Buat 16 tahun berturut-turut, Samsung Electronics Co. Ltd telah dinobatkan sebagai peneraju utama pengeluar televisyen. Sebagai pemain utama segmen tersebut mereka turut mengumumkan beberapa pembaharuan serta teknologi paparan terkini menerusi 2022 Media Forum yang diadakan nanti.

Media Forum yang dahulunya dikenali nama Technical Seminars menjadi platform unik untuk mengetengahkan teknologi dan inovasi paparan visual yang terbaik di dunia. Untuk edisi tahun ini ia akan dilancarkan menerusi seminar digital melibatkan negara dari 6 benua berbeza dari 11 April sehingga 16 Mei 2022.

Jelas Timbalan Presiden Eksekutif Perniagaan Paparan Visual Samsung Electronics, Simon Sung, “Media Forum menawarkan pendekatan produk secara terus terhadap pelbagai produk baharu serta memberikan informasi mendalam setiap produk.

2022 Media Forum Showcasing Jadi Medan Samsung Electronics Perkenalkan Inovasi Neo QLED 8K

 

“Kami menantikan masa peluang yang sesuai untuk mengadakan acara secara fizikal pada masa akan datang dan teruja berkongsi inovasi produk kami dari jurutera, pakar produk dan pelbagai lagi,” tambahnya lagi.

IKLAN

Selaras dengan visi ‘Screen Everywhere, Screens For All’, Samsung Electronics memperkenalkan teknologi baharu untuk line-up sepanjang tahun 2022. Bukan sahaja kemampuan sambungan pelbagai peranti dan ekosistem yang stabil, mereka turut menampilkan kualiti paparan tahap terbaik.

Berikut merupakan line-up yang akan diperkenalkan oleh Samsung.

Neo QLED 8K

Teknologi paparan terkini menampilkan Quantum Processor 8K. Turut tampil dengan 14-bit contrast mapping dengan bantuan A1.

IKLAN

The Ultimate Gaming Experiences

Menawarkan visual gaming terbaik serta turut hadir dengan Gaming Hub, platform penstriman terkini.

Livestyle Portfolio

IKLAN

Memaparkan pengenalan teknologi gaya hidup canggih seperti EyeComfort dan Smart Calibration

Sound Features dan Devices

Pembaharuan teknologi audio yang dikuasakan oleh Dolby Atmos.

Sustainability as Its Core

Mengetengahkan kesedaran kelestarian alam dengan mengurangkan kesan rumah hijau. Pengenalan Solar Cell Remote turut menggunakan kurang 90% dakwat serta dawai kokot.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI