Stesnya bila kelemumur bersepah di kepala. Paling memalukan bila anda menggaru kepala, ia jelas kelihatan bertaburan pada bahu.
Jika anda salah seorang yang berdepan dengan masalah kelemumur ini, pastikan anda tanganinya segera. Jangan biarkan kulit kepala anda tidak sihat. Bimbang jika dibiarkam boleh menyebabkan rambut anda gugur sedikit demi sedikit.
Pastikan anda pilih syampu yang terbaik untuk mengatasi masalah kelemumur dengan 10 pilihan yang tersenarai ini.
1. Dove Shampoo Dandruff Care
Selain melegakan kulit kepala yang gatal secara lembut, syampu ini juga dapat membersihkan serpihan dan melawan kelemumur dari basuhan yang pertama. Ia diformulasikan daripada zink pyrithione yang terbukti dapat menghilangkan kelemumur dan kegatalan pada kulit kepala serta membersihkan rambut dengan berkesan.
2. Safi Shayla Shampoo – Anti Dandruff
Selain lelaki, syampu ini juga sesuai digunakan untuk wanita bertudung. Bila rambut ditutup lama dan tiada pendedahan cahaya matahari boleh menyebabkan rambut menjadi busuk dan tidak sihat. Keadaan ini akan menyebabkan sebum dan peluh berlebihan pada kulit kepala sehingga menyebabkan kulit kepala gatal. Formulasi Habbatus Sauda yang dikenali sebagai ubat hebat sememangnya baik untuk kulit kepal, mengatasi rambut bermasalah, menanggalkan kepingan tanpa mengeringkan kulit kepala dan melembapkan rambut untuk lebih terurus.
3. L’Oreal Els Fall Resist Anti Dandruff Shampoo
Ads
Syampu ini menawarkan tiga formulasi iaitu rawatan penjagaan yang menyuburkan akar rambut dan folikel, memperkuatkan dan menggalakkan pertumbuhan rambut menjadi lebih tebal. Ia dirumuskan dengan arginine yang membantu menyuburkan rambut dari akar ke hujung. ZnPT pula bertindak untuk menyihatkan kulit kepala dari masalah kelemumur akibat kulit kepala yang tidak sihat.
4. Himalaya Anti-Dandruff Shampoo
Syampu anti-kelemumur ini menggunakan bahan semula jadi yang berkesan untuk merawat akar, penyebab masalah kelemumur. Ia berfungsi untuk mengurangkan serpihan, kegatalan, penurunan rambut dan mencegah kelemumur daripada muncul kembali.
5. Innisfree Green Tea Mint Fresh Shampoo
Syampu yang dengan bauan menyegarkan dan bebas silikon ini diformulasikan daripada jeju mint dan ekstrak teh hijau. Ia menggunakan tiga langkah untuk penjagaan rambut dan kulit kepala, Syampu ini berkesan untuk mengawal sebum kulit kepala yang berlebihan, membuang sisa dari rambut dan kulit kepala, menambahkan kelembapan pada rambut dan menyegarkan kulit kepala.
Ads
6. Bioaqua Natural Olive Essence Hair Care Silky Charming Hair Shampoo Anti Dandruff
Menggunakan minyak zaitun, syampu ini bermanfaat untuk melembutkan, melembapkan, menyuburkan rambut dan merawat kulit kepala yang berkelemumur. Anda dapat melihat hasil peningkatan yang lebih baik dalam 2-3 minggu. Rambut anda akan bebas daripada sel-sel kulit mati di kepala yang menyebabkan kelemumur.
7. VLCC Dandruff Control Shampoo
Syampu ini dirumuskan dengan gabungan unik rosemary dan pudina untuk mengurangkan kelemumur secara berkesan tanpa mengeluarkan kelembapan rambut. Minyak rosemary berfungsi sebagai anti-bakteria yang membantu melindungi jangkitan kulit kepala dan menghilangkang kelemumur. Manakala ekstrak daun pudina pula membantu melegakan kulit kepala.
Ads
8. GVC Anti-Dandruff Care Shampoo
Syampu penjagaan anti-kelemumur ini menggunakan pembersihan organik minyak habbatus sauda (Organik Minyak Benih Hitam) yang berfungsi untuk menyahtoksik rambut. Dengan campuran ekstrak maca root semula jadi dan vitamin B5, syampu ini berkesan untuk menghalang kemunculan semula kelemumur dan membantu menguatkan folikel. Menariknya, syampu ini bebas daripada minyak mineral, SLES, ALES, parabens, pewarna tambahan dan tidak diuji pada haiwan.
9. Pantene Pro-V Anti Dandruff Shampoo
Dengan cucian pertama sahaja syampu anti-kelemumur telah menunjukkan perbezaannya. Syampu ini dapat mengurangkan masalah kelemumur, tidak mengeringkan kulit kepala dan memberi sinaran pada warna rambut anda. Menggunakan formula pelembap, syampu ini mampu menyuburkan kulit kepala dan menjadikannya bersih serta sihat dengan penggunaan biasa.
10. Dalan d’Olive Anti-Dandruff Shampoo
Syampu ini menggunakan 100% sabun minyak zaitun. Ia juga diformulasikan daripada bahan yang kaya dengan aktif kompleks untuk membantu mencegah rambut gugur dan protein sutera pula menjadikan rambut lembut. Kesan anti-bakteria pada syampu ini dapat melawan mikroorganisma yang menjadi penyebab kelemumur sehingga kulit kepala jadi lebih sihat.
Pernah tak dengar istilah, “you are what you eat”. Percaya atau tidak makanan memainkan paranan sangat penting dalam pembentukan keperibadian anda dari segi fizikal dan mental.
Sejauh mana kesannya mungkin berbeza-beza bagi sesetengah orang. Makanan yang tak berkhasiat seperti makanan ringan, jajan, minuman berkarbonat dan segala macam snek juga mempunyai kandungan garam dan perisa makanan tiruan yang tinggi.
Bayangkan tabiat pemakanan anda tidak dijaga pastinya berat badan akan naik. Malah ia juga boleh menyebabkan pelbagai jenis komplikasi menjadikan diri tidak bermaya dan letih. Dan bila itu berlaku ia memang akan menyebabkan ‘seri’ muka anda berubah menjadi semakin suram dan tidak menyihatkan.
Mungkin ada di antara anda masih keliru bagaimana nak kenal pasti yang mana ada khasiat atau tidak. Ikuti sedikit perkongsian MASKULIN di bawah:
1. Terlalu banyak lemak dan kolesterol
Bahan seperti daging, telur dan hasil tenusu seperti mentega dan keju merupakan sumber protein, vitamin dan galian yang baik tetapi ia juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol.
Lemak boleh menyebabkan kegemukan, mendorong serangan jantung dan meningkatkan risiko serangan kanser sementara kolesterol menjadi punca utama sakit jantung. Mnakala sumber berproses dan snek seperti kentang goreng dan kerepek juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol begitu juga dengan makanan jualan penjaja.
2. Terlalu banyak gula
Sumber yang diproses dan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat. Kehadiran gula juga menggantikan bahan berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.
Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.
Makanan segera, tin, daging yang diawet dan ‘jajan’ bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam.
Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok. Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).
4. Terlalu sedikit serat
Tanpa pengambilan serat, makanan mengambil masa antara 70 – 80 jam untuk melalui saluran penghadaman. Mengurangkan masa yang diambil makanan untuk melalui saluran itu dapat melindungi daripada serangan kanser usus besar dan rektum dengan mencairkan bahan beracun yang terdapat di dalam usus besar dan mempercepatkan pengeluarannya dari tubuh.
Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat buat anda agar terus kacak dan tampan!
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk video workout menarik seperti di bawah:
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Selain wanita, lelaki juga ingin kelihatan kacak dan tampan terutamanya apabila ingin memikat pasangan mahu pun tampil di khalayak umum.
Pemilihan pakaian yang sesuai juga mencerminkan siapa karakter diri anda dan bolehkah orang lain mendekati anda dengan mudah.
Jadi selepas ini kalau anda nak mencari pakaian baharu, pastikan ia sesuai dengan bentuk tubuh anda dan ini adalah tip yang boleh anda ikuti :
1. Tubuh gempal dan tinggi
Jika anda bertubuh gempal dan tinggi, anda sesuai menggayakan pakaian berona gelap seperti navy blue, coklat gelap dan hijau gelap. Ini kerana rona-rona ini mampu memberikan imej seperti tinggi dan kurus. Seandainya mahu membeli pakaian yang bercorak, pastikan anda memilih pakaian yang coraknya bermotif kecil.
2. Tubuh gempal dan rendah
Jika mahu kelihatan ceria, anda harus bijak bermain dengan pemilihan warna. Elak membeli pakaian yang berwarna cerah dan memiliki corak yang besar-besar kerana ia menampakkan tubuh anda menjadi lebih gempal. Dalam erti kata lain, boleh juga memilih pakaian yang berona gelap untuk keselesaan anda.
3. Tubuh kurus dan tinggi
Bagi anda yang bertubuh kurus dan tinggi, anda sesuai memakai pakaian yang berwarna cerah seperti merah jambu, merah, kuning, oren, hijau, biru dan coklat serta boleh memakai pakaian yang coraknya melintang dan motif yang lebih besar untuk menampakkan anda sedikit berisi.
4. Tubuh kurus dan rendah
Anda disarankan untuk memilih pakaian yang berwarna cerah serta memiliki corak yang besar. Dalam masa sama, pilih yang corak motifnya secara menegak kerana ia bertujuan menampakkan anda lebih tinggi.
Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ada orang lebih suka wajah mereka licin bersih dari sebarang misan, janggut atau jambang. Mungkin alasannya tidak mahu berasa rimas.
Namun tahukah anda menyimpan janggut atau jambang membawa beberapa kelebihan yang mungkin kita tidak tahu? MASKULIN yakin ramai di antara anda pun sudah tahu bahawa menyimpan janggut itu merupakan salah satu amalan Sunnah dari Nabi kita yang tercinta.
Tidak dinafikan lelaki berjanggut atau berjambang sedikit sebanyak menonjolkan sisi kejantanan atau maskulin yang lebih mantap. Jika tak percaya cuba anda bandingkan diri anda yang licin bersih dan berjanggut atau berjambang. Cuba tanya orang terdekat yang manakah mereka nampak lebih ‘jantan’?
Berikut MASKULIN kongsikan beberapa kelebihan lelaki yang menyimpan janggut atau jambang.
Melindungi Serangan Bakteria & Jangkitan Kuman
Haa, betul tak saya kata, terkejut kan dengan fakta yang pertama ini. Kajian yang terperinci telah dijalankan ke atas 408 lelaki pekerja hospital yang berjanggut mendapati Lelaki yang bercukur penuh tidak berjanggut adalah 3 kali ganda lebih cenderung untuk ‘menyimpan bakteria’ di mukanya berbanding lelaki pekerja hopital yang berjanggut!
Lindungi Wajah Panas Matahari
Ini memang terang-teranglah kan. Dengan adanya janggut, kurang kawasan badan kita yang akan terkena matahari. Pancaran Matahari keterlaluan mampu mencetus jadinya kanser kulit dan adanya janggut mampu menapis 90-95% daripada pancarana ultraviolet yang berbahaya itu.
Bayangkan panas yang dirasa orang yang berambut penuh dan orang yang botak, rasa-rasanya siapa yang akan berpeluh terlebih dahulu jika diletakkan di tengah panas?
Ini mesti lelaki suka dengar kan? Menjadi lebih Maskulin, kacak, matang dan berani adalah seperti naluri kedua kepada kaum lelaki. Kenapa? Tiada yang tahu jawapannya, tapi itu hakikat seorang lelaki sejati! Namun, terkejut atau tak, sebenarnya kajian dari New South Wales di Australia juga membuktikannya!
Sebanyak 351 orang perempuan dan 177 orang lelaki heteroseksual (heteroseksual bermakna lelaki normal yang suka perempuan tau!) telah memberi markah scoring berdasarkan gambar 10 orang lelaki.
Kajian mendapati :
i) Lelaki yang berjanggut lebat 10 hari adalah paling menarik untuk Wanita.
ii) Lelaki yang berjanggut penuh dipandang sebagai seorang Bapa yang sangat baik dan bertanggungjawab
iii) Lelaki yang berjanggut Stubble (Janggut pendek) mendapat markah terendah dan lebih rendah berbanding lelaki yang mencukur janggut penuh dalam semua kategori iaitu tarikan, maskulin, kesihatan dan potensi menjadi bapa yang bertanggungjawab.
Janggut Boleh Tubuh Panjang
Jangan terkejut kalau anda terjaga dari tidur dan mendapati janggut anda dah meliputi badan anda! Janggut boleh tumbuh hampir 4 kali ganda ketinggian anda! Dianggarkan, janggut anda akan sepanjang lebih kurang 27 kaki kalau anda tak pernah cukur dari lahir sehingga meninggal dunia. Haa, boleh masuk Malaysia Book of Records!
Mencetus Kasih Sayang
Anda pernah dengar tentang Pogonophilia? Ia merujuk kepada golongan yang sangat suka dan sangat sayang kepada janggut dan orang yang menyimpan janggut. Ini berlaku terutamanya di kalangan peremupuan. Siap ada terma sendiri lagi tu! Punyalah hebat penangan janggut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.