The Curve Cipta Memori Indah Warga Emas Syawal Tahun Ini

Share

Syawal diraikan dengan penuh rasa bahagia disamping keluarga tercinta. Pasti ramai yang pulang ke kampung untuk bertemu sanak-saudara kan? Jika sewaktu anda ke pusat membeli-belah The Curve sepanjang Ramadhan lalu, anda pasti akan melihat gerabak kereta api yang mengimbau kembali zaman anda pulang ke desa dengan menaiki kereta api. Jika anda terlepas peluang itu, ini gambar untuk anda tatap. Mesti menyesal sebab tak shopping The Cu

Sememangnya bulan Ramadhan merupakan bulan mulia yang penuh dengan rahmat dan bulan inilah paling sesuai untuk anda rebut pahala yang banyak.

The Curve juga tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra dan menyumbang ekoran daripada upacara tahunan menjelang Syawal. Pihak The Curve telah ini telah menjemput 25 orang penghuni Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong dan penjaga mereka ke Majlis Amal Berbuka Puasa tahunan the Curve yang turut dihadiri oleh penyanyi Beinda dan Lah Ahmad.

Encik Jazmi Kamarudin, selaku Pengurus Besar the Curve turut menzahirkan rasa teruja dan berbesar hati kerana dapat beramah mesra dan berkongsi rezeki kepada Rumah Amal ini dalam bulan yang mulia lalu.

IKLAN