Ya, mengapa tidak. Ini kerana senaman squats mampu membantu anda mendapatkan bentuk tubuh badan terutamanya di bahagian punggung dan peha tampil lebih mantap dan pejal.
Wanita pasti akan menoleh tengok buat kali kedua jika mereka melintas anda. Tak percaya? Cubalah lakukan squats secara konsisten dan MASKULIN boleh jamin penampilan anda akan berubah dengan drastik.
Terdapat beberapa jenis squats yang boleh anda cuba. Antaranya ialah;
Setiap squats yang MASKULIN nyatakan di atas mempunyai fokus terhadap otot-otot tertentu terutama di bahagian punggung, perut, peha dan bahagian badan. Secara keseluruhannya anda akan dapat banyak manfaat dan kelebihan apabila melakukan squats.
Ini 15 manfaat yang perolehi jika sentiasa mengamalkan senaman squats!
Ads
1.
Membina otot di seluruh badan
2.
Membakar lebih banyak lemak
3.
Meningkatkan kesihatan badan
4.
Mengekalkan tahap mobiliti anda
5.
Membantu anda meningkatkan tahap keseimbangan
Ads
6.
Tingkatkan prestasi sukan
7.
Mencegah kecederaan otot
8.
Mengukuhkan teras anda iaitu bahagian abdomen
Ads
9.
Menguatkan sendi
10.
Senaman yang bersifat praktikal
11.
Mempunyai variasi cara berbeza agar anda tak bosan
12.
Tak menelan kos yang tinggi
13.
Boleh dilakukan di mana saja
14.
Tidak perlukan ruang yang luas
15.
Meningkatkan tahap fleksibiliti badan anda
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam kesibukan menjalankan tugas sebagai Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 25 figura yang berintelek tinggi dan menjadi sumber inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya generasi millenial tidak lupa untuk menjaga kesihatan dan kekal cergas.
Kesibukan tidak menghalang saya untuk kekal bertenaga dan bersemangat. Jika banyak berfikir tetapi tidak bersenam kita akan kurang bertenaga dan lesu. Jadi untuk kekal bertenaga wajib bagi saya untuk bersenam setiap hari walaupun sekejap.
“Saya juga meminta pegawai saya setiap hari mencari satu masa selama sejam bagi saya melakukan aktiviti di gimnasium dan larian sejauh 5 kilometer,” katanya ketika berkongsi petua bagi menjaga tahap kecergasannya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Berpuluh-puluh ribu peminat bola sepak dilaporkan membatalkan tiket mereka ke Piala Dunia 2026 sepanjang hujung minggu lalu, susulan kebimbangan serius terhadap tahap keselamatan, iklim politik serta isu hak asasi manusia di Amerika Syarikat.
Situasi ini dianggap cukup kritikal sehingga mendorong Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menjadualkan satu mesyuarat tergempar dalam masa terdekat bagi menilai impak pembatalan tersebut.
Menurut laporan laman berita TicketNews, pembatalan besar-besaran ini mencerminkan keresahan peminat antarabangsa yang semakin memuncak menjelang Piala Dunia 2026, kejohanan bola sepak terbesar di dunia.
Royal News pula melaporkan kira-kira 16,800 pemegang tiket telah membatalkan tiket mereka dalam tempoh semalaman, satu angka luar biasa yang jarang berlaku dalam sejarah jualan tiket Piala Dunia.
Antara punca utama pembatalan adalah gerakan boikot yang tular di media sosial. Ramai peminat dari luar Amerika Syarikat menyatakan mereka tidak lagi berasa selamat dan selesa untuk hadir, terutamanya dalam suasana politik semasa yang tegang.
Tanda pagar #BoycottWorldCup kini rancak dikongsi, dengan peminat menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap hala tuju penganjuran Piala Dunia 2026. Malah, terdapat seruan terbuka agar pemegang tiket mempertimbangkan semula kehadiran mereka sehingga situasi politik negara itu kembali stabil.
Bagi peminat lelaki yang merancang perjalanan antarabangsa, isu keselamatan bukan perkara kecil. Ia melibatkan perlindungan diri, keluarga serta pelaburan kewangan yang besar.
Menariknya, FIFA mempunyai dasar ‘tiada pembatalan’ yang ketat bagi tiket yang telah dijual. Oleh itu, angka pembatalan yang tinggi ini dipercayai melibatkan peminat yang menarik diri pada fasa ketiga jualan tiket, termasuk melalui sistem cabutan rawak dan pembelian menerusi organisasi ahli.
Hakikat ini menunjukkan tahap kebimbangan terhadap Piala Dunia 2026 berada pada tahap serius sehingga peminat sanggup melepaskan peluang menonton kejohanan berprestij itu secara langsung walaupun berisiko kehilangan wang.
Susulan laporan pembatalan tiket secara besar-besaran, FIFA dilaporkan akan mengadakan satu mesyuarat khas minggu ini bagi membincangkan beberapa isu kritikal berkaitan Piala Dunia 2026.
Antara agenda yang dijangka dibincangkan termasuk kebimbangan keselamatan peminat, penurunan komitmen pembelian tiket, serta impak terhadap reputasi kejohanan di mata dunia.
Walaupun agenda rasmi belum diumumkan, mesyuarat tersebut dijangka melibatkan pegawai kanan FIFA, wakil persatuan ahli serta penganjur Piala Dunia 2026 memandangkan tarikh kejohanan semakin hampir.
Bagi peminat moden, Piala Dunia 2026 bukan sekadar perlawanan di atas padang. Ia turut melibatkan soal keselamatan, prinsip serta kepercayaan terhadap penganjuran kejohanan bertaraf global.
Pembatalan tiket secara besar-besaran ini menjadi isyarat jelas bahawa peminat hari ini lebih berani membuat pendirian, walaupun terpaksa mengorbankan impian seumur hidup.
Piala Dunia 2026 mungkin dijangka menjadi edisi terbesar dari segi skala, namun cabaran sebenar kini bukan lagi semata-mata soal bola sepak, sebaliknya keupayaan penganjur menjamin keselamatan, keadilan dan kepercayaan peminat global.
Nampaknya pada bulan ini agak kerap juga MASKULIN menulis tentang jump rope. Melihatkan respons yang cukup baik daripada anda memang terbukti inilah antara aktiviti kecergasan yang cukup popular pada masa kini.
Begitu juga ramai yang mula menunjukkan minat untuk melakukan senaman ini. Tapi MASKULIN faham mungkin ada yang seakan takut-takut untuk mencubanya. Jump rope pun sebenarnya bukanlah satu perkara baru dalam hidup kita. Cuba ingat semula ketika di bangku sekolah rendah. Pasti di dalam bilik peralatan sukan terdapat jump rope.
Kini ia telah berevolusi menjadi bentuk senaman yang bukan hanya sekadar ‘lompat tali’ semata. Malah skilnya telah berkembang dengan pesat dengan kadar kesukaran berbeza-beza. Apa yang pasti senaman menggunakan tali seperti jump rope ini telah terbukti mampu membakar lemak dengan efisien, membantu meningkatkan stamina seta daya tumpuan.
Tapi ada beberapa jenis kesilapan dalam melakukan senaman jump rope yang biasa orang lakukan. Kali iniMASKULIN ingin kongsi jenis-jenis kesilapan tersebut dan bagaimana untuk mengatasinya.
Antara kesilapan yang rsmai beginner lakukan ialah memilih tali atau jump rope yang sangat ringan. Kebiasaannya jump rope yang ringan ini diperbuat daripada material PVC yang terdapat di pasaran biasa dan dijual pada harga sangat murah.
Menggunakan tali yang ringan menyebabkan ia sukar dikawal dan digunakan untuk belajar melakukan lompatan dengan betul. Ia juga tidak memberikan sensasi yang baik lalu menyebabkan anda tidak pasti kedudukan tali ketika melompat.
Jadi pilihlah jump rope yang mempunyai berat sesuai untuk anda. Jump rope yang lebih berat boleh memberikan sensasi serta feedback untuk lebih mudah anda pelajarinya.
Pergerakan tangan dalam melakukan aktiviti jump rope adalah sangat penting. Dan salah satu kesilapan biasa yang ramai orang lakukan termasuklah yang berpengalaman ialah pergerakan tangan yang keterlaluan.
Di kalangan beginner anda boleh saksikan bagaimana mereka lebih banyak menggunakan siku dan bahu. Ini bukan sahaja tidak efisien malah boleh menyebabkan lebih cepat rasa penat.
Untuk elak perkara ini berlaku anda boleh cuba melakukan lompagan di hadapan cemrin. Lihat bagaimana pergerakan tangan anda. Lompatan yang baik ialah menggunakan lebih banyak pergelangan tangan dan kurangkan pergerakan tangan dan bahu.
Paling penting elak daripada menggerakan siku sehingga berpusing-pusing. Ia boleh menyebabkan kecederaan yang serius!
Kadang-kadang mungkin anda berasa teruja melakukan aktiviti jump rope. Sebab itulah anda mungkin meompat lebih tinggi. Atau mungkin juga risau melakukan kesilapan dan risau tali tersangkut di kaki, lalu anda pun melompatlah lebih tinggi.
Untuk lompatan asas cuba lakukan lompatan pada ketinggian 1 atau 2 inci dari permukaan tanah. Lutut anda juga tidak perlu dibengkokkan terlalu banyak. Cuba rapatkan dan luruskan kaki sebaik mungkin. Jika mula selesa dapatkan ritma anda tersendiri dan terus lakukannya.
Semoga beberapa tip ini mampu menjadikan aktiviti jump rope anda lebih baik! Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video senaman seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.