Dalam masyarakat hari ini, lelaki sering dianggap sebagai pencari nafkah utama dalam keluarga.
Namun, keadaan ekonomi yang semakin moden telah mengubah peranan dalam rumah tangga, di mana tidak sedikit isteri yang memperoleh pendapatan lebih tinggi daripada suami.
Situasi ini kadang-kala menimbulkan perasaan insecure dalam kalangan lelaki kerana takut dipandang rendah atau kehilangan autoriti sebagai ketua keluarga.
Tetapi, adakah jumlah pendapatan benar-benar menentukan nilai seorang suami?
@maskulinmyDalam dunia sekarang, masih ada lelaki yang “insecure” bila isteri lebih berjaya dari segi kewangan. Ada juga yang takut dipandang rendah kalau gaji mereka lebih kecil. Tapi, adakah rezeki jadi ukuran nilai seorang suami? Bagi Hun Haqeem, hubungan bukan tentang siapa yang lebih banyak gaji, tapi bagaimana pasangan saling menyokong. #Maskulin #GayaHidup #HunHaqeem♬ original sound – Maskulin
Rezeki Itu Kurniaan Tuhan, Bukan Persaingan
Menurut pelakon terkenal, Hun Haqeem, beliau tidak melihat pendapatan sebagai satu ukuran utama dalam menentukan peranan seorang suami.
Baginya, jika isteri memperoleh gaji yang lebih tinggi, ia bukan sesuatu yang perlu dijadikan isu kerana rezeki adalah kurniaan Tuhan kepada sesiapa sahaja yang berusaha.
“Siapalah kita untuk menghalang rezeki sesiapa. Itu kurniaan Tuhan, tetapi tidak bermaksud lelaki tidak boleh menyumbang dalam cara lain,” katanya.
Ads
Beliau juga menegaskan bahawa perkahwinan bukanlah satu bentuk persaingan, tetapi lebih kepada kerjasama antara suami dan isteri dalam membina kehidupan bersama.
Foto : Haibunda
Peranan Suami Lebih Dari Sekadar Wang
Ada lelaki yang merasakan diri mereka kurang bernilai jika tidak menjadi penyumbang utama dalam kewangan keluarga.
Namun, hakikatnya peranan seorang suami tidak terhad kepada aspek kewangan semata-mata.
Bagi Hun Haqeem, seorang suami masih boleh memainkan peranan yang penting dalam rumah tangga walaupun pendapatan isteri lebih tinggi.
Ads
Katanya, seorang suami masih boleh menyumbang dengan membantu menjaga anak-anak, mengurus rumah tangga dan memastikan ia dalam keadaan baik, memberikan sokongan moral dan emosi kepada isteri dan memastikan kesejahteraan dan kebahagiaan keluarga.
Menurutnya, ada lelaki yang merasakan wang adalah segalanya, tetapi hakikatnya kudrat dan keikhlasan lebih bermakna dalam perkahwinan.
Ketakutan atau rasa rendah diri kerana gaji lebih kecil hanya akan memberi tekanan dalam hubungan suami isteri jika tidak dikawal dengan baik.
Sebaliknya, komunikasi yang terbuka dan rasa saling menghargai boleh membantu membina rumah tangga yang lebih bahagia.
Dalam Islam sendiri, tanggungjawab suami bukan hanya memberi nafkah tetapi juga menjadi pemimpin yang bijak dalam rumah tangga.
Jika seorang isteri mampu membantu dari sudut kewangan, seorang suami pula boleh menyumbang dalam aspek lain seperti keamanan emosi, bimbingan spiritual dan kestabilan dalam rumah tangga.
Yang paling utama, kebahagiaan rumah tangga bukan terletak pada jumlah pendapatan, tetapi pada cara pasangan saling melengkapi dan menghargai satu sama lain.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lahirnya bukanlah dari keluarga yang dilimpahi kesenangan. Azam yang ditanamnya sejak kecil untuk keluar dari kepompong itu, digenggam erat hingga memperlihatkan siapa dirinya hari ini. Said Saiful Fazli, lelaki biasa yang kini mencipta evolusi juga perubahan sisi 360 darjah buat cabang kariernya sehingga menjadi individu yang bisa dikagumi. Tiada istilah ‘tidak boleh’ dan ‘mengalah’ dia terus mengorak langkah mengotakan impian. Bagi dirinya, tiada siapa yang mampu mengubah nasib selain diri sendiri.
Percubaan berani
Benarlah, tiada apa yang mustahil untuk digapai tanpa keberanian yang diraih dalam diri. Karisma yang dibawa oleh Said Saiful Fazli atau lebih dikenali dengan gelaran CDM Said yang merupakan graduan bidang Veterinar Universiti Putra Malaysia ini, berjaya mencipta pencapaian yang layak dibanggakan olehnya. Menukar lapangan kerjaya bukanlah suatu mudah apatah lagi dia mencuba perkara yang belum pernah diterokainya sebelum ini. Namun, bekalan semangat yang dimilikinya menjadi taruhan utama untuk tidak berputus asa dan terus melangkah jauh.
“Saya merupakan salah seorang agen Sahajidah Hai-O Marketing. Saya mula terfikir untuk beralih arah dari seorang pegawai veterinar ke bidang perniagaan pada sekitar tahun 2009 dek kerana masih mencari pekerjaan yang boleh memberi keuntungan yang lebih daripada berada di zon ‘makan gaji’. Sudah pasti ia melibatkan sesuatu bidang yang berkaitan dengan perniagaan. Atas pengaruh rakan yang memberi galakan kepada saya untuk menjadi salah seorang agen dalam bisnes ini merupakan peluang terbaik tatkala saya sudah pun nekad untuk berhenti bekerja dan beralih arah ke dunia perniagaan ketika itu.
Keputusan yang diambil adalah perubahan yang sangat drastik dalam hidup saya. Semestinya saya nak jadi lebih baik dan berjaya. Saya bukanlah berasal dari keluarga yang berada. Tambahan pula, saya merupakan anak tunggal dalam keluarga. Tanggungjawab yang saya pikul pula adalah lebih berat berbanding orang lain kerana hanya saya seoranglah yang mampu mengubah taraf keluarga saya, terutamanya buat kedua orang tua saya. I need something yang memberikan hasil yang cepat. Bila saya sudah dapat jalannya, why not saya teruskan perjalanan yang saya ambil untuk terus sehingga ke penghujungnya?”
Korset dan lelaki
“Ketika mula menceburi bidang ini, tidak pernah langsung terlintas di fikiran saya untuk menjual korset. Ya, korset! Menjual korset bukanlah kehendak saya tetapi saya harus lakukannya. Kebetulan pula pada ketika itu, permintaan terhadap korset dilihat begitu tinggi. Mungkin kerana wanita sudah mula sedar untuk kelihatan kurus sentiasa. Namun, saya ambilnya sebagai satu cabaran and I try. Tiga bulan pertama adalah sesuatu yang agak sukar buat saya. Manakan tidak, saya yang sebelum ini tidak punya sebarang pengalaman berniaga perlu menjual korset untuk kaum wanita. Bayangkanlah, perasaan seorang lelaki untuk menjual pakaian wanita kepada pelanggan wanita dan itu sudah pasti, mereka akan punya perasaan malu apabila saya mengatur bicara perihal baju dalam, badan serta seluar dalam wanita. Saya pun punya rasa yang sama diawalnya”.
Mungkin tidak semua mampu melalui apa yang dia pernah laluinya sebelum ini. Siapa sangka, korset dan lelaki bisa bersatu. Dia berjaya membuktikannya. Tiada apa yang mustahil asalkan lemparan kata-kata negatif sekelilingnya diusir jauh dari kamus hidup.
“Tipulah jika saya tidak pernah berputus asa pada permulaannya. Namun kata orang tua-tua, alang-alang menyelup pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. So, I take it as a challenge and just keep going. Ini kerana, saya pernah terfikir bahawa jika ada lelaki lain yang sudah berjaya dalam bidang ini, bahkan berbelas-belas tahun masih melopori bidang ini, mengapa tidak saya? Dari situ, iltizam terus membara dalam diri saya untuk terus menggali ilmu serta mempelajari teknik yang betul untuk mengukuhkan cara perniagaan saya. Apa yang pasti, saya akui betapa pentingnya seseorang itu untuk terus konsisten dan terus membina pengalaman sebanyak mungkin kerana ia merupakan ilmu yang tidak mampu dibeli dengan wang ringgit”.
Pencapaian bermakna
“Dalam bisnes ini, terdapat beberapa peringkat mengikut pencapaian agen. Selepas enam tahun berkecimpung dalam bisnes ini, saya sudah pun berada di tahap yang paling tertinggi kerana jualan korset yang saya berjaya lakukan melebihi RM 2 juta. Ia merupakan pencapaian yang memberangsangkan buat saya yang dulunya bermula dari bawah, kini berjaya mendaki ke peringkat yang paling tertinggi dengan pangkat CDM atau Crown Diamond Manager. Sekarang ini pula, jualan saya telah pun menjangkau sehingga RM 4 juta setiap bulan. Percaya atau tidak, ini semua adalah menerusi hasil jualan korset sahaja. Dengan jualan bisnes ini juga, saya mampu untuk melancong ke 25 buah negara dalam masa 5 tahun dan memiliki beberapa buah aset hartanah bernilai di Kuantan dan Kuala Lumpur. Bagi saya, jumlah jualan yang berjaya dilakukan adalah pencapaian yang ingin saya capai dalam bisnes ini. Kini, agen saya sudah pun mencecah seramai 2000 orang”.
The born of CLA
“Apabila menceburi bidang perniagaan, sudah pasti saya inginkan keuntungan. Dari merangkak, saya belajar berjalan. Dan kini saya bisa berlari pantas menuju ke garisan penamat. Selain ingin memiliki misi peribadi untuk berjaya, saya juga tidak melepaskan peluang untuk mengajak orang lain untuk turut serta menyertai dan bersama-sama mengubah haluan hidup. Namun harus diingatkan, sekali anda melangkah ke dalam bidang ini, tiada apa yang mudah. Kuatkan diri. Kini saya tidaklah secara langsung menjual korset seperti dahulu kerana saya lebih fokus untuk membimbing serta memberi galakan buat mereka yang baru berjinak-jinak untuk mengetahui selok-belok bidang perniagaan. Saya juga turut memberi ceramah kepada mereka bagaimana untuk membina keyakinan diri, khususnya dalam bidang yang memerlukan mereka untung menguasai pelbagai kemahiran. Ini misi saya. Menggalakkan mereka untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Saya juga adalah testimoni yang telah berjaya untuk mereka jadikan inspirasi untuk sama berjaya.
“Di bawah saya ada lebih 2000 orang agen yang harus di pantau. Ini adalah cabaran terbesar buat saya. Apa yang penting, saya harus pastikan mereka akan kekal bertahan untuk mencapai target jualan yang telah ditetapkan. Hari demi hari bilangan mereka semakin bertambah. Pelbagai kerenah jugalah yang terpaksa saya hadapi. Jadi, saya memegang tanggungjawab besar ini untuk memastikan mereka yang berada di bawah saya turut mencapai jualan yang memberangsangkan.”
Rentetan agen yang begitu ramai di bawah kelolaannya, CDM Said telah menubuhkan CLA ataupun Charismatic Leaders Academy dan sebagai Pengasas sekali gus untuk membantu dan memberi pendedahan dengan lebih terperinci mengenai dunia perniagaan ini sendiri terutamanya mengenai teknik pemasaran yang betul supaya agar mereka dapat mencipta sesuatu yang luar biasa sepertinya.
Pendorong
“Tidak mungkin saya berdiri semegah ini tanpa insan yang menjadi pendorang untuk saya maju ke hadapan.Said Aluwi Yaacob dan Naveesah Hamza. Dua insan inilah yang tidak pernah jemu memberi semangat dan mendidik saja sejak kecil lagi hingga menjadi seseorang yang boleh menghamparkan senyuman gembira di wajah mereka. Benarlah, jika setiap yang diusahakan itu perlulah punya seseorang atau mentor yang menjadi tulang belakang kita. Azlan Deraman dan Siti Rohana Yusof adalah mentor untuk saya sentiasa maju dalam bidang perniagaan ini. Jatuh bangun itu adat berniaga. Dan merekalah kompas untuk dituju dan tangan yang akan menghulur untuk saya bangkit berjuang.
Jangan sombong, kerana itu adalah penyakit paling kronik yang akan binasakan sesebuah perniagaan. Cari orang yang boleh di jadikan rujukan untuk membina. Kesilapan itu pasti. Tidak perlu malu bertanya kerana itu adalah peluang untuk belajar sesuatu yang baru dalam kehidupan”
Asam garam perniagaan
“Saya pernah hilang kumpulan yang membuat jualan bersama-sama. Pernah tiada pengikut serta agen yang berada di bawah saya. Rasa jatuh dan tersungkur itu semuanya telah saya alami. Ada juga suatu ketika di mana saya terpaksa menghabiskan kesemua wang simpanan saya untuk memusingkan balik modal dan jualan. Dibaling korset kepada saya oleh pelanggan itu adalah perkara yang perit untuk dilupakan. Sampai begitu sekali kepahitan yang saya telan. Namun, setiap racun itulah menjadi penawar untuk saya semakin kuat langsung membuktikan segala angan yang saya impikan bakal menjadi realiti”.
Turun naik dalam hasil jualan yang dilakukan sudah sinonim dalam perniagaannya. Setiap satu cabaran yang menimpa dirinya ditepis dengan solusi untuk menjadikan ia bukanlah satu alasan. Walaupun ada ketikanya perasaan menyerah kalah itu hadir membayangi dirinya tetapi kecekalan itu menjadikan dirinya kuat untuk bangkit. Dugaan itu adalah pelajaran baru baginya.
“Dalam dunia perniagaan ini, pelbagai situasi yang tidak terduga akan kita hadapi. Ya, saya pernah ditipu, ditikam belakang oleh orang terdekat, wang dilarikan dan pelbagai lagi. Namun itulah resam yang harus saya hadapi. Tidak pernah sekali pun saya meletakkan kesilapan itu seratus peratus pada mereka. Mungkin ada juga kesilapan daripada saya yang saya tidak dapat lihat sebelum ini. Tapi percayalah, bahawa akan hadirnya pelangi selepas turunnya hujan. Kita juga manusia yang mungkin kadangkala terlepas pandang akan sesetengah perkara remeh yang sebenarnya boleh menjadi punca sesuatu masalah. Orang sanggup lakukan apa sahaja demi wang.”
Nasihat
“Sebenarnya, ramai lagi yang masih belum menyelami potensi diri sendiri. Peluang itu sentiasa ada untuk berjaya dalam hidup. Antara percaya atau tidak. Bina kepercayaan dalam diri sendiri, walaupun apa jua halangan yang mendatang. Bayangkan, saya hanya menjual produk pakaian dalam sahaja tapi mampu membina legasi yang besar hari ini. Jangan sesekali menutup minda kita dan bijaklah merebut peluang. Dari situ, kepercayaan dalam diri adalah kunci utama untuk terus maju ke hadapan.
Tiada apa yang mudah dalam hidup ini. Galilah sebanyak mana pun ilmu kerana ia merupakan bekalan yang akan membawa kita melangkah lebih jauh. Tetapi, ingatlah bahawa ilmu dalam dunia perniagaan ini tidak akan dapat diperolehi hanya dari buku semata-mata. Pengalaman merupakan pengajaran untuk kita gagah menempuh pelbagai lagi dugaan yang lebih mencabar. Suatu hari, kejayaan yang telah dikecapi membuatkan kita bisa menarik nafas lega dan titik peluh yang mengalir bagaikan tiada ternilai harganya. Bergurulah dengan orang yang punya segunung pengalaman kerana merekalah yang akan membimbing anda untuk mengecapi kejayaan. Tiada salah untuk bertanya, bahkan ia bukanlah satu yang sia-sia. Keep learning dan ambil setiap yang berlaku itu sebagai batu loncatan untuk menjadi lebih baik.”
saidsaifulfazli
www.myclagroup.com
58
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Salah satu perkara yang cukup mengerikan kita yang merupakan pemandu dan pengguna jalan raya ialah terlibat dengan kemalangan yang juga mengakibatkan kebakaran.
Kemalangan yang melibatkan kebakaran ini mempunyai risiko yang sangat tinggi dan berlaku dengan cukup pantas. Dalam tempoh beberapa hari ini kita semua digemparkan dengan kejadian yang cukup menyayat hati dengan video tular seorang lelaki ditenangkan orang ramai apabila isterinya terkorban akibat kemalangan dan kebakaran.
Siapa sahaja yang menonton video itu pastinya turut berasa luluh dan sedih. Apatah lagi kemalangan itu bukannya disebabkan oleh kecuaian mangsa tetapi orang lain.
Kejadian tersebut turut membangkitkan isu tentang pentingkan alat pemadam api disimpan di dalam kereta. Bagi MASKULIN ia satu perkara yang cukup penting kerana kita tidak tahu bilakah kita akan memerlukannya.
Ramai mungkin tidak tahu kapasiti dan fungsi pemadam api kereta mempunyai fungsi sama seperti pemadam api yang biasa. Cuma ia didatangkan dengan saiz yang lebih kompak.
Bukan sahaja kereta malah setiap kenderaan juga perlu ada pemadam api yang sesuai di dalam simpanan sepanjang masa. Namun bagaimanakah untuk memilih pemadam api kereta yang sesuai dan jenis kebakaran bagaimanakah ia mampu padamkan?
JENIS KEBAKARAN
Terdapar tiga jenis kebakaran utama yang boleh berlaku kepada kenderaan sama ada kereta, van, caravan atau seumpamanya.
KEBAKARAN KELAS A – kayu, kertas, fabrik
KEBAKARAN KELAS B – petrol, gris dan bahan mudah terbakar seperti cecair mudah terbakar
KEBAKARAN KELAS C – gas mudah terbakar
1kg
Bagi memadamkan ketiga-tiga jenis kebakaran di atas kita boleh menggunakan pemadan api kebakaran alat pemadam api serbuk kering. Inilah jenis yang patut ada dalam kereta kita semua.
SAIZ PEMADAM API
Berbeza dengan alat pemadam api yang biasa kita lihat di premis bangunan pemilihan yang sesuai untuk kegunaan kereta pula adalah lebih kepada bersaiz kompak. Untuk kereta alat pemadam api yang sesuai ialah bersaiz 1kg atau 2kg.
Bukan sahaja ia lebih kecil malah harganya juga lebih murah dan cukup senang untuk disimpan di dalam kereta tanpa perlu memakan ruang yang banyak.
Bagi kereta yang agak besar saiz pemadan api 2kg mungkin lebih sesuai. Namun anda perlu peka dengan regulasi spesifik tentang faktor keselamatan yang penting.
Untuk penstoran pula ia boleh diletakkan di dalam bonet belakang. Ini bagi menggalakkan anda keluar kereta dengan segera dan dapatkan pemadam api di bahagian bonet.
Berbeza jika diletakkan di bawah tempat duduk di mana ia mendedahkan kepada risiko lebih tinggi jika terlalu lama di dalam kereta yang sudah mula terbakar.
Manakala bagi memadamkan kebakaran terutamanya berlaku di bahagian enjin atau bonet depan, bukalah perlahan-lahan kerana aliran oksigen boleh menyebabkan api marak secara tiba-tiba.
Semoga perkongsian ini memberikan sedikit sebanyak manfaat untuk anda. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Macam tak percaya kan? Bagaimana agaknya aktor berusia 52 tahun ini menjaga badan dan bentuk six pack?
Untuk mendapat susuk sebegini rupa dalam usia 50 tahun mungkin suatu yang mustahil. Semuanya hasil kerja keras dan sikap konsisten Shah Rukh Khan dalam rutin diet. Setiap penjagaan tubuh dan kesihatan pasti mempunyai peraturan serta perkara yang dilarang.
Kalau rasa tak mampu nak dapat six pack macam SRK, apa kata tiru diet clean beliau…
1. Tidak ambil daging kambing
Shah Rukh Khan gemar dengan nasi Dum Briyani yang dimasak dengan daging kambing tapi kini beliau dilarang untuk makan daging kambing.
2. Rebus
Tak perlu minyak, tak perlu goreng. Shah Rukh Khan lebih gemar untuk rebus ayam dan tabur dengan garam serta lada hitam. Kemudian disajikan sebagai salad ayam, ringkasnya.
3.Tak pernah tambah
Bagi beliau cukup hanya satu pinggan. SRK tidak pernah minta untuk tambah makanan dan apa yang ada didalam pinggan beliau habiskan.
4. Selamat tinggal karbohidrat
Semua jenis makanan berasaskan karbohidrat beliau tinggalkan samada nasi, gandum dan kentang.
5. SRK makan ini..
Daging ayam belanda, ikan, keju paneer, telur putih dan susu skim. Walaupun dalam tidak bersenam, SRK masih mengamalkan diet dari makanan tersebut.
6. Tiada snek
Bayangkan beliau langsung tidak menjamah snek sampingan. Memang bagi SRK cukup dengan hidangan penuh atau salad tak perlu snek tambahan.
7. Mentega
Apa jua hidangan atau masakan yang dimasak dengan butter SRK tak akan ambil.
Shah Rukh Khan bersama pelatih bina badan beliau, Prashant Sawant. Foto – India Today