Pernah terfikir untuk tukar baskial dari road bike ke mountain bike? Sabar, kalau road bike memerlukan anda memikirkan tentang tayar namun berbeza untuk mountain bike, ia memerlukan dan lebih fokus pada teknikal.
MASKULIN bawakan video buat anda bersama Aliff Satar dan Coach Fadzlee untuk menunjukan dan mengajar tentang MTB yang mungkin anda terlepas pandang.
Ads
“Hey guys, pagi ni Alif masuk kelas berbasikal bukit ye! Biasanya Alif kayuh ni main belasah je ikut macam mana selama ni kayuh road bike tapi Kali ni ada PRO Trainer Fadzlee, seorang racer dan coach untuk ajar alif apa beza riding a road bike dan MTB! Sama-sama kita masuk kelas MOUNTAIN BIKING!” tulisnya di Youtube
Sejak kebelakangan ini, amalan diet dikenali sebagai intermittent fasting cukup popular sekali. Bukan sahaja di kalangan selebriti dan instafamous tetapi ia juga telah menarik ramai orang awam untuk mencubanya.
Menerusi beberapa testimoni yang dikongsi di laman media sosial memang diakui ia membawa perubahan yang cukup positif buat sesiapa sahaja yang mengamalkannya.
Tapi apakah sebenarmnya intermittent fasting?
Sebenarnya sebelum ini MASKULIN pernah membuat ulasan tentang intermittent fasting. Anda boleh bacanya di sini.
Tapi untuk recap semula, ia secara ringkasnya adalah mengambil makanan dalam tempoh yang tertentu sahaja. Sebagai contoh pengamal diet ini hanya mengambil makanan antara jam 8 pagi hingga 8 malam dalam kuantiti yang tertentu.
Sebagai orang Islam ini sebenarnya tidak ada jauh bezanya dengan berpuasa pada bulam Ramadan dan puasa sunat. Tapi dalam konteks intermittent fasting ia sebenarnya terbahagi kepada beberapa jenis iaitu alternate day fasting (ADF), modified fasting regime dan time-restricted feeding.
Jenis-jenis intermittent fasting yang dinyatakan di atas biasanya memberi kelebihan yang lebih kurang sama. Antaranya ialah:
TURUN BERAT BADAN
Salah satu sebab mengapa orang amalkan diet ini ialah untuk menurunkan berat badan. Apabila mengambil makanan dalam tempoh terhad, badan akan menggunakan segala kalori untuk dijadikan tenaga. Dalam satu kajian, orang yang amalkan ADF telah alami penurunan berat badan sebanyak 2.5 peratus dalam tempoh 2 minggu sahaja.
KESIHATAN
Kajian juga mendapati intermittent fasting mampu memberi kesihatan yang baik dan kesannya boleh dirasai dalam jangka waktu yang panjang. Ia boleh mengurangkan risiko penyakit arteri dan mengurangkan triacylgycerol.
SENANG DIIKUTI
Program intermittent fasting dapat diikuti dengan mudah kerana dengan berpuasa anda boleh mendapatkan hasil yang mempunyai impak lebih hebat dari segi jasmani dan rohani. Malah orang yang pernah ikuti intermittent fasting banyak menyatakan ia lebih senang dilakukan berbanding rejim diet yang lain.
Tidak semua orang boleh mengikuti cara interminttent dalam rutin harian mereka. Dan jika dilakukan dengan terburu-buru ia hanya membawa keburukan.
KESAN SAMPINGAN
Seperti program diet yang lain, intermittent juga boleh membawa keburukan. Ada laporan menyatakan mereka yang mengikuti alternate day fasting berdepan kesan sampingan seperti sakit kepala, kekurangan tenaga melampau dan sesak nafas.
PSIKOLOGI
Jika dtidak diamalkan dengan betul, intermittent fasting juga boleh memberi kesan psikologi terutama kepada mereka yang kurang bersedia secara mental. Malah ada juga kes menjadikan seseorang itu semakin obses dengan makanan mengamalkan diet ini.
BUKAN UNTUK SEMUA
Walaupun banyak laporan dan testimoni dikongsi namun intermittent fasting juga boleh bawa risiko kepada golongan tertentu. Sebagai contoh ia tidak sesuai kepada wanita mengandung, individu yang ada masalah pemakanan disorder.
Sumber: News Medical
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kopi tiga dalam satu atau ‘3 in 1’ sering dijadikan sebagai sumber minuman yang paling cepat sama ada di rumah atau pun pejabat. Namun ramai tak sedar semua orang tahu menyedari bahawa serbuk instant tersebut boleh mendatangkan bahaya kerana kandungan gula yang berlebihan.
Mana tidaknya, kandungan gula dalam setiap bungkusan serbuk minuman instant itu ialah 4.4 sudu teh gula atau kira-kira 80 kilo kalori.
Selain kononnya minuman tersebut dapat membantu untuk membuatkan kita lebih bertenaga pada awal pagi di hujung minggu, ini risiko lain yang perlu anda hadapi :
Ramai yang menganggap minuman ini mampu memberi lebih tenaga padahal kesan placebomya cuma untuk sementara. Untuk mendapatkan tenaga yang sebenar, anda perlu dapatkannya dari sumber makanan. Bukannya menerusi minuman 3-in-1 yang penuh dengan gula semata-mata.
Sebarang kebaikan zat-zat besi tidak akan dapat diserap oleh badan. Minuman ini menyah segala bentuk zat besi yang diperlukan oleh badan. Tubuh yang kurang zat besi boleh membawa kepada masalah anemia atau kekurangan sel darah merah.
Bahan oxalates penyebab utama si tegar 3-in-1 kerap ke tandas. Buah pinggang anda pun tidak dapat bertahan dengan pelbagai kandungan ‘perosak’ dalam minuman tersebut. Jaga-jaga ia juga boleh penyebab masalah batu karang.
Kebanyakan makanan, minuman segera atau dalam tin akan mengandugi bahan kimia acrylamide. Menurut dari kajian kesihatan negara Belanda, toksik acrylamide dalam darah perlahan-lahan meningkatkan risiko kanser ovari dan kanser rahim. Acrylamide toksik yang sama ada dalam rokok!
Kebaikan kopi dalam setiap hirupan? Lupakan sahaja kerana kadar kopi dalam setiap bungkusan sangat sedikit dan tidak berkualiti. Kandungan minyak sayur hidrogenisasi faktor utama pengumpulan asid lemak tepu yang membahayakan kesihatan terus kepada obesiti. Begitu juga dengan bahan makanan polifosfat merosakkan tulang dengan kadar asid yang tinggi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bagi penggemar aktiviti larian pengenalan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pasti satu berita yang cukup dinantikan.
Apa tidaknya selepas lebih 40 hari terkurung di dalam rumah tidak dapat melakukan aktviti larian pastinya ramai ingin melepaskan rasa rindu mengeluarkan peluh ketika berlari.
Walaupun kerajaan sudah melonggarkan dan membenarkan aktviti seperti larian dilakukan namun kita semua harus sentiasa mematuhi SOP seperti melakukan penjarakan sosial. Paling penting usah lakukan larian dalam berkumpulan dan ramai.
Cukup sekadar anda melakukannya secara berdua bersama pasangan contohnya.
Selepas lama tidak berlari anda juga pasti inginkan rentak larian semula. MASKULIN percaya ramai akan mudah rasa tercungap-cungap apabila sudah salama tidak melakukan aktviti larian,
Jadi kali ini MASKULIN ingin ‘refresh’ kembali teknik larian yang boleh anda lakukan bagi mengelakkan perkara tersebut berlaku. Berikut merupakan beberapa teknik pernafasan yang boleh anda lakukan bagi mendapatkan larian yang lebih jauh dan berkesan.
Anda perlu tarik nafas dengan dalam, bukan nafas pendek.
Semasa berlari anda perlu bernafas sampai ke perut, bukan hanya di dada sahaja. Dengan amalkan teknik ini udara akan banyak masuk ke bahagian dada.
Keadaan postur badan semasa anda berlari juga sangat penting. Pastikan badan tidak membongkok. Ini kerana jika anda dalam postur ini dada akan mengecil. Luruskan badan dan buka dada dengan baik.
Bagi memastikan anda mampu berlari dalam jarak yang lebih jauh pastikan bernafas dengan keadaan relaks. Elakkan bernafas dengan laju.
Bila bernafas semasa berlari sedutlah udara dengan menggunakan hidung dan hembuskan menerusi mulut.
Larian yang efisien adalah larian idaman ramai orang. Jadi untuk mendapatkan larian berkualiti teknik pernafasan memang penting. Gunakan teknik 3 tapak sedut nafas dan 2 tapak hembus nafas.
Jika anda berasa sedikit tercungap-cungap, usahah risau. Itu perkara yang normal berlaku semasa berlari. Jika keadaan ini berlaku perlahankan pace anda dan cuba tarik nafas dengan lebih tenang.
Semoga perkongsian teknik pernafasan untuk larian ini memberikan manfaat kepada anda. Selamat berlari dan sihat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.