Telefon pintar kini bukan sekadar gajet, tetapi nadi yang menghubungkan setiap detik kehidupan kita. Dari kerja hingga hiburan, semuanya bergantung pada peranti yang kecil ini. Namun, isu bateri sering kali menjadi dilema utama pengguna, terutama pemilik iPhone.

Menyedari kepentingan ini, syarikat jenama tempatan Zfix atau Z Empire Sdn Bhd tampil dengan langkah berani.

Mereka bukan sekadar menawarkan servis pembaikan, tetapi kini melakar nama dalam sejarah Malaysia Book of Records (MBOR).

Cubaan mereka untuk menukar lebih 1,000 unit bateri iPhone dalam masa 12 jam akhirnya berjaya, sekali gus mencipta rekod baharu yang belum pernah dicapai mana-mana pihak sebelum ini.

Zfix Catat ‘Malaysia Book of Records’, Penukaran Bateri iPhone Terbanyak Dalam 12 Jam

Lebih mengagumkan, biarpun acara dijadualkan berlangsung dari jam 10 pagi hingga 10 malam, sasaran 1,000 unit berjaya dicapai sebelum jam 4 petang.

Sambutan luar biasa daripada pengguna setia, pencinta teknologi dan komuniti setempat menjadikan cubaan ini lebih daripada sekadar acara teknikal, malah perayaan kebanggaan jenama tempatan.

Operasi Gergasi Dengan Piawaian Ketat

Cubaan bersejarah tersebut berlangsung di cawangan baharu Zfix di Bangunan PKNS Bizpoint, Shah Alam.

Ads

Seramai 30 juruteknik bertauliah bekerja tanpa henti, dibantu oleh 10 petugas audit dan sokongan operasi serta lima kaunter verifikasi sah.

Setiap penukaran bateri dijalankan mengikut garis panduan ketat MBOR. Nombor siri bateri lama dan baharu direkodkan secara manual dan digital, disahkan juruteknik serta penyelia teknikal.

Zfix Catat ‘Malaysia Book of Records’, Penukaran Bateri iPhone Terbanyak Dalam 12 Jam

Malah keseluruhan proses dirakam tanpa henti sebagai bukti rasmi. Data ini kemudian diaudit dan diserahkan kepada pihak MBOR untuk pengesahan rekod.

Bagi Pengarah Zfix, Muhammad Zulhelmi Mohd Yusof, kejayaan ini mempunyai makna yang lebih mendalam.

Ads

“Ini bukan sekadar soal angka, tetapi soal kepercayaan. Kami ingin buktikan bahawa servis telefon pintar boleh dijalankan secara sah, telus dan dengan integriti. Rekod ini adalah simbol komitmen Zfix terhadap inovasi serta kepuasan pelanggan,” jelasnya.

Tambahnya lagi, “Jika ada yang tertanya-tanya mengapa kami memilih iPhone untuk usaha ini, jawapannya mudah.

“Saya berpendapat iPhone ini mudah untuk capai sasaran kerana sirinya tidaklah terlalu banyak. Kalau kami sasarkan semua jenis telefon pintar atau android, kemungkinan sasaran itu susah untuk dicapai.”

Zfix Mobile Fest Meriahkan Suasana

Acara yang diberi nama Zfix Mobile Fest bukan hanya tentang rekod. Ia turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung.

Ads

Antara tarikan termasuk pemeriksaan telefon percuma, bengkel mini penjagaan peranti pintar, cabutan bertuah, photo booth interaktif serta zon kanak-kanak.

Dengan pendekatan ini, acara menjadi platform inklusif yang mendekatkan komuniti dengan dunia teknologi dalam suasana santai dan menyeronokkan.

Zfix Catat ‘Malaysia Book of Records’, Penukaran Bateri iPhone Terbanyak Dalam 12 Jam

Kejayaan mencipta rekod MBOR ini sekaligus mengangkat martabat Zfix sebagai syarikat tempatan yang mampu menetapkan piawaian baharu dalam industri servis telefon pintar. Ditubuhkan pada tahun 2022, Zfix kini dikenali sebagai penyedia servis dipercayai, khususnya bagi peranti Apple.

Dengan reputasi profesional, telus dan beretika, pencapaian ini bukan sahaja mengukuhkan kedudukan Zfix dalam pasaran, malah membuktikan bahawa jenama tempatan mampu bersaing dan menetapkan standard industri pada tahap antarabangsa.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads