Sebagai jenama fesyen yang semakin mekar di hati ramai rakyat Malaysia, UNIQLO, menampilkan Koleksi Musim Luruh/Dingin 2024 terbarunya.
Koleksi ini yang diberi nama panggilan “Timeless Tones” juga diraikan sempena ulang tahun ke-40 jenama UNIQLO.
Semalam bertempat di Blossom A GlassMansion, Kuala Lumpur, MASKULIN sempat mengikuti sesi preview koleksi baharu. Di mana ia turut dihadiri beberapa orang pempengaruh dan selebriti terkenal.
Menariknya koleksi dan sentuhan preview pada kali ini diilhamkan oleh dua bandar bersejarah di Eropah iaitu Edinburgh dan Stockholm.
Hadir dengan tema “Timeless Tones,” ia menggambarkan perpaduan gaya klasik dengan sentuhan moden yang mampu mengekalkan tarikan sepanjang masa.
Inspirasi dari Edinburgh membawa gabungan corak dan bahan yang unik, manakala Stockholm pula memberikan sentuhan tona kontemporari.
Hasilnya, koleksi ini menghasilkan kepingan yang bukan sahaja elegan tetapi juga versatil, sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat.
Ads
Koleksi ini turut menampilkan pelbagai gaya pakaian yang menonjolkan keistimewaan fesyen tempatan.
GAYA PRAKTIKAL
Di Malaysia, UNIQLO mengambil kira cuaca panas dan lembap dengan memperkenalkan kombinasi istimewa seperti AIRism Sleeveless High Neck Cut dan bahan seperti Rayon serta UV Cut.
Ini menjadikan koleksi “Timeless Tones” bukan sahaja relevan tetapi juga praktikal untuk gaya hidup di Malaysia, memberikan keselesaan dan fungsi yang optimum.
Ads
Sejak penubuhannya pada tahun 1984, UNIQLO telah melalui pelbagai fasa evolusi, dari aspek potongan yang lebih ringan hingga kepada keselesaan yang lebih tinggi dan fungsi yang ditingkatkan melalui bahan-bahan inovatif.
Antara yang menarik perhatian adalah fabrik seperti PUFFTECH dan HEATTECH yang terus diperbaharui untuk memberikan kehangatan dan kelembutan yang maksimum.
PUFFTECH, contohnya, merupakan benang UNIQLO yang paling ringan dan hangat, dibangunkan dengan teknologi serat yang inovatif.
Koleksi Musim Luruh/Dingin 2024 ini akan tersedia di semua cawangan UNIQLO dan dalam talian. Untuk maklumat lanjut, layari laman web UNIQLO.
‘Timeless Tones’ oleh UNIQLO bukan sahaja meraikan ulang tahun ke-40 jenama ini, tetapi juga menunjukkan komitmen mereka dalam menggabungkan elemen klasik dengan reka bentuk moden.
Dengan fokus kepada keunikan tempatan dan bahan inovatif, koleksi ini pastinya akan menjadi pilihan utama bagi mereka yang menghargai gaya yang abadi dan praktikal.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ini menggemparkan, dalam pada Malaysia sibuk meraikan kemenangan Pakatan Harapan dalam PRU14, peminat-peminat Siri Marvel di Malaysia mungkin terlepas pandang dengan kehilangan suit penuh Iron Man yang dipakai oleh Robert Downey Jr, sepanjang wataknya sebagai Iron Man.
Menerusi News.Com, Pegawai polis di Los Angeles kini sedang mencari dalang yang mencuri persalinan Iron Man asalnya dipakai oleh Robert Downey Jr, di francais Marvel Studios, menurut jurucakap polis. Suit merah dan emas – bernilai $ 431,000 lenyap dari gudang penyimpanan prop di pinggir LA Pacoima antara Februari dan 25 April, tetapi hanya dilaporkan dicuri pada malam Selasa. Menurut Mental Floss.com, jurucakap LAPD enggan mendedahkan butiran pemilik gudang tersebut dan tidak melaporkan dengan jelas berkenaan jenayah terbabit. Sementara itu, Marvel ada bertanya mengenai kes ini kepada kepada Walt Disney Studios, dan Disney tidak segera bertindak balas dengan komen. Kepada peminat siri Marvel, jangan bersedih hati, sama-sama kita berharap suit itu ditemui semula.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Penggunaan kaca mata bukan hanya untuk mengelakkan mata terkena silau matahari malah ia disifatkan sebagai aksesori untuk menambahkan gaya kacak lelaki.
Di pasaran hari ini, terdapat pelbagai jenama yang diperkenalkan namun sesuai atau tidak dengan bentuk wajah anda, aspek ini juga perlu diambil kira.
1. Stail : The Wayfarer
The wayfarer tampil dengan rekaan bingkai tebal dan ia mula diperkenalkan Ray Ban sekitar 1956. Lelaki dan wanita boleh memakai the wayfarer ini kerana ia bersifat uniseks selain jika anda mahu tampil ‘kemas biasa-biasa’ atau ‘tidak terlalu funky’.
2. Stail : The Aviator
The Aviator tampil dengan rekaan batang halus membentuk bingkai dan ia pertama kali ditampilkan pada tahun 1936. Rekaan ini boleh membuatkan si pemakai kelihatan ‘macho’ dan ‘matang’ selain ia pernah digayakan Tom Cruise dalam filem ‘Top Gun’ serta dipakai juruterbang dalam Perang Dunia Kedua untuk mengelak silau matahari.
3. Stail : Teashades
Teashades juga dikenali sebagai ‘Lennon specs’. Bentuk kaca mata bulat ini pernah dipopularkan oleh kumpulan lagenda, The Beatles dan kalau dalam filem komedi Cina lama, ada dua pelajar kung fu gemuk sering memakai kaca mata jenis ini. Mereka yang memakai Teashades dilihat sebagai rare dan memiliki personaliti yang kreatif.
4. Stail : Clear Frame
Ada yang suka berwarna hitam atau berwarna-warni tetapi bagi pemakai Clear Frame, mereka jelas tidak mahu kelihatan begitu menonjol. Dalam erti kata lain, mereka tidak gemarkan perhatian daripada orang lain secara serius tetapi dalam jiwa mereka, tetap memiliki elemen ‘klasik’ yang tidak dapat disembunyikan.
5. Stail : Rimless
Rekaan Rimless amat bertentangan dengan tiga rekaan di atas kerana kaca mata ini tiada bingkai hadapan dan cuma disambungkan terus kepada pemegang telinga. Kaca mata ini bersifat mimalis dan pemakainya tidak menitik beratkan gaya sebaliknya cukuplah sekadar ia dapat mengelakkan silau matahari. Oleh itu, pemakai kaca mata jenis ini disifatkan seseorang yang ‘simple’ tetapi ‘matang’.
6. Stail : Brownline
Jika Rimless tiada bingkai pada bahagian hadapan, Brownline tampil dengan semi-bingkai. Rekaan ini menampakkan seseorang itu kekal bergaya tetapi dalam keadaan yang cukup mimalis. Macam nak tak nak. Tapi ramai yang nak kerana Brownline memang membuat seseorang itu kelihatan sangat ‘cool’.
7. Stail : Oversized
Oversized biasanya dilabelkan sebagai ‘king’ atau ‘queen’ buat sang pemakai. Sesiapa yang ingin tampil kelihatan vogue dan persis diva, inilah kaca mata yang paling sesuai untuk digunakan. Boleh dikatakan pemakai Oversized sentiasa memiliki keyakinan diri yang tinggi.
8. Stail : Shield
Kaca mata ini menampilkan gaya ala-ala futuristik. Pemakainya terdiri daripada mereka yang gemarkan muzik jenis tekno dan mahu kelihatan ‘sangat jauh ke hadapan’. Walau bagaimanapun, tidak ramai yang berani memakai kaca mata jenis ini kerana dianggap pelik dan keterlaluan kecuali digunakan sebagai prop untuk projek futuristik.
9. Shutter Shades
Kaca mata ini menampakkan si pemakai kelihatan begitu ‘funky’. Jika memakainya dalam sesebuah majlis keraian atau parti, anda mungkin menjadi perhatian. Karakter pemakai kaca mata jenis ini turut menggambarkan anda memiliki jiwa yang sangat bergelora untuk mencuba sesuatu yang baharu dan ‘gila’.
10. Stail : Sport
Kaca mata ini diperlukan oleh mereka yang gemar bersukan kerana rekaannya yang tidak mudah tertanggal serta tahan silau. jadi, memang sesuai untuk dipakai ketika melakukan aktiviti lasak meski pun dalam cuaca serta matahari yang sangat terik. Yang penting, anda kekal nampak bergaya walaupun sedang bersukan.
Dalam banyak-banyak kaca mata yang ditulis, yang mana satu anda sedang pakai atau miliki ketika ini? Kongsikan bersama Maskulin!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Siapa yang tidak mengenali penyanyi yang memiliki suara yang mantap dan lunak ini? Penyanyi single Too Good At Goodbyes ini muncul dengan penampilan yang lebih menarik dan berbeza. Tapi, sudah pastilah yang menjadi isu hangat adalah tentang tubuh badannya yang semakin kurus, slim dan fit! Wah! Apakah rahsianya?
Sam Smith mengakui tentang tubuh badannya yang besar dan mula bertekad untuk melakukan perubahan terhadap tubuhnya.
“Saya mula bertekad untuk menurunkan berat badan apabila saya bersama rakan-rakan di tepi pantai dan membuka baju. Dari situ saya tersedar bahawa bentuk badan saya tidak elok dan harus melakukan perubahan.”
Nama Sam Smith kini bukan sahaja dikenali sebagai penyanyi yang bagus, malah ia juga dikenali sebagai penyanyi yang berjaya menurunkan berat badan dengan memebri impak yang mendalam! Menurut kata-katanya pada 60 Minutes Australia, dari kecil lagi makanan mengawal dirinya.
“Memang sejak kecik, saya memang suka makan. Apatah lagi kalau saya berasa sunyi, makanan sajalah yang banyak menghilangkan perasaan emosi saya. Secara tidak langsung, ia menyumbang kepada kenaikan berat badan saya.”
Namun, segalanya berubah apabila Sam mengenali Amelia Freer, seorang terapi nutrisi. Merujuk kepada buku nukilan Amelia, Eat. Nourish. Glow, ia membantu Smith dari segi pelan pemakanan yang sihat dan berkualiti. Dari situ juga ia mengawal kadar gula, bahan tenusu dan lain-lain lagi. Menurut laporan dari Billboard pada Oktober 2017, Sam melakukan senaman 3 kali seminggu dengan bantuan personal trainer dan memfokuskan kepada cardio dan senaman jenis “too many weights”.
Apa-apapun kami dari Maskulin mengucapkan syabas kepada Sam Smith kerana berjaya menurnkan berat badan serta berjaya mencapai impiannya untuk memiliki tubuh yang lebih sempurna. Kami juga tidak sabar untuk menyaksikan kejayaan album terbarunya The Thrill of It All di anugerah Grammy nanti!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.