Jalan berlubang di Malaysia merupakan perkara biasa. Malah, ia kadang-kala sukar dielakkan lebih-lebih di kawasan yang sukar untuk dilihat dan gelap.
Kemalangan jalan raya akibat jalan berlubang ini juga boleh meragut nyawa. Sekiranya perkara ini berlaku kepada anda, ikut cara tuntuan seperti di bawah.
Berdasarkan maklumat yang dikongsikan Persatuan Pengguna Islam Malaysia di laman X, pihak yang mahu membuat tuntutan perlu mengambil beberapa langkah.
Enam langkah-langkah tersebut adalah:
1. Ambil gambar kenderaan anda dan lubang pada jalan sebagai bukti.
2. Ambil gambar kerosakan pada kenderaan atau kecederaan pada tubuh.
Ads
3. Kumpulkan semua resit yang berkaitan seperti resit towing, klinik, hospital, bengkel (untuk tujuan tuntutan bayaran semula)
4. Buat laporan polis dengan nyatakan nama jalan, kilometer jalan, tarikh dan masa kejadian.
5. Semak dengan polis untuk ketahui siapakah yang pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap jalan tersebut.
6. Pergi ke pejabat pihak berkuasa yang bertanggungjawab pada jalan tersebut dan buat tuntutan kerosakan.
Ads
Siapa yang perlu bertanggungjawab?
Bagi jalan berkaitan dengan negeri atau persekutuan, pihak yang bertanggungjawab adalah Jabatan Kerja Raya (JKR).
Ads
Namun bagi masalah berkaitan jalan di lebuh raya pula, perlulah merujuk kepada syarikat konsesi tol yang berkaitan.
Jangan ingat kereta yang nampak bersih,bebas daripada kehadiran lipas. Mungkin anda tidak perasan ada sisa-sisa makanan terjatuh sehingga mengundang lipas bertapa dalam kereta.
Kalau ikutkan banyak petua perangkap lipas dalam kereta yang boleh anda gunakan. Salah satu perangkap lipas dalam kereta yang dikongsikan oleh Wajihah Derus Bilis Sabah adalah menggunakan bahan mudah dari dapur.
Tak payah sembur apa-apa cuma letak saja bancuhan air ini semalaman dalam kereta.
2 hari umpan lipas dalam kereta, lumayan hasil dia.
1 bekas ni hasil malam tadi, yang semalam punya dah buang. Hasil banyak jugak semalam. Rasanya perlu buat sekali lagi malam ni..
Kalau sembur saja tak nampak lipas mati, buat macam ni banyak rupanya.
Bahan bancuhan -Susu pekat -Air paip
Bancuh dua bahan ini tapi jangan cair sangat. Buat sedap-sedap sikit Letak malam hari, esok pagi tengok hasilnya.
Salah satu perkara yang memeningkan pemilik kereta kebocoran minyak enjin yang boleh menyebabkan wang di dalam dompet hilang begitu sahaja kerana kos membaikinya kadangkala sangat tinggi.
Kebocoran minyak enjin merupakan salah satu punca kerosakan enjin yang paling biasa dan boleh menyebabkan kerugian besar termasuk kerosakan enjin yang cepat dan memerlukan kos pembaikan yang tinggi.
Lebih malang lagi, ia boleh menyebabkan ancaman keselamatan yang serius kerana minyak yang bocor adalah bahan mudah terbakar yang boleh menyebabkan kebakaran, merosakkan kenderaan dan membahayakan keselamatan penumpang.
Kebocoran minyak enjin bukan hanya menimbulkan risiko kebakaran tetapi juga membahayakan sistem HVAC (Pemanasan, Pengudaraan dan Penyejukan Udara) dan radiator kenderaan.
Selain itu, minyak yang bocor ke jalan raya boleh mencemari alam sekitar kerana ia dibawa oleh air hujan ke dalam sistem saliran yang kemudiannya mencemarkan sungai dan tasik.
Untuk mengenal pasti kebocoran minyak enjin, pemilik kenderaan boleh melakukan beberapa pemeriksaan mudah.
Pertama, periksa tongkat ukur minyak secara berkala untuk memastikan tahap minyak enjin adalah pada paras yang sesuai. Penurunan mendadak dalam tahap minyak boleh menunjukkan adanya kebocoran. Selain itu, periksa di bawah kompartmen enjin jika terdapat tumpahan atau genangan minyak, yang boleh menjadi tanda jelas kebocoran.
Asap biru yang keluar dari ekzos dan bau hangus dari enjin semasa berjalan juga adalah petunjuk bahwa minyak mungkin bocor ke dalam ruang pembakaran enjin. Ini boleh berlaku akibat kebocoran di gasket kepala silinder atau melalui sistem ventilasi karter yang tidak berfungsi dengan baik.
Mengambil tindakan proaktif dan melakukan pemeriksaan serta penyelenggaraan berkala adalah kunci untuk mengurangkan risiko dan kesan negatif.
Penggunaan produk-produk berkualiti tinggi seperti minyak enjin dari Valvoline juga boleh membantu memastikan prestasi enjin yang lebih baik dan lebih tahan lama, selain mengurangkan kebarangkalian berlakunya kebocoran.
Memastikan bahawa semua komponen enjin berada dalam keadaan baik adalah langkah penting dalam menjaga keandalan dan keselamatan kenderaan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Perkembangan teknologi kenderaan elektrik (EV) semakin pesat di seluruh dunia, dan Malaysia tidak ketinggalan untuk turut serta dalam revolusi ini. Sebagai peneraju dalam industri automotif negara, Perodua memperkenalkan prototaip EV mereka, eMO-II di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (KLIMS 2024) yang kini sedang berlangsung di ibu negara.
Dengan pelancaran episod kedua ini, ramai yang tertanya-tanya tentang apa yang akan ditawarkan dalam episod ketiga nanti, termasuk harga yang dikhabarkan tidak akan melebihi RM90,000.
Mari kita lihat 10 fakta menarik mengenai Perodua EV ini yang bakal mengubah landskap automotif Malaysia.
Salah satu daya tarikan utama Perodua EV ialah harganya. Dengan anggaran antara RM50,000 hingga RM90,000, Perodua menjanjikan sebuah EV yang mampu milik bagi majoriti rakyat Malaysia. Ini bakal menjadikannya salah satu EV termurah di pasaran.
Perodua EV direka khas untuk memenuhi keperluan pengguna bandar. Saiznya yang kompak sesuai untuk parkir di kawasan sempit dan menawarkan kemudahan untuk perjalanan harian di kawasan metropolitan.
Prototaip eMO-II menampilkan reka bentuk moden dengan garisan aerodinamik yang elegan. Gaya minimalis ini mencerminkan falsafah jenama Perodua untuk menghasilkan kenderaan yang praktikal tetapi tetap bergaya.
Perodua EV dijangka dilengkapi dengan teknologi pintar seperti sistem infotainmen terkini, integrasi aplikasi mudah alih, dan sistem pemanduan yang cekap tenaga. Ia juga mungkin hadir dengan ciri bantuan pemandu separa automatik.
Perodua EV dikhabarkan mampu mencapai jarak pemanduan sehingga 300 kilometer dengan sekali cas penuh. Ini menjadikannya pilihan ideal untuk pengguna yang mencari keseimbangan antara kos operasi rendah dan kecekapan.
Sumber bateri bagi Perodua EV dirancang dengan mengambil kira impak terhadap alam sekitar. Dengan teknologi bateri terkini, kenderaan ini menawarkan jangka hayat bateri yang panjang dan proses kitar semula yang lebih mesra alam.
Perodua turut menyokong inisiatif kerajaan untuk memperluas jaringan stesen pengecas EV di seluruh negara. Pelanggan tidak perlu risau tentang ketersediaan kemudahan pengecasan di kawasan bandar dan luar bandar.
Langkah Perodua ke arah kenderaan elektrik adalah sebahagian daripada usaha syarikat untuk mengurangkan jejak karbon dan menyokong matlamat neutral karbon negara menjelang 2050.
Dengan harga yang berpatutan dan reka bentuk praktikal, Perodua EV dijangka menarik pelbagai segmen pengguna, termasuk golongan muda, keluarga kecil, dan mereka yang ingin beralih kepada gaya hidup mesra alam.
Episod ketiga, yang dinantikan ramai, bakal memperkenalkan produk akhir Perodua EV. Ramai yang percaya bahawa ia akan membawa kejutan besar, mungkin dengan ciri tambahan yang akan memberikan nilai lebih kepada pengguna.
Perodua EV bukan sekadar kenderaan; ia adalah simbol komitmen Perodua untuk membawa rakyat Malaysia ke arah mobiliti masa depan yang lebih bersih dan cekap.
Dengan harga yang mampu milik dan ciri inovatif, ia berpotensi menjadi pemangkin utama dalam popularisasi EV di negara ini. Jadi, teruskan menantikan episod ketiga yang pastinya akan memukau!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.