Bukan hanya lelaki di usia 30 hingga 60 tahun, kini ramai juga lelaki muda yang menderita dengan penyakit gout. Ia berpunca daripada gaya pemakanan yang tidak terkawal, selain tidak aktif melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh.
Asid urik merupakan kumuhan yang terhasil daripada protein purin. Apabila asid ini berlebihan di dalam badan, ia akan terkumpul dalam kawasan sendi seperti di ibu jari, belakang kaki, buku lali, lutut dan beberapa kawasan sendi yang lain. Selain perubatan moden, rawatan tradisional yang menggunakan bahan semula jadi turut dijadikan alternatif bagi mengubati gout.
Ustaz Md Rosdi Hasan di laman Facebooknya berkongsi petua mudah mengeluarkan asid urik dari sendi kaki yang bermasalah dengan gout menggunakan buah nona.
Siapa sangka buah nona boleh menyedut asid urik dari sendi kaki kita yang bermasalah dengan gout.
Asid urik ini adalah salah satu dari komponen karbon, nitrogen, hidrogen dan oksigen.
Ads
Bila asid ini berkumpul di sendi, kita akan merasa sakit yang tidak terbayang, orang yang biasa jadi gaut sahaja pandai menceritakannya bertapa sakit bila di serang gout.
Di muka buku ini saya nak ajar bagaimana nak mengeluarkan asid ini dengan cara mudah.
2. Lalu hancurkan buah tersebut dan tampal pada tempat yang sakit. Kalau boleh balut tempat yang ditampal dengan buah nona itu supaya buah yang hancur itu tidak jatuh bila kita tidur.
3. Buat pada waktu malam semasa hendak tidur, jangan terkejut bila bangun pada pagi keesokannya isi buah tadi menjadi hitam kemerahan dan tempat yang sakit pula tidak sakit lagi seperti semalam.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bagi lelaki yang bakal memasuki usia 30 tahun atau yang sudah berusia 30-an, satu masalah utama pasti menghantui hidup.
Perkara itu kalau tak dikawal dengan baik akan berlaku sedikit demi sedikit tanpa anda sedarinya.
Dan masalah itu tak lain tak bukan ialah masalah perut buncit!
Tapi adakah anda tahu selain mengawal pemakanan, senaman di bahagian perut juga mampu membntu anda bebas dari perut buncit? Ini merupakan 5 senaman yang anda boleh lakukan hatta sedang tengok TV sekali.
Jadi apa tunggu lagi, jom cuba lakukannya sekarang!
Senaman ini mengutamakan kekuatan atas perut dengan cara mengangkat kedua lutut dan kemudiannya badan akan terus di bangunkan ke atas. Senaman kekuatan otot perut bahagian atas adalah perkara paling mudah dalam semua latihan senaman perut dan hasil yang paling cepat kelihatan.
Senaman ini dilakukan dengan berbaring dan meluruskan kaki ke hadapan dan mengangkatnya sedikit, kemudian kedua belah kaki digerakkan atas ke bawah berulang-ulang. Ia dapat menghilangkan lemak bahagian tengah perut dan menguatkan otot perut.
Senaman yang mengutamakan kekuatan atas perut dan sisi bahagian perut dengan cara mensilangkan satu kaki pada lutut kaki yang di gunakan sebagai sokongan dan kemudiannya badan akan terus di bangunkan ke arah silang kaki tersebut.Senaman ini hampir sama dengan knee crunches tetapi ada sedikit penambahan untuk menguatkan otot bahagian atas dan sisi perut bahagian atas.
Senaman yang mengutamakan kekuatan bawah dan tenga perut. Pelbagai cara kaedah senaman legs lower ini boleh di lakukan. Dengan cara kita bergantung dan kemudian mengangkat lurus kedua kaki kita, dengan cara berbaring kemudian mengangkat lurus kedua kaki kita sehingga 90 darjah ataupun dengan cara berbaring kemudian mengangkat hanya sebelah kaki sahaja.
Senaman yang mengutamakan kekuatan seluruh otot perut. Ianya mudah sebagai permulaan bagi mengerakkan pergerakan keseluruhan otot perut boleh di kategorikan sebagai “Mudah/Easy”.Dengan membangunkan sedikit badan ke atas kemudian angkat kaki seperti anda sedang berenang. Pergerakan kaki tidaklah perlu laju atau terlalu perlahan, cukup seperti anda berenang sudah memadai.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Di kalangan peminat kasut sukan jenama Skechers pastinya sudah tidak asing lagi bagi anda. Salah satu elemen yang sering dikaitkan dengan jenama kasut asal Amerika Syarikat ini ialah keselesaan serta sokongan pada bahagian kaki yang sangat baik.
Disebabkan itulah ramai yang memilih jenama Skechers untuk aktiviti seperti larian, senaman gym dan juga aktiviti harian yang lain. Skechers yang juga dikenali sebagai ‘The Comfort Technology Company’ kini turut dianggap sebagai dia antara pengeluar dan jenama pelopor dalam memperkenalkan produk gaya hidup dan kasut prestasi yang terbaik.
Terbaru, buat pertama kalinya Skechers memperkenalkan kasut khusus buat sukan gelanggang. Menurut Skechers, kasut yang lahir daripada kejuruteraan dan rekaan terkini mereka ini bakal menjadi penanda aras baharu dalam sukan gelanggang.
Skechers Viper Court telah dilancarkan secara rasminya baru-baru ini dan ia turut dibawa ke pasaran Malaysia bagi memenuhi keperluan dan permintaan peminat sukan gelanggang sama ada indoor atau outdoor.
MASKULIN turut berkesempatan mencuba sendiri menggunakan kasut ini selama lebih kurang seminggu. Persepsi pertama kali menyarungkannya ke kaki adalah meletakkan pada jangkaan cukup tinggi dan agak mengejutkan kerana ia sebenarnya sepasang kasut sukan gelanggang yang sangat baik.
Pertama sekali kita harus bercakap tentang elemen keselesaan. Sebagai kasut sukan gelanggang perkara di antara yang paling penting ialah kesesuaian atau ‘fit’ yang baik ketika dipakai.
Viper Court menawarkan keselesaan tersebut dengan mengetengahkan teknologi footwear terkininya seperti Arch Fit insole system dan sistem serapan ULTRA FLIGHT ‘cushioning’.
Kedua-dua teknologi ini merupakan aspek penting dalam sukan gelanggang kerana ia bukan sahaja memberikan keselesaan tetapi boleh mengelakkan risiko kecederaan yang tidak sepatutnya. Selain itu, kasut sukan gelanggang juga wajib memiliki aspek cengkaman tapak yang sangat baik.
Ia bukan sahaja untuk keselamatan tetapi mampu membantu anda mendapatkan prestasi yang baik. Dilengkapi dengan tapak atau outsole dari jenama tayar terkenal, Goodyear Performance Outsole boleh membantu pergerakan lebih pantas dan kelicikan pergerakan di gelanggang menjadi lebih lancar.
Sukan gelanggang seperti badminton, tenis, ping pong, bola jaring dan juga sukan kian popular di Malaysia, Pickleball cukup memetingkan aspek cengkaman yang baik.
Skechers Viper Court kini boleh didapati dipasaran pada harga RM459 dan ia terdapat dalam varian untuk lelaki dan wanita. Setiap satunya hadir dengan tiga padanan warna berbeza.
Buat peminat sukan gelanggang, Viper Court ini boleh menjadi kasut yang cukup sempurna bagi melengkapi permainan dan gaya peribadi anda.
Berikut MASKULIN kongsikan beberapa aspek penting Viper Court yang menjadikannya sebagai sepasang kasut sukan gelanggang terbaik di pasaran:
● Relaxed Fit®
Rekaan kasut untuk memastikan keselesaan dan kestabilan optimum semasa sesi permainan yang panjang dengan memberikan ruang yang mencukupi pada kaki anda.
● Goodyear® Performance Outsole
Tapak yang tahan lama yang menggunakan bahan berkualiti tinggi yang sama dengan tayar Goodyear® untuk memberikan daya cengkaman yang unggul dan tidak meninggalkan tanda pada apa jua permukaan padang.
● Penampungan ULTRA FLIGHT®
Insole penampungan yang responsif dan ringan untuk membantu mengurangkan impak pada sendi anda semasa sesi permainan yang intens.
● Sistem insole Arch Fit® yang dipatenkan
Insole berkontur yang direka oleh pakar ortopedik, dibangunkan dengan 20 tahun data dan 120,000 pemindaian kaki tanpa beban, membantu meningkatkan penyebaran berat dan mengurangkan hentakan ketika pemain sedang beraksi.
Dengan harga yang berpatutan dan ciri-ciri teknologi terkini, koleksi Viper Court ini tidak hanya meningkatkan prestasi permainan anda, tetapi juga memberikan keselesaan yang tak tertandingi, menjadikannya pilihan yang sempurna untuk setiap peminat sukan.
Bahkan baru-baru ini, sebagai meraikan kemunculan Viper Court di pasaran, Skechers telah menganjurkan ‘Skechers Invitational Pickleball Tournament yang berlangsung di Dewan Sri Putra di mana sebanyak enam kategori berbeza dipertandingkan.
Selain menyaksikan perlawanan mendebarkan, kejohanan ini turut memberi peluang para peserta merasai pengalaman dengan Skechers Viper Court.
Skechers telah menjadi pemacu utama dalam sukan pickleball, memperkenalkan koleksinya di Kejohanan Pickleball AS Terbuka 2022 dan menandatangani atlet elit, Catherine Parenteau dan Tyson McGuffin.
Untuk pengetahuan anda, pickleball merupakan satu sukan raket kian popular yang secara dasarnya kombinasi antara tenis, ping pong dan badminton. Sukan ini dimainkan di padang berukuran setengah daripada padang tenis standard dan melibatkan raket yang lebih kecil serta bola plastik berlubang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Perkataan DASH sebenarnya bukan singkatan dari mana-mana perkataan, cuma ia bersifat catchy untuk disebut. DASH Diet ini diamalkan oleh Pakar dari Pusat Hati, Paru-Paru dan Darah di Amerika demi kesihatan orang ramai. Jadi, diet ini tidak sukar untuk diamalkan kerana apa yang penting ialah, anda hanya perlu jaga pemakanan untuk menguatkan jantung anda.
Rutin makanan diet ini lebih fokus kepada pengurangan makanan berminyak dan tinggi lemak seperti minyak sawit, minyak kelapa, minuman dan makanan manis. Diet ini memerlukan seseorang untuk melebihkan sayur-sayuran, buah-buahan dan makanan-makanan tinggi protein.
Mengapa ia baik untuk anda?
Jika anda sejenis gemar dengan diet yang berasas tidak tertumpu pada penurunan berat, maka DASH Diet adalah pilihan yang tepat. Ia telah mendapat sokongan daripada saintis yang telah membuat kajian terhadap diet ini sehinggakan plan diet ini telah menjadi pilihan ramai selama 8 tahun.
Menurut Amy Gorin, MS, RDN, Pemilik Amy Gorin Nutrition dalam bandar New York, beliau ada memberi pendapat di dalam Men’s Health bahawa pelan makan ini berdasarkan penyelidikan yang menunjukkan bahawa diet boleh membantu menurunkan tahap tekanan darah tinggi, membantu meningkatkan kadar kolesterol, dan mengurangkan risiko penyakit hati. Kajian lain dalam Jurnal Hati Poland menunjukkan bahawa orang yang mengikuti DASH Diet telah menunjukkan perubahan baik pada tekanan darah dan tahap lemak badan.
Memandangkan diet DASH melibatkan makan makanan yang paling sihat di sekeliling dan mengehadkan makanan tidak sihat, anda pasti tidak akan punya masalah. Tambahan pula, mengikuti diet ini bukan hanya akan membantu anda mengurangkan berat badan, ia juga boleh membantu mengekalkan tahap kesihatan hati, paras tekanan darah dan tahap kolesterol anda.
Jika anda craving makanan yang berasaskan lemak, DASH Diet menggalakkan anda untuk gantikan bahan dengan yang lebih berkhasiat. Sebangai contoh anda ingin makan ais krim, anda boleh gantikan dengan krim rendah lemak dan campurkan dengan buah-buahan. Kemudian, sejuk bekukan ia.
Untuk mendapatkan resipi Dash Diet, anda hanya perlu google makanan sihat dan resipi Dash Diet sendiri dari negara luar. Jika berminat dengan diet ini, cubalah minggu ni. Kurus pun kurus, sihat pun sihat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memadankan kasut bersama baju Melayu memainkan peranan besar dalam gaya lelaki di pagi Raya. Ketahui 5 jenis kasut paling bergaya yang boleh menaikkan penampilan Baju Melayu anda ke tahap lebih maskulin dan premium.