
Mungkin anda sendiri sudah maklum. Elon Musk sudah menamatkan peranannya sebagai penasihat kepada bekas Presiden Donald Trump. Namun itu tidak bermakna dia memperlahankan langkahnya terutamanya dalam perniagaan.
Terbaru, Elon Musk selaku salah seorang individu terkaya di dunia tersebut kembali tertumpu kepada projek-projek utamanya seperti Tesla dan SpaceX. Dan yang terbaru dia memperkenalkan sebuah usaha gaya hidup unik, restoran Tesla Diner pertama di Los Angeles.


Kisah diner ini bermula sejak 2018, apabila Musk berkongsi hasratnya di Twitter untuk membuka ‘restoran gaya drive-in klasik’ dengan kakitangan berkasut roda dan suasana rock n’ roll di salah satu lokasi pengecas Supercharger Tesla di LA.
Kemudian pada 2021, Tesla memfailkan tanda dagangan berkaitan industri restoran. Dua tahun kemudian, Jabatan Bangunan dan Keselamatan Los Angeles meluluskan permintaan syarikat untuk membina restoran drive-in di West Santa Monica Boulevard.
GABUNGAN RETRO DAN FUTURISTIK
Elon Musk menggambarkan konsep restoran ini sebagai “Grease bertemu The Jetsons, dengan Supercharging”. Dua gabungan antara gaya retro dan sentuhan futuristik.
Pada Ogos 2024, satu iklan jawatan untuk “Diner Experience Specialist” dengan gaji mencecah USD285,000 dikeluarkan. Ini menandakan persiapan serius Tesla untuk pelancaran tersebut.

Kini, selepas soft launch untuk pasukan penyelamat dan first responders, Tesla Diner secara rasmi dibuka kepada umum dan mula menerima kunjungan.
Respon awal didapati sangat positif. Seorang pelawat berkongsi, “Bayangkan datang ke tempat ni dan disambut oleh robot Optimus untuk ambil pesanan anda!”
Optimus spotted inside the Tesla Diner. 👀 pic.twitter.com/hWUqNYb0HF
— Tesla King (@TeslaKing420) July 13, 2025
Seorang lagi pengunjung memuji makanannya sebagai ‘mengagumkan’ dan menyifatkan Tesla Diner sebagai ‘tempat makan wajib cuba’.
Tidak menunggu lama, Elon Musk sudah memberi bayangan perancangan masa depan.
My kids ❤️ @Tesla_Optimus #TeslaDiner pic.twitter.com/Kt6t8gsHOL
— Prime the pump (@whistingbhole) July 20, 2025
BACA: Ryohei Suzuki Dinobatkan Duta Global Baharu King Seiko
“Jika restoran retro-futuristik ini menjadi seperti yang saya harapkan, Tesla akan buka lebih banyak lokasi ini di bandar-bandar besar seluruh dunia, serta di lokasi Supercharger sepanjang laluan jarak jauh,” kongsinya menerusi akaun X.
“Ia sebuah ‘pulau’ untuk makanan enak, suasana santai dan hiburan, sambil mengecas kenderaan anda!”

Dengan pembukaan ini, Tesla sekali lagi membuktikan bahawa ia bukan sekadar pengeluar kenderaan elektrik, tetapi pemain budaya moden yang menggabungkan teknologi, gaya hidup dan pengalaman unik dalam satu pakej yang futuristik.
Sumber: FoxBusiness
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang




