Salah satu tip untuk turunkan berat badan yang paling popular tapi berkesan adalah minum teh hijau.
Disebabkan itu ramai yang mengamalkannya. Tapi jangan amal sebarangan kena tahu waktu yang betul untuk mengambilnya. Barulah ada kesan pada penurunan berat badan.
Hanya 2-3 cawan sehari
Walaupun nak sangat cepat kurus tapi jangan ambil lebih dari 3 cawan. Teh hijau tinggi antioksidan dan khasiat lain seperti tannin dan flavoid. Pengambilan yang berlebihan boleh mengakibatkan toksik atau kerosakan pada hati.
Elak minum kalau perut kosong
Minum kafien waktu pagi memang boleh menyegarkan tapi ia juga boleh mencetuskan ketidakseimbangan pada perut.
Ads
Minum 30-45 minit sebelum atau selepas makan
Sebab tak mahu lemak berkumpul, lepas makan ramai yang terus minum teh hijau. Yang ni salah. Minum teh hijau sejurus lepas makan akan menyebabkan gangguan pada penyerapan nutrien.
Apa yang kita makan tidak akan diserap dengan baik kerana dihalang oleh unsur kafein dan tannin yang ada dalam teh hijau. Paling elok minum teh hijau 30-45 minit sebelum atau selepas makan.
Ads
Jangan minum waktu malam
Elak minum teh hijau pada waktu malam kerana ia akan mengganggu waktu tidur dan menyebabkan peningkatan stres.
Guna uncang sekali saja
Teh yang sudah digunakan mempunyai kandungan kafein lagi tinggi. Selain itu uncang teh yang lembap juga dipenuhi dengan mikrobial yang boleh menjejaskan kesihatan perut.
Ads
Kena banyak minum air
Pengambilan teh hijau boleh menyebabkan kita kerap membuang air kecil jadi sebaiknya minum lebih banyak air putih.
Memiliki keazaman tinggi untuk menguruskan badan yang sebelum ini mencecah 120 kilogram, mengubah segalanya. Minat dan kesungguhan untuk bersenam di gim kini menjadi satu kebiasaan. Motivasinya sekarang adalah meningkatkan prestasi kesihatan, kecergasan dan kekuatan tubuh badan.
Bagi Fattah, melihat kesan perubahan bentuk badannya sekarang adalah satu kejayaan yang sangat memuaskan. Namun sebagai seorang yang masih mengekalkan rutin senaman hampir setiap hari, banyak perkara lagi yang peru diperbetulkan terutama di bahagian kekuatan dan simetri tubuhnya.
Bukan hanya sekadar ingin menurunkan berat badan, matlamatnya kini adalah untuk membimbing dan mendidik masyarakat di Malaysia tentang kepentingan menjaga kesihatan. Sudah tentunya dari segi pemakanan dan cara bersenam yang betul, terutama bagi mereka yang mengalami kesukaran ketika bersenam seperti sakit “lower back” atau perempuan mengandung.
Sebagai persediaan untuk itu, pemuda berjiwa kental ini telah mengambil sijil jurulatih kecergasan yang dikeluarkan oleh American Council on Excercise (ACE). Seterusnya sijil-sijil lain yang boleh melayakkannya bergelar jurulatih kecergasan.
Fattah akui, cabaran paling utama yang terpaksa dilalui sepanjang proses menurunkan berat badan adalah untuk mengawal nafsu makan. Oleh kerana dia juga terlibat dengan menyertai pertandingan bina badan, soal makan tidak pernah diabaikan. Kebanyakan makanan yang dimakannya setiap hari dimasak sendiri untuk mengawal jumlah setiap nutrien.
“Jika kita mempunyai keazaman tinggi untuk capai sesuatu, usaha dan tanpa putus asa adalah kunci paling utama. Saya mahu orang yang memiliki berat badan berlebihan mengetahui kisah dan melihat saya sebagai cabaran. Jika saya boleh, anda juga boleh”, ujar Fattah.
PROFIL
Nama penuh: Muhammad Abdul Fattah bin Suffi
Asal: Kajang, Selangor Darul Ehsan
Pekerjaan: ACE certified Personal Trainer
Tinggi: 177cm
Berat: 90kg
Motto: Nothing Beats Solid Foods
Idola kecergasan: Mike O’Hearn
TIPS CERGAS
1- Makan makanan yang sihat dan sentiasa pastikan badan terhidrat
2- Elakkan pengambilan gula dan minyak yang berlebihan
3- Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu
4- Jangan tinggalkan senaman kardio
5- Senaman kaki adalah WAJIB
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Makanan yang tinggi lemak tepu harus dielakkan apabila mengalami cacar air. Ia termasuklah daging, santan, mentega, coklat gelap, minyak ikan, kacang dan keju. Makanan yang tinggi lemak tepu boleh menyebabkan keradangan, menjadikan ruam lebih teruk dan melambatkan proses untuk sembuh menurut buku “What to Eat for What Ails You”. Pesakit cacar air biasanya akan makan makanan sejuk seperti ais krim, yogurt sejuk kerana ia mudah dimakan dan melegakan tekak.
Cacar kadang-kadang boleh hinggap ke dalam mulut anda. Jika mengalami keadaan sedemikian, berhati-hati dengan apa yang anda makan. Khususnya, makanan pedas perlu dielakkan untuk mencegah keradangan pada mulut. Mereka juga menyebabkan ketidakselesaan pada tubuh. Termasuk sup pedas, mereka yang mempunyai lada dan perasa pedas, mesti dielakkan.
Seperti makanan pedas, makanan masin juga boleh buat gaduh jika cacar berada di mulut. Elakkan makanan masin seperti sup ayam masin dan jus campuran sayur-sayuran. Apabila anda punya keinginan untuk sesuatu yang hangat atau panas, ambil sayur-sayuran rendah dalam sodium daripada ayam atau daging lembu. Mereka mungkin akan mmegurangkan sakit mulut anda.
Arginine adalah asid amino separa penting. Tubuh boleh menghasilkan jumlah arginin yang diperlukan, walaupun kadang-kadang makanan tambahan(Supplement) diperlukan. Seperti yang dijumpai dalam makanan yang mengandungi protein, arginine juga bertindak untuk menghasilkan protein dalam tubuh. Walaupun kajian menunjukkan bahawa arginine dapat memberi manfaat kepada penyakit seperti aterosklerosis, sakit dada dan penyakit jantung, beberapa kajian juga menghubungkan arginin penyebab kematian kepada sesetengah pesakit jantung.
Kesan sampingan arginin membawa kepada keadaan seperti cacar air. Bertindak sebagai asid amino, arginin membantu dalam mengeluarkan virus. Virus yang dihasilkan itu menjadikan cacar air merebak lebih cepat dari kebiasaan. Penyembuhan dan pemulihan juga memerlukan lebih banyak masa. Makanan kaya Arginine yang harus dielakkan termasuk kacang tanah, walnut, coklat, kacang pokok, mentega kacang, dan kismis.
Cacar ayam lazimnya mendekati anak-kanak, dan mereka tidak akan menolak jika anda beri mereka jus juah-buahan. Ia bukan sahaja mengandungi sumber nutrien yang hebat, kandungan cecair tinggi juga mengekalkan kanak-kanak terhidrasi. Jus terbaik dari rumah untuk mengurangkan cacar air termasuk jus buah-buahan lembut seperti raspberi, strawberi, dan beri hitam. Jus lemon adalah salah satu jus yang terbaik untuk cacar air tetapi jika sakit mulut, jus lemon tidak boleh dimakan.
Makanan yang lembut dan dikisar menjadikan luka pada mulut lebih ketara. Makanan yang tidak terlalu panas, tidak masin atau terlalu masam. Inilah sebabnya mengapa buah-buahan dan jus buah-buahan masam perlu dielakkan kerana kandungan asidnya yang tinggi dapat menimbulkan rasa sakit pada mulut, menyebabkan rasa sakit dan ketidakselesaan. Luka pada mulut juga akan perlahan untuk sembuh. Jus masam termasuklah oren, limau, mandarin, jeruk dan limau bali.
Ubat-ubatan dari doktor untuk melegakan kesakitan dan gatal-gatal tubuh seperti antibiotik, antiviral agents and acetaminophen lebih wajar diambil. Walau bagaimanapun, ingat bahawa pencegahan sentiasa lebih baik daripada mengubati, dan sebelum anda mengalami gatal dan ketidakselesaan yang boleh memberi cacar air, pastikan anda dapatkan vaksin cacar air sebelum terlambat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tahu tak minuman 3-in-1 boleh mendatangkan bahaya kerana ramai yang tidak menyedari ia sebenarnya mengandungi gula yang berlebihan selain kononnya ia membantu untuk buat kita lebih tekun dan fokus bekerja lebih-lebih pada pagi Isnin.
Tapi semua itu hanya konsep minda tanpa sedar ia sebenarnya memberi lebih banyak keburukan pada kesihatan fizikal. Mungkin buat kali pertama untuk berhenti minum minuman 3-in-1 agak sukar kerana ia sudah menjadi tabiat tapi setelah anda tahu bahana yang bakal mendapat, pasti selepas ini anda ketepikan 3-in-1.
Kandungan gula dalam setiap bungkusan minuman ialah 4.4 sudu teh gula atau kira-kira 80 kilo kalori! Jadi ramai yang menganggap minuman ini beri lebih tenaga padahal ianya kesan placebo yang sementara. Untuk mendapatkan tenaga yang sebenar ialah dari sumber makanan bukan minuman 3-in-1 yang penuh dengan gula semata-mata.
Sebarang kebaikan zat-zat besi tidak akan dapat diserap oleh badan. Minuman ini menyah segala bentuk zat besi yang diperlukan oleh badan. Tubuh yang kurang zat besi boleh membawa kepada masalah anemia atau kekurangan sel darah merah.
Bahan oxalates penyebab utama si tegar 3-in-1 kerap ke tandas. Buah pinggang anda pun tidak dapat bertahan dengan pelbagai kandungan ‘perosak’ dalam minuman tersebut. Jaga-jaga ia juga boleh penyebab masalah batu karang.
Kebanyakan makanan, minuman segera atau dalam tin akan mengandugi bahan kimia acrylamide. Menurut dari kajian kesihatan negara Belanda, toksik acrylamide dalam darah perlahan-lahan meningkatkan risiko kanser ovari dan kanser rahim. Acrylamide toksik yang sama ada dalam rokok!
Kebaikan kopi dalam setiap hirupan? Lupakan sahaja kerana kadar kopi dalam setiap bungkusan sangat sedikit dan tidak berkualiti. Kandungan minyak sayur hidrogenisasi faktor utama pengumpulan asid lemak tepu yang membahayakan kesihatan terus kepada obesiti. Begitu juga dengan bahan makanan polifosfat merosakkan tulang dengan kadar asid yang tinggi.
Kemunculan wajah Aiman Hakim Ridza di beberapa lokasi strategik menerusi paparan digital gergasi menimbulkan rasa tertanya-tanya di kalangan orang awam.