Minuman air berkarbonat coca cola pasti menjadi kegemaran no 1 ramai orang, dan sudah tentunya golongan remaja dan dewasa tidak terkecuali.
Walaupun banyak penulisan ilmiah yang menjelaskan, minuman soda popular Coca-Cola sepatutnya tidak dikonsum oleh manusia. Disebabkan ia turut berfungsi sebagai agen pembersihan, bayangkanlah apa yang akan jadi bila ia berada dalam perut manusia?
Sifatnya disamakan dengan asid bateri kereta yang boleh menghakis sistem dalam badan manusia jika diambil secara selalu mahupun dalam kuantiti yang banyak. Ha… takut tak?
Nah ini untuk pengetahuan kamu semua, kegunaan unik Coca-Cola selain sebagai minuman ringan yang enak kegemaran ramai.
1. Lembutkan Daging
Percaya atau tidak, jika kamu merendam daging beberapa ketika di dalam Coca-Cola, ia mampu melembutkan tekstur daging yang liat. Tak percaya cuba!
2. Hapuskan Karat Besi
Sayangnya bila paku dan skru lama sudah berkarat… boleh cuba rendamkan kain dalam Coca-Cola sebelum memerah lebihan air tersebut dan gosok ia pada bahagian besi-besi yang berkarat. Untuk memudahkan kerja, boleh juga rendam butiran besi-besi itu dalam air Coca-Cola tersebut.
Ads
3. Pembersih Tandas
Cecair peluntur clorox atau pencuci tandas dah habis? Boleh je guna Coca-Cola untuk bersihkan kotoran tandas degil. Tuang sahaja Coca-Cola ke bahagian kotor yang dikehendaki kemudian biar ia beberapa ketika sebelum mengepam tandas. Boleh juga gunakan berus untuk menarik keluar kotoran yang sudah dicairkan asid fosforik Coca-Cola tadi.
4. Penanggal Gula-Gula Getah
Gula-gula getah melekat pada rambut dan permukaan perabot korang? Boleh tuang Coca-Cola pada bahagian yang berkenaan dan biar ia beberapa ketika. Selepas itu, pasti lebih mudah menanggalakan dan menarik keluar sisa gula-gula getah berkenaan.
5. Hilangkan Kesan Minyak
Susahnya nak hilangkan kesan berminyak pada pinggan-mangkuk, periuk, kuali dan mungkin lnatai dapur serta alatan memasak lain… Caranya, sila tuang Coca-Cola pada bahagian berminyak yang berkenaan dan biarkan ia beberapa ketika sebelum mencuci dengan sabun seperti biasa.
Ads
6. Hilangkan Kesan Darah
Menurut sumber, polis forensik ada menggunakan taktik Coca-Cola untuk membersihkan kesan darah di lokasi tempat kejadian jenayah. Bagi wanita yangs ering kebocoran hingga meninggalkan kesan pada seluar dalam tu, boleh cuba rendam seluar dalam beberapa ketika dalam air Coca-Cola sebelum dicuci seperti biasa.
7. Bantu Tanaman Bunga Mekar
Tuangkan beberapa sudu Coca-Cola pada tanah pohon berbunga (terutamanya pokok Bunga Melur Cina dan Azalea) kerana ini akan bantu menyalurkan nutrien lebih buat tanaman terrsebut sekaligus mengaktif proses berbunga.
8. Bahan Enak Dalam Masakan
Ads
Kata orang, Coca-Cola boleh buat rasa sos BBQ jadi lagi sedap! Caranya, campurkan 1/2 camca serbuk bawang merah, 1/2 camca serbuk bawang putih, 1/2 camca lada hitam, 1/4 cawan sos stik, 1 cawan sos tomato, 1 cawan Coca-Cola dan 1 camca sos Worcestershire (pastikan halal).
Masak atas api perlahan sehingga pekat.
9. Cuci Periuk/Kuali Hangus
Ramai yang terus buang periuk atau kuali yang hangus sebab memang dah tak boleh dihilangkan lagi kesan hangus tu betul tak? Jangan risau, tuang je Coca-Cola ke dalam periuk atau kuali yang hangus tadi, reneh atas api beberapa sehingga kesan hangus semakin luntur sebelum mencucinya seperti biasa. Confirm hilang!
10. Legakan Kesan Bisa Gigitan Binatang
Kena sengat dengan lebah, obor-obor mahupun digigit nyamuk? Sapukan Coca-Cola pada bahagian berkenaan. Pasti berkesan untuk legakan kesakitan atau rasa tidak selesa tu.
Walaupun tak elok kalau diminum selalu, banyak rupanya kelebihan lain Coca-Cola ni. Selamat mencuba !
Sumber : Wanista
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dapatkan tubuh yang menarik dengan senaman bakar lemak gaya tabata yang terbukti efektif dan mudah untuk dilaksanakan dirumah tanpa menggunakan sebarang peralatan khusus. Senaman ini dapat mempertingkatkan kadar metabolisme tubuh badan agar tubuh dapat membakar lemak dengan lebih pantas.
CLAP PRESS-UP
– Mulakan dengan posisi tekan tubi
– Dengan perlahan, rendahkan tubuh dengan lengan dibengkokkan sehingga 90 darjah
– Tolakkan badan ke atas dengan kuat sehingga terangkat dan tepukkan tangan
– Sediakan tangan untuk bersedia menahan badan ketika badan jatuh ke posisi asal.
– Ulang semula
PRONE SWIMMER
-Mulakan dengan posisi meniarap dan pastikan hujung hidung mencecah lantai
-Tangan diletakkan di posisi 90 darjah di sisi badan dan tahan
-Pastikan bahagian belakang badan tidak melentur
-Tolak kedua-dua tangan kehadapan dan tahan
-Tarik semula tangan ke posisi 90 darjah di sisi badan
SPEED SKATER
-Mulakan dengan posisi berdiri dan kaki kiri dan tangan kanan di tarik ke belakang selari
-Lompat ke arah bertentangan dan kaki kanan dan tangan kiri pula di tarik kebelakang selari
-Ulang semula
PRISONER JUMP SQUAT
-Mulakan dengan posisi kedua-dua tangan diletakkan di belakang kepala dan buka luas bahagian bawah lengan.
-Pastikan lengan dan kaki dibuka luas dalam keadaan selari dan rendahkan sedikit badan sehingga lutut membengkok
-Lompat kehadapan dan jatuh semula dalam keadaan tubuh direndahkan sehingga lutut membengkok
ALTERNATING REACH PRESS-UP
-Mulakan dengan posisi tekan tubi
-Sebelum merendahkan tubuh, pastikan tangan kanan di tolak keluar dari sisi badan dan tangan kiri rapat ke sisi badan seperti tekan tubi
-Rendahkan badan seperti senaman tekan tubi
-Ulang semula dengan tangan kiri pula di tolak keluar ke sisi badan
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ramai di antara kita abaikan dan menganggap hal ini perkara biasa yang tidak membahaya. Meletakkan telefon bimbit di sebelah katil atau di mana sahaja berdekatan dengan anda ketika tidur adalah membahaya dan sama sekali tidak digalakkan.
Mungkin ada yang menggunakan telefon bimbit sebagai jam penggera, tetapi tolong letakkan telefon itu sejauh mungkin daripada anda. Ia bukan sahaja mengganggu saat tidur apabila berbunyi, sebaliknya para saintis telah membuktikan barangan elektrikal termasuk telefon bimbit dan set televisyen akan mengalirkan gelombang magnetik apabila digunakan.
Gelombang ini boleh menyebabkan mengganggu sistem saraf kita. Walaupun jika perlu meletakkan telefon bimbit berhampiran anda ketika tidur, pastikan ia dimatikan terlebih dahulu.
Pemilihan makanan sihat mempengaruhi gaya hidup seseorang individu itu, sama ada ingin mengamalkan kehidupan sihat atau pun sebaliknya. Untuk memastikan badan kita kekal fit dan cergas. Maka, untuk itu korang kenalah mengamalkan diet yang seimbang.
Get creative dengan menghasilkan menu makanan sihat yang amat menyelerakan!
Jom kita tengok 7 resepi perapan ayam yang simple dan menarik oleh saudari Fafae Mimie ni.
1. RESEPI PERAPAN AYAM SATE
Bahan-bahan:
bawang putih
halia
serbuk cendawan (saya guna sebagai pengganti kiub ayam / serbuk perasa)
gula kabung / gula Stevia (yang tak ada boleh tukarkan dengan gula merah / gula biasa)
serbuk kunyit
jintan
ketumbar
sedikit garam
2. RESEPI PERAPAN AYAM CILI KERING
Bahan-bahan
bawang putih
halia
serbuk cendawan (boleh gantikan dengan serbuk perasa ayam / kiub lain-lain)
cili kering potong
sos cili
sos tiram
3. RESEPI PERAPAN AYAM BEREMPAH
Bahan-bahan
bawang putih
halia
serbuk cendawan (boleh gantikan dengan serbuk perasa ayam / kiub lain-lain)
rempah kari
serbuk jintan
cili kisar
sedikit garam
4. RESEPI PERAPAN AYAM NASI AYAM
Bahan-bahan
bawang putih
halia
serbuk cendawan (boleh gantikan dengan serbuk perasa ayam / kiub lain-lain)
minyak bijan
sedikit garam
kicap manis
5. RESEPI PERAPAN AYAM HAINAN
Bahan-bahan
bawang putih
halia
serbuk cendawan (boleh gantikan dengan serbuk perasa ayam / kiub lain-lain)
minyak bijan
sedikit garam
6. RESEPI PERAPAN AYAM BLACK PEPPER
Bahan-bahan
bawang putih
halia
serbuk cendawan (boleh gantikan dengan serbuk perasa ayam / kiub lain-lain)
lada hitam kisar
sedikit garam
7. RESEPI PERAPAN AYAM MIX HERBS
Bahan-bahan
bawang putih
halia
serbuk cendawan (boleh gantikan dengan serbuk perasa ayam / kiub lain-lain)
mixed herbs
cajun
Simpan Dalam Chiller / Freezer
Saya simpan dalam pek macam ni je senang nak simpan.
Bubuh dalam freezer untuk dijadikan stok frozen. Senang dah siap menu macam ni kan?
Nanti kalau nak masak esok, malam tu keluarkan 1 menu dan letak dekat chiller.
BEGINILAH HASILNYA, NAMPAK SEDAP!
Bila dah masak, macam ni lah hasilnya…
Kesemua resipi ini anda boleh masak secara grill. Baru sihat kan? Memang best kalau diet macam ni!
Perjalanan Khuzairi dalam menurunkan berat badan dari 148kg ke 72kg bukan sekadar transformasi fizikal, tetapi juga perjalanan mental dan emosi yang luar biasa.