Percaya tak, dalam masa empat jam, anda sebenarnya boleh bakar dan hapuskan kalori dengan memanfaatkan terapi ais?
Mungkin pembaca sudah biasa mendengar bahawa ais boleh mendatangkan banyak kesan negatif kepada tubuh badan seperti melemahkan penghadaman yang membawa kepada masalah perut buncit, menjadikan tubuh mudah letih dan sebagainya.
Terkini, saintis telah menemui cara bagaimana seseorang juga boleh menghapuskan kalori serta mengecutkan lemak dengan menggunakan ais. Dalam erti kata lain, ais boleh buat anda jadi kurus!
Sumber: medicalinfo.ir
Ads
Dengan hanya menggunakan pek ais yang dilekapkan ke bahagian berlemak seperti di perut, lengan atau peha selama 30 minit, ia boleh serta-merta membakar kalori degil tersebut.
Kesejukan ais akan bantu menukar lemak putih (lemak tepu) yang menggemukkan itu kepada lemak coklat yang lebih mudah untuk dihapuskan.
Manusia Ada Dua Jenis Lemak
Menurut fakta, manusia ada dua jenis tisu lemak. Lemak putih adalah jenis lemak tepu yang akan berkumpul lalu menjadikan bahagian-bahagian tubuh gemuk. Ia akan terus-menerus disalurkan ke dalam darah untuk membakar otot.
Rajah menunjukkan lemak coklat yang berada di celah-celah lemak putih…
Ads
Lemak coklat lebih senang untuk dihapuskan berbanding lemak putih yang bersifat tepu.
Sumber: directorsblog.nih.gov
Manakala, tisu lemak coklat pula digunakan oleh tubuh untuk menghasilkan kehangatan jadi, lebih sejuk tubuh anda rasa, lebih banyak lemak coklat yang akan terhapus.
Ads
Penjelasan Saintis Tentang Penukaran Lemak Putih Kepada Lemak Coklat
Menurut saintis, tatkala tubuh manusia berada dalam suhu atau cuaca yang sejuk, lemak putih dalam badan akan bertukar menjadi lemak coklat. Lemak itu akan bantu menghasilkan suhu panas seterusnya hilang dan terhapus.
Terapi Ais
Penulis dan penceramah bebas, Timothy Ferris menjelaskan kepada Dr. Oz bahawa, terapi ais akan dapat merangsang hormon bagi membantu mengurangkan berat badan. Boleh gunakan ais paket untuk diletak pada bahagian-bahagian badan yang tertentu bahkan mandi air ais juga dikatakan mampu berfungsi untuk mengecutkan seterusnya menghapuskan lemak.
Cara lain, anda boleh menghisap ketulan ais untuk memberi sensasi kesejukan kepada tubuh seterusnya secara perlahan membakar kalori dalam badan.
Belum cuba, belum tahu. Selamat beramal!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kacang soya kaya dengan sumber protein daripada tumbuhan dan banyak manfaat antaranya kalsium untuk tulang, antioksidan bagi cegah penyakit kronik seperti jantung serta diabetes. Mineral seperti kalsium, magnesium, zat besi dan phosphorous serta vitamin B kompleks terkandung di dalamnya juga amat diperlukan untuk memberi kesihatan yang baik kepada individu.
Serbuk soya yang diperkaya dengan zat secara komersial dipasarkan sebagai alternatif bagi kanak-kanak yang mempunyai alahan terhadap susu lembu.
Ia mudah dicerna dan mengandungi zat yang diperlukan untuk tumbesaran kanak-kanak.
Justeru, ada pandangan menyatakan minuman berasaskan kacang soya tidak baik untuk kesihatan lelaki sehingga boleh mengurangkan nafsu seks, adalah mitos semata-mata.
Tiada kajian tepat
Sehingga kini tiada bukti saintifik menunjukkan air kacang soya mampu mengurangkan nafsu seks lelaki yang dakwaan sesetengah pihak.
tidak dinafikan beberapa kajian dilakukan melaporkan kesan soya terhadap hormon lelaki, tetapi keputusannya boleh dipersoalkan dari sudut teknikal.
“Malangnya, hasil kajian seperti ini digembar-gemburkan di media sosial oleh pihak berkepentingan.
Mengenai penemuan bahan kimia phytoestrogen yang menyerupai hormon estrogen pada wanita yang didakwa dapat meningkatkan risiko kanser seperti payudara, ovari, prostat, melemahkan otak (minda) dan tulang,adalah dakwaan yang tidak benar.
“Begitu juga dakwaan mengatakan jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual yang mungkin melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan wanita.
“Memang ada phytoestrogen dalam kacang soya tetapi sedikit dan tidak kuat sehingga boleh menukar sifat kejantanan lelaki.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Buat para lelaki, mungkin ada di antara anda yang terkejut bila mendengar bahawa berkahwin dengan isteri yang garang sebenarnya boleh membawa lebih banyak kebahagiaan dalam hidup anda.
Memang, ramai beranggapan bahawa mempunyai pasangan yang lembut dan lemah lembut adalah impian semua lelaki. Namun, isteri yang tegas atau garang sebenarnya mempunyai ciri-ciri yang boleh memperbaiki kehidupan anda, bukan sahaja dari segi emosi, tetapi juga dalam perancangan masa depan.
Kenapa lelaki boleh lebih bahagia kalau berkahwin dengan isteri yang garang?
Lelaki Akan Bahagia Kalau Kahwin Isteri Garang
1. Isteri Garang Bijak Urus Kewangan, Kurang Beban Untuk Anda
Bayangkan, anda seorang lelaki yang sibuk dengan kerja dan tanggungjawab, dan pada masa yang sama, perlu mengurus kewangan rumah tangga. Isteri yang garang biasanya lebih cermat dan bijak dalam merancang perbelanjaan keluarga. Mereka tahu bila untuk berjimat dan bila perlu melabur demi masa depan. Dengan isteri yang pandai urus kewangan, anda tidak perlu risau tentang perbelanjaan yang tak terkawal. Mereka akan pastikan semuanya teratur, dari simpanan hingga perbelanjaan harian.
Sebagai lelaki, anda pasti mahukan ketenangan fikiran, bukan? Isteri yang garang akan bantu mengurangkan tekanan kewangan anda, kerana mereka bijak merancang dan tahu bagaimana memastikan keluarga sentiasa ada wang untuk masa depan. Jadi, anda boleh fokus kepada perkara lain tanpa perlu risau tentang urusan kewangan yang kecil-kecil.
2. Keluarga Lebih Disiplin, Kurang Masalah Untuk Anda
Satu lagi kelebihan isteri yang garang ialah mereka tegas dalam mendidik anak-anak. Mereka tahu bagaimana untuk menetapkan peraturan yang jelas dan konsisten dalam rumah tangga. Dengan disiplin yang ditanam dari awal, anak-anak anda akan lebih teratur dan mendengar kata. Tidak ada lagi masalah anak-anak yang malas belajar, tidak mahu membantu di rumah, atau melawan cakap.
Suami yang mempunyai isteri tegas akan merasai manfaat ini. Anda tidak perlu sentiasa menjadi “polis” di rumah kerana isteri anda sudah memainkan peranan tersebut. Dengan suasana rumah yang teratur dan anak-anak yang berdisiplin, anda akan rasa lebih selesa dan kurang tertekan.
3. Isteri Tegas Tak Takut Suarakan Pendapat, Kurang Salah Faham
Ada kalanya dalam hubungan, masalah timbul kerana tiada komunikasi yang jelas. Isteri yang garang tidak akan berdiam diri jika ada sesuatu yang tidak kena. Mereka tidak takut untuk menyuarakan pendapat mereka, dan ini sebenarnya membantu anda memahami apa yang mereka fikirkan dan rasakan. Bila ada komunikasi yang terbuka, hubungan jadi lebih jujur dan kurang salah faham.
Lelaki sebenarnya lebih senang dengan pasangan yang jelas dalam menyampaikan perasaan mereka. Anda tidak perlu meneka atau tertanya-tanya apa yang pasangan anda fikirkan. Sebaliknya, isteri yang tegas akan terus memberitahu anda jika ada perkara yang perlu diubah atau diperbaiki. Ini memudahkan anda untuk membetulkan keadaan dengan cepat dan mengelakkan masalah berpanjangan.
4. Mendorong Anda Menjadi Lelaki Yang Lebih Baik
Isteri yang garang biasanya mempunyai jangkaan yang tinggi terhadap suami mereka. Mereka mahukan yang terbaik untuk anda, dan mereka tidak akan ragu-ragu untuk menegur jika ada sesuatu yang tidak kena. Namun, ini bukan bermakna mereka mahu mengawal hidup anda, tetapi mereka hanya ingin anda menjadi versi terbaik diri anda.
Bila anda sentiasa didorong untuk menjadi lebih baik, lama-kelamaan anda akan sedar bahawa isteri anda sebenarnya mahukan yang terbaik untuk anda. Mereka ingin melihat anda berjaya dan bertanggungjawab dalam semua aspek kehidupan. Dalam proses ini, anda bukan sahaja akan menjadi lelaki yang lebih baik, tetapi juga akan rasa lebih yakin dan bahagia kerana anda tahu pasangan anda menyokong anda sepenuhnya.
5. Gabungan Tegas dan Kasih Sayang, Sempurna Untuk Lelaki
Walaupun isteri anda mungkin kelihatan garang atau tegas, jangan lupa bahawa di sebalik ketegasan itu, mereka tetap mempunyai kasih sayang yang mendalam terhadap anda. Mereka tahu bila perlu tegas, dan bila perlu berlembut. Keseimbangan antara sifat garang dan kasih sayang inilah yang menjadikan mereka pasangan yang sempurna untuk anda.
Lelaki sebenarnya lebih bahagia dengan isteri yang tahu bagaimana untuk mengimbangi ketegasan dengan sokongan emosi. Anda akan berasa dilindungi dan dihargai dalam hubungan yang seimbang ini. Selain itu, anda juga akan merasa lebih yakin kerana tahu isteri anda sentiasa berada di sisi, memberikan panduan dan sokongan yang diperlukan.
Masih ingatkah anda pada pelakon Dazrin Kamarudin yang pernah mewarnai drama-drama televisyen beberapa tahun lalu?
Kini, wajahnya agak jarang muncul di kaca televisyen namun itu tidak bermakna Dazrin Kamarudin sudah tidak berminat lagi dengan dunia lakonan.
Memetikm laporan Sinar Harian, Dazrin yang kini dikenali sebagai Bos Karpet mengakui lebih sibuk menguruskan perniagaan permaidani miliknya, Al Aqsa Carpet, lantas membataskan aktiviti di industri seni
“Saya tidak pernah bersara, cuma memperlahankan sahaja. Tidak dinafikan banyak tawaran yang datang walaupun saya sudah jarang muncul di kaca televisyen.
“Cuma perniagaan ini ibarat satu perjuangan dan sekiranya ada tawaran yang benar-benar menarik dan bersesuaian, saya sedia untuk mempertimbangkannya,” jelas Dazrin yang kali terakhir berlakon dua tahun lalu bersama produksi Skop Production Sdn Bhd.
Tambah Dazrin, generasi muda juga kebanyakan lebih mengenalinya sebagai ‘bos karpet’ di aplikasi TikTok berbanding kerjaya sebenarnya sebagai pelakon.
Walaupun mengakui perlu bekerja keras menaikkan semula namanya dalam lapangan seni, dia lebih selesa menerima tawaran berlakon daripada kawan-kawan lama.
Beribadah Dalam Perniagaan
Dazrin juga menjelaskan yang dia menganggap perniagaan itu sebagai satu ibadah dan cuba membantu ramai orang.
Antara yang dilakukan adalah menukar karpet di masjid dan surau seluruh negara.
“Syarikat saya mementingkan masyarakat, terutamanya masjid dan surau. Mana-mana masjid yang tak cukup dana untuk menggantikan karpet baharu, kami akan tambahkan dana untuk mencukupkan jumlah yang diperlukan selain menawarkan khidmat pemasangan karpet baharu.
Dia yang telah bekerjasama dengan lebih 2,000 masjid di seluruh negara itu memberitahu yang dia lebih selesa tidak menguar-uarkan perkara berkenaan kerana ingin perkara itu hanya di antara dirinya dan Allah SWT sahaja.