Seorang warga emas yang menjual sayur di Bandar Jinan, timur China tergesel bahagian tepi pintu sebuah model Bentley berwarna hitam.
Sebaik menyedari kejadian berkenaan, pemilik Bentley yang merupakan seorang pemuda itu turun dari kenderaannya untuk melihat kerosakan. Bagaimanapun, kereta mewah berkenaan hanya mengalami kerosakan kecil.
Melihat keadaan warga emas tersebut yang merupakan orang kurang upaya, pemuda itu tidak meminta pampasan dan melepaskan penjual sayur berkenaan.
Beliau sempat memberi pesanan kepada warga emas itu lebih berhati-hati selepas ini apabila menunggang motosikal tiga rodanya.
Ads
Gembira dengan budi pekerti pemuda tersebut, sebagai tanda terima kasih penjual tersebut menawarkan sayuran jualannya iaitu daun bawang untuk ganti rugi.
Namun, pemuda berkenaan menolak dengan lembut dan mengatakan tidak perlu membayar apa-apa kepadanya.
Ads
Tetapi warga emas itu tidak berputus asa dan tetap mahu membalas kebaikan pemuda berkenaan. Justeru itu, dia membungkus daun bawang tersebut dengan plastik lalu mencampakkannya ke arah tingkap pemandu depan kereta Bentley tersebut.
Ads
Pemuda itu terpaksa mengalah dan menerima daun bawang berkenaan sebagai pampasan.
Sumber: nextshark
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tiba sahaja musim perayaan, antara perkara paling penting yang sering menjadi keutamaan pemilik kenderaan ialah servis kereta. Ini bukan sekadar rutin, tetapi langkah bijak untuk memastikan perjalanan pulang ke kampung atau ke destinasi percutian berjalan lancar tanpa sebarang gangguan teknikal.
Sebagai pemilik kereta, anda pasti sudah terbiasa melihat pelbagai informasi berkaitan servis berkala—yang lazimnya disarankan berdasarkan tempoh masa atau jarak perjalanan yang telah ditempuh. Contohnya, servis setiap enam bulan atau setiap 10,000 kilometer, mana yang tiba dahulu.
Salah satu aspek utama dalam penyelenggaraan kenderaan ialah jadual penukaran minyak enjin. Ini kerana minyak enjin memainkan peranan kritikal dalam memastikan prestasi enjin kekal optimum dan mengelakkan kehausan pramatang.
Selalunya, saranan servis bagi penukaran minyak enjin berkisar antara 5,000 hingga 15,000 kilometer, bergantung kepada jenis minyak yang digunakan dan cadangan spesifik pengeluar. Oleh itu, rujuk manual pemilik kenderaan anda untuk mendapatkan panduan terbaik yang sesuai dengan model kereta anda.
Dengan memastikan kenderaan anda diselenggara mengikut jadual yang disyorkan, anda bukan sahaja dapat mengelakkan sebarang kerosakan tidak dijangka tetapi juga memastikan perjalanan yang lebih selamat dan menjimatkan kos dalam jangka panjang.
Namun, bagaimana dengan situasi di mana anda jarang memandu kenderaan yang dimiliki sebagai contohnya ketika anda ke luar negara atau lebih banyak menggunakan kenderaan lain?
Bagaimana anda sudah jika berbulan-bulan telah berlalu sejak tukar minyak terakhir tetapi anda belum mencapai jumlah kilometer yang diperlukan untuk servis tersebut?
Kita ingin melihat lebih dekat perbandingan antara servis kereta berdasarkan masa berbading servis kenderaan berdasarkan jarak ditempuhi.
Haruskah anda tukar minyak enjin walaupun jarak perjalanan belum dicapai?
Secara ringkasnya, ya!
Terdapat keadaan di mana anda harus mengganti minyak dan melakukan servis kenderaan walaupun kereta tidak mencapai jarak tempuh yang biasanya diperlukan. Disarankan bahwa, walaupun anda tidak selalu membawa atau memandu kereta tersebut, anda harus mengganti minyak setidaknya dua kali setahun untuk memastikan segala sesuatunya berjalan lancar.
Jadi, jika anda hampir tidak mengemudi sama sekali dalam enam bulan atau lebih dan belum mencapai ambang batu 5,000 atau 10,000, masih disarankan untuk mengganti minyak anda.
Minyak selalu merosot seiring dengan waktu, sehingga kualiti minyak terus menurun seiring berlalunya masa terutamanya berbulan-bulan lamanya.
Tidak kiralah seberapa kerap anda mengemudi, kualiti minyak akan menurun dari waktu ke waktu. Bahkan jika anda tidak selalu memandu pun anda perlu memastikan bahwa kereta memiliki kualiti minyak yang baik.
Bagaimana pun dengan servis rutin yang lain?
Anda tidak ingin membiarkan terlalu banyak waktu berlalu antara janji temu servis karena, selain mendapatkan minyak segar untuk mesin, barang lainnya mungkin memerlukan perhatian.
Walaupun kenderaan anda belum mencapai jarak perjalanan yang disarankan untuk servis, faktor masa tetap memainkan peranan penting dalam penyelenggaraan.
Beberapa komponen seperti tayar, bateri, sistem brek, dan pelbagai bahagian lain masih memerlukan perhatian berkala walaupun kereta jarang dipandu.
Rotasi tayar misalnya, bukan sekadar untuk memanjangkan jangka hayatnya, tetapi juga memastikan cengkaman yang lebih baik di jalan raya.
Pemeriksaan bateri pula amat penting, kerana kenderaan yang lama tidak dihidupkan boleh menyebabkan bateri kehilangan cas dan akhirnya gagal berfungsi apabila diperlukan.
