UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMW Toyota) hari ini melakukan majlis pra tonton modelToyota Harrier di Malaysia Autoshow 2017, Maeps, Serdang.
Model import (CBU) dari Jepun itu didatangkan dengan pilihan enjin 2.0 liter teknologi VVT-iW dengan D-4ST.
Bakal dilancarkan secara rasmi sekitar Januari tahun depan, UMW Toyota membawa masuk dua pilihan varian iaitu Harrier 2.0T Luxury dan 2.0T Premium. Tidak ketinggalan model tersebut dilengkapi dengan Pakej Safety Sense (TSS) bagi perlindungan penumpang yng dipertingkatkan dan keselamatan pemanduan.
Ads
Harga Harrier bermula daripada RM238, 000 seunit bagi varian 2.0 Premium dan RM259,900 (2.0 Luxury). Bagaimanapun, pelanggan sudah boleh mula menempah model tersebut di bilik pameran Toyota bermula hari ini.
Sebagaimana model Toyota yang lain, Harrier turut menerima sokongan selepas jualan di seluruh negara termasuk alat ganti. Ia turut didatangkan dengan waranti selama lima tahun tanpa had perbatuan.
Ads
Untuk makluman, Harrier generasi ketiga mula diperkenalkan pada 2014 di Jepun menggunakan enjin 2.0 liter aspirasi natural. Kemudian pada tahun ini model SUV (kenderaan utility sport) itu menerima penambahbaikan lebih baik menggunakan enjin baharu daripada Lexus NX200t.
Ads
Pada acara autoshow berkenaan, UMW Toyota turut mempamerkan model Toyota Innova 2.0X, Vios SE baharu dan Toyota CH-R. Buat anda yang menantikan kehadiran model CH-R, SUV itu akan menyusul selepas pelancaran model Harrier. Menurut sumber, model tersebut akan dilancarkan sekitar Februari atau Mac tahun depan.
GALERI
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
1 Memantapkan kenderaan terutama ketika mengambil selekoh disebabkan tayar yang digunakan berukuran lebih lebar.
2 Pemasangan rim sport juga meningkatkan keyakinan pemandu ketika anda membrek memandangkan kenderaan sentiasa berada pada kedudukan yang cukup seimbang.
Kenali Spesifikasi Kereta
Perkara utama pastikan rim yang ingin ditukar benar-benar sesuai dengan spesifikasi kereta. Biasanya pemilik akan menukar 2 ke 3 inci lebih saiz rim yang lebih besar daripada saiz rim asal yang agak sesuai seperti :-
Jentera cc 1.3
(sport rim digunakan 14 inci)
Jentera cc 1.3-1.6
(sport rim digunakan 15 inci)
Jentera cc 1.6-2000
(sport rim digunakan 16 inci)
Jentera 2000cc
(sport rim yang sesuai 18-21 inci)
Penting dapatkan nasihat daripada kedai tayar untuk mendapatkan saiz rim dan tayar yang sesuai untuk kereta anda. Pastikan lebar rim sesuai dengan tayar yang nak digunakan tidak banyak berbeza dengan ukuran asal apabila anda menukar rim asal dengan rim sport.
Ukur (LEBAR/KETEBALAN TAYAR/RIM SAIZ)
Sebelum membeli sport rim kita perlu menganggar ukuran antara rim dengan tayar kereta bagi mengelakkan tersalah membeli rim.
Cara mengukur:
1. Betulkan Kedudukan tayar dalam keadaan lurus, ukur ketinggian maksimum antara tanah dengan ruang tayar.
2. Pasang sport rim dan tayar kemudian lihat sama ada masih ada ruang lagi tak antara tayar dengan absober spring supaya tidak Bersentuhan dengan body fender kereta. (tayar tidak bergesel dengan body)
3. Akhir sekali, pusing tayar kekiri dan kekanan untuk mengukur selebar mana pusingan tayar itu supaya tidak terkena pula pada dinding dalaman ruang tayar.
Kalau mengguna sport rim yang terlalu besar dan tayar terlalu tebal boleh menyebabkan tayar dengan fender terlalu rapat.
Kereta juga akan menjadi sedikit tinggi dan secara automatik pusat graviti juga tinggi dan menyebabkan jentera tidak stabil.
Jika anda menggunakan tayar tipis atau kecil maka jauh la sikit jarak antara tayar dan fender.
Perlu diingat risiko pakai tayar nipis jika langgar lubang boleh menyebabkan tayar meletup serta sport rim cepat bengkok.
Sumber : Sinar Turbo
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sekitar April lalu, pihak MForce Bike Holdings Sdn Bhd mengesahkan akan memasarkan model scrambler klasik Benelli Leoncino. Akhirnya model berkenaan rasmi berada di pasaran tempatan pada harga RM29,678 (termasuk GST) seunit.
Buat anda yang tidak punya masa untuk membaca. Infografik di bawah merangkumi informasi lengkap tentang Scrambler Itali itu:
Leoncino bukan sahaja mempunyai reka bentuk yang bergaya klasik, tetapi juga digabungkan dengan teknologi moden. Ia dilengkapi dengan sistem brek anti kunci (ABS), instrumen digital dan teknologi lampu LED.
Benelli Leoncino dipasang di Malaysia dan hanya akan berada di pasaran pada hujung tahun ini. Pelanggan boleh memilih Leoncino warna hitam atau merah dan model tersebut didatangkan dengan jaminan selama dua tahun atau 20,000 kilometer.
GALERI
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sukan permotoran antara sukan yang menjadi pilihan keluarga diraja terutamanya kerabat Johor.
Sejak era pemerintahan Almarhum Sultan Iskandar lagi yang pernah berlumba dalam jentera Mercedes-Benz 540K Special dalam kejohanan Grand Prix Johor pada tahun 1960 lagi, minat tersebut terus mekar dalam susur-galur keluarga diraja itu.
Biarpun Almarhum pernah menyatakan hasratnya agar cucunya tidak terlibat dalam sukan permotoran kerana baginda sendiri pernah kehilangan ramai rakan akrabnya menerusi sukan tersebut, namun salah seorang daripada cucunya iaitu YAM Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri Sultan ibrahim tetap teguh dengan minatnya itu.
Tungku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim l Malaysia
Kejayaan Tunku Abdul Rahman dalam perlumbaan GT World Challenge Australia di Litar Sandown, Melbourne kelmarin telah menarik minat rakyat untuk mengenali keperibadian pelumba ini dengan lebih dekat.
Kini berada di tempat ketiga dalam senarai kedudukan pemandu GT Australia itu dengan mengutip 105 mata, pusingan seterusnya bagi musim 2022 akan berlangsung di litar The Bend Motorsport Park, Australia Selatan pula pada 14-16 Oktober ini.
Tunku Abdul Rahman berpasukan dengan Shane Van Gisbergen berjaya mengemudi jentera Mercedes-AMG GT3 untuk menamatkan perlumbaan pada kedudukan kedua.
Terdahulu, Tunku Abdul Rahman melakukan debut pada tahun 2019 bersama Johor Motorsports Racing bersama pelumba tempatan, Jazeman Jaafar. Mereka turut bersaing dalam kejohanan Blancpain GT World Challenge Asia Series pada tahun yang sama.
Putera Carl Philip Edmund Bertil l Sweden
Putera diraja berusia 43 tahun ini mula mencintai sukan permotoran disebabkan keluarganya sendiri. Bapa angkat dan pakcik Putera Carl, Putera Bertil pernah bergelar pelumba pada era 1930-an namun menggunakan nama samaran Monsieur Adrian pada waktu itu demi mengelakkan perhatian.
Ayahanda Putera Carl, Raja Carl XVI Gustaf juga berkongsi minat yang sama dengan mempunyai koleksi kereta lumba dan baginda sentiasa menyokong minat anaknya ini dalam setiap perlumbaan.
Putera Carl melakukan debut dalam sukan permotoran pada tahun 2008 bersama-sama jenama Porsche.
Pada tahun 2010, beliau memiliki kejayaan pertamanya dalam Porsche FT3 Endurance Scandinavia dan sejak itu, Putera Carl mengecapi tujuh lagi kemenangan sehingga tahun 2016 di bawah nama Carl Philip Bernadotte. Pada tahun berikutnya pula, beliau bertanding dalam GT Series Sweden pula dengan memperolehi tempat kedua.
Di luar trek, Putera Carl terus cemerlang dalam menggalakkan lebih ramai remaja terlibat dalam sukan permotoran. Sejak 2013, beliau telah menubuhkan kejohanan Prince Carl Philip Racing Cup bagi mencungkil bakat pelumba go-kart muda.
Archduke Ferdinand Zvonimir Maria Balthus Keith Michael otto Antal Bahnam Leonhard von Hansburg-Lothringen l Austria
Tidak cukup rasanya satu nafas untuk menyebut nama penuh putera kacak ini, hehe. Lebih dikenali sebagai Ferdinand Habsburg dari kerabat diraja Austria, beliau merupakan seorang pelumba yang pernah bertanding dalam kejohanan seperti Eurocup Formula 2.0 dam Euroformula Open.
Impian peribadinya adalah untuk berlumba pada peringkat Formula One dan tidak mustahil ia boleh direalisasikan. Ini kerana keluarga Ferdinand berkata beliau begitu berdedikasi dalam memperbaiki skil permotorannya. Baru-baru ini, Ferdinand dan pasukan lumbanya, Prema Racing telah memenangi perlumbaan ketiga bagi musim European Le Mans Series.
Ferdinand (kanan) bersama rakan sepasukan dalam Prema Raacing, Louis Deletraz dan Lorenzo Colombo. FOTO: Sportscar 365FOTO: Instagram
Fakta menarik mengenai Ferdinand adalah bukan saja anak raja ini kacak dan hebat berlumba. Beliau turut mempunyai hati murni dalam membantu rakyat memerlukan seperti sewaktu pandemik Covid-19. Ini berikutan latar belakangnya yang pernah bergelar ahli tentera Austria sebelum ini.
Jadi jangan ingat kerabat diraja hanya pandai dan aktif dalam sukan polo, golf dan bola sepak je.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.