar untuk menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia.
Teka-teki tersebut akhirnya terjawab pada hari ini apabila Tengku Zafrul sendiri memuat naik beberapa foto tentang penglibatannya menghadiri majlis kerjasama perdagangan Petronas dan Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Abu Dhabi semalam.
Jelas beliau dalam satu kenyataan, hubungan perdagangan Malaysia dan UAE akan akan menjadi lebih kukuh selepas rentetan pemeteraian kerjasama di antara Petronas dengan sebuah syarikat minyak di negara tersebut.
Beliau turut memuat naik sebuah video bagi menjelaskan perkara sebenar dengan lebih lanjut menerusi Facebook rasminya.
“Pertamanya saya ke Abu Dhabi bukannya ke Doha, Qatar. Kedua saya ke Abu Dhabi untuk urusan rasmi. Tak dapat hadir ke mesyuarat kabinet bukan macam ponteng kelas. Mana-mana menteri yang nak ke luar negeri harus minta kebenaran Perdana Menteri dulu,” tambahnya lagi.
Difahamkan Tengku Zafrul tidak keseorangan di sana, sebaliknya detik bersejarah perjanjian tersebut turut disaksikan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Turut sama menghadiri majlis tersebut ialah Presiden UAE, Yang Mulia Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan; Menteri Industri & Teknologi Maju UAE merangkap Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif ADNOC, Dr. Sultan Ahmed Al Jaber dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Datuk Tengku Muhammad Taufik.
Beliau berpandangan, perjanjian yang telah termeterai itu akan menunjukkan keupayaan Malaysia untuk bersaing dengan syarikat-syarikat di peringkat antarabangsa.
“Pemerteraian perjanjian ini menunjukkan keupayaan bersaing syarikat-syarikat Malaysia di peringkat antarabangsa. Ia juga mencerminkan hubungan rapat dua hala perdagangan Malaysia-UAE dan meningkatkan lagi silaturahim kedua-dua buah negara,” tambahnya lagi.
Semoga warganet sekalian lebih berhemah dalam melontarkan aoa-apa tuduhan. Usah terlalu cepat menyebarkan berita tidak benar atau palsu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
JD Sports Malaysia meraikan ulang tahun ke-10 dengan pelbagai produk eksklusif, ganjaran pelanggan dan acara khas JD Frequency di Sunway Pyramid. Sambutan berlangsung sepanjang tahun buat peminat sneaker dan athleisure.