Rasanya boleh dikata setiap telefon pintar pasti ada aplikasi permesejan popular WhatsApp kan?
Tapi ini berita buruk buat penguna Nokia,Windows dan BlackBerry (BB) selain daripada telefon pintar lama kerana aplikasi whatsapp ini akan menghentikan perkhidmatannya selepas 31 Disember ini.
WhatsApp yang dimiliki oleh Facebook itu dikatakan akan tamatkan perkhidmatannya buat telefon pintar Nokia Symbian S60, BlackBerry OS dan Blackberry 10, Windows Phone 8.0, Nokia S40 pada bila-bila masa selepas tarikh tersebut oleh kerana kesemua model itu tidak lagi menawarkan peningkatan teknologi.
Ads
“Jika anda pengguna peranti mudah alih yang terlibat ini, kami syorkan anda menaik taraf telefon pintar anda kepada model baru Android,iPhone atau Windows Phone untuk terus menggunakan WhatsApp,” menurut satu kiriman blog di dalam laman webnya.
Sistem operasi Android (yang biasa terdapat dalam telefon pintar Google, Samsung, HTC atau OnePlus) versi 2.3.7 dan terdahulu akan dihentikan perkhidmatannya pada 1 Februari 2020.
Ads
“Ini msrupakan satu keputusan yang sukar, namun ianya tindakan yang betul supaya kami dapat berkhidmat dengan lebih bauk kepada pengguna kami berhubung dengan rakan, ahli keluarga dan insan tersayang melalui WhatsApp,” kata kenyataan itu lagi.
Aplikasi yang dilancarkan pada tahun 2009 itu mempunyai lebih 1 bilion pengguna. WhatsApp telah dibeli oleh Facebook pada harga $19bil oada tahun 2014.
Plastik adalah polimer organik yang mempunyai jisim molar (molar mass) yang tinggi. Biasanya plastik diperbuat secara sintetik daripada bahan petrokimia.
Penggunaan plastik kini adalah sangat meluas bagi menggantikan bahan yang diperbuat daripada kayu, batu, kulit, metal, kaca dan seramik terutamanya perabot (kerusi, meja plastik), bekas makanan dan minuman, paip air, alat tulis dan sebagainya disebabkan kos pengeluaran yang lebih murah dan sifatnya yang tidak mudah pecah/retak/patah. Antara jenis-jenis plastik yang digunakan secara meluas adalah polycarbonate (PC), polyester(PES), polyethylene (PE), polyvinyl chloride (PVC) dan polystyrene (PS).
Pembungkus plastik, botol air pakai-buang (disposable), botol susu bayi dan cawan (rujuk Gambar 1) biasanya mengandungi bisphenol A (BPA), sejenis bahan kimia berbahaya yang digunakan sebagai monomer dalam pembuatan plastik seperti polycarbonate dan epoxy resins seperti glu/gam dan saduran (coating).
BPA mampu bertindak sebagai oestrogen yang berpaut pada reseptor yang sama di dalam badan dan memberi kesan buruk kepada hormon dan sistem reproduksi (reproductive system) dan kesuburan (fertility) [1]. BPA mampu ‘larut’ (leach) dari plastik ke dalam makanan dan minuman melalui air.
Disebabkan bahaya dan kesan buruk BPA kepada kesihatan dan susulan daripada tekanan masyarakat awam (public pressure), beberapa negara telah mengharamkan penggunaan BPA dalam pembuatan plastik seperti negara-negara Kesatuan Eropah (European Union) bermula pada tahun 2011. Tambahan lagi, meskipun tiada kajian sains mendapati BPA sebagai penyebab kanser, tetapi ia telah diklasifikasikan sebagai bahan yang berisiko tinggi yang menyebabkan kanser (high risk to be carcinogen).
Gambar 1. Botol air dan botol susu yang biasanya mengandungi BPA
Susulan daripada pengharaman BPA (rujuk Gambar 2) di beberapa buah negara, kajian telah dilakukan untuk menggantikan BPA dengan bahan lain. Salah satu pengganti BPA adalah fluorene-9-bisphenol (BHPF). Tetapi malangnya, kajian juga mendapati BHPF juga bertindak sama seperti BPA – iaitu berpaut pada reseptor oestrogen dalam badan.
Jianying Hu (Peking University, Beijing) mendapati dalam 100 orang pelajar kolej yang minum air daripada botol plastik, 7 orang pelajar mempunyai BHPF yang dikesan di dalam darah mereka
Hu juga menasihatkan agar mengurangkan penggunaan bekas makanan dan minuman plastik seboleh mungkin dan mengelakkan meletak bekas plastik di dalam ketuhar gelombang mikro (microwave) dan alat pembasuh pinggan mangkuk (dishwasher) kerana bekas plastik bertindak balas (degrade) apabila dikenakan haba.
Walaupun terdapat pelbagai jenis plastik dan bukan semua plastik berbahaya, produk plastik mengandungi pelbagai jenis bahan tambahan (additives) yang digunakan untuk mengukuhkan dan memberi spesifikasi pada plastik. Maka, langkah pencegahan untuk mengurangkan penggunaan plastik wajar digalakkan.
Meskipun produk plastik itu dikatakan selamat, tetapi masih berpontesi memberi bahaya dan kesan buruk kepada kesihatan. Contohnya, vinyl chloride yang digunakan sebagai monomer dalam pembuatan plastik polyvinylchloride(PVC) dan styrene sebagai monomer untuk plastik polystyrene. Vinyl chloride dikenal pasti sebagai bahan penyebab kanser otak, paru-paru dalam limpa manakala sytrene dikenali sebagai bahan bersifat neurotoxic.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jeragat kelihatan seperti tompok-tompok hitam yang berpunca dari melanin yang terkumpul dan bertukar menjadi warna coklat muda, coklat tua atau hitam. Biasanya ia kelihatan jelas di muka, pipi atau di sekitar hidung. Jeragat sebenarnya sukar hilang jika dirawat secara luaran sahaja seperti pemakaian krim semata. Biasanya krim sapu yang berkesan merawat masalah jeragat kemungkinan mengandungi 3 kombinasi ini seperti
● hidrokuinon 4 peratus
● kortikosteroid 0.01 peratus
● tretinoin 0.05 peratus
Pastikan produk yang dipilih adalah selamat. Jika salah memilih produk ia bukan saja merosakkan kulit malah pigmen tersebut boleh timbul semakin hitam dan tebal. Ia seolah-olah semakin degil untuk pudar. Melanocytes ialah sel-sel yang mengeluarkan pigmen hitam. Ia berfungsi mengeluarkan pigmen yang dipanggil melanin. Kehadiran melanin penting untuk warna kulit seseorang dan bertindak sebagai penapis kepada cahaya yang terlalu terik dari menembusi kulit yang boleh merosakkan kulit.
PUNCA TERJADINYA JERAGAT (MELASMA)
● Penggunaan hormon antaranya seperti pil perancang
● Terdedah kepada cahaya matahari yang terik
● Keturunan
● Penggunaan kosmetik yang tidak sesuai
● Mengandung biasanya badan akan menghasilkan lebih banyak pigmen.
● Tidak kurang juga orang yang mempunyai melasma akan mempunyai Hori’s Naevus. Hori’s Naevus akan lebih jelas masa mengandung.
PERKARA ASAS YANG PERLU UNTUK MERAWAT JERAGAT ADALAH PENCEGAHAN
● Krim pelindung matahari SPF melebihi 30 ke atas dapat mengurangkan pigmentasi menjadi lebih teruk
● Penggunaan pelindung matahari seperti cermin mata hitam.
● Pengambilan vitamin E dapat mengurangkan pigmentasi terutama melasma.
● Vitamin C dapat membantu mengekalkan kandungan kalogen daripada dirosakkan oleh sinar UV matahari. Di samping membantu mengekalkan keanjalan kulit dan mencerahkan kulit dari dalam. Serta melambatkan proses penuaan wajah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.