Azmeer, Iggy dan Amir merupakan tiga pemuda Malaysia yang nekad meninggallan pekerjaan mereka setahun lalu semata-mata mahu melihat dunia.
Ya, melihat dunia dari kaca mata sendiri dengan cara berbasikal. Berbasikal mengelilingi dunia tuan-tuan dan puan-puan!
Tetapi siapakah mereka? Mereka cuma insan biasa, rakyat Malaysia yang klise wujud tanpa pengetahuan ‘orang-orang besar’.
Jadi bagaimana mereka menjalankan ekspedisi ini? Jawapannya hanya dengan duit simpanan sendiri.
Kyrgyzstan negara ke-22 dijelajahi
Ujar Muhammad Amir Arsad di laman Facebooknya, dia dan rakan-rakannya sudah menjelajah ke-22 nagara termasuk Kyrgzstan ketika ini.
Maka dengan itu, berbaki lagi lima negara yang perlu direntasi Amir serta dua sahabat baiknya, Azmeer dan Iggy.
Penjelajahan itu bermula dari United Kingdom dan misinya adalah untuk tiba di Malaysia dalam keadaan yang selamat.
Ads
Selain itu, dapat melihat tempat orang dan keindahan alam ciptaan Tuhan yang maha Esa secara dekat.
Berapa yang dibelanjakan?
Langsung tidak mencecah USD1,500 bagi setiap orang dan perjalanan misi berbasikal ini juga langsung tidak mendapat tajaan sesiapa pun!
Kenapa? Kerana mereka adalah true explorer atau ‘orang-orang besar’ kurang memandang mereka atau jelajah mereka tidak mendapat publisiti?
Buat cara setakat yang mampu
Tak salah jika punyai impian untuk merentasi dunia dan membawa nama Malaysia ke setiap ceruk yang dilalui.
Ads
Tetapi sebagai seseorang yang rasional, Amir menegaskan kemampuan diri adalah sesuatu yang perlu dititik beratkan terlebih dahulu.
Jika tidak mampu, buatlah cara tidak mampu seperti berjimat sehabis mungkin, tidur dalam khemah, menumpang rehat di masjid atau di rumah penduduk tempatan yang baik hati.
Masak pun masak sendiri atau beli makanan yang murah-murah sahaja dengan mengehadkan perbelanjaan sehari sekitar USD3 hingga USD4 sahaja.
Jadi bagi Amir, tindakan individu yang meminta pelbagai pihak membiayai USD1 Juta bagi larian amalnya adalah sesuatu yang melampau dan tidak layak digelar ‘misi kemanusiaan’ untuk mengharumkan nama Malaysia.
USD1 juta untuk duduk hotel 5 start dan flight first class?
Ads
Bagi Amir yang sedang berada dalam mood atau suasana mengembara, permintaan pembiayaan USD1 juta itu dianggap sangat keterlaluan.
Amir juga berharap nilai tersebut dapat dikongsikan apakah perbelanjaannya. Adakah untuk duduk di hotel 5 star, makan mewah atau terbang dengan flight first class?
Kesemua itu perlu dijelaskan kepada rakyat Malaysia yang turut sama bakal memberi sumbangan nanti.
Kerana bagi Amir nilai USD1 juta itu tersangatlah besar dan nilainya adalah lebih baik digunakan bagi tujuan pembangunan di Malaysia.
Sanggup gadai harta jika misi kemanusiaan hentikan penderitaan
Kongsi Amir lagi, dia sanggup menggadaikan semua harta yang dia ada untuk menaja misi kemanusiaan individu terbabit sekiranya dengan dana tersebut, ia dapat menghentikan penderitaan manusia di seluruh dunia.
Jika tidak, Amir menasihatkan agar jumlah tersebut digunakan untuk pembangunan negara dan masyarakat kerana ia lebih bermanfaat.
Sumber : Muhammad Amir Arsad
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jenama pakaian sukan global, 361°, kini secara rasmi melangkah ke pasaran Malaysia dengan pembukaan cawangan pertamanya di pusat beli-belah AEON Bukit Tinggi.
Kehadiran jenama ini di Malaysia menandakan langkah strategik dalam memperluas pasaran di Asia Tenggara dan memenuhi permintaan untuk produk sukan berkualiti tinggi.
Cawangan Pertama dengan Produk Inovatif
361° AEON Bukit Tinggi menawarkan pelbagai pilihan produk sukan premium termasuk kasut larian berteknologi tinggi, pakaian atletik dan aksesori sukan.
Dengan reka bentuk kedai yang moden dan interaktif, pelanggan dijanjikan pengalaman membeli-belah yang menarik sambil meneroka inovasi terkini dalam teknologi pakaian sukan.
Pengurus Besar 361° OSD (Jabatan Antarabangsa), Ouyang, menyatakan, “Malaysia adalah destinasi yang tepat untuk kami memperkenalkan jenama ini kerana budaya sukan yang semakin berkembang di sini. Kami yakin produk kami, yang menggabungkan teknologi unggul dengan reka bentuk inovatif, akan menarik minat pengguna tempatan.”
Foto : X
Produk untuk Semua Golongan
Kedai ini memenuhi keperluan pelbagai jenis sukan seperti larian, bola keranjang, aktiviti luar dan latihan kecergasan.
Sama ada untuk atlet profesional atau individu yang ingin menjalani gaya hidup aktif, 361° menyediakan produk yang direka untuk meningkatkan prestasi sambil menawarkan keselesaan maksimum.
Produk ikonik seperti kasut larian dengan teknologi QU!KFOAM dan sistem kusyen yang canggih memberikan sokongan optimum serta tenaga yang meningkatkan prestasi.
Bagi memeriahkan pelancaran, 361° menawarkan promosi istimewa dan diskaun eksklusif kepada pelanggan awal.
Selain itu, pelbagai acara menarik turut diadakan untuk melibatkan pelanggan dan memperkenalkan koleksi terkini jenama ini.
Jenama 361°
Ditubuhkan pada tahun 2003, 361° telah berkembang menjadi salah satu jenama global yang terkemuka dalam pakaian sukan berprestasi tinggi.
Dengan kehadiran di lebih 60 negara, jenama ini komited dalam menyediakan produk inovatif yang memenuhi keperluan atlet dari pelbagai peringkat.
361° terus berinovasi dengan teknologi terkini untuk menghasilkan produk berkualiti yang dipercayai oleh atlet di seluruh dunia, menjadikannya pilihan utama bagi mereka yang mementingkan prestasi dan keselesaan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
@maskulinmy Model motard pertama kami dapat reviu dalam channel ni, Aveta VTM. Sebuah model lasak untuk mereka yang masih “Gila-Gila Remaja”. Secara keseluruhan, ia sebuah model yang berpotensi untuk dijadikan jentera perlumbaan. Untuk video penuh boleh tonton di Youtube dan Facebook Roda Panas! #maskulin#rodapanas#aveta#automotif♬ original sound – Maskulin
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Daging terutamanya bahagian berlemak seperti tulang rusuk dan bacon mengandungi lemak tepu yang sangat tinggi. Gantikan daging, bacon dan sosej dengan ayam tanpa lemak. Berhati-hati dengan bahagian ayam yang anda makan. Daging ayam seperti di bahagian peha dan kepak adalah lebih banyak kandungan lemak berbanding dengan daging putih di bahagian dada ayam.
Gunakan lebih banyak minyak zaitun di dalam masakan.
Minyak zaitun mengandungi lemak tak tepu – polyunsaturated and monounsaturated; yang mana boleh membantu menurunkan kadar kolesterol serta boleh menggantikan lemak tepu dalam masakan anda.
Ketahui berapa jumlah lemak yang anda perlukan setiap hari.
Bagi mereka yang mengamalkan 2000 kalori diet, wanita tidak boleh mengambil melebihi 18 gram lemak tepu manakala bagi lelaki tidak boleh melebihi 20 gram lemak tepu. Anda digalakkan makan separuh dada ayam tanpa kulit yang hanya menyumbang 2 gram lemak tepu ke dalam tubuh badan anda.
Elakkan makanan beku
Kebanyakan makanan yang dibekukan ini mengandungi kandungan lemak tepu yang sangat tinggi.
Panggang daging yang anda ingin makan
Jika anda menggoreng sepotong daging, daging itu akan digoreng dengan lemaknya sendiri. Daging tersebut akan menyerap semula lemak dan minyak yang digunakan untuk menggoreng. Sebaliknya, apabila anda memanggang daging, lemak pada daging tersebut akan mengalir keluar dan tidak akan diserap semula.
Tambahkan suplemen Omega-3 ke dalam diet harian anda.
Omega-3 adalah sejenis asid lemak yang baik untuk tubuh badan anda yang membantu ‘melawan’ lemak tepu dan kolesterol yang ‘jahat’. Selain itu, Omega-3 ini juga membantu mengawal keradangan di dalam badan, menguatkan jantung, membantu penglihatan yang baik, serta boleh meningkatkan mood anda. Omega-3 ini boleh didapatkan dari sumber beberapa jenis ikan seperti salmon, ikan kembung, tuna, dan sardin. Anda juga boleh membeli kapsul supplemen Omega-3 di pelbagai farmasi dan klinik.
Kurangkan pengambilan harian produk tenusu
Keju mengandungi lemak tepu yang sangat tinggi, sama seperti susu lemak penuh. Apabila anda ingin menggunakan keju dalam makanan, pilih keju yang berasaskan susu rendah lemak. Kepada penggemar air susu pula, cuba beralih kepada susu tepung dari susu lemak penuh.
Sumber : kevinzahri
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bak kata orang sukan larian atau lebih popular di kalangan orang awam sebagai ‘jogging’ boleh dilakukan tanpa menggunakan apa-apa peralatan mahal. Apa yang penting hanyalah sepasang kasut larian yang sesuai dan selesa.
Tapi tahukah anda selain memberikan faedah kesihatan kepada anda aktiviti larian juga mempunyai banyak faedahnya?
Berikut merupakan faedah aktiviti larian yang anda akan dapat!
1) HILANGKAN STRES
Pernahkah anda melihat filem ‘Forest Gump’? Di dalam filem itu karakternya berlari kerana dia tidak tahu bagaimana untuk mengendalikan stres. Seterusnya menjadi legenda larian yang mendapat liputam. Begitulah antara faedah larian. Ia dapat meringankan stres anda dan membuang segala tenaga berlebihan yang selama ini membebankan anda.
2) KEMBALIKAN TENAGA DALAMAN
Jika mengamalkan aktiviti larian secara konsisten stamina anda akan bertambah. Dan bila stamina bertambah secara tak langsung tenaga dalaman atau batin anda juga akan meningkat. Selain anda pasangan juga akan dapat merasa kelebihan ini, bukan? Jadi teruskan berlari untuk anda terus mantap.
3) KESIHATAN JANTUNG
Antara kelebihan kesihatan yang anda perolehi ialah meningkatkan kadar kesihatan kardiovaskular atau jantung. Dengan setiap aktiviti larian anda akan melatih jantung untuk bekerja dan membantu pengaliran darah dengan baik. Anda secara tak langsung boleh mengurabgkan risiko serangan jantung, darah tinggi atau strok.
4) TURUNKAN BERAT BADAN
MASKULIN sendiri telah melihat banyak testimoni orang yang berjaya turunkan berat badan dengan berkala dan baik dengan hanya melakukan larian. Pembakarana kalori yang efisien akan berlaku jika anda sentiasa konsisten melakukan aktiviti larian sekali gus membakar lemak yang degil.
5) BINA KEKUATAN TULANG & OTOT
Jika berlari secara konsisten anda sebenarnya sedang memberi bebanan otot dan tulang secara positif. Pada masa yang sama tulang akan dirangsang untuk jadi lebih kuat dan tak mudah dimamah usia.
Anda tak percaya? Cuba jogging sejauh kira-kira 5 kilometer anda lihat bagaimana sendiri kualiti tidur anda pada malam tersebut. Disebabkan anda menggunakan tenaga yang banyak tidur anda akan jadi lebih nyenyak. Selain itu anda juga boleh tetapkan tidur yang lebih teratur.
7) ALIRAN DARAH LEBIH BAIK
Semasa anda jogging darah yang kaya sdengan oksigen akan dialirkan dengan baik ke bahagian otak. Lalu menyebabkan bekalan oksigen di bahagian otak mencukupi. Ini akan buat anda jadi lebih segar dan produktif.
8) KEHIDUPAN SOSIAL
Bila anda sudah selesa berlari apa kata cuba masuk pertandingan larian. Jika tak sempat untuk sertai mana-mana pertadingan, jangan risau. Anda boleh sertai cabaran virtual run. Sebagai contohnya cabarabn virtual run MASKULIN DARE yang akan bermula tak lama lagi!
9) KULIT
Kulit yang sihat datang dari aktiviti yang sihat. Dengan aktif berlari anda akan merangsang pengaliran darah dalam badan. Pembuangan sisa toksin menerusi peluh dan kulit juga akan lebih efisyen dan sekali gus menjadikan kulit anda lebih sihat.
10) MOTIVASI DIRI
Berlari juga dapat membawa minda anda untuk mendapat motivasi. Sebagai contoh bila anda letakkan sasaran jaraka larian. Bila ia tercapai pasti anda akan rasa sangat puas hati dan bangga dengan diri sendiri kerana berjaya melakukannya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.