Kita mulakan hidup kita seharian dengan kerja, kerja dan kerja. Bangun pagi, mandi dan bersiap ke tempat kerja dari 8 pagi hingga 5 petang. Kadang kala kerja lebih masa. Kerja yang tidak pernah habis. Keesokan harinya, ulang benda yang sama.
Namun, adakah kita sedar, hidup kita lebih daripada itu? Di usia muda inilah masa untuk kita mencuba sesuatu yang baru. Masa untuk mencari pengalaman hidup dan menenangkan minda dan jiwa. Oleh itu, kami akan kongsikan kepada anda beberapa tips yang boleh anda pelajari daripada kesilapan pengembara-pengembara lain. Dengan ini, anda pasti tidak akan melakukan kesalahan yang sama dan berpeluang untuk menikmati percutian dengan lebih menyenangkan.
1. Jangan menginap di kawasan terpencil yang jauh dari bandar
Tinggal di hotel yang terletak di pinggir bandar mungkin lebih memudahkan dan menjimatkan kos. Tetapi sistem pengangkutan di luar bandar adalah kurang jadi anda mungkin terpaksa membelanjakan banyak wang untuk membayar pengangkutan. Sebaiknya, tempah hotel di kawasan pusat bandar yang dikelilingi dengan banyak kemudahan selain berhampiran dengan tempat-tempat menarik. Dengan ini, anda berpeluang untuk mengunjungi pelbagai lokasi dan tidak perlu mengambil banyak masa untuk pulang semua ke hotel.
2. Sentiasa membaca ulasan daripada pelanggan lain
Setiap kali anda hendak mengunjungi mana-mana lokasi seperti hotel dan restoran, pastikan anda membaca dahulu semua ulasan daripada pelanggan terdahulu. Hal ini akan membantu mengelakkan anda daripada mengalami pengalaman yang tidak menyeronokkan.
Antara laman sesawang dan aplikasi yang boleh anda lihat adalah:
Tripadvisor – Anda boleh mencari ulasan tentang apa-apa sahaja sama ada restoran kecil mahupun kawasan yang terkenal dan bertaraf tinggi.
Foursquare – Laman sesawang dan aplikasi yang sangat membantu. Dengan aplikasi ini, anda boleh mencari lokasi terbaik untuk berseronok, menikmati makanan tempatan yang mengenyangkan dan sebagainya.
Yelp – Yelp berfungsi lebih kurang sama dengan Foursquare tetapi ia lebih mengkhusus kepada restoran dan juga kafe.
3. Bawa ubat-ubatan
Ketika bercuti, anda perlu sentiasa membawa bekalan ubat-ubatan asas seperti ubat demam, selesema, minyak angin, pembalut luka dan sebagainya yang dirasakan sesuai. Dengan cara ini, anda boleh merawat diri sendiri sekiranya berlaku kecemasan dan tidak perlu membazir wang untuk mendapatkan rawatan di klinik.
4. Pastikan anda membawa makanan ringan
Ads
Perkara ini mungkin agak melecehkan tetapi sangat membantu sekiranya anda sukar untuk mendapatkan makanan halal di luar negara. Antara makanan yang boleh anda bawa adalah seperti biskut, buah, mi segera dan paket minuman segera.
Anda juga dapat menjimatkan wang dan menggunakan wang lebihan untuk membeli buah tangan buat keluarga di Malaysia.
5. Jangan membawa terlalu banyak barang
Sewaktu mengemas bagasi, kita sentiasa merasakan kita tidak membawa barangan yang mencukupi. Jadi, kita akan terus menyumbatkan segala barangan yang tidak penting sehingga akhirnya beg kita menjadi kembung dan berat! Pastikan anda hanya membawa barangan yang boleh digunakan untuk pelbagai fungsi. Sebagai contoh, bawa selendang yang bukan sahaja boleh digunakan sebagai tudung tetapi juga boleh dijadikan sebagai selimut, kain lapik semasa berkelah dan menggantikan baju sejuk anda.
6. Melantik seorang rakan sebagai ketua
Ads
Ketua yang dimaksudkan adalah individu yang boleh diharapkan untuk mengetuai sesuatu perjalanan. Biasanya, ketua dalam pengembaraan ini adalah seorang yang terperinci dan peka dengan keadaan sekeliling.
Dengan adanya seseorang untuk boleh mengambil tanggungjawab ini, perjalanan akan menjadi lebih selamat dan menyeronokkan terutamanya ketika bercuti di luar negara.
7. Jangan takut untuk berkomunikasi dengan penduduk tempatan
Semasa mengembara ke luar negara, anda harus menjadi ringan mulut dan mesra dengan penduduk tempatan. Sebaiknya, berkawanlah dengan mereka dan juga para pelancong lain supaya memudahkan anda untuk meminta pertolongan seperti cadangan tempat penginapan yang selamat atau lokasi restoran yang menyajikan makanan enak.
8. Beli tiket secara atas talian
Ads
Jika anda mahu pergi ke tempat yang terkenal seperti Louvre, anda harus membuat tempahan tiket lebih awal secara atas talian. Dengan cara ini, anda tidak perlu menunggu terlalu lama dan berbaris di barisan yang panjang.
9. Membeli cenderamata sebagai kenang-kenangan
Ada individu selalu membeli cenderamata yang tidak cantik dan ada juga yang akan menyesal di kemudian hari kerana tidak membeli apa-apa cenderamata sebelum pulang ke negara asal. Kami cadangkan supaya anda mengunjungi kedai-kedai cenderamata atau pasar lambak bagi mendapatkan pelbagai cenderamata istimewa dengan harga yang murah! Kebanyakan barangan yang dijual adalah hasil buatan penduduk tempatan sekali gus menjadikannya perkara wajib yang harus dibawa pulang!
10. Jangan takut untuk mencuba makanan tempatan
Kita semua mempunyai citarasa tersendiri dan segelintir daripada kita tidak suka atau takut untuk mencuba makanan baharu. Jika anda seperti ini, anda sememangnya manusia yang rugi! Bukankah lebih bagus jika anda dapat merasai makanan-makanan unik yang menjadi pilihan penduduk tempatan. Pengalaman ini pastinya dapat memberikan sejuta kemanisan dalam kenangan pengembaraan anda.
Jangan takut untuk mencuba!
Sumber : Era Baru
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Setiap kali melangkah masuk ke dalam pesawat, kita semua tahu ada peraturan dan etika yang mesti dipatuhi.
Sama ada anda seorang pelancong biasa, ahli perniagaan, atau figura terkenal dunia, peraturan ini wujud untuk memastikan keselamatan dan kelancaran perjalanan. Seperti kata pepatah, “taat peraturan, selamat perjalanan.”
Bekas juara lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov, baru-baru ini menjadi perhatian apabila insiden melibatkan dirinya di dalam sebuah penerbangan tular di media sosial.
UFC World Champion Khabib removed from airplane because someone reported that she is not comfortable he is sitting next to the emergency exit. The only reason that comes to my mind that she knows he is Pro-Palestine and Anti-Israel pic.twitter.com/N0l6S0IJQ8
Peristiwa itu berlaku dalam penerbangan Fly Frontier dari Las Vegas ke Los Angeles. Walaupun beliau terkenal dengan ketenangan dan kehebatan di dalam gelanggang, situasi kali ini menunjukkan sisi lain kehidupan seorang juara dunia – ketika menghadapi cabaran di udara.
Insiden Tumpuan Dunia
Dalam rakaman yang kini tular, Khabib dilihat berbalas percakapan dengan kru kabin sambil duduk di barisan pintu kecemasan pesawat.
Pramugari tersebut dilaporkan meminta Khabib menukar tempat duduk kerana mereka tidak selesa dengan kehadirannya di kawasan tersebut.
“Ia tidak adil,” kata Khabib dalam video berkenaan, namun kru kabin tegas dengan keputusan mereka: “Ia adil. Ya, memang begitu.”
Bukan sekadar diminta menukar tempat duduk, Khabib turut berhadapan dengan persoalan sama ada beliau bersedia membantu penumpang lain sekiranya berlaku kecemasan.
Setelah beberapa ketika, Khabib akur dan bangun untuk keluar dari pesawat tanpa banyak bicara.
Sebagai seorang yang dikenali dunia, Khabib menangani situasi ini dengan ketenangan luar biasa. Dalam kenyataan di Instagram, beliau menjelaskan bahawa walaupun mampu bertutur dan memahami bahasa Inggeris, kru kabin tetap meminta beliau menukar tempat.
“Saya tak pasti sama ada ini disebabkan isu bangsa, kewarganegaraan, atau sebab lain,” ujar Khabib, sambil menambah bahawa beliau berharap syarikat penerbangan tersebut akan meningkatkan layanan mereka terhadap penumpang.
Beliau turut memaklumkan bahawa selepas 1.5 jam, beliau berjaya mendapatkan penerbangan lain dan memilih untuk kekal tenang serta menghormati kakitangan penerbangan sepanjang insiden.
Apa Yang Kita Boleh Pelajari?
Sebagai lelaki moden yang sering mengembara, insiden ini memberi kita beberapa pengajaran:
Hormati Etika dan Peraturan:
Setiap syarikat penerbangan mempunyai peraturan yang perlu dipatuhi. Peraturan ini bukan sahaja untuk keselamatan diri tetapi juga penumpang lain.
Ketenangan Menghadapi Situasi:
Khabib membuktikan bahawa kemarahan bukan penyelesaian terbaik. Menangani konflik dengan tenang menunjukkan kematangan, terutama di mata awam.
Keadilan dan Kesaksamaan:
Insiden ini turut mengingatkan kita tentang pentingnya layanan adil terhadap semua penumpang, tanpa mengira bangsa, agama, atau status.
Fokus Pada Keselamatan:
Apabila berada di dalam pesawat, setiap penumpang mesti peka terhadap demonstrasi keselamatan dan bersedia untuk menghadapi sebarang kecemasan.
Bagi lelaki yang gemar melancong atau sering bekerja di luar kawasan, peraturan penerbangan bukanlah sesuatu yang boleh diambil ringan.
Foto: Chris Unger/Zuffa LLC
Sama seperti Khabib, kita mungkin tidak dapat mengawal bagaimana orang lain melayan kita, tetapi kita boleh mengawal bagaimana kita bertindak balas.
Jadi, untuk anda yang sedang merancang perjalanan seterusnya, ingatlah: penerbangan yang lancar bermula dengan sikap hormat kepada peraturan dan orang sekeliling.
Lagipun, seperti dalam hidup, perjalanan di udara juga penuh dengan cabaran – dan kita perlu kekal tenang untuk tiba di destinasi dengan selamat.
“Saya sudah buat yang terbaik untuk kekal tenang dan menghormati mereka,” kata Khabib. Satu pelajaran penting yang kita semua boleh ambil dari seorang juara.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jantung merupakan organ penting manusia.Ia berfungsi mengepam dan mengedarkan darah ke seluruh badan. Makanan yang mengandungi Omega 3 adalah salah satu makanan terbaik untuk jantung kita.
Berikut 10 makanan yang baik supaya jantung sihat:
1.Makanan Ber oat
Mulakan hari anda dengan semangkuk oat panas. Makanan ini kaya asid lemak omega-3, folat dan kalium. Selain itu,ia kaya dengan serat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan mencegah pembentukan plak di dinding arteri.
2.Salmon
Ikan yang kaya asid lemak omega-3 ini efektif menurunkan tekanan darah dan mencegah pembekuan darah. Makanlah dua keping salmon seminggu. Ia mengurangkan risiko meninggal akibat serangan jantung hingga 33 peratus.“Salmon mengandungi karotenoid astaxanthin, yang merupakan sebuah antioksida kuat,” menurut Stephen T. Sinatra, MD, penulis Lower Your Blood Pressure In Eight Weeks, health.com.
3.Avocado
Menambah lemak sihat ke dalam diet anda. Makanan yang kaya lemak tunggal tidak tepu ini mampu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan meningkatkan kadar kolesterol baik HDL dalam tubuh.
4.Minyak zaitun
Minyak zaitun kaya akan lemak tunggal tidak tepu.Ia adalah pengganti baik bagi mentega.
5.Kekacang
Kacang-kacang seperti walnut dan almond .
6.Berries
Blueberries, raspberries, strawberi dan jenis beri lainnya kaya anti radangan.Berfungsi mengurangi risiko penyakit jantung dan kanser.
7.Kacang peas
Tambah pengambilan kacang peas, seperti kacang merah dan kacang hitam.
8.Bayam
Bayam kaya akan berbagai komponen sihat seperti lutein, folat, kalium dan serat.
9.Biji rami (linseed)
Biji rami kaya dengan serat dan omega-6.Pengambilan biji rami dicampurkan dengan oatmeal.
10.Kacang Soya
Kacang soya membantu menurunkan kadar kolesterol karena rendah lemak.
Semoga dengan tip-tip ringkas ini dapat memberi panduan berguna menjaga kesihatan diri kita.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Buat anda yang aktif menggunakan laman media sosial terutamanya Twitter pasti akan kenal dengan Elon Musk. Begitu juga peminat kereta elektrik berinovasi tinggi, Tesla kerana dia merupakan pemilik syarikat tersebut.
Bilionar yang dikenali dengan visi teknologi luar biasa tersebut merupakan seorang ikon perniagaan yang sangat aktif di laman Twitter. Keterbukaannya dalam meraikan penggunaan matawang kripto juga sering disambut baik oleh warganet masa kini.
Dalam tempoh beberapa minggu lalu telah heboh diperkatakan tentang ura-ura Elon Musk ingin membeli saham dan memiliki laman media sosial Twitter yang dianggarkan mempunyai kira-kira 206 juta pengguna.
Minggu lalu, Elon Musk mengumumkan hasratnya untuk membida dan membeli Twitter namun pada mulanya ia ditolak. Dan semalam perkara tersebut telah menjadi realiti dan dimiliki oleh Elon Musk.
Memetik laporan Reuters, pembelian laman media tersebut oleh Elon Musk dicatatkan pada harga USD44 bilion (RM191.5 bilion) sekali gus memberikan kuasa sepenuhnya terhadap platform tersebut.
Sebagai pengguna Twitter yang tegar, bilionair tersebut sebelum ini dilihat sering mengkritik pendekatan Twitter dan menganggap ia mengutamakan ciapan tertentu harus berupaya diakses orang ramai.
Transaksi pembelian tersebut juga telah diluluskan oleh pihak lembaga dan kini tertakluk kepada undian di kalangan pemegang saham. Dalam satu kenyataan Elon Musk berkata kebebasan berucap adalah asas utuh demokrasi dan Twitter merupakan ruang digital yang menyaksikan banyak perkara penting kemanusian pada masa depan diperbincangkan.
Rata-rata warganet bercampur-baur akan perkembangan ini. Ada yang gembira dan tidak kurang juga yang skeptikal terhadap apa yang akan dibawa oleh Elon Musk terhadap platform kesayangan ramai ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.