Begitu juga dengan sistem brek—sebarang kehausan atau pengumpulan kotoran boleh mengurangkan keberkesanannya, sekali gus menjejaskan keselamatan anda di jalan raya.
Oleh itu, walaupun anda tidak selalu memandu, pastikan kenderaan anda sentiasa berada dalam keadaan terbaik dengan mengikuti jadual penyelenggaraan yang konsisten.
Rutin servis yang mantap bukan sahaja memastikan prestasi enjin yang optimum tetapi juga mengelakkan sebarang kerosakan tidak dijangka yang boleh mengganggu perjalanan anda.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan membantu anda dalam menjaga kenderaan dengan lebih baik
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tiada siapa pun yang mahu terlibat dengan kemalangan. Selain membahayakan nyawa ia juga boleh menyebabkan kerosakan yang teruk terhadap kenderaan.
Sebagai pemandu anda memainkan peranan yang sangat penting bagi memastikan keselamatan diri, penumpang dan juga pengguna jalan raya yang lain.
Di situ sahaja anda sudah ada tiga tanggungjawab besar bagi memastikan keselamatan terjamin. Jadi amat penting untuk anda sebagai pemandu menganbuil berat akan faktor keselamatan yang asas seperti mematuhi peraturan jaan raya, menggunakan tali pinggang keledar dan memandu dengan berhatu-hati.
Namun kadangkala selepas melakukan yang terbaik anda juga boleh terlibat dengan kemalangan. Mungkin bukan disebabkan oleh kecuaian smata tetapi kerana blind spot.
Semasa memandu sangat penting untuk anda mengetahui di manakah lokasi blid spot kenderaan anda bawa berbanding kenderaan lain. Apabila anda mengetahui lokasi blind spot dengan baik ia akan membnatu anda melindungi diri dan orang sekeliling sekali gus mengelakkan kemalangan yang sebenarnya boleh dielakkan.
Tahukan anda menggunakan pandangan visi peripheral sahaja tidak mencukupi? Jika tidak mengetahui blind spot dengan baik anda akan berdepan banyak masalah semasa memandu terutamanya semasa ingin bertukar lorong.
Blind spot merupakan kawasan di bahagian sisi kereta anda di mana ia tidak dapat dilihat dengan menggunakan cermin sisi atau cermin belakang. Jadi untuk memastikan kawasan ini selamat sebelum bertukar lorong anda harus memusingkan kepala untuk melihatnya.
Kaedah paling selamat untuk menukar lorong juga sebenarnya cukup mudah. Akan tetapi masih ramai yang terlibat dengan kemalangan akibat tidak ambil serius dengan blind spot.
Ingat sebelum menukar lorong berikan ‘signal’ dahulu untuk memberitahu kenderaan lain di belakang. Kemudian periksa cermin belakang dan cermin sisi. Dan sebelum menukar lorong , toleh dengan pantas di sebalik bahu anda untuk lihat sama ada jalan betul-betul sudah tiada kenderaan terutama di bahagian blind spot.
Dan jika anda membawa penumpang di kerusi belakang usahlah segan untuk meminta mereka meilhat ke bahagian blind spot demi pastikan jalan betul sudah ‘clear’.
Kenderaan model yang lebih maju dan terkini sudah banyak yang dilengkapi dengan sistem amaran dan mengesan jika ada kenderaan di bahagian blind spot.
Jadi ingatlah seberapa handal sekalipun anda mengendalikan kenderaan bahaya blind spot itu tetap akan ada terutamanya bagi mereka yang alpa dan cuai.
Dapatkan aksesori kereta pada harga hebat di sini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Melihatkan jumlah kepadatan penduduk dan pertambahan jumlah kenderaan di negara kita terutamanya di bandar-bandar besar keperluan ruang letak kereta semakin diperlukan.
Di lokasi yang sentiasa sibuk terutamanya seperti di Lembah Klang dan bandar-bandar besar di seluruh negara mempunyai lokasi curam dan berbukit. Jadi sudah menjadi perkara biasa ruang letak kereta berada di kawasan seperti ini.
Buat anda yang tinggal di kawasan yang banyak lokasi berbukit meletakkan kereta di kawasan curam sudah menjadi perkara biasa. Namun tahukah anda terdapat cara yang betul dan selamat bagaimana untuk parkir kereta di kawasan berbukit atau curam?
Apabila anda meletakkan kereta di kawasan curam musuh utama adalah graviti. Jika anda tidak mengambil langkah pencegahan dan parkir dengan cara betul perkara tidak diingini boleh berlaku.
Bila ia berlaku bukan kereta anda sahaja yang rosak malah boleh melibatkan kecederaan dan kemusnahan kenderaan atau harta benda orang lain. Sebab itulah bagi mengelak perkara ini berlaku anda harus tahu cara-cara meletakkan kereta di kawasan berbukit dengan betul.
Terdapat dua elemen yang sangat penting. Pertama, anda WAJIB menggunakan HANDBRAKE. Dan kedua, PUSINGKAN tayar ke arah yang betul untuk elak kereta berundur ke belakang atau ke depan jika berlaku kerosakan pada handbrake.
Berikut MASKULIN kongsi cara letak kereta di kawasan curam sama ada ke kereta menghadap ke arah naik atau ke bawah.
Semoga perkongsian kali ini boleh memberikan manfaat untuk anda. Selain pandu selamat, meletakkan kereta dengan selamat juga sangat penting!
Jom subscribe YouTube MASKULIN untuk saksikan siri terbaru kami, MASKULIN Xtra!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang