
Hey pengguna iPhone! Adakah kamu sudah update 13.5? Jika belum inilah masanya yang memerlukan anda untuk update telefon pintarmu!
Setelah itu tahukah anda, ada 16 setting yang perlu anda lakukan sebaik sahaja anda update telefon iPhone anda supaya menjimatkan bateri dan akan memberikan lebih privasi untuk kegunaan anda.
Di video Youtube Brandon Butch, ada menunjukan beberapa contoh untuk telefon anda yang akan menyenangkan kerja dan privasi anda.
Namun harus diingat, setting ini hanya untuk iPhone atau iOS 13.5 sahaja ya.
.
Di bawah ini adalah beberapa setting yang dibuat…
#1: Medical ID
#2: Headphone audio levels
#3: Tutup Networking & Wireless
#4: Disable rating & review di Itunes
#5: Accessibility – Jawab panggilan
#6: Accessibility – Kualiti suara panggilan
#7: Phone: Senyapkan Panggilan Yang Tidak Diketahui
Baca Selanjutnya: 2 Step Mudah, Cara-cara ‘Mute’ Panggilan Yang Tidak Dikenali!
#8: Announce message
#9: Notification: Siri
#10: FaceTime – automatic prominence (iOS 13.5)
#11: Privacy analytics and improvements (Menyelamatkan jangka masa bateri)
#12: Location services & system services (Tutup segalanya)
#13: COVID 19 (Masih dalam penyelengaraan)
#14: Safari Genaral – New tab, AutoFill credit card & Camera Deny
#15: Siri & Search (Untuk menjamin jangka hayat bateri anda)
#16: Hey Siri
Pengiktirafan Buat 3 Tahun Berturut-Turut, Philip Morris Terima Anugerah Majikan Terbaik Di Malaysia!

Selain diberikan gaji yang setimpal, suasana kerja yang aman serta penjagaan kebajikan berkualiti, rata-rata pekerja di Malaysia pastinya akan berasa cukup bertuah jika mempunyai majikan yang baik.
Bukan wang ringgit semata yang menjadi ukuran bagi ramai orang. Mencari hubungan bersama majikan yang baik juga merupakan faktor mengapa mereka terus kekal dan gembira untuk menyumbangkan keringat di sesebuah organisasi atau syarikat.
Tidak dinafikan faktor tersebut juga menjadi salah satu sebab utama mengapa sesetengah pekerja terus setia bersama syarikat mereka.
Diiktiraf menjadi ‘Majikan Terbaik Di Malaysia’ merupakan satu pencapaian yang sangat hebat. Itulah yang telah dikecapi oleh Philip Morris (Malaysia) Sdn Bhd (PMM) yang telah diiktiraf oleh Pensijilan Majikan Terbaik hasil penilaian bebas oleh Top Employer Institute.
Lebih mengagumkan ia merupakan kali ketiga berturut-turut PMM telah menerima pengiktirafan sebagai Majikan Terbaik di Malaysia ini!
Mengulas penerimaan anugerah berprestij ini Pengarah Urusan PMM, Naeem Shahab Khan berkata , berkata pengiktirafan sebagai Majikan Terbaik Malaysia untuk tahun ketiga berturut-turut itu adalah sokongan yang kukuh terhadap persekitaran kerja berkualiti tinggi di PMM.
“Kami terus berusaha untuk kecemerlangan dalam memastikan PMI adalah tempat kerja yang bagus dan sentiasa mencabar diri untuk menyediakan persekitaran kerja dan pengalaman unik kepada kakitangan.
“Dalam perjalanan transformasi, kami mengutamakan pekerja dengan membangunkan tempat kerja yang inklusif dan pelbagai,” katanya dalam satu kenyataan.

Pensijilan itu adalah pengiktirafan terhadap kecemerlangan Philip Morris International (PMI) dalam amalan orang ramai, menubuhkan syarikat dalam kalangan barisan majikan pilihan yang diberi tumpuan memenuhi keperluan kepelbagaian tenaga kerja global.
Ahli gabungan PMI juga diiktiraf sebagai majikan terkemuka di 44 negara di seluruh Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia Pasifik.
Jelas Naeem lagi, syarikat mereka komited untuk mencipta masa depan bebas asap rokok dengan sentiasa berinovasi dan mendorong sempadan baharu dalam membangunkan rangkaian produk bebas asap rokok untuk perokok dewasa yang sebaliknya akan meneruskan merokok.
Beliau berkata, ia mendorong tenaga dan semangat pekerja untuk menyampaikan dan mencipta perubahan yang positif untuk berjuta-juta perokok dewasa di negara ini.
Sebahagian daripada proses pensijilan, PMI dikehendaki menunjukkan kepada juruaudit sumber manusia (HR) bebas bahawa ia cemerlang dalam enam dimensi HR dengan menjawab 400 soalan yang disandarkan dengan bukti.
Syarikat induk PMM, PMI juga adalah salah satu daripada 11 organisasi antarabangsa dianugerahkan pensijilan Majikan Terbaik Global tahun ini. PMI menggaji lebih 73,500 orang di seluruh dunia.
Idea Hadiah Unik Buat Isteri Atau Buah Hati Tersayang

Tidak dapat dinafikan lelaki kadangkala agak keliru dan teragak-agak dalam memilih hadiah untuk isteri atau kekasihnya yang tersayang. Malah ada yang tercegat di dalam kedai kekeringan idea tak tahu nak pilih apa hadiah untuk mereka.
Kini bulan Februari sudah menjelma. Bulan yang ramai menganggapnya sebagai bulan paling romantik. Jadi pasti kesayangan hati anda mengharapkan sesuatu yang istimewa daripada anda. Sebenarnya tidak perlu hadiahkan barang mahal atau berjenama, cukup sekadar ia boleh menggembirakan mereka.
JAM PINTAR
Sama-sama menuju ke arah gaya hidup sihat. Kalau selama ini anda seorang sahaja yang gigih bersenam atau berlari, ajaklah pasangan turut serta. Hadiah jam pintar pasti memberikannya semangat! Ia juga menunjukkan anda perihatin kepada kesihatan pasangan.
PURSE
Purse atau beg duit merupakan barangan yang sering digunakan setiap hari. Boleh dikatakan ia barangan asa dalam beg tangan namun sentiasa terlindung. Hadiahkan mereka purse ini dengan purse yang baru. Pasti mereka suka.
EARPHONE WIRELES
Peranti gaya hidup moden yang boleh memberikan kepuadan audio maksima. Tidak perlu embeli yang terlalu mahal kerana di pasaran sekarang ada pelbagai jenama dan tahap harga. Dengan earphone ini dapatlah dia layan drama Korea dengan tenang tanpa gangguan terutamanya dari anda.
BACA: Hebatnya Lelaki Pendiam, Ramai Wanita Tak Sedar Kelebihan Mereka
PHONE CASE
Phone case atau sarung telefon pintar yang boleh memberikan penampilan unik. Secara tidak langsung, smartphone mereka menjadi lebih cantik, lagi-lagi kalau anda hadiahkan jenis fancy phone case. Lagi mereka suka.
BAJU TIDUR
Bukan baju tidur yang seksi ya! Hadiahkan baju tidur yang selesa dipakai. Baju Pastinya mereka akan lebih selesa tidur dengan pakaian sedemikian. Isteri yang tidurnya lena moodnya juga akan lebih baik. Anda pun happy!
AIS KRIM
Raikan hari-hari bahagia terutamanya pada Hari Kekasih dengan dua perisa aiskrim terbaru Cornetto iaitu Love Series. Cornetto Love Series hadir dalam dua perisa, Raspberry Yoghurt dan Dark Chocolate Brownie. Cornetto Raspberry Yoghurt kaya dengan kepingan kecil biskut mentega manakala Dark Chocolate Brownie pula sarat berperisa dengan rasa coklat gelap dan sos coklat pekat.
Lebih menarik, Cornetto tuut mengadakan Peraduan Love Series Sweet Heart di mana anda berpeluang memenangi baucar TnG eWallet bernilai RM100 bagi 120 peserta secara keseluruhan.
Selain itu, Cornetto turut mengadadakan peraduan eklusif bersama 7-Eleven di mana hadiah wang tunai bernilai RM500 boleh anda rebut.
Untuk maklumat lanjut anda boleh layari FB mereka di sini.
“Buah Amla, Sayur Kale Ini dia 10 Buah & Sayuran Bagus dan Mempunyai Vitamin C” Dr. Noordin

Seperti yang kita tahu Pedana Menteri baru sahaja mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan dari 31 Mac kepada 14 April 2020.
Ramai yang mula bijak mengantur dan membahagikan masa dengan bersenam dan macam-macam lagi. Tidak kurang hebatnya membuat video-video kreatif bercerita mengenai isu semasa.
Terbaru, Dr Noordin Darus melalui Youtbe ada berkongsi sedikit tip serta nasihat untuk orang ramai berkenaan COVID-19.
Menurutnya, orang ramai perlu berfikiran positif terlebih dahulu dan perlu menghindari stress kerana 90% daripada kita masih lagi dalam keadaan selamat.
Malah Dr. Noordin turut memberitahu jangan cakap sebarangan hingga menimbulkan panik terhadap orang ramai kerana dirinya bimbang jika ada individu yang menjadi panik dan berfikiran negatif.
Dalam masa yang sama, Dr. Noordin juga percaya ubat-ubatan untuk COVID19 hampir dan akan di umumkan kelak.
Sungguhpun begitu, dirinya tetap memberitahu 10 makanan yang dapat membantu mempertingkatkan imunisasi serta mempunyau khasiat vitamin C untuk melawan COVID19. Ini antaranya seperti;
#1: Buah Jambu Merah
#2: Buah Amla / Buah Melaka
#3: Belimbing Buluh atau buah citrus
#4: Kiwi
#5: Pisang Kaki
#6: Mangga
#7: Starwberry
#8: Limau bali
#9: Betik
#10: Nanas
Lebih baik jika anda makan terus buahan ini kerana apabila anda makan terus tanpa di buat air, ia akan mengeluakan enzim dan kandungan vitamin juga tidak akan rosak.
Namun sekiranya anda tidak boleh gigit, anda digalakan blender untuk dijadikan smoothie. Bukan buat jus, kerana jus itu memerlukan anda squeeze dan ia akan menghasilkan air dan tiada serat.
Jangan risau jika anda menghidapi penyakit seperti diabetes, anda tetap dibenarkan makan buah-buahan dia atas.
Buah durian belanda, Tembikai China, cherry dan beri juga bagus untuk mengikatkan imunisasi dan menambah kandungan vitamin C untuk melawan COVID19.
Sayur pun tiada bezanya, jangan terkejut jika ia kaya dengan mengadungi vitamin C. Antaranya adalah seperti;
#1: Cili hijau
#2: Cili merah
#3: Cili banggala / capsicum
#4: Parsley
#5: Brokoli
#6: Tomato (harus di masak sedikit untuk dapatkan khasiatnya)
#7: Cauliflower
#8: Kubis
#9: Ubi Kentang / Potato
#10: Lobak
Malah Dr. Noordin juga ada menyebut beberqapa sayur seperti Kale dari luar negara yang kini dah boleh di dapati di Malaysia. Malah semua jenis kekacang juga bagus untuk mengelakkan kandungan vitamin C.
Sayur-sayuran seperti bayam, kangkong dan semua jenis ulam juga bagus untuk kesihatan.