Itulah yang dikatakan oleh salah seorang pesakit COVID-19 dari Negeri Sembilan menerusi satu video temu bual di mStar Online.
Difahamkan lelaki bernama Hamdan Hshmuddin sedang dalam proses pemulihan di hospital dan mendapatkan rawatan di Tuanku Ja’afar. Dia telah di sahkan positif COVID-19 pada 9 Mac dan di dapati atau dijankiti melalu bapanya.
Bapanya telah menghadiri mesyuarat syarikat berkaitan kerajaan (GLC) pada Februari lalu. Malangnya ibunya turut dijangkiti Covid-19, bagaimanapun bapanya telah keluar dan di dapati negatif simpton, jadi tinggal dia dan ibunya sahaja. Malahh lebih memeranajtkan mereka berdua tidak ada sebarang simptom atau tanda awal jangkitan pun.
“Apabila saya di maklumkan saya disahkan positif pada ketika itu, saya mengalami rasa sakit yang teruk. Saya alami demam panas serta batuk kering dan kesukaran untuk bernafas.
Ads
“Semasa mula-mula tiba di Hospital Tuanku Ja’afar, saya tidak boleh bernafas dengan baik. Saya batuk teruk. Cuma ada cermin untuk doctor pantau kami dari luar. Hany aitu sahaja yang dapat saya lihat.” Katanya kepada mStar Online.
Di turut memberitahu, ketika hari pertama hospital tidak melakukan apa-apa kecuali memantau kodisiny dan ambil tekanan darah. Keesokannya barulah dia menjalani ujian X-ray, itu pun berlaku di dalam wad. Kemudian seorang doktor datang dan memberitahu mereka akan memberikan rawatan segera kerana paru-parunya telah dijankiti.
Ads
“Ubat-ubatan yang mereka berikan kepada saya adalah sama seperti yang digunakan untuk merawat penyakit SARS. Jadi saya meklumkan berilah apa sahaja ubat dan saya akan patuhi. Pada Petang itu mereka berikan ubat berkaitan dan memaklumkan badan saya akan beri tindak balas terhadap ubatan berkenaan.
“Nampaknya saya mengalami cirit-birit saya tak sedar masa berlalu kerana badan memerlukan rehat apabila saya bagin tidur, saya rasa seperti mahu batuk dan saya batuk dengan teruk. Malah saya ingat lagi, saya batuk hingga keluar asid daripada perut. Namun setelah makan ubat keadaan saya rasa lebih baik.
Ads
“Seperti yang anda lihat keadaan saya sekarang, saya boleh bercakap dengan clear, dan bernafas secara baik. Namun saya masih ada sedikit batuk tetapi semakin berkurangan” Katanya lagi.
Untuk melihat terus bagaimana dia lalui semua ini anda bolehlah tengok video ini …
Sumber: mStar Online
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pelumba muda berbakat, Kasma Daniel Kasmayuddin akan beraksi atas tiket wildcard dalam kategori SuperSports 600cc pada Pusingan 4 Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia, 11 hingga 13 Ogos ini.
Sebelum ini, Kasma pernah beraksi selama dua musim dalam kategori Asia Production 250cc di ARRC sebelum melangkah ke saingan Moto3 Kejuaraan Remaja Dunia CEV Sepanyol pada tahun ini.
Masih segar dengan kemenangan keempat dalam saingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Jasin, Melaka, Ahad lalu, Kasma membuat keputusan untuk menyertai perlumbaan SuperSports 600cc sebagai latihan dan persediaan untuk menghadapi sebarang perlumbaan pada musim 2017 ini.
“Saya tidak meletakkan sebarang sasaran kerana perlumbaan minggu ini hanyalah sebagai medan latihan dan persediaan saya untuk menghadapi perlumbaan akan datang.
“Saya gembira kerana berpeluang untuk beraksi kembali di ARRC walaupun kategori berbeza berbanding tahun sebelum ini di dalam kategori 250cc. Saya berharap dapat menggunakan peluang minggu ini untuk menimba pengalaman dan pendedahan berguna,”ujar Kasma.
Ada banyak sebab yang mungkin membuatkan seseorang lelaki merasa gentar atau takut kepada isteri. Kadang-kadang, ia berpunca dari masalah yang orang lain tak akan faham sepenuhnya. Tapi hakikatnya, suami tak patut takut pada isteri, sebaliknya perlu jadi seseorang yang memahami, penuh kasih sayang, dan bertanggungjawab.
Namun, ada juga lelaki yang takut bini atas alasan yang memang tak masuk akal. Jadi, MASKULIN kongsikan beberapa ciri lelaki yang takut bini. Rasa-rasa, ada tak ciri-ciri ni dalam diri anda?
Lelaki yang takut bini selalunya akan rasa serba salah bila nak keluar lepak dengan kawan-kawan.
Lebih teruk lagi, anda mungkin terpaksa minta ‘green light’ daripada isteri dulu sebelum melangkah keluar. Dan yang paling parah, bila dah keluar, telefon tak henti-henti bergetar sebab isteri asyik tanya “Kat mana?” dan minta update semasa. Pernah rasa macam ni?
Bila lelaki jarang keluar, perkara ni sebenarnya subjektif – ada lelaki yang memang suka habiskan masa hujung minggu dengan keluarga saja, dan itu tak salah. Tapi lain ceritanya kalau perubahan berlaku secara drastik selepas berkahwin. Sebelum kahwin, mungkin selalu keluar bersosial, tapi selepas kahwin, terus hilang dari radar rakan-rakan.
Ini selalunya jadi tanda jelas lelaki yang takut bini. Hubungan dengan kawan-kawan perlahan-lahan terputus, dan akhirnya, masa lapang hanya difokuskan untuk isteri, tak ada ruang langsung untuk diri sendiri atau teman-teman.
Bila cakap pasal duit kena kawal, bukanlah bermaksud lelaki boleh belanja sesuka hati, berjoli sana-sini.
Apa yang dimaksudkan di sini ialah setiap sen yang nak dibelanjakan, kena dapat kelulusan isteri dulu. Lebih parah lagi, ada yang sampai nak beli underwear pun kena minta izin isteri.
Situasi ini jelas menunjukkan betapa ketatnya pengawasan isteri terhadap kewangan suami, hingga suami rasa terkongkong dan hilang kebebasan untuk buat keputusan sendiri, walaupun untuk hal-hal kecil.
Memang betul, banyak kes kecurangan pasangan bermula dari media sosial. Namun, itu bukan alasan untuk tak ada privasi langsung dalam hubungan.
Berkongsi password dengan pasangan mungkin perkara biasa bagi sesetengah orang, tapi bila sampai tahap kena kongsi akaun media sosial yang sama, itu dah melampau.
Setiap individu perlu ada ruang peribadi, dan berkongsi akaun yang sama bukanlah penyelesaian terbaik untuk membina kepercayaan. Hubungan yang sihat memerlukan keseimbangan antara kepercayaan dan privasi.
Bagi lelaki yang takut bini, ‘spot check’ telefon pintar oleh isteri mungkin dah jadi rutin harian. Setiap mesej, gambar, atau aplikasi yang suami guna akan diperiksa dengan teliti.
Bukan setakat apa yang suami buat, tapi dengan siapa dia berinteraksi pun akan diintai. Dan ini bukan soal suami takut kena tangkap buat salah, tapi lebih kepada rasa tertekan kerana terpaksa berdepan dengan amarah isteri, yang kadang-kadang berpunca dari hal yang remeh.
Akhirnya, suami hidup dalam kebimbangan, bukan kerana salah, tapi kerana cuba elak daripada pertengkaran yang tak perlu.
Dalam usaha nak elak dimarahi atau dicurigai oleh isteri, ada suami yang sanggup tukar nama rakan-rakan perempuan dalam telefon kepada nama lelaki.
Contohnya, nama Farah ditukar jadi Faiz, walaupun sebenarnya mereka cuma rakan sekerja yang profesional.
Ini bukan sahaja meletihkan, malah menambah tekanan mental sebab terpaksa hidup dalam keadaan berahsia, walaupun tak buat salah apa-apa. Situasi macam ni mencerminkan betapa kuatnya rasa takut suami terhadap isteri, sampai perkara sekecil itu pun perlu disorokkan.
Bagi suami yang takut bini, handphone dah jadi macam talian hayat. Setiap masa kena pastikan isteri tahu kat mana anda berada dan apa yang tengah dibuat.
Bila bateri handphone habis, mulalah rasa gelabah – seolah-olah dunia nak runtuh. Begitu juga kalau tiba-tiba berada di kawasan yang tak ada liputan, terus hati tak senang, sebab tahu yang isteri akan mula panik atau marah kalau tak dapat dihubungi.
Situasi ini bukan saja memenatkan fizikal, tapi mental pun turut terbeban, sebab terpaksa hidup dalam kawalan 24/7.
Setiap kali keluar lepak dengan kawan-kawan, mesti rasa nak cepat balik. Baru duduk tak sampai sejam, tapi dah asyik tengok jam tangan setiap lima minit.
Sebab apa? Risau kena marah kalau lepak lama sangat. Jadi, walaupun niat nak bersantai dengan kawan-kawan, akhirnya masa lebih banyak dihabiskan dengan fikirkan masa nak balik, bukannya menikmati perbualan. Ini jelas tanda lelaki yang takut bini, sampai waktu santai pun tak boleh betul-betul relaks.
Bila dengar je perkataan outstation, terus rasa tak senang duduk. Padahal, ia sebahagian daripada tugas kerja yang perlu dijalankan. Tapi, apa yang bermain di fikiran ialah alasan apa nak beri pada isteri nanti.
Mesti banyak soalan yang akan keluar, seperti “Kenapa bukan orang lain yang pergi?”, “Kenapa kena lama sangat?”, atau “Kenapa awak tak tolak saja?”.
Situasi macam ni buatkan suami serba salah, sebab nak elak daripada berdepan dengan soalan-soalan yang penuh dengan syak wasangka, walaupun pergi atas urusan kerja. Akhirnya, kerja pun terganggu, sebab asyik fikirkan cara nak pujuk isteri.
Ini mungkin sebab yang paling menyedihkan di kalangan lelaki yang takut bini. Mungkin dulu anda terpaksa berhempas-pulas untuk menawan hati isteri, sampai sanggup berjanji untuk ikut segala kemahuan dia.
Semua ni terjadi sebab anda terlalu takut kehilangan dia sebelum berkahwin. Namun, selepas berkahwin, ketakutan tu masih ada – malah, mungkin makin teruk bila sering diugut akan ditinggalkan.
Sebenarnya, hubungan macam ni tak sihat, dan ia perlukan bantuan pakar. Anda dan pasangan patut pertimbangkan untuk berjumpa kaunselor bagi memulihkan hubungan dan membina semula kepercayaan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Aq nk g spital. Lmbt ckit msk ofs. (Aku nak pergi hospital. Lambat sikit masuk pejabat.)
Demikianlah sebahagian bahasa basahan yang sering digunakan ketika berkomunikasi melalui pesanan ringkas atau laman sosial. Selain orang dewasa, langgam bahasa ini juga jadi kegemaran anak muda dan remaja. Alasan paling mudah yang mewajarkan mereka menggunakan bahasa sebegini, kerana “mahu cepat” dan “ruang terbatas di layar telefon”.
Apa pun, alasan “mahu cepat” dan “ruang terbatas” sangat tidak tepat. Sebenarnya, golongan yang menggunakan alasan ini sudah terbiasa (buat salah) dan sangat selesa dengan kesalahan itu sehingga tidak rasa bersalah apa-apa lagi apabila mengulangi kesalahan berulang kali.
Satu lagi aspek kesantunan yang semakin terabai hari ini adalah komunikasi bersemuka apabila ada kalangan kita tidak lagi pandai menggunakan bahasa yang sesuai dan sopan dengan individu yang jadi lawan bercakap. Kata “tolong” (apabila kita memohon bantuan orang lain) tidak lagi jadi kebiasaan di mulut. Begitu juga perkataan “terima kasih” (sebagai menghargai bantuan orang lain) tidak lagi jadi amalan.
Adab sopan merangkumi banyak perkara, daripada pakaian yang membalut tubuh sehinggalah bahasa pertuturan. Sopan santun kita sebagai manusia banyak juga ditentukan oleh bahasa yang kita gunakan. Ini termasuklah bagaimana kita menggunakan bahasa dan bagaimana kita berbahasa apabila berkomunikasi dengan orang sekeliling, sama ada komunikasi secara bersemuka atau berperantaraan.
Sekarang ini, kita tidak sahaja berdepan masalah dalam komunikasi bersemuka tetapi juga komunikasi berperantaraan juga sering kali tidak menyenangkan. Anak-anak remaja kadangkala sesuka hati memanggil kawan-kawannya “beruk”, “babi” atau gelaran yang lebih jelek. Dalam laman sosial, kita memaki bagi melampiaskan rasa tidak puas hati. Kita rasa sakit hati kita terubat apabila memaki hamun orang lain. Kadangkala kita menggunakan bahasa dan ejaan yang salah, walaupun dengan orang yang tidak sepatutnya kerana sudah terbiasa dengan cara salah begitu.
Untuk mengubah manusia supaya menjadi lebih berbahasa dan bersopan, bukan kerja sehari dua. Selain kesedaran individu untuk berubah, adab kesopanan harus dijadikan cara hidup dan amalan seharian. Berikut beberapa perkara berkaitan etiket dan kesantunan yang perlu kita ketahui.
Bermula di rumah sendiri, biasakan dengan kalimah seperti “minta tolong” dan “terima kasih” dengan anggota keluarga terutamanya dengan pasangan, adik, anak atau anak saudara. Apabila mahu anak-anak kecil membantu, kita patut biasakan mulut dengan perkataan “tolong” dan akhiri dengan “terima kasih”.
Apabila menegur kesalahan yang dilakukan oleh orang lain, semolek-moleknya elakkan daripada marah. Memang kadangkala kita gagal menahan marah, terutamanya jika melihat kesalahan yang dilakukan berulang-ulang. Namun jika mengikut emosi dengan melampiaskan marah, biasanya akan menyebabkan bahaya yang lain pula. Apabila marah, macam-macam kata yang jelek seperti “bodoh” dan “bangang” boleh keluar, yang mungkin akan mencederakan perasaan orang lain.
Oleh itu, apabila hati rasa marah, kita patut bertenang dahulu. Apabila marah sudah reda, pilihlah masa yang sesuai untuk menegur. Teguran dengan nada yang lemah-lembut, tenang dan terkawal, biasanya akan lebih menusuk ke hati orang yang mendengar.
Santun dan beradab dalam berbahasa harus dipraktikkan. Biasakan menulis dengan bahasa yang betul dan ejaan yang betul hatta dalam pesanan ringkas atau mengemas kini status di laman sosial. Tidak perlu malu apabila menulis dengan bahasa dan ejaan yang betul kerana itu tandanya kita menghormati dan menghargai bahasa sendiri. Patutnya kita rasa malu kalau tidak berbahasa dengan betul kerana itu menunjukkan kita orang yang tidak ambil peduli dan cuai dalam hal yang sangat asas begitu.
Kadangkala orang dewasa sendiri tidak berbahasa dengan betul dan mengabaikan penggunaan ejaan yang betul. Malah ada segelintir guru yang Whatsapp menggunakan ejaan yang kucar-kacir. Jika orang dewasa dan golongan pendidik sendiri tidak pernah membetulkan apa yang salah, terlalu terbiasa dengan segala yang salah, maka adakah kita berharap golongan yang lebih muda dapat membetulkan kesalahan mereka?
Bagi anak-anak muda yang sering mengeja dan berbahasa sesuka hati ini sebenarnya tidak sukar untuk membetulkan mereka. Syaratnya, kita yang berkesedaran perlu terlebih dahulu berbahasa dengan betul apabila berkomunikasi dengan mereka, maka secara perlahan-lahan mereka akan mengikut cara kita. Yang lebih penting juga, pastikan mereka mengikut cara kita, bukan kita terpengaruh dengan cara mereka!
4.Etika & adab komunikasi berperantaraan
Komunikasi berperantaraan (menggunakan mesej, e-mel atau media sosial) memerlukan etika dan adab tersendiri. Apatah lagi jika kita berkomunikasi dengan orang yang lebih tinggi pangkatnya, lebih tua usianya, lebih berpangkat atau kita memerlukan sesuatu pertolongan daripada orang yang kita hubungi. Oleh itu, cara kita berbahasa haruslah santun dan sesuai.
Selalunya dalam komunikasi berperantaraan sering berlaku salah faham kerana bahasa yang digunakan sering tersilap. Bahasa adalah satu-satunya medium perantaraan dalam komunikasi melalui SMS, e-mel atau media sosial. Pemilihan kata yang tidak tepat boleh mendatangkan salah faham. Penggunaan ayat yang kucar-kacir boleh memberikan salah maklumat kepada penerima. Ejaan yang salah memberikan tanggapan bahawa kita orang yang tidak serius ketika melakukan kerja dan boleh menjadi suatu bentuk penghinaan kepada orang yang kita hubungi.
Cubalah kita hayati al-Quran, mukjizat yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad. Bahasa yang terkandung dalam al-Quran adalah bahasa Arab tinggi yang indah, penuh seni dan sangat memberi kesan kepada orang yang membaca dan faham apa yang dibaca. Malah indah dan seninya bahasa yang digunakan dalam al-Quran pernah cuba dibuat oleh orang Arab jahiliah untuk membuktikan bahawa mereka juga mampu menulis sebaik itu, tetapi yang pasti mereka gagal.
Pendek kata, banyak yang dapat diketahui oleh orang lain melalui gaya bahasa yang kita gunakan. Daripada gaya kita menulis, orang dapat menilai keperibadian kita, gaya hidup kita dan sikap kita terhadap kerja kita. Oleh itu, mulai sekarang eloklah kita belajar membetulkan yang salah dan membiasakan yang betul.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.