
Syawal diraikan dengan penuh rasa bahagia disamping keluarga tercinta. Pasti ramai yang pulang ke kampung untuk bertemu sanak-saudara kan? Jika sewaktu anda ke pusat membeli-belah The Curve sepanjang Ramadhan lalu, anda pasti akan melihat gerabak kereta api yang mengimbau kembali zaman anda pulang ke desa dengan menaiki kereta api. Jika anda terlepas peluang itu, ini gambar untuk anda tatap. Mesti menyesal sebab tak shopping The Cu
Sememangnya bulan Ramadhan merupakan bulan mulia yang penuh dengan rahmat dan bulan inilah paling sesuai untuk anda rebut pahala yang banyak.
The Curve juga tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra dan menyumbang ekoran daripada upacara tahunan menjelang Syawal. Pihak The Curve telah ini telah menjemput 25 orang penghuni Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong dan penjaga mereka ke Majlis Amal Berbuka Puasa tahunan the Curve yang turut dihadiri oleh penyanyi Beinda dan Lah Ahmad.
Encik Jazmi Kamarudin, selaku Pengurus Besar the Curve turut menzahirkan rasa teruja dan berbesar hati kerana dapat beramah mesra dan berkongsi rezeki kepada Rumah Amal ini dalam bulan yang mulia lalu.
Pelbagai Kelebihan Makan Telur Separuh Masak Buat Lelaki, Bukan Untuk Tenaga Dalaman Saja!

Telur separuh masak merupakan antara sarapan pagi sihat yang menjadi kegemaran ramai. Selain mudah untuk disediakan, telur separuh masak juga dianggap sebagai ‘superfood’ kerana mempunyai pelbagai nutrien yang baik untuk tubuh.
Malah pengambilan telur separuh masak juga sering menjadi pilihan orang berdiet kerana ia boleh membuatkan perut rasa kenyang lebih lama.
Selepas ini pastikan anda mengamalkan pengambilan telur separuh masak kerana ia mempunyai kalori yang lebih rendah jika dibandingkan dengan telur goreng ataupun telur dadar.
Kebaikan makan telur separuh masak yang tak harus anda lepaskan. Jom semak ni.
Menu mengenyangkan
‘Lemak jahat’ yang terkandung di dalam telur separuh masak merupakan sumber lemak tidak jahat yang sangat baik.
Sumber protein dan asid amino yang tinggi juga membantu memberi sumber tenaga agar perut kenyang lebih lama dan sesuai diamalkan oleh mereka yang ingin menurunkan berat badan.
Wajah awet muda
Kalau ingin mencegah penuaan dan ‘maintain’ awet muda, kenalah rajin amalkan telur separuh masak. Ini kerana ia mengandungi karotenoid yang dapat melindungi tubuh daripada penuaan.
Menguatkan otot jantung
Satu butir kuning telur mengandungi kira-kira 212 mg kolesterol. Sesuai dengan saranan penyelidik, dalam seminggu seseorang yang mengambil empat kuning telur setiap minggu berkemungkinan besar dapat mencegah risiko penyakit jantung.
Bantu pembentukan otot
Tidak hairanlah jika ramai atlet dan ahli bina badan mengambil telur sebagai sumber protein. Selain membina otot, pengambilan telur separuh masak juga membantu otot anda terbentuk lebih tegap, kuat dan ‘berisi’. Sebiji telur yang besar menyediakan protein sebanyak 6g.
Menguatkan daya ingatan
Dua biji telur separuh masak mempunyai sumber ‘choline’ yang sangat tinggi dan baik untuk meningkatkan kapasiti memori di dalam otak, sekali gus menguatkan daya ingatan.

Membantu kesihatan mata
Vitamin A yang terkandung di dalam telur separuh masak jauh lebih banyak jika dibandingkan dengan telur rebus.
Membekalkan sumber mineral
Mengikut laman web World Healthiest Foods, sebiji telur yang besar menyediakan 13.5mg sumber selenium, 7.5mcg molybdenum dan 23.7mcg iodin yang hampir menepati standard keperluan diet harian.
Dianggap Lelaki Penyayang & Lucu, Rahsia Guru Silat 72 Tahun Ini Kahwin 19 Kali

Siapa sangka seorang guru silat, Che Soh Che Ahmad, 72, yang menetap di Kampung Babong, Sering, Kedai Lalat, Kota Bharu memiliki cerita yang unik tentang perkahwinan.
Mana tidaknya, dia yang digelar ‘Abe Soh Bini Ramai’ mula berkahwin sejak usia 15 tahun dan isteri terakhir yang dinikahinya adalah pada usia 55 tahun.
Kahwin 19 kali
Sepanjang tempoh itu, Abe Soh Bini Ramai memiliki 19 orang isteri serta bekas isteri dan bilangan anak-anak pula adalah seramai 46 orang.
Daripada bilangan anak-anak yang berusia dalam lingkungan 15 hingga 50-an itu, Che Soh secara keseluruhannya memiliki 200 orang cucu.
Paling singkat kahwin 2 minggu
Dalam satu temubual, Che Soh mendedahkan perkahwinan paling singkat yang dijalaninya adalah mampu bertahan dalam masa dua minggu sahaja.
“Ketika itu, saya berusia 55 tahun dan isteri 16 tahun. Apa-apa pun, ia cerita 17 tahun lalu dan itu adalah perkahwinan terakhir saya,” dedah Che Soh.
Tegas tetapi penyanyang dan lucu
Ketika ditanya tentang rahsia memikat wanita muda, Che Soh beranggapan mungkin kerana sikap peribadinya antara yang menjadi tarikan.
“Saya tegas, tetapi saya seseorang yang penyanyang dan juga lucu. Semua isteri yang dinikahi itu adalah sewaktu mereka berusia belasan tahun,” katanya.
Anak-anak rapat biar pun berbeza ibu
Bercakap tentang anak-anak yang ramai, Che Soh memberitahu kesemua anak-anaknya rapat antara satu sama lain meski pun berbeza ibu kandung.
“Isteri-isteri saya juga pernah tinggal sebumbung selama tahun sebelum masing-masing keluar untuk tinggal di rumah sendiri.
“Biar pun digelar ‘Abe Soh Bini Ramai’, saya tidak menyesal dengan perjalanan hidup yang unik ini. Saya tak marah kerana ia perkara benar yang tak perlu disembunyikan,” kongsinya kepada wartawan.
Anak halang kahwin lagi, minta fokus beribadah
Namun begitu, ketika ditanya adakah Che Soh akan berkahwin lagi, guru silat berusia 72 tahun itu memberitahu anaknya menasihati untuk berhenti cari isteri lagi.
Ujar Che Soh, suami harus berlaku adil kepada semua isterinya dan menerusi amalan itu, hubungan mereka rapat seperti adik-beradik dan setiap kali Aidilfitri, kediamannya cukup meriah apabila semua orang berkumpul dalam satu masa.
Sumber : Berita Harian
Jubah Raya Edisi Jersey Bola Pula Diperkenalkan? Netizen Bengang Dengan Idea Karut!

Seperti menepati ramalan. Semakin nak dekat dengan raya, makin banyak pula design yang pelik-pelik ditampilkan kononnya untuk memeriahkan suasana hari raya Aidilfitri.
Menerusi penampilan demikian, ia seperti memberi isyarat bahawa pereka fesyen moden seolah-olah mahu menghapuskan elemen tradisi sedia ada dengan design yang baharu.
Berbagai jenis rekaan
Sebelum ini, ada diperkenalkan design baju raya yang besar gedabak dan slim fit ibarat jubah wanita dengan kain melekap pada tubuh.
Kali ini, jubah raya edisi jersey bola pula sedang diperkenalkan seperti gambar di bawah :
Pemakai bola membawa bola sepak dan merembat kepada sesiapa yang enggan menyerahkan duit raya.
Pemakai boleh menambahkan rasa gerun kepada tuan rumah dengan gaya menggelecek kuih raya yang terhidang.
Mungkin baju kemeja untuk ke pejabat juga harus ditukarkan kepada yang berkonsepkan jersey jika motto hidup ‘bola adalah segalanya’ diterapkan.
Antara kuih raya dan menonton siaran bola sepak, menonton perlawanan bola sepak pasti akan menjadi keutamaan dan tetamu, sila tunggu!
Netizen jadi bengang
Apa komen anda? Adakah design ini sesuai untuk menggambarkan tradisi orang Melayu yang menyambut perayaan Aidilfitri? Bincangkannya!