Siapa kata nak bersenam kena pergi gym mahupun berjogging di taman je. Aktiviti turun naik tangga di rumah pun boleh jadi senaman paling senang cepat bakar kalori dan baik untuk kesihatan jantung. Aktiviti berjalan naik tangga pada kadar yang sederhana boleh membentuk otot di bahagian bawah badan dan meningkatkan kadar kesihatan jantung.
Menaiki tangga merupakan aktiviti senaman yang mampu meningkatkan tahap kecergasan, jantung akan mengepam laju dan sistem dalam badan berfungsi dengan baik. Kaki juga akan menjadi kuat kerana menaiki tangga ada melibatkan bahagian otot terutama dibahagian betis dan juga peha.
Nilai Kalori Terbakar
Seseorang yang memiliki berat 160lb (73kg) dapat membakar 26 kalori dengan menaiki tangga selama 3 minit. Kalau 4 kali dalam sehari, 116 kalori terbakar! Untuk lebih mudah boleh gunakan online ‘calorie calculator’ untuk kira berapa banyak kalori yang terbakar dengan menaiki tangga setiap hari.
Cara-Caranya:
1. Cuba mulakan dengan mendaki 25 anak tangga terlebih dahulu, kemudian boleh teruskan anak tangga yang seterusnya mengikut kemampuan anda sendiri. Berhenti seketika jika rasa penat dan jangan terlalu memaksa diri. Tarik nafas dan hembus secara perlahan-lahan.
2. Kedudukan badan anda juga perlulah betul semasa menaiki tangga bagi mengelakkan sakit di bahagian tulang belakang. Pastikan belakang badan lurus dan halakan badan kehadapan sedikit bagi mengelakkan anda terjatuh ke belakang.
Ads
3. Mendaki dua anak tangga sekali gus pada satu masa adalah latihan yang baik untuk otot kaki utama (terutamanya quadriceps) dan punggung (otot gluteal). Tetapi mereka yang mempunyai masalah lutut perlu berhati-hati dengan langkah ini. Jika kaki pendek, mungkin risiko mencederakan otot paha.
4. Melangkah menuruni tangga juga adalah senaman yang baik. Ia menggunakan paha-otot quadriceps dan sedikit sebanyak, hamstrings. Berhati-hati dan jangan terlalu mengunci lutut ketika anda turun ke bawah. Jika anda terlalu banyak menuruni tangga atau bukit, lutut dan quadriceps anda akan berasa sakit walaupon kesakitannya akan berkurangan dengan melakukan senaman ini secara praktis.
5. Untuk meningkatkan kecergasan,selang selikan langkah dengan satu dan dua anak tangga pada kadar yang sederhana dengan selang ringkas pada kadar yang lebih cepat.
Ads
Ektra Tip!
1.Untuk lebih bermotivasi dan elakkan terlupa, boleh tampalkan nota untuk melakukan senaman ini berhampiran tangga rumah.
2.Pilih waktu yangb paling selesa contohnya, setelah selesai melakukan kerja-kerja rumah dan sebelum tidur malam.
3.Anggap ia aktiviti yang menyeronokkan dan tidak menganggap ia satu ‘senaman’.
4. Jika berada di pejabat mahupun pusat membeli belah, pilih menaiki tangga berbanding menaiki lif atau escalator.
Ads
5. Biar aktiviti turun naik tangga ini dilakukan sedikit, namun konsisten dilakukan setiap hari.Setkan setiap hari contohnya mesti dilakukan 20 kali, selama 15 minit pun sudah memadai untuk mengeluarkan peluh dan membakar kalori pada badan.
Dalam masa beberapa minggu ini, MASKULIN memang kerap menampilkan artikel yang berkaitan dengan aktiviti larian.
Selain bersempena dengan cabaran virtual run MASKULIN DARE 50KM yang kini sedang berlangsung, kami harapapkan informasi seperti ini dapat meningkatkan kulaiti larian anda.
Bercakap tentang larian, antara permukaan yang sering menjadi pilihan utama ialah di atas mesin treadmill.
Tapi tahukah anda bahawa melakukan aktviti larian dengan menggunakan mesin treadmill haruslah dilakukan dengan teknik betul?
Ya, jika anda menggunakannya secara membuta-tuli ia boleh mendatangkan kecederaan yang serius. Oleh itu anda perlu tahu apakah perkara yang wajib dielakkan ketika menggunakan treadmill.
Berikut merupakan 5 kesalahan utama yang sering dilakukan ketika berlari menggunakan mesin treadmill.
1. Bermula dengan larian berkelajuan tinggi
Mungkin kadangkala anda terlalu excited. Atau mungkin nak tunjuk hebat kepada gadis sebelah yang juga sedang berlari di atas treadmill. Relaks dan berlarilah dengan lebih perlahan pada peringkat permulaan. Bina kelajuan secara perlahan-lahan agar badan anda mula berasa selesa. Jika kamu terus dengan menggunakan kelajuan treadmill yang tinggi silap haribulan boleh muntah.
Dalam artike terdahulu, MASKULIN ada mengeluarkan artikel tentang kepetingan melakukan warm up telerbih dahulu. Ya, memang anda perlu panaskan badan terlebih dahulu. Sudah banyak kes melibatkan orang yang berlari menggunakan mesin treadmill mengalami kejang otot terutamanya di bahagian betis dan kaki akibat tidak memanaskan badan terlebih dahulu.
3. Tercabar dan bersaing dengan orang sebelah
Menggunakan mesin treadmill di gimnasium merupakan aktiviti yang dilakukan di kawasan yang bukan eksklusif untuk kita sahaja. Jadi besar kemungkinan kita akan sentiasa duduk bersebelah dengan individu tidak dikenali. Treadmill bukan balapan ya. Jangan berasa tercabar dengan orang sebelah dengan pace dia yang laju. Tak guna nak tunjuk hero di tempat yang salah. Hanya buat sakit badan sahaja.
4. Badan terlalu condong ke depan
Antara tip terbaik menggunakan mesin treadmill terutama buat beginner ialah menjaga posisi bahu agar ia selari dengan kaki. Jangan condongkan badan terlalu ke depan kerana ia boleh meningkatkan risiko cedera. Dan sila janga langkah agar kaki tidak terlalu rapat dengan bahagian depan treadmill. Silap langkah kamu boleh memijak bahagian hadapan yang di luar mesin treadmill.
5. Tangan sentiasa di pemegang treadmill
Petanda seseorang itu kepenatan bila menggunakan mesin treadmill ialah tangannya sentiasa di bahagian pemegang. Dan satu lagi kerana menggunakan kadar kelajuan yang tidak sesuai dengan diri lalu untuk elakkan diri daripada terjatuh, tangan secara otomatik akan berada di pemegang. Jika dibiarkan lama otot tangan akan berasa lenguh dan lama-kelamaan boleh kejang!
Sudahkan anda sertai Cabaran Virtual Run MASKULIN DARE 50KM? Buat anda yang ingin memerbut pelbagai hadiah eksklusif, hadiah utama dan cabutan bertuah, janganlah lepaskan peluang ini.
Dalam hadis dari Abu Hurairah RA, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda “Sesungguhnya bau busuk mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada kasturi”.
Kata-kata ini dipegang teguh ramai umat Islam namun ia tidak bermakna mereka yang berpuasa boleh mengabaikan kebersihan mulut sehingga berbau kurang menyenangkan.
Lagi pun, bukankah menyenangkan orang lain itu akan memberikan semula kepada kita lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan ini?
Jadi bagaimana nak elak mulut berbau pada bulan Ramadan, anda boleh amalkan 6 tip ini semasa waktu sahur atau sebelum azan Subuh berkumandang :
1. Berus gigi & lidah dengan sempurna
Selepas makan, jangan sekadar berkumur. Ada baiknya berus gigi dan lidah dengan sempurna agar dapat membersihkan segala kekotoran yang ada.
2. Minum air masak dengan banyak
Bagi meneutralkan bau mulut, anda digalakkan minum air masak dengan banyak. Selain itu, ia membantu mengurangkan rasa kering semasa siang hari.
3. Bersahur dengan susu & keju
Keju memiliki sifat tinggi kalsium, rendah karbohidrat dan fostat yang boleh pertingkatkan jumlah air liur. Susu pula berperanan untuk mengatasi bau mulut seseorang itu.
4. Jaga pemakanan
Faktor pemakanan boleh mempengaruhi bau nafas seseorang. Pada waktu sahur, kita digalakkan untuk ambil makanan yang sihat tetapi bertekstur keras seperti kacang, cornflakes dan epal kerana ia dapat membersihkan lidah pada bahagian belakang.
5. Minum teh hijau
Teh hijau mengandungi zat polyphenol yang berfungsi membersihkan bakteria dalam mulut dan saluran pernafasan. Digalakkan juga untuk anda minum teh hijau tanpa campuran gula.
6. Buat pemeriksaan gigi
Mulut berbau time puasa itu adalah normal tetapi kalau baunya terlampau kurang menyenangkan sehingga ganggu orang lain, ada perlu ke klinik gigi untuk buat pemeriksaan. Risau ada gigi yang rosak dan anda wajib untuk servis!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Buat anda yang berfikir bahawa mustahil untuk berfesyen dengan baju-baju yang cantik dan “up to date” disebabkan bentuk badan berlemak terutama pada bahagian perut,paha dan lenggan? Disini kami tawarkan anda dengan 5 jenis minuman ajaib yang mengambil masa hanya beberapa minit untuk menyiapkannya. Keajaiban mengenai minuman ini adalah ia sangat berkesan dalam meleburkan lemak perut yang berlebihan.
Untuk membuat minuman ini, anda akan memerlukan bahan-bahan berikut:
• 8 ½ cawan air ditapis
• 1 sudu teh halia parut (atau satu sudu halia organik serbuk akar)
• 1/2 timun, dihiris nipis
• 1/2 lemon, dihiris nipis
• 12 daun pudina
Cara penyediaanya:
Campurkan semua bahan dan gaul sehingga sebati. Keluarkan kepingan lemon, halia dan daun pudina sebelum menuangkan minuman tersebut ke dalam gelas. Saya cadangkan anda minum minuman ini untuk sepanjang hari. Jika tidak habiskan minuman itu pada hari yang sama, anda boleh menyejukkanya selama 2 hari.
Anda boleh minum minuman ini setiap hari dalam masa 4 minggu, kerana ia selamat dan sangat menghidratkan.
Bagaimana ia berfungsi dan mengapa ia begitu berkesan?
Semua bahan-bahan yang disenaraikan diatas mempunayai pelbagai manfaat kesihatan dan kesan pembersihan, tetapi apabila digabungkan, mereka mampu menghasilkan BOM yang sihat dimana ia membantu menyucikan badan dan membantu membuang lemak yang berlebihan.
Sekarang jom kita lihat satu persatu khasiat bahan yang telah kita gunakan tadi.
Timun
timun adalah rendah kalori, bertindak sebagai diuretik, kaya dengan serat pemakanan dan membantu menjaga alkali badan. Timun adalah makanan yang sesuai untuk penurunan berat badan.
Halia
Dalam satu kajian yang dilakukan di Institut Pemakanan Manusia di Universiti Columbia menunjukkan, apabila seseorang individu minum minuman panas dengan halia, mereka berasa lebih kenyang dan mempunyai peluang kurang daripada makan berlebihan.
Lemon
Walaupun pada dasarnya lemon mengandungi asid, tetapi apabila diproses di dalam badan manusia hasilnya adalah dalam keadaam beralkali. Lemon mengandungi kedua-dua sitrik dan asid askorbik,asid-asid lemah mudah dimetabolismakan dalam badan membolehkan kandungan mineral lemon untuk membantu pengalkalian darah(ph optmal darah ialah:7.35 – 7.45). darah yang ber Ph rendah dari itu (berasid) sangat “subur” untuk sel-sel kanser dan bakteria jadi mengundang pelbagai jenis penyakit.
Pudina
Anda mungkin tidak terfikir bahawa pudina sebagi penahan selera makan. Tetapi sebenarnya ia memang penahan selera. Pudina bukan sahaja memberikan rasa segar malah dapat membendung rasa ketagihan untuk makan.
Air
Anda semua mesti sudah tahu manfaat kesihatan apabila minum air yang mengcukupi. Air menyokong kehidupan kita, menghidratkan badan, meringankan sendi dan otot semasa senaman,dan jika minum secara teratur ia dapat mengurangkan ketagihan makanan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.