




















Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang





















Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang

Lelaki umur 40-an, makin kacak, bergaya dan awet muda. Dulu, bila sebut lelaki umur 40- an, ramai yang terbayang seseorang yang sudah mulai ‘berusia’, perut makin ke depan, rambut makin beruban, dan gaya hidup makin perlahan.
Tapi zaman sekarang? Stereotaip itu sudah jauh ketinggalan. Lelaki dalam lingkungan umur 40-an kini semakin kacak, tampan, dan bergaya malah lebih menarik berbanding ketika muda!
Kenapa? Sebab ada sesuatu tentang lelaki 40-an yang membuatkan mereka lebih memikat dan berkarisma. Jom kita selami apa yang menjadikan mereka lebih menarik dalam dekad ini.
Lelaki dalam 40-an bukan lagi lelaki yang tercari-cari arah dalam hidup. Mereka sudah lebih stabil, tahu apa yang mereka mahukan, dan lebih yakin dengan diri sendiri. Keyakinan inilah yang menjadikan mereka lebih menarik di mata ramai orang.
Wanita sering tertarik kepada lelaki yang matang dalam pemikiran, bukan sekadar rupa semata-mata. Mereka mahukan seseorang yang boleh menjadi tempat bersandar, seorang yang stabil dari segi emosi dan kewangan, serta tahu bagaimana menguruskan kehidupan dengan bijak. Dan semua ini lebih menyerlah pada lelaki yang sudah memasuki era 40-an.
Lelaki sekarang lebih sedar tentang kepentingan menjaga kesihatan. Ramai yang aktif bersenam, makan secara sihat, dan mengamalkan gaya hidup yang lebih teratur. Hasilnya? Badan lebih fit, kulit lebih segar, dan aura makin menyerlah.
Jika dulu lelaki umur 40-an dikaitkan dengan perut buncit, sekarang ramai yang memiliki bentuk badan yang lebih kemas dan atletik. Dengan rutin senaman yang betul, lelaki 40-an boleh tampak lebih maskulin dan menarik berbanding zaman muda mereka.
Lelaki dalam lingkungan 40-an selalunya sudah mencapai tahap kestabilan dari segi kewangan dan kerjaya. Mereka sudah bekerja bertahun-tahun, membina nama dalam bidang masing-masing, dan lebih tahu bagaimana menguruskan kewangan dengan bijak.
Kemewahan atau kejayaan material bukanlah segalanya, tetapi kestabilan ini memberi mereka kelebihan dalam kehidupan. Dengan pendapatan yang lebih kukuh, mereka mampu berpenampilan lebih bergaya, melancong ke tempat-tempat menarik, dan menjalani kehidupan yang lebih berkualiti.
Lelaki muda mungkin lebih suka bereksperimen dengan gaya fesyen mereka, tetapi lelaki 40-an tahu apa yang sesuai dan apa yang membuat mereka nampak terbaik. Mereka memilih pakaian yang lebih matang, kemas, dan sesuai dengan personaliti mereka.
Sama ada berpakaian kasual atau formal, mereka tahu bagaimana untuk tampil bergaya tanpa perlu mencuba terlalu keras. Setiap helaian yang dipakai menampakkan keyakinan dan kelas tersendiri.
Lelaki yang sudah melalui pelbagai fasa kehidupan mempunyai sesuatu yang lelaki muda belum ada iaitu pengalaman. Mereka lebih bijak dalam berkomunikasi, tahu bagaimana menangani situasi dengan tenang, dan lebih menghargai kehidupan.
Mereka juga lebih memahami emosi dan keperluan orang lain, menjadikan mereka lebih disayangi oleh pasangan, keluarga, dan rakan-rakan.
Kesimpulan
Lelaki dalam 40-an bukan lagi lelaki yang dianggap ‘menuju tua’. Sebaliknya, mereka adalah lelaki yang sedang berada di kemuncak kehebatan—lebih matang, lebih bijak, lebih bergaya, dan lebih menarik dari segi fizikal serta mental.
Jadi, jika anda seorang lelaki dalam lingkungan 40-an, yakinlah bahawa anda berada di fasa terbaik dalam hidup. Dan jika anda mengenali lelaki 40-an dalam hidup anda, hargailah kerana mereka adalah lambang ketampanan dan kejayaan yang sebenar!
Kredit foto: Instagram Zahiril Adzim
BACA: Lelaki Kelantan Paling Tampan Lelaki Kedah Paling Lawak. Ini Buktinya!
Amalkan Ambil Jenis-Jenis Makanan Ini Untuk Kulit Wajah Lebih Tampan
6 Rahsia Mudah Lelaki Kekal Awet Muda dan Tampak Segar Sentiasa!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

Rasanya macam baru semalam kita di hebohkan dengan perkahwinan bekas 2 personaliti dan pengacara sama cantik dan sama padan ni. Dah 13 tahun rupanya personaliti Aidid Marcello bersama Norzie Pak Wan Chik sudah mendirikan rumah tangga dan tahun ini merupakan anniversary ke 13 mereka. Setiap kali ulang tahun perkahwinan mereka, Aidid tidak pernah terlepas untuk mengucapkan doa dan rasa cinta Aidid kepada isteri tercinta.
Aidid dan Norzie telah mendirikan rumah tangga pada tahun tahun 2005 dan dikurniakan 4 orang cahaya mata, seorang perempuan dan 3 orang lelaki. Biarpun ketika ini Aidid telah mempunyai syarikat sendiri, tanggungjawab sebagai ayah dan suami dilaksanakan dengan sebaiknya.
Norzie Pak Wan Chik pernah menjadi pengacara rancangan Nona di TV3, sebelum mengambil keputusan berhenti untuk menumpukan sepenuh perhatian beliau terhadap keluarga.
“Dia faham kerja aku
Dia tahan karenah aku
Dia tahan lawak bodoh aku
Dia always support aku
Dia tak suka orang kencing aku
Dia sayang aku sangat-sangat
“Thank you sayang sebab dah macam-macam kita harung selama 13 tahun, daripada tak reti apa pasai nak jaga 1st baby… sampailah anak pun dah tua bangka dah… kita pun makin tua dan makin menyembah bumi…
“semua yang baca komen ni, doakanlah dalam hati supaya kami sentiasa dirahmati dan dikekalkan jodoh hingga ke akhir hayat.
“Yang penting sama2lah kita tegur menegur, bantu membantu bukan hanya utk menjadi pasangan didunia, tetapi kita doa utk terus jumpa di SANA bila sampai waktunya. I ❤️you b!
Sorry kena kerja jauh dari u, tapi hati kita sentiasa bercantum… HAPPY 13th ANNIVERSARY ?” tulis Aidid.
Sweet kan ucapan Aidid buat isteri tersayangnya. Mari la kita sama-sama mendoakan agar pasangan ini berkekalan hingga ke Jannah dan peliharakanlah rumah tangga pasangan ini agar senantiasa aman dan damai serta dijauhi daripada segala cubaan serta dugaan yang merosakkan ikatan mereka, in shaa Allah, aamiin!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

Siapa sangka, aplikasi yang kini mula mencuri perhatian ramai di TikTok, Power Congak yang dulu dikenali dengan nama Yim Genius sebenarnya bermula dari sebuah niat kecil tetapi sangat bermakna seorang ayah nak bantu anaknya kuasai matematik dengan cara yang seronok.
Ayah itu bukan orang biasa-biasa. Beliau ialah pelakon dan pengarah terkenal, Ungku Ismail, yang ramai kenal dari dunia lakonan dan filem.
Tapi di sebalik dunia glamor, Ungku juga adalah seorang ayah yang cukup ambil berat tentang pendidikan anak.
Anaknya, Ibrahim, agak lemah dalam matematik. Tapi Ungku tahu, nak pandai dalam subjek ni bukan soal bakat, tapi soal latihan yang konsisten.
Namun, seperti kebanyakan budak lain, Ibrahim cepat bosan bila disuruh buat latihan matematik berulang kali.
Mujurlah Ungku bukan jenis ayah yang hanya tahu suruh.
Dengan latar belakang dalam dunia digital dan pengalaman hands-on dalam penciptaan animasi serta pembangunan permainan interaktif, dia mula bangunkan satu aplikasi khas gabungan antara latihan matematik dan elemen video game.
App itu direka supaya Ibrahim “tertipu” dia rasa macam main game, tapi sebenarnya tengah buat latihan congak.
Ada ganjaran bintang, ada sistem markah, ada cabaran naik level, malah ada naratif yang buatkan Ibrahim rasa dia sedang jadi ‘hero’ dalam game, bukan budak yang tengah struggle dengan nombor.
Apa yang pada mulanya sekadar projek bonding antara ayah dan anak, kini berubah menjadi alat pendidikan digital yang mula mencuri perhatian ramai.
Ungku perasan, selepas beberapa bulan guna app ni, Ibrahim tak hanya lebih cekap, malah mampu congak nombor 3 digit dalam masa kurang 10 saat satu pencapaian yang mengagumkan bagi seorang kanak-kanak.
Dan yang lebih membanggakan Ibrahim berjaya jadi johan pertandingan congak di sekolahnya.
Dari seorang budak yang tak minat nombor, jadi budak yang excited nak ‘naik level’ setiap hari.
Kisah Power Congakk mula jadi bualan ramai selepas Nad Zainal isterinya, berkongsi video tentang aplikasi ini di akaunnya.
Dengan cara penyampaian yang santai dan relatable, video itu viral dalam masa singkat membuka mata ramai ibu bapa yang selama ini tercari-cari kaedah baru untuk bantu anak mereka belajar matematik dengan cara lebih seronok dan kurang tekanan.
Melihat sambutan luar biasa ini, Ungku Ismail tak bercadang untuk berhenti setakat matematik sahaja.
BACA LAGI : Kisah YB Steven Sim Bantu Pelajar Susah Hingga Berjaya Bergelar Doktor
Beliau sudah merancang untuk kembangkan Power Congakk kepada subjek-subjek lain, lengkap dengan set soalan mengikut silibus, mini game yang sesuai ikut umur, dan sistem ganjaran yang boleh galakkan budak untuk terus konsisten belajar tanpa rasa terpaksa.
Kerana bagi Ungku, bila budak enjoy belajar, itu dah separuh kemenangan.
Power Congakk bukan sekadar aplikasi. Ia adalah bukti bahawa kasih sayang seorang ayah, bila digabung dengan kreativiti dan teknologi, boleh ubah cara kita mendidik generasi akan datang.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang
© Hakcipta Terpelihara Nu Ideaktiv Sdn. Bhd ❤️ Dikendali Oleh Astro Group
