Pernahkah anda terfikir sama ada si dia benar-benar menyimpan perasaan terhadap anda atau hanya bersikap mesra?
Lelaki biasanya tidak terlalu vokal tentang perasaan mereka, tetapi tingkah laku mereka boleh memberikan petunjuk yang jelas.
Jika anda ingin mengetahui sama ada seorang lelaki benar-benar menyukai anda, perhatikan tiga petanda ini!
Foto : Sirap Limau
Dia Selalu Mencari Alasan untuk Dekat dengan Anda
Apabila seorang lelaki benar-benar menyukai seseorang, dia akan berusaha untuk dekat dengan anda, walaupun untuk alasan yang kecil.
Sama ada melalui Whatsapp, panggilan telefon atau pelbagai situasi lain, dia sentiasa mencari jalan untuk melibatkan anda dalam hari-harinya.
Walaupun kelihatan seperti perkara remeh, tindakan ini sebenarnya menunjukkan bahawa dia menghargai pandangan anda dan ingin meluangkan masa bersama anda.
Lebih-lebih lagi, jika dia seorang yang “fast response” atau menunjukkan keghairahan untuk berbual, itu petanda kuat dia benar-benar memberi perhatian kepada anda.
Dia Memberikan Perhatian Lebih Daripada Orang Lain
Lelaki yang suka kepada seseorang cenderung akan memberikan layanan istimewa kepada orang tersebut.
Ads
Dia mungkin bertanya lebih banyak tentang anda, menunjukkan minat terhadap minat anda atau memastikan anda berada dalam keadaan yang selesa.
Dia juga mungkin bertindak melindungi, seperti memastikan anda berjalan di sebelah jalan yang selamat, membukakan pintu atau menawarkan bantuan walaupun anda tidak memintanya.
Tindakan kecil seperti ini adalah bukti bahawa anda istimewa di matanya.
Foto : Petua Dan Maklumat Berguna
Bahasa Tubuh yang Sukar Disembunyikan
Lelaki mungkin tidak selalu berterus terang tentang perasaan mereka, tetapi bahasa tubuh mereka boleh menjadi “jawapan” yang paling jujur.
Ads
Jika dia kerap mencuri pandang atau memandang anda ketika anda bercakap, ini adalah salah satu tanda dia menyukai anda.
Selain itu, dia sering kelihatan gembira dan tidak dapat menyembunyikan senyuman apabila melihat anda.
Dia juga mungkin mencari alasan untuk duduk lebih dekat atau berdiri lebih rapat dengan anda semasa berbual.
Bahasa tubuh adalah cara semula jadi untuk menunjukkan minat seseorang tanpa perlu berkata-kata, jadi perhatikan isyarat-isyarat ini dengan teliti.
10 kesalahan berpakaian yang sering dilakukan oleh lelaki. Semak perkara-perkara ini supaya anda dapat memastikan anda berpakaian dengan betul dan kelihatan hebat.
1. Lengan baju menutup jam tangan
Jika anda suka memakai jam tangan, lebih baik untuk melipat lengan baju anda. Pertama sekali, lebih mudah bagi anda melihat waktu jam. Kedua, jam tangan di bawah kain lengan akan menyebabkan kelihatan hodoh atau tidak kemas.
2. Kemeja-T bercetak
Pilih kemeja-T yang biasa, terutamanya jika anda akan memakai jaket di luarnya. Kemeja-T bercetak hanya satu trend fesyen, yang sudah ketinggalan zaman. Fikirkan bagