Bagi membendung penyakit kencing manis dan obesiti dalam kalangan rakyat. Kerajaan Thailand mengambil langkah dengan menaikkan sehingga 25 peratus cukai terhadap minuman ringan, teh, kopi segera atau jus buah, bergantung kepada kandungan gulanya.
Selepas Afrika Selatan dan Britain, Thailand muncul negara terbaharu mengenakan cukai bagi minuman bergula dalam usahanya untuk memerangi masalah kegemukan rakyatnya.
Secara purata, dikatakan seorang rakyat Thailand dikatakan lazim memakan gula sebanyak 28 sudu teh pada setiap hari – lebih seganda daripada apa yang disarankan oleh pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sendiri.
Ads
Ini boleh menimbulkan pelbagai masalah kesihatan yang serius. Para pegawai kesihatan Thailand menyatakan 32 peratus penduduk negara itu kini memiliki berat badan berlebihan dan 10 peratus menghidap penyakit diabetes. Jumlah ini kian bertambah. Sepanjang tahun lalu sahaja, sebanyak 600,000 kes baharu penyakit kencing manis berjaya dikesan di seluruh Thailand malah kadar tersebut adalah yang ketiga tertinggi di benua Asia.
Justeru, dalam usaha untuk mengawal permasalahan tersebut, pihak berkuasa Thailand mengenakan cukai baharu pada minuman yang manis berdasarkan kepada tahap kandungan gulanya.
Ads
Cukai 20 peratus dikenakan bagi minuman yang mengandungi antara 6 hingga 10 gram gula bagi setiap 100 mililiter. Jika kandungan gulanya lebih daripada itu, kadar cukainya adalah 25 peratus. Menurut para pegawai cukai, syarikat-syarikat tidak menentang keras cukai itu. Pihak berkuasa pula memberi syarikat-syarikat berkenaan tempoh kelonggaran dua tahun untuk mengurangkan kadar gula dalam minuman keluaran masing-masing. – CNA
Selalu kan kita dengan dengar petua pelik orang dulu-dulu, walaupun tidak masuk akal tapi kekadang berkesan juga. Jadi kenapa tidak kita mencuba kalau kesan nya bagus untuk kesihatan tubuh badan kita. Berikut adalah di antara tips kesihatan yang pelik tapi boleh membantu.
Selamat mencuba!
1. Gunakan kubikel tandas yang paling hampir dengan pintu masuk
Menurut satu kajian adalah didapati kubikel terdekat dengan pintu masuk paling jarang digunakan dan dengan itu ianya mengandungi peratusan bakteria yang lebih rendah berbanding kubikel yang lain. Selepas selesai ‘urusan’ berdiri sebelum flush kerana apabila flushberlaku wap air halus yang mengandungi bakteria akan terlepas ke udara dan boleh menjangkiti anggota badan yang sensitive
2. Garu anggota badan yang lain
Bagi anggota badan yang disimen atau yang menggunakan cast, kegatalan memang tidak dapat dielakkan dan paling meresahkan apabila kegatalan itu tidak dapat digaru. Anda boleh menipu otak anda dengan menggaru di tempat yang sama di tangan atau kaki yang satu lagi.
3. Turunkan suhu badan yang tinggi dengan cepat
Ada yang menyarankan untuk minum lebih banyak cecair bila demam tetapi bagi merawat suhu badan yang tinggi akibat demam bolehlah mencuba tips ini iaitu dengan meletakkan ais pek di bawah ketiak atau berdekatan pangkal peha. Ianya memang tidak selesa tetapi berkesan.
4. Kopi untuk kulit yang cantik
Jika anda mempunyai selulit di bahagian badan anda, gunakan serbuk kopi sebagai skrub badan. Ini kerana kafein akan merangsang sel-sel kulit dan menggunakannya sebagai skrub lantas menyingkirkan mana-mana kulit mati yang cuba menghodohkan kulit anda.
5. Elakkan sabun anti bacteria
Menurut American Medical Association, tiada keperluan untuk menggunakan sabun anti bakteria memandangkan tiada bukti yang menunjukkan sabun anti bakteria bertindak lebih baik di dalam menghalang dan mengurangkan infeksi kuman. Malah turut dipercayai sabun anti bakteria hanya menjadikan bakteria lebih kuat dan rentan
6. Madu untuk membasmi kuman
Satu kajian telah membuktikan bahawa madu mempunyai unsur-unsur antibakteria dan mampu membasmi jangkitan bakteria di luka ringan. Anda hanya perlu sapu madu di tempat luka dan balut luka.
7. Lada hitam sebagai ubat anti radang, anti bacteria dan anti septic
Sekiranya jari anda terluka semasa memotong di dapur, ada satu cara untuk menghentikan pendarahan dan juga mampu membasmi kuman. Cara terbaik ialah dengan menaburkan serbuk lada hitam ke tempat luka. Ianya tidak memeritkan. Basuh terlebih dahulu luka, keringkan, taburkan serbuk lada hitam. Jika perlu boleh dibalut. Dalam masa yang singkat pendarahan akan berhenti.
8. Rapikan misai anda
Kepada anda yang menyimpan misai dan mempunyai alergi, pastikan anda merapi misai anda sekerap yang mungkin. Proses merapi terdiri dari membasahkan, mengering dan menyikat misai anda. Merapi ini penting bagi mengurangkan hama, debu serta debunga yang terperangkap di misai seterusnya mengurangkan simptom alergi
9. Pelihara haiwan kesayangan
Banyak kajian menunjukkan dengan membela haiwan kesayangan seperti kucing dan anjing akan membantu mengurangkan kadar risiko serangan jantung dan strok. Aktiviti membelai dan menepuk haiwan ini membantu pesakit rasa lebih tenang, mengurangkan kegelisahan dan seterusnya mengawal tekanan darah.
10. Ketagihan merokok
Sekiranya anda mengalami masalah ketagihan merokok, tips terbaik untuk mengurangkan ketagihan adalah dengan menggosokkan jari telunjuk dengan ibu jari atau gosokkan kedua-dua belah tangan. Ini akan memberikan ketenangan dan membuatkan tangan anda sentiasa sibuk.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidak dinafikan peranan yang dibawa oleh aktor Hollywood yang memiliki bentuk badan yang tegap dan mantap banyak mempengaruhi penonton terutamanya lelaki yang mungkin mengimpikan bentuk badan seperti mereka.
Tapi ia sebenarnya tidaklah semudah yang disangka. Nama-nama pelakon yang terkenal dengan filem aksi atau adiwira seperti Ryan Reynplds, Chris Hemsworth dan pelakon muda. Tom Holland sebenarnya melalui rejim senaman, diet dan disiplin yang tinggi!
Benar, menjaga kecergasan dan diet adalah aspek penting dalam kehidupan seorang pelakon Hollywood, terutama ketika bersiap untuk peranan dalam filem.
Proses ini melibatkan kombinasi latihan fizikal intensif, diet yang ketat, dan kadangkala pengorbanan yang besar. Artikel ini akan meneroka bagaimana pelakon Hollywood memelihara kecergasan dan diet mereka untuk peranan filem mereka.
Pelakon Hollywood sering menjalani latihan fizikal yang intensif untuk mendapatkan bentuk badan yang sesuai dengan watak mereka.
Contohnya, untuk peranan sebagai superhero, pelakon mungkin perlu membina otot dan kekuatan. Ini melibatkan latihan beban, kardio, dan senaman kekuatan yang khusus.
Pelakon seperti Chris Hemsworth, yang dikenali dengan wataknya sebagai Thor, menghabiskan berjam-jam di gim untuk mendapatkan bentuk badan yang dikehendaki.
Latihan ini sering disesuaikan oleh jurulatih peribadi yang berpengalaman untuk memastikan bahawa pelakon mencapai matlamat kecergasan mereka dengan cara yang selamat dan berkesan.
Diet merupakan aspek penting dalam rutin kecergasan pelakon. Untuk mendapatkan bentuk badan yang diinginkan, mereka sering mengikuti diet yang sangat terkawal.
Ini termasuk mengambil jumlah protein yang tinggi untuk membina otot, serta membatasi pengambilan karbohidrat dan lemak. Pelakon juga sering dijadualkan makan dalam jumlah kecil tetapi kerap untuk menjaga metabolisme mereka aktif.
Diet ini sering dikawal oleh pakar diet atau ahli nutrisi untuk memastikan bahawa pelakon mendapatkan nutrisi yang cukup sambil mengekalkan berat badan atau bentuk badan yang dikehendaki.
Menjaga kecergasan bukan hanya tentang latihan fizikal dan diet. Pengurusan stres dan rehat yang cukup juga penting.
Pelakon sering menggunakan teknik seperti meditasi, yoga, dan terapi untuk menguruskan tekanan yang berkaitan dengan pekerjaan mereka.
Rehat yang cukup penting untuk pemulihan otot dan kesihatan mental. Ini membantu mereka tetap fokus dan berenergi untuk penggambaran yang panjang dan melelahkan.
Akhirnya, apa yang paling penting adalah dedikasi dan disiplin. Pelakon Hollywood sering menunjukkan tahap komitmen yang tinggi terhadap rutin kecergasan dan diet mereka.
Mereka mengorbankan banyak, termasuk masa peribadi dan keseronokan, untuk memastikan bahawa mereka mencapai dan mengekalkan bentuk badan yang diperlukan untuk peranan mereka.
Ini bukan tugas yang mudah, dan memerlukan tahap disiplin dan motivasi yang tinggi.
Dalam industri hiburan yang sangat bersaing ini, pelakon Hollywood memahami betapa pentingnya menjaga kecergasan dan diet untuk kejayaan dalam karier mereka.
Melalui latihan fizikal yang intensif, diet yang terkawal, pengurusan stres, dan dedikasi yang tak tergoyahkan, mereka berjaya mengubah badan mereka untuk memenuhi keperluan watak yang mereka lakonkan.
Rutin ini bukan hanya tentang penampilan; ia juga tentang memelihara kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan.
Jangan lupa untuk subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.