Bintang selebriti popular global, Dwayne Johnsom atau juga dikenali sebagai The Rock telah mengesahkan dia bersama isteri dan dua anak perempuan mereka disahkan positif COVID-19.
Ternyata virus ini memang tidak mengenal siapa mangsanya. Sehingga kini dunia masih belum bebas daripada ancaman penularan wabak yang kini telah meragut lebih 800 ribu angka korban. Malah negara kita juga masih belum bebas sepenuhnya.
Menerusi sebuah video hantaran di Instagram kendaliannya, beliau turut berkongsi bahawa mereka kini sudah pulih sepenuhnya. Pengumuman tersebut ternyata mengejutkan ramai pihak.
Menerusi video IGTV yang berdurasi lebih 11 minit tersebut, beliau berkongsi dengan panjang lebar bagaimana mereka dijangkiti daripada ahli keluarga terdekat. Jelasnya, ahli keluarganya yang terlebih awal positif itu tidak mengetahui dirinya membawa virus tersebut dan di mana dia mendapatnya.
“Saya ingin kongsi berita yang cukup penting. Saya bersama isteri dan dua anak perempuan kami telah disahkan positif COVID-19. Ini adalah pengalaman paling sukar buat saya dan keluarga.
“Saya percaya ramai tahu bagaimana sepanjang karier saya telah lalui pelbagai cabaran hebat. Namun inilah merupakan pengalaman paling menyukarkan buat saya. Tapi saya gembira untuk kongsi bahawa kami sudah pulih dan sihat. Kami berjaya lalui pengalaman ini dengan baik. Saya bersyukur kerana keluarga saya selamat,” tambahnya yang cukup serius menerusi video tersebut.
MENYERU MASYARAKAT
“Anak-anak saya tidak menunjukan simptom ketara kecuali rasa sakit tekak. Namun apa yang boleh saya kongsi, kami kini sudah bersama-sama melawan virus ini dalam tempoh hampir tiga minggu dan hampir pulih,” jelasnya lagi.
Ads
Dwayne turut menyeru kepada semua masyarakat terus menjaga keselamatan diri dengan memakai pelitup muka, meningkatkan sistem imun badan dan mengelakkan untuk berada di tempat ramai orang.
Semoga The Rock dan keluarganya cepat pulih.
Buat anda yang ingin mendapatkan pelitup muka dengan harga yang berpatutan, boleh dapatkannya di sini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kacang soya kaya dengan sumber protein daripada tumbuhan dan banyak manfaat antaranya kalsium untuk tulang, antioksidan bagi cegah penyakit kronik seperti jantung serta diabetes. Mineral seperti kalsium, magnesium, zat besi dan phosphorous serta vitamin B kompleks terkandung di dalamnya juga amat diperlukan untuk memberi kesihatan yang baik kepada individu.
Serbuk soya yang diperkaya dengan zat secara komersial dipasarkan sebagai alternatif bagi kanak-kanak yang mempunyai alahan terhadap susu lembu.
Ia mudah dicerna dan mengandungi zat yang diperlukan untuk tumbesaran kanak-kanak.
Justeru, ada pandangan menyatakan minuman berasaskan kacang soya tidak baik untuk kesihatan lelaki sehingga boleh mengurangkan nafsu seks, adalah mitos semata-mata.
Tiada kajian tepat
Sehingga kini tiada bukti saintifik menunjukkan air kacang soya mampu mengurangkan nafsu seks lelaki yang dakwaan sesetengah pihak.
tidak dinafikan beberapa kajian dilakukan melaporkan kesan soya terhadap hormon lelaki, tetapi keputusannya boleh dipersoalkan dari sudut teknikal.
“Malangnya, hasil kajian seperti ini digembar-gemburkan di media sosial oleh pihak berkepentingan.
Mengenai penemuan bahan kimia phytoestrogen yang menyerupai hormon estrogen pada wanita yang didakwa dapat meningkatkan risiko kanser seperti payudara, ovari, prostat, melemahkan otak (minda) dan tulang,adalah dakwaan yang tidak benar.
“Begitu juga dakwaan mengatakan jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual yang mungkin melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan wanita.
“Memang ada phytoestrogen dalam kacang soya tetapi sedikit dan tidak kuat sehingga boleh menukar sifat kejantanan lelaki.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Setiap tahun bila tiba hari raya baju raya adalah satu kemestian. Tidak kurangnya kaum lelaki, turut tempias untuk mendapatkan suatu yang baru untuk di pakai di pagi Syawal. Namun di sebalik keghairahan ini, pasti ada yang terkena calitan kritikan netizen terutama para pereka fesyen yang mengeluarkan koleksi terbaharu mereka di pasaran.
Terkini, limpahan kata kesat mengenai rekaan pereka Amir Kadir menjadi bualan hangat netizen di media sosial, melabelkan rekaannya persis pakaian renang kerana dilihat terlalu ketat pada badan model yang menyarungkan rekaan tersebut, dilihat salah di mata netizen.
INI LUAHAN PEREKA FESYEN TERBABIT MENGENAI REKAANNYA YANG DISALAH ERTI OLEH RAMAI NETIZEN.
1.AMIR SUDAH BERTAPAK LAMA DI DALAM INDUSTRI FESYEN TEMPATAN DAN TIDAK AKAN MEMBUAT SESUATU YANG BOLEH MEMBURUKKAN NAMANYA, TAMBAHAN DIA TAHU APA ITU NILAI ESTETIKA BUDAYA PADA BAJU MELAYU ITU SENDIRI.
2.BAJU YANG DISARUNGKAN ITU JUGA ADALAH ‘LONGGAR’ NAMUN DISEBABKAN BADAN MODEL LELAKI TERSEBUT YANG TERLALU KEKAR MEMBUATKAN BAJU ITU TAMPAK KETAT.
“Kes Baju Melayu VIRAL ciptaan Amir Kadir menjadi bualan di segenap pelusuk netizen di media sosial semenjak kelmarin termasuk Twitter , FB dll malahan di tag ke seluruh Malaysia malahan khabarnya telah di tag ke fb dan twitter teman teman yg berada di seluruh dunia. Saya mendapat respon dari beberapa teman yg berada di Hong Kong , Saudi Arabia, Kuwait , Amerika dll. Saya Amir Kadir sendiri ingin menjelaskan baju tersebut bukanlah sesendat yang saya reka dan sengaja memperlekehkan budaya Melayu sendiri, pengalaman selama lebih 30 tahun dalam dunia fesyen ini telah membuatkan saya sedar erti nilai budaya berfesyen dan etika berpakaian perkara ini terjadi ketika sessi pengambaran yg menggunakan khidmat salah seorang model yg sado dan saiz yg agak kecil utk beliau serta effect nya kelihatan sendat sehingga mengundang spekulasi yg agak berlainan sedangkan jika di lihat pada gambar dimana 2 model yg berlainan effectnya adalah normal . Saya tidak rasa satu perkara yg agak drastik dari mata semua jika kita membandingkan effect pd gambar yg jadi bualan netizen semua dan yg satu lagi. Di harap penjelasan saya telah melegakan hati para netizen semua tentang keadaan sebenar . Maaf jika pihak saya menimbulkan keadaan yg negatif uols tanpa usul periksa terlebih dahulu… anyway selamat berpuasa dan gunakan bulan yg mulia ini dengan amalan yg lebih berfaedah…”
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Walaupun sudah banyak negara berjaya melandaikan kadar jangkitan wabak Covid-19 namun risiko untuk berlaku semual penularan masih lagi wujud.
Kita bersyukur kerana menjadi rakyat Malaysia kerana tindakan pantas dan tegas yang dilaksanakan oleh kerajaan terutamanya dari Kementerian Kesihatan Malaysia telah membuahkan hasil. Pada hari ini hampir semua kegiatan ekonomi telah kembali pulih dan berfungsi seperti biasa.
Namun usah leka kerana kita masih dalam proses pemulihan. Di peringkat global pula masih banyak negara yang berdepan dan bergelut untuk menurunkan kadar jangkitan.
Sehingga hari ini jumlah kes Covid-19 yang direkodkan telah mencecah sebanyak 10 juta dengan seramai lebih 500,000 menjadi korban.
Menurut laporan Reuteurs, sepanjang enam bulan penularan ini berlaku para doktor dan jururawat telah mendapat banyak input dan mempelajari beberapa perkara tentang wabak tersebut.
Berikut merupakan antara fakta yang didapati oleh mereka yang mungkin anda pun tidak tahu.
Pesakit ada risiko risiko berdepan peningkatan pembekuan darah. Penggunaan agen penipisan darah dapat membantu.
Meletakkan pesakit dalam posisi meniarap dapat melegakan tekanan terhadap paru-paru, sekali gus mengurangkan keperluan kepada mesin ventilator.
Selain sistem pernafasan dan paru-paru, COVID-19 juga menyerang banyak organ lain termasuk jantung, hati, ginjal dan otak.
Rawatan yang paling berkesan setakat ini ialah ubat anti-virus remdesivir, steroid dexamethasone untuk merawat tindak balas keradangan badan terhadap COVID-19, serta plasma yang disumbangkan oleh pesakit yang mempunyai antibodi terhadap penyakit itu.
Ujian lebih meluas dan keputusan lebih pantas dapat membantu mengurangkan tekanan di hospital.
Perkongsian maklumat dalam kalangan profesional kesihatan seluruh dunia sangat penting.
Pencegahan adalah sangat penting kerana petugas kesihatan bergantung kepada orang ramai dalam menjaga kebersihan selain memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan sosial.
Itulah antara fakta yang diketahui mereka setakat ini. Namun mereka menegaskan bahawa masih banyak perkara yang mungkin tidfak diketahui tentang virus yang cukup bahaya ini.
Selain itu terdapat beberapa perkara yang masih belum diketahui pakar perubatan dan saintis sepenuhnya. Di antaranya ialah cara rawatan paling berkesan merawat pesakit, jangka masa untuk pulih, kesan jangka masa panjang dan juga kepantasan menyalurkan ubat dan rawatan secara meluas.
Teruskan dengan disiplin yang tinggi, patuh segala SOP. Kita mesti menang!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.