Di kalangan peminat kasut sukan jenama Skechers pastinya sudah tidak asing lagi bagi anda. Salah satu elemen yang sering dikaitkan dengan jenama kasut asal Amerika Syarikat ini ialah keselesaan serta sokongan pada bahagian kaki yang sangat baik.
Disebabkan itulah ramai yang memilih jenama Skechers untuk aktiviti seperti larian, senaman gym dan juga aktiviti harian yang lain. Skechers yang juga dikenali sebagai ‘The Comfort Technology Company’ kini turut dianggap sebagai dia antara pengeluar dan jenama pelopor dalam memperkenalkan produk gaya hidup dan kasut prestasi yang terbaik.
Terbaru, buat pertama kalinya Skechers memperkenalkan kasut khusus buat sukan gelanggang. Menurut Skechers, kasut yang lahir daripada kejuruteraan dan rekaan terkini mereka ini bakal menjadi penanda aras baharu dalam sukan gelanggang.
Skechers Viper Court telah dilancarkan secara rasminya baru-baru ini dan ia turut dibawa ke pasaran Malaysia bagi memenuhi keperluan dan permintaan peminat sukan gelanggang sama ada indoor atau outdoor.
MASKULIN turut berkesempatan mencuba sendiri menggunakan kasut ini selama lebih kurang seminggu. Persepsi pertama kali menyarungkannya ke kaki adalah meletakkan pada jangkaan cukup tinggi dan agak mengejutkan kerana ia sebenarnya sepasang kasut sukan gelanggang yang sangat baik.
KESELESAAN & CENGKAMAN
Pertama sekali kita harus bercakap tentang elemen keselesaan. Sebagai kasut sukan gelanggang perkara di antara yang paling penting ialah kesesuaian atau ‘fit’ yang baik ketika dipakai.
Viper Court menawarkan keselesaan tersebut dengan mengetengahkan teknologi footwear terkininya seperti Arch Fit insole system dan sistem serapan ULTRA FLIGHT ‘cushioning’.
Kedua-dua teknologi ini merupakan aspek penting dalam sukan gelanggang kerana ia bukan sahaja memberikan keselesaan tetapi boleh mengelakkan risiko kecederaan yang tidak sepatutnya. Selain itu, kasut sukan gelanggang juga wajib memiliki aspek cengkaman tapak yang sangat baik.
Ads
Ia bukan sahaja untuk keselamatan tetapi mampu membantu anda mendapatkan prestasi yang baik. Dilengkapi dengan tapak atau outsole dari jenama tayar terkenal, Goodyear Performance Outsole boleh membantu pergerakan lebih pantas dan kelicikan pergerakan di gelanggang menjadi lebih lancar.
Sukan gelanggang seperti badminton, tenis, ping pong, bola jaring dan juga sukan kian popular di Malaysia, Pickleball cukup memetingkan aspek cengkaman yang baik.
Skechers Viper Court kini boleh didapati dipasaran pada harga RM459 dan ia terdapat dalam varian untuk lelaki dan wanita. Setiap satunya hadir dengan tiga padanan warna berbeza.
Versi Lelaki
Buat peminat sukan gelanggang, Viper Court ini boleh menjadi kasut yang cukup sempurna bagi melengkapi permainan dan gaya peribadi anda.
Versi wanita
ASPEK PENTING
Berikut MASKULIN kongsikan beberapa aspek penting Viper Court yang menjadikannya sebagai sepasang kasut sukan gelanggang terbaik di pasaran:
● Relaxed Fit®
Ads
Rekaan kasut untuk memastikan keselesaan dan kestabilan optimum semasa sesi permainan yang panjang dengan memberikan ruang yang mencukupi pada kaki anda.
● Goodyear® Performance Outsole
Tapak yang tahan lama yang menggunakan bahan berkualiti tinggi yang sama dengan tayar Goodyear® untuk memberikan daya cengkaman yang unggul dan tidak meninggalkan tanda pada apa jua permukaan padang.
● Penampungan ULTRA FLIGHT®
Insole penampungan yang responsif dan ringan untuk membantu mengurangkan impak pada sendi anda semasa sesi permainan yang intens.
● Sistem insole Arch Fit® yang dipatenkan
Ads
Insole berkontur yang direka oleh pakar ortopedik, dibangunkan dengan 20 tahun data dan 120,000 pemindaian kaki tanpa beban, membantu meningkatkan penyebaran berat dan mengurangkan hentakan ketika pemain sedang beraksi.
Dengan harga yang berpatutan dan ciri-ciri teknologi terkini, koleksi Viper Court ini tidak hanya meningkatkan prestasi permainan anda, tetapi juga memberikan keselesaan yang tak tertandingi, menjadikannya pilihan yang sempurna untuk setiap peminat sukan.
Bahkan baru-baru ini, sebagai meraikan kemunculan Viper Court di pasaran, Skechers telah menganjurkan ‘Skechers Invitational Pickleball Tournament yang berlangsung di Dewan Sri Putra di mana sebanyak enam kategori berbeza dipertandingkan.
Selain menyaksikan perlawanan mendebarkan, kejohanan ini turut memberi peluang para peserta merasai pengalaman dengan Skechers Viper Court.
Skechers telah menjadi pemacu utama dalam sukan pickleball, memperkenalkan koleksinya di Kejohanan Pickleball AS Terbuka 2022 dan menandatangani atlet elit, Catherine Parenteau dan Tyson McGuffin.
Untuk pengetahuan anda, pickleball merupakan satu sukan raket kian popular yang secara dasarnya kombinasi antara tenis, ping pong dan badminton. Sukan ini dimainkan di padang berukuran setengah daripada padang tenis standard dan melibatkan raket yang lebih kecil serta bola plastik berlubang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai di antara kita abaikan dan menganggap hal ini perkara biasa yang tidak membahaya. Meletakkan telefon bimbit di sebelah katil atau di mana sahaja berdekatan dengan anda ketika tidur adalah membahaya dan sama sekali tidak digalakkan.
Mungkin ada yang menggunakan telefon bimbit sebagai jam penggera, tetapi tolong letakkan telefon itu sejauh mungkin daripada anda. Ia bukan sahaja mengganggu saat tidur apabila berbunyi, sebaliknya para saintis telah membuktikan barangan elektrikal termasuk telefon bimbit dan set televisyen akan mengalirkan gelombang magnetik apabila digunakan.
Gelombang ini boleh menyebabkan mengganggu sistem saraf kita. Walaupun jika perlu meletakkan telefon bimbit berhampiran anda ketika tidur, pastikan ia dimatikan terlebih dahulu.
Basically, shrugs merupakan bentuk latihan senaman bagi membina otot badan lebih kuat di bahagian bahu. MASKULIN faham sekarang mungkin anda jarang gerakkan otot terutamanya di bahagian bahu. Inilah masa yang sesuai!
Senaman ini boleh dilakukan dengan menggunakan sama ada kettlebell atau dumbbell.
Sebelum mula bersenam adalah amat penting anda memberikan tumpuan kepada gerakan yang betul semasa melakukan shrugs. Dengan kedudukan postur serta tangan yang betul anda akan mendapat hasil lebih berimpak.
Terdapat beberapa cara bagaimana anda boleh melakukannya:
LEHER DI KEDUDUKAN NEUTRAL
Pertama sekali semasa melakukan shrugs pastikan anda melihat ke bawah. Secara teorinya anda akan melakukan pusingan yang lebih lengkap pada kedudukan ini. Namun harus hati-hati agar tidak jatuh ke depan.
Melihat ke bawah boleh membuatkan servikal tulang belakang berada pada kedudukan baik untuk melakukan shrugs.
TANGAN YANG LURUS
Pastikan juga tangan anda yang memegang bebanan berada betul-betul lurus ke bawah. Jika anda perhatikan ramai orang silap dengan membengkokkan lengan mereka.
Ini boleh menyebabkan momentum dan penggunaan tenaga lebih tinggi ke hadapan.
RAPATKAN TANGAN
Jika anda perhatikan ada rakan-rakan melakukan shrugs dengan mengangkat tangan ke depan – jangan tiru dan lakukannya!
Pastikan tangan anda rapat ke badan dengan tangan menggenggam bebanan lurus ke bawah. Postur badan harus sentiasa baik dengan bahu ke belakang dan ketatkan bahagian perut.
Selamat mencuba!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan Instagram MASKULIN untuk seleksi video senaman seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tauge amat popular rakyat Malaysia dalam penambah rasa dalam masakan kerana tanpanya masakan pasti rasa kurang enak. Banyak sebenarnya kebaikan taugeh ni terutamanya buat golongan lelaki. Tauge, memang ramai yang tak sukakan sayur ini sebenarnya, tapi sebenarnya ia sangat baik terutama sekali untuk kuruskan badan dan kesuburan lelaki.
Ini 6 kebaikan sayur tauge yang ramai tidak tahu!
Tapi, mesti ramai yang tidak tahu bahawa setiap jenis sayur mengandungi protein dan khasiat yang berbeza.
1. Cegah Kanser
Tauge yang terdiri daripada jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine) iaitu sejenis asid amino yang mampu melumpuhkan punca kanser leukimia, usus besar dan pankreas.
2. Baik Untuk Wanita
Tauge juga mempunyai estrogen semula jadi yang berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mengelakkan dari kanser payudara, gangguan menjelang haid, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.
3. Kuatkan Sperma Lelaki
Tauge juga mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan lebih baik, begitu juga bagi kaum wanita yang dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan.
4. Kurangkan Lemak
Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung disebabkan oleh kadar lemak darah yang tinggi digalakkan mengambil lebih banyak menu tauge dalam hidangan seharian. Saponi di dalam tauge akan menghalau ‘lemak jahat’ LDL tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL kerana ketika kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum, kadar saponinya meningkat sehingga 450%.
5. Buang Kotoran
Tauge yang mengandungi banyak serat dan air yang berfungsi untuk membuang segala kotoran dalam usus besar. Apabila kotoran dihapuskan, tiada lagi zat dalam kotoran yang dapat diserap tubuh, ia mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang sel kanser.
6. Awet Muda
Tauge juga padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Secara kesimpulannya taugeh merupakan sayuran yang boleh membuat kita lebih muda.
Jadi selepas membaca khasiat tauge ni lepas ni nak tak asingkan lagi tauge ni daripada mee goreng anda? Telan jerklah fikirkan khasiatnya terutama sekali “lebih muda”.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai lelaki give up lepas sebulan gym sebab tak faham fasa awal, salah cara latihan, dan cepat hilang motivasi. Ketahui sebab sebenar dan cara kekal konsisten supaya tak burnout.