Apalah erti memiliki kereta yang tampak moden dan eksklusif tanpa dilengkapi rim tayarnya yang menambahkan lagi gaya serta keunggulannya?
Rata-rata lelaki bersetuju dengan perkara ini dan wanita tolonglah faham kenapa lelaki sanggup melabur duit untuk membeli rim tayar yang lebih ‘kacak’.
Rim adalah pelengkap kepada gaya
Berkongsi tentang ‘hobi mahal’ ini, sebuah portal permotoran luar negara, The Autoz pernah menyifatkan kereta yang hebat tanpa rim yang sesuai bagaikan ada cacatnya.
Sehubungan itu, pemilik kenderaan dinasihatkan untuk ambil masa mengenali jenis-jenis rim yang ada sebelum memasangnya pada kenderaan masing-masing seperti :
1. OZ Racing Ultraleggera
Rim ini sangat ringan dan ia dicipta khas untuk perlumbaan atau lelaki yang suka memandu laju. Roda cekung 10-spoke datang dalam pelbagai saiz antara 17 inci hingga 20 inci dan ia telah dikeluarkan oleh syarikat Itali, OZ Racing lebih 30 tahun.
2. American Racing Torq Thrust
American Torq Thrust diperbuat daripada aluminium untuk mengurangkan berat selain meningkatkan prestasi roda semasa perlumbaan drag. Rim aloi 5-spoke ini pada asalnya direka untuk perlumbaan drag sekitar tahun 1950-an namun ia terus relevan sehingga hari ini. Ukuran bagi rim yang serba vintage, klasik dan menjadi kegilaan ramai ini adalah di antara 14 inci hingga 20 inci.
3. Enkei RP03
Ads
Rim keluaran negara Jepun ini banyak dihasilkan sejak tahun 1950-an dan sejarah dunia permotoran mencatatkan, rim Enkei RP03 pernah mendapat permintaan yang sangat tinggi kerana keupayaannya dalam berasmilasi dengan teknologi semasa. Rim jenis ini sering digunakan dalam perlumbaan besar peringkat antarabangsa seperti Formula One, Super GT Series dan bermacam-macam lagi. Rim 5-spoke ini juga mempunyai salutan sintetik yang menawarkan jaminan struktur yang sangat kukuh selain sesuai untuk digunakan di bawah pelbagai keadaan cuaca.
4. BBS Super RS
Roda berbilang cakera keluaran Jerman ini adalah simbol keajaiban teknologi yang digabungkan dengan reka bentuk RS legenda. Pembuatan rim ini menggunakan proses berteknologi tinggi tanpa memotong stok aluminium. Sebaliknya, aluminium dipalsukan untuk mengekalkan matriks kepadatan butir tinggi untuk memberikan kekuatan dan ketahanan yang tinggi semasa perlumbaan. Proses reka bentuk menggunakan FEM untuk mensimulasikan corak tekanan dan tingkah laku semasa operasi sebenar.
5. SSR GTV01
SSR GTV 01 adalah roda aloi ringan keluaran Jepun dan kelebihan rim ini adalah mampu menahan kekuatan impak dan memberikan kekuatan ketahanan yang tinggi. Rim ini dihasilkan dari blok aluminium tunggal untuk membentuk roda aloi 5-spoke dan ia tersedia dalam dua warna, Glare Silver dan Flat Black dam kosnya mencecah lebih dari $1000.
Ads
6. Konig Hypergram
Rim ini dilesenkan dari Enkei. Konig juga mengadaptasi MAT (Pengeluaran Lanjutan) untuk pembuatan roda. Pembinaan roda aloi ringan berbentuk 12 direka untuk kesempurnaan, mengekalkan rupa estetiknya. Roda ini terdapat dalam warna Candy Red, Matte Grey dan Bronze Race dengan saiz 15 inci, 17 inci, dan 18 inci.
7. Forgiato
Forgiato dikatakan antara rim yang termahal dalam sejarah pengeluaran dunia kerana harganya bermula sekitar $1100 dan boleh mencecah sehingga $7000. Forgiato memiliki keluaran 5-spoke serta puluhan-spoke dengan saiz 18 inci hingga 34 inci. Selain itu, Forgiato ditampilkan dengan tiga variasi warna.
8. Volk Racing TE 37
Ads
Rim 6-spoke ini dibangunkan untuk siri Super GT, Formula One Racing dan sebagainya. Selain itu, rim ini juga diterima sebagai salah satu roda kereta premium di pasaran. Volk Racing TE37 tersedia dalam pelbagai warna dalam pelbagai saiz dari 13 inci sehingga 19 inci.
9. Forgeline Motorsport DE3C
Forgeline dibangunkan dengan 3 lapisan yang disesuaikan dengan rekaan aluminium. Rim ini memiliki gelung berbentuk cekung dan menggabungkan secara rata di pinggir luar. Rim ini memberikan prestasi yang hebat sambil mengekalkan kecantikannya. Reka bentuk rim 8-spoke ini mempunyai rentetan keratan I-Beam yang mampu menahan daya panas sewaktu perlumbaan dan kosnya bernilai $1450.
10. Carbon Revolution CR9
Rim ini adalah yang paling tercanggih serta tahan lasak dalam dunia permotoran. Selain diperbuat daripada fiber karbon, rim ini memang ringan dan ‘sedap’ dipakai di pelbagai permukaan jalan. Oleh kerana pembuatannya sangat berkualiti, harganya juga mencecah $15800.
Fuh.. selama ini ramai pengguna ingat rim ini dibuat saja-saja tanpa ada tujuan tertentu mengikut cara penggunaan kereta.
Jadi selepas mengetahui nama-nama rim ini, mudahlah kalau anda nak ke kedai untuk menempah atau membelinya.
Dan kalau anda sudah gunakan salah satu rim yang dikongsikan ini, apa kata ‘payung’ gambar tayar anda di ruang komen Facebook Maskulin?
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Seatbelt atau tali pinggang keledar merupakan ciri keselamatan penting dalam kereta sesebuah kenderaan. Namun, pernah tak anda terfikir yang seatbelt juga terdapat kegunaan lain selain daripada memakainya ketika memandu.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mari kita ikuti perkongsian Alitmat Auto Garage menerusi video TikTok @altimatautogarage di bawah.
Dalam klip video yang dikongsi, seorang lelaki mendedahkan bahawa tali pinggang keselamatan tidak hanya berfungsi sebagai perlindungan keselamatan, tetapi juga mempunyai beberapa kegunaan lain yang mungkin tidak diketahui ramai.
Fungsi sebagai ‘Penarik’ Kereta:
Fungsi ini sangat berguna, terutamanya untuk pemandu wanita. Tali pinggang keselamatan boleh dijadikan alat untuk menolak kereta ke bahu jalan apabila mengalami kerosakan dan tiada siapa di sekitar untuk membantu. Caranya, tarik tali pinggang keselamatan sepenuhnya, keluarkan melalui pintu pemandu dan gunakan untuk menarik kereta. Pastikan brek tangan sudah dilepaskan dan gear kereta berada dalam keadaan neutral semasa melakukan tindakan ini.
Elak Beli Kereta Banjir:
Bagi mereka yang ingin membeli kereta terpakai, tip ini amat berharga. Cuma tarik tali pinggang keselamatan hingga habis dan perhatikan sama ada terdapat kesan lumpur pada tali tersebut. Kesan lumpur menunjukkan kemungkinan kereta itu pernah terlibat dalam banjir.
Memeriksa Tarikh Pengeluaran Kereta
Tahukah anda, tali pinggang keselamatan ini turut menyertakan tarikh pengeluaran? Anda boleh menyemak sama ada tarikh pengeluaran pada tali pinggang keselamatan adalah sama dengan yang terdapat pada bahagian bawah tempat duduk sebelah anda. Jika tidak sama, ini mungkin menandakan kereta itu pernah terlibat dalam kemalangan dan tali pinggangnya telah ditukar.
Kegunaan Kecemasan:
Dalam situasi kecemasan, seperti terperangkap dalam kenderaan atau kereta terjunam ke dalam air, tali pinggang keselamatan juga boleh berfungsi sebagai alat penyelamat. Hujung tali pinggang keselamatan yang dilengkapi dengan besi (bunker seatbelt) boleh digunakan untuk memecahkan cermin kereta bagi membolehkan penumpang keluar dengan segera.
Kalau ikutkan banyak petua perangkap lipas dalam kereta yang boleh anda gunakan. Salah satu perangkap lipas dalam kereta yang dikongsikan netizen adalah menggunakan bahan mudah dari dapur.
Jangan ingat kereta anda nampak bersih, ia bebas daripada kehadiran lipas. Mungkin anda tidak perasan ada sisa-sisa makanan terjatuh sehingga mengundang lipas bertapa dalam kereta anda.
Oleh itu untuk pastikan kereta anda betul-betul bebas daripada lipas, anda boleh cuba petua perangkap lipas dalam kereta yang dikongsikan Abuyat Sakoora ini.
Semoga petua ini berjaya mengatasi masalah lipas dalam kereta anda. Selamat mencuba!
Pak Jamel jumpa resipi ni dalam FB, alhamdulillah menjadi! Sekarang dah x jumpa lagi dah lipas-lipas bermaharajalela dalam kereta. Kalau x, buka ja pintu ewah. Bersenang-lenang depa dok atas seat, atas stereng, kat tingkap. X hormat langsung dengan tuan keta? Nah hambik kau. Hasil tangkapan memuaskan. Sapa ada masalah yang sama macam kami, boleh try resipi di bawah.
Hujan lebat dan cuaca buruk berterusan di sesetengah negeri di Malaysia terutamanya Kelantan dan Terengganu dijangka berterusan sehingga Sabtu ini.
Malah, kawasan-kawasan ini juga diramal berpotensi alami banjir. Semua maklum akan risiko mengharungi jalan yang dinaiki air dengan pacuan 4 roda atau kereta. Malah sudah ada beberapa kejadian lemas berlaku akibat dihanyutkan air kerana mengharungi jalan sebegini.
3 fakta penting tentang jalan yang dinaiki air
Perlu kita tahu, walaupun jalan yang dinaiki air nampak cetek namun jangan sesekali memandang rendah kuasa air terutama yang sedang mengalir.
Ini fakta yang perlu kita tahu tentang air banjir yang berarus di atas jalan menurut laporan weather.gov
1. Walaupun air setinggi 6 inci di atas jalan sudah mampu menghanyutkan orang dewasa.
2. Air banjir hanya setinggi 12 inci cukup untuk menghanyutkan sebuah kereta.
3. Sebuah SUV atau trak boleh dihanyutkan walau air banjir hanya setinggi 2 kaki.
Sekiranya jalan yang dilalui dinaiki air, disarankan berpatah balik jangan redah untuk elak kejadian dihanyutkan air dan lemas hingga meragut nyawa.
Persediaan lelaki bujang sebelum mengahwini seorang janda. Dalam masyarakat moden hari ini, perkahwinan antara lelaki bujang dan wanita yang berstatus janda bukanlah sesuatu yang luar biasa.