Tidak dinafikan melakukan senaman terutamanya bersendirian pasti membosankan. Apatah lagi jika melakukan rutin senaman yang berulang dan sama setiap hari. Tapi ketahuilah bahawa workout anda pasti tidak bosan dengan menggunakan alat bantuan senaman.
Di antara alat bantuan senaman yang sangat popular ialah ab wheel dan juga dumbbell. Kedua-dua alat bantuan senaman ini boleh memberikan impak cukup tinggi dalam rutin harian anda.
Dan kedua-duanya juga boleh memberikan program latihan dan hasil yang berbeza. Ia telah terbukti mampu memberi impak maksima terhadap senaman fizikal ia juga memberi dimensi berbeza kepada anda yang ingin mendapat hasil memuaskan.
Ingin tahu apa kelebihan menggunagan dua alat bantuan workout ini? Ikuti perkongsian MASKULIN di bawah.
KELEBIHAN MENGGUNAKAN AB WHEEL
Kenali satu lagi senaman untuk membina otot abdomen menggunakan AB Wheel yang bukan sahaja mudah, namun mampu memberi impak yang maksima kepada abdomen anda.
Foto: Getty Images
Meningkatkan kekuatan
Bukan sahaja mampu menguatkan otot pada abdomen, malah ia juga mampu memberikan kekuatan pada keseluruhan tubuh badan anda.
Meningkatkan kestabilan teras
Kekuatan teras bermaksud kekuatan pada bahagian otot-otot tengah anda. Dengan senaman ini juga, ia mampu menstabilkan teras sekaligus menambah baik postur tubuh badan anda.
Mengurangkan risiko kecederaan belakang
Ads
Senaman AB Wheel juga mampu menguatkan otot anda supaya ia dapat menjaga tulang belakang dan menjauhi daripada risko kecederaan.
Dengan kekuatan teras yang anda perolehi daripada senaman ini, ia juga mampu menguatkan daya ketahanan fizikal anda untuk melakukan pelbagai jenis sukan seperti berlari, melompat, menendang, menumbuk dan pelbagai lagi.
Meningkatkan koordinasi & pergerakan
Tidak seperti ‘crunches’ dan ‘sit-up’, senaman AB Wheel menggunakan pelbagai otot dan sendi yang bergerak secara sinergi untuk meningkatkan penyelarasan intermuskular dan intramuskular. Dengan senaman ini juga, anda harus melakukan pergerakan yang besar yang mana, ia mampu meningkatkan kadar fleksibiliti dan mobiliti anda.
Salah satu cara terbaik dan banyak impaknya dalam latihan membina otot adalah dengan menggunakan bebanan sama ada menggunakan berat badan sendiri ataupun dengan alatan senaman seperti dumbell.
Tidak cepat letih dalam melakukan tugas tugas seharian.
Dapat melakukan sesuatu dalam waktu lebih lama
Dengan memiliki daya tahan otot yang baik, anda boleh menaiki tangga dengan keadaan selesa dibandingkan dengan orang lain.
Ads
Potongan badan menarik
Dengan bentuk badan yang menarik, ia akan membina keyakinan individu dalam menghadapi kehidupan seharian dan secara langsung berpikiran positif dalam menangani masalah.
Mengangkat atau mengalihkan pasu bunga atau mengangkat baldi yang berisi air dengan mudah tanpa merasa letih dan sakit otot.
Mengelakkan kecederaan otot
Bila mana otot kaki menjadi kuat, kebarangkalian untuk jatuh adalah tipis begitu juga jika otot bahagian atas badan kuat, anda akan mempunyai postur yang baik dan boleh mengelakkan daripada sakit pinggang dan menghindarkan sakit arthritis.
Membina kepadatan tulang
Masalah utama bila usia semakin meningkat ialah tulang akan menjadi rapuh. Dengan melakukan latihan bebanan menggunakan dumbell, tulang akan menjadi lebih padat. Ini akan mengurangkan risiko penyakit osteoporosis.
Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk mengikuti video workout seperti di bawah dari semasa ke semasa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Untuk memulakan hari yang sempurna tidak semestinya anda perlu memakai pakaian yang berjenama. Walaupun dengan gaya sederhana, yang penting anda kekal segar sepanjang hari. Malah permulaan rutin pagi yang baik dapat meningkatkan keyakinan diri untuk tampil lebih bertenaga.
Sebelum melangkah keluar dari rumah, selidik dulu 9 rutin pagi ini. Jadikan rutin ini sebagai amalan di pagi hari agar anda menjadi lelaki yang mempunyai penampilan sedap mata memandang dan mudah untuk didekati.
Jika diamalkan setiap hari, anda akan lihat hasilnya amat luar biasa. Melakukan senaman tekan tubi setiap pagi sebanyak 100 kali sebelum memulakan tugasan akan menjadikan perut anda berotot dan bicep lebih kuat. Malah, senaman setiap pagi ini turut membantu memperbaiki postur badan di mana ia membantu anda lebih tinggi dan berkeyakinan.
2. Mandi di awal pagi
Menurut pelbagai kajian, apabila seseorang melakukan rutin mandi pagi dengan air sejuk peredaran darahnya akan mudah lancar. Malah tubuh anda juga berasa lebih segar dan relaks untuk anda memulakan pagi hari. Bukan itu sahaja, dengan memula membasah tubuh dengan air sejuk di pagi hari membuat seluruh tubuh mendapat oksigen yang mencukupi, sekali gus dapat mengurangkan stres yang anda alami.
3. Lakukan pencukuran yang baik
Wanita lebih gemar jika wajah lelaki bersih selepas melakukan pencukuran. Jangan biarkan hari-hari anda dalam seminggu tidak melakukan proses pencukuran kerana wajah seseorang boleh berubah hanya kerana misai mahupun jambang! Mungkin ada yang berpendapat, jambang memberi rupa yang menarik. Namun tidak salah jika jambang ditrim kemas kerana wajah yang bersih adalah ekspresi pertama orang melihat anda.
4. Jangan lupa mencuci muka
Biar ‘mandi burung’ sekalipun gara-gara terbangun lewat, pastikan anda mencuci wajah dengan pencuci yang berkualiti serta mengandungi 2 peratus asid salicylic kerana ia membantu membersihkan kulit anda sehingga mendalam, selain mengelakkan masalah kulit berlaku. Untuk memberi wajah yang lebih segar agar pori tertutup dan anjal setiap pagi, basuh muka anda dengan air sejuk.
5. Bersihkan gigi
Memberus gigi setiap pagi sangat penting agar anda dapat memberikan senyuman yang menarik serta nafas yang segar. Membersihkan mulut bukan sekadar memberus gigi tetapi memastikan anda melakukan rawatan gigi setahun sekali.B
Selepas mandi, semburkan wangian pada tubuh anda. Selain mengelakkan bau yang kurang menyenangkan, ia juga dapat memberi kesegaran minda untuk anda. Malah bauan yang anda pakai setiap hari akan menjadi trademark untuk diri anda. Anda juga boleh memadankan semburan minyak wangi dengan deodoran atau cologne agar bauannya lebih serasi.
7. Jangan tinggal sarapan
Tubuh ibarat sebuah mesin yang memerlukan minyak untuk bertindak dengan sempurna. Begitu juga dengan anda yang memerlukan sumber tenaga hasil dari sarapan yang anda ambil setiap pagi. Kombinasi terbaik untuk sarapan adalah protein dan bijirin seperti oat yang dicampur dengan hirisan buah-buahan segar, yogurt atau telur dadar bersama sayur-sayuran. Jika anda terlewat sekalipun, kisar buah-buahan bersama susu atau jus segar dan campurkan satu sudu serbuk protein.
8. Ambil minuman berkafein
Kopi hitam, teh hitam atau teh hijau cukup kaya dengan sumber antioksida yang dapat membantu mengekalkan anda agar sentiasa muda. Menurut kajian, mengambil salah satu daripada minuman ini setiap hari dalam kuantiti yang sederhana mampu membantu merendahkan risiko dementia yang menjadi punca pembentukan kanser. Malah, secawan minuman berkafein dapat membantu pagi anda lebih bertenaga untuk memulakan hari baru.
9. Jika boleh bawa bekal dari rumah
Menghasilkan sarapan atau makan tengah hari tidaklah mengambil masa yang lama. Dengan membawa bekalan dari rumah, anda dapat menjimatkan kos perbelanjaan dan mengetahui lebihan kalori serta sodium yang tidak diperlukan seperti terdapat di dalam kebanyakan makanan proses. Bukan itu sahaja, membawa bekalan makanan sendiri akan memberi perubahan ketara dari segi kesihatan dan berat badan anda.
Ramai antara kita yang bangun pagi hanya mandi dan bersiap tanpa mengetahui rutin-rutin di atas sebenarnya membantu menjadikan anda seorang lelaki yang paling maskulin. Jadikan ia sebagai rutin dan mulakan hari ini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ya, mengapa tidak. Bagi lelaki yang ingin kekal fit dan kelihatan lebih tegap, senaman squat sememangnya antara pilihan terbaik.
Tak perlu peralatan mahal, ruang besar atau waktu yang panjang – squat boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Selain membantu anda mendapatkan badan yang lebih kuat, squat juga merupakan senaman yang boleh memperbaiki kekuatan perut, membina stamina, dan membantu meningkatkan keseimbangan tubuh.
Terdapat beberapa jenis squats yang boleh anda cuba. Antaranya ialah;
Setiap squats yang MASKULIN nyatakan di atas mempunyai fokus terhadap otot-otot tertentu terutama di bahagian punggung, perut, peha dan bahagian badan. Secara keseluruhannya anda akan dapat banyak manfaat dan kelebihan apabila melakukan squats.
Ini 15 manfaat yang perolehi jika sentiasa mengamalkan senaman squats!
1.
Membina otot di seluruh badan
2.
Membakar lebih banyak lemak
3.
Meningkatkan kesihatan badan
4.
Mengekalkan tahap mobiliti anda
5.
Membantu anda meningkatkan tahap keseimbangan
6.
Tingkatkan prestasi sukan
7.
Mencegah kecederaan otot
8.
Mengukuhkan teras anda iaitu bahagian abdomen
9.
Menguatkan sendi
10.
Senaman yang bersifat praktikal
11.
Mempunyai variasi cara berbeza agar anda tak bosan
Rancak betul keinginan nak mula pergi gim, kan? Tapi, mungkin ada beberapa sebab yang buatkan kau asyik tangguh niat tu. Biasalah, kadang-kadang rasa malu atau tak yakin tu datang bila nak mulakan sesuatu yang baru.
Tak perlu risau. Kalau rasa dah bersedia, jom buang jauh-jauh perasaan was-was tu. MASKULIN ada kongsikan beberapa tips penting khas untuk kau yang nak mula daftar gym. Jom, kita tengok apa yang patut kau tahu dan buat.
PILIH GYM TEPAT
Pilih lokasi yang strategik. Sama ada dekat dengan pejabat atau rumah, faktor ini penting untuk pastikan anda konsisten. Bila perjalanan ke gim lebih singkat, motivasi nak bersenam pun makin tinggi. Barulah mudah nak capai sasaran peribadi.
Kalau gym tu jauh, lambat-laun semangat nak pergi tu akan pudar. Jadi, mudahkan diri sendiri dengan pilih lokasi yang paling sesuai. Jadi fikrilah dulu sebelum daftar gym.
PERLU TAHU TARGET ATAU GOAL
Setiap langkah bermula dengan matlamat. Walaupun ini kali pertama, anda kena tetapkan sasaran peribadi. Tanya diri sendiri: “Kenapa aku nak mula pergi gim?”
Fikirkan betul-betul, sama ada nak turunkan berat badan, bina otot, atau sekadar kekal aktif. Bila matlamat dah jelas, motivasi pun akan sentiasa ada. Barulah dapat daftar gym dengan tenang.
Gimnasium memang ada pelbagai jenis peralatan senaman. Sebagai orang baru, jangan main guna sesuka hati tanpa tahu cara yang betul. Ini bukan sahaja untuk elak kecederaan, tapi juga untuk pastikan setiap senaman yang anda buat tu berkesan.
Berolahraga di gim sama seperti aktiviti fizikal lain yang memerlukan persediaan mental dan fizikal yang baik.
Contohnya, jika anda merancang nak ke gim esok, pastikan malamnya kau tidur awal dan rehat secukupnya. Badan dan minda yang segar lebih mudah untuk mencapai prestasi terbaik.
Jangan harap perubahan yang drastik dalam masa dua atau tiga hari. Anda kena realistik, tapi pada masa sama kena optimis.
Paling penting, minta bimbingan personal trainer bila guna pelbagai peralatan. Dengan bantuan mereka, anda boleh dapatkan hasil yang diidamkan dengan lebih cepat dan efektif.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ketahui 8 petua berkesan untuk mencegah shin splints agar anda dapat berlari dengan selesa, elak kecederaan tibia, dan tingkatkan prestasi larian secara konsisten.