Demi sesuap nasi dan kehidupan yang lebih selesa, kita perlu kerja. Dan kerja itu sebenarnya salah satu daripada ibadah.
Jika anda berpegang kepada perkara tersebut nescaya setiap hari yang diharungi semasa menunaikan tanggungjawab mencari rezeki pasti tidak akan menjadi satu perjalanan rumit.
“Jangan pernah anggap kerja itu satu beban, tetapi anggaplah kerja itu sebagai tanggungjawab”.
Itulah antara kata-kata nasihat yang pernah diberikan kepada penulis ketika masih awal di alam pekerjaan. Ternyata walaupun ia nampak ringkas tetapi mempunyai makna cukup mendalam.
Tak dinafikan setiap orang berdepan pelbagai tekanan di tempat kerja. Sama ada perlu berdepan dengan kerja yang banyak atau perlu menghadap majikan atau rakan sekerja yang bermacam ragam perangai.
Jadi bagaimana anda boleh sentiasa bahagia di tempat kerja. Usah risau, amalkan 10 perkara ini pasti hidup anda bebas stres, lebih gembira dan aman di tempat kerja!
HORMATI
Jangan percaya bulat-bulat kepada sesiapa pun. Tapi hormatilah majikan, ketua dan rakan sekerja.
JANGAN BAWA
Apa yang berlaku di pejabat biarkan sahaja di pejabat. Jangan bawa pulang masalah atau gosip pejabat ke rumah. Begitu juga sebaliknya, apa yang berlaku di rumah jangan bawa ke pejabat.
IKUT MASA
Datang kerja mengikut masa ditetapkan dan pulanglah segera juga mengikut masa. Percayalah keberadaan anda di tempat kerja dalam masa yang lama tidak akan membantu kesihatan fizikal dan minda anda.
ELAK HUBUNGAN SERIUS
Jangan jalin apa-apa hubungan serius di tempat kerja. Sudah banyak kes ini hanya membuatkan hidup anda huru-hara terutamanya kepada pasangan yang sudah berkahwin.
BACA: Dengan Senaman Skipping Jump Rope Lelaki Ini Turun 30kg!
UCAPLAH TERIMA KASIH
Jangan harapkan apa-apa dari sesiapa pun. Jika ada orang membantu anda, ucaplah terima kasih dan bersyukur. Jika tiada siapa membantu anda jangan risau. Lama-kelamaan anda akan belajar sendiri.
JANGAN KEJAR PANGKAT
Kenaikan pangkat? Usahlah anda terburu-buru mengejar kenaikan pangkat semata. Jika anda dinaikkan pangkat, tahniah. Jika tiada ia tidak mengapa. Jika melakukan tugasan dengan baik dan cemerlang percayalah anda akan diingati oleh majikan dan rakan sekerja.
ELAK GOSIP
Jangan terlibat dengan perkara remeh-temeh yang berlaku di pajabat. Anda ada banyak perkara penting lagi untuk dilakukan.
TAHU KEUPAYAAN DIRI
Anda juga harus ingat untuk ukur keupayaan sendiri. Jangan semata-mata ingin buat orang kagum anda jadi ‘pak sanggup’ untuk semua tugasan.
MERENDAH DIRI
Sentiasa merendah diri. Tidak kiralah walau bagaimana cara sekali pun orang melayan anda. Tak semua orang suka dengan anda walaupun anda tak kacau orang pun.
KEPENTINGAN
Akhir sekali sentiasa ingat dalam dunia ini tidak ada perkara yang lebih penting melainkan keluarga, kawan baik dan kebahagian minda diri sendiri.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI