“Memilih adalah hak dia. Menyebabkan pengangguran hingga tiada kerja itu salah kau!”
Itulah kata-kata ringkas dari Sir Hafiz Yusoff, President Angkatan Pemangkin Ekonomi Se-Malaysia dan Pengarah HJ Motors di sebuah video hasil MAU KERJA.
Menurutnya, dia mendapat peluang untuk sambung pelajaran di UTP, Petronas tetapi di tahun akhir, dirinya membuat keputusan untuk membuat bisnes.
Kongsinya, sejak 3 tahun lalu dia sering berkata dia ingin memakai kereta Mustang, hinggakan ramai rakan-rakannya memandang rendah padanya dan memikirkan pekara itu sesuatu yang mustahil untuk dirinya kecapi.
Ads
.
Namun dia tidak mengalah untuk miliki perniagaan hingga ke puncak kejayaan. Sangat positif menghadapi liku hidup, dia memesan supaya jangan berkira apabila memberi.
Ads
Menurutnya lagi, dalam hidup kena ada mentor untuk mempercepatkan kejayaan kita. Kalau tidak kita akan syok sendiri, tapi hasil tiada.
Ads
Jom tonton dan saksikan video yang penuh inspirasi ini, semoga kita semua dapat dapat menjadikanya sebagai contoh…
Penularan wabak COVID-19 di peringkat global telah mengubah ‘wajah’ dunia dengan begitu drastik sekali.
Sejak beberapa bulan lalu banyak negara telah mengambil langkah melakukan kawalan pergerakan dan juga lockdown untuk mengurangkan kadar jangkitan.
Secara tidak langsung ekonomi dunia juga terjejas dengan teruk. Masyarakat dunia juga tidak lagi boleh mengamalkan norma harian seperti biasa. Setiap hari kita harus berwaspada dengan melakukan penjarakan sosial dan mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi.
Sepanjang tempoh ini banyak juga syarikat yang mengambil pendekatan membenarkan kakitangan mereka bekerja dari rumah sebagai langkah untuk mengurangkan jangkitan. Gergasi media sosial dunia, Twitter turut mengambil langkah yang sama.
Menerusi kenyataan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Twitter, Jack Dorsey yang memeberitahu stafnya bahawa mereka boleh bekerja dari rumah secara tetap walaupun selepas pandemik COVID-19 ini berlalu.
Staf Twitter telah mula bekerja dari rumah sejak dua bulan yang lalu dilihat mampu melakukan tugas dengan baik walaupun dari rumah. Jelas Jack lagi hanya pekerja yang memerlukan kehadiran fizikal seperti bahagian penyelengaraan sahaja yang perlu datang ke pejabat.
Sejak awal Mac lalu, Twitter telah menggalakkan staf mereka untuk bekerja dari rumah selepas koronavirus mula menular di Amerika Syarikat. Selain mereka beberapa syarikat gergasi teknologi lain turut mengikuti jejak langkah yang sama. Antaranya Microsoft, Google dan Amazon.
Menerusi kenyataan media dari Timbalan Presiden Sumber Manusia Twitter, Jennifer Christie berkata syarikat mereka tidak akan menjadi sama seperti dahulu lagi. Struktur serta operasi syarikat akan berubah.
Malah difahamkan idea bekerja dari rumah ini telahpun dilontarkan oleh Jack Dorsey sebelum merebaknya wabak COVID-19 lagi.
Twitter menjangkakan pejabatnya tidak akan dibuka sekurang-kurangnya sehingga bulan September dengan beberapa pengecualian untuk staf yang benar-benar perlu datang sahaja.
Kesemua acara melibatkan perjumpaan telah dibatalkan untuk sepanjang tahun ini dan perancangan bagi tahun 2021 akan dinilai semula.
Twitter juga telah menambah jumlah elaun kerja dari rumah sebanyak USD1,000 kepada kesemua pekerjanya.
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, ungkapan itu sesuai menggambarkan selebriti Alif Satar yang banyak memiliki persamaan dari ayahnya, terutamanya dari segi kecergasan.
Disebabkan sama-sama mengamalkan gaya hidup yang aktif dan cergas, tidak hairanlah mengapa Alif Satar dan ayahnya lebih kelihatan seperti pasangan adik beradik berbanding anak beranak.
Menerusi hantaran di laman Instagram, pelantun lagu Lelaki Seperti Aku itu berkongsi gambar dia menghadiahkan seutas jam tangan sukan untuk ayahnya sempena hari bapa.
Memiliki tubuh yang masih cergas di usia lanjut membuatkan ayahnya tampil awet muda sehingga ramai menyangka beliau adalah abang kepada Alif.
“Kalau aku keluar jalan pergi mana-mana dengan daddy, bila aku introduce dekat orang “this is my dad”, their respond would be “eh, ingatkan abang!”,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Hati siapa tidak berbunga-bunga apabila menerima reaksi sebegitu dari orang ramai, ayah Alif juga tidak terkecuali dari merasai perkara itu.
Selain memiliki tubuh yang masih tegap dan gaya rambut seperti seorang bintang rock, ayahnya juga turut memiliki jiwa sepeti orang muda, tambah Alif.
Pencetus fenomena Geng Subuh Macam Jumaat itu juga turut berharap dia mampu kekal sihat dan kuat di usia lanjut seperti ayahnya itu.
Dalam pada itu, Alif turut berkongsi bagaimana dia dan ayahnya turut berkongsi minat yang sama dalam seni dan juga sukan.
Dalam bidang sukan, mereka berdua sama-sama meminati sukan tenis.
Alif juga sempat berseloroh memberitahu bahawa ayahnya merupakan seorang kidal.
Kecenderungan ayahnya menggunakan tangan kiri, termasuklah ketika bermain tenis, menjadikan otot lengan kiri ayahnya kelihatan lebih sasa berbanding kanan mirip bintang tenis dari Sepanyol, Rafael Nadal.
Hari Bapa disambut setiap tahun pada 16 Jun. Meskipun kita dituntut untuk menghargai ayah hingga ke hujung usia kita, ambillah tarikh ini sebagai satu kesempatan untuk meluangkan masa bersama ayah kita.
“Ayah, sumber kekuatan dan inspirasi saya” – Amin Idris
Dalam dunia yang serba pantas dan penuh tekanan, lelaki yang benar-benar berjaya bukan hanya dinilai dari pencapaiannya di mata dunia, tetapi juga dari caranya mengurus tanggungjawab sebagai anak, suami, dan pemimpin dalam keluarga. Salah satu figura lelaki moden yang menjadi contoh teladan dalam hal ini adalah personaliti TV dan penceramah motivasi terkenal, Amin Idris.
Baru-baru ini, Amin Idris telah berkongsi detik paling menyentuh hati dalam hidupnya – saat beliau mengimamkan solat jenazah ayahandanya sendiri. Suatu pengalaman yang bukan sahaja menduga emosinya sebagai seorang anak, tetapi juga menguji kekuatan spiritual dan keteguhan jiwanya sebagai seorang lelaki.
Tidak hanya mengimamkan solat jenazah di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Amin juga memberi baktinya menguruskan pengebumian Allahyarham di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Dalam suasana sayu dan pilu, pengacara berusia 44 tahun itu kelihatan sebak namun kekal tenang.
Lebih menyentuh hati apabila selepas pemergian ayahnya, Amin menerima pelbagai cerita daripada jiran-jiran, rakan-rakan dan kenalan yang berkongsi tentang kebaikan arwah semasa hidup. Ramai yang datang memberi penghormatan bukan sekadar kerana arwah seorang yang dikenali, tetapi kerana akhlaknya yang mulia.
Amalan bersedekah yang dilakukan Allahyarham seperti membantu orang dalam perniagaan dan insan memerlukan demi kelangsungan hidup hanya terdedah selepas menghembuskan nafas yang terakhir.
“Ayah saya juga yang bantu dia untuk memulakan kerjaya dan ayah saya juga banyak bersedekah kepada mereka dalam meneruskan kehidupan. Saya tak tahu.
“Tapi rupanya itulah amalan yang dia tak pernah cerita kepada orang. Tapi ia dikenang walaupun dia sudah meninggal dunia. Ini saya namakan sebagai kematian yang hidup,” kata Amin
Biarpun ibu bapanya bercerai, Amin mendedahkan Allahyarham tidak lupa tanggungjawab dalam membesarkan permata hati sebaik mungkin.
“Ayah saya ini dia berpisah dengan emak sejak kecil lagi. Tetapi satu contoh yang boleh tunjuk kepada masyarakat, walaupun dah berpisah dia tak putus menghantar nafkah. Menghantar duit kepada saya, adik-beradik dan juga emak untuk belajar serta meneruskan kehidupan,” kongsinya.
Malah sosok bapa juga menjadi inspirasi buat Amin dalam membina kerjaya. Biarpun sudah bersara dan uzur, bapanya tidak ketinggalan mencari rezeki sehingga ke akhir hayat.
Difahamkan, Allahyarham Idris merupakan salah seorang pengarah di DRB Hicom dan terdahulu bersara atas faktor kesihatan. Allahyarham juga pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah Bank Pembangunan Malaysia Berhad dari tahun 2010 hingga 2014.
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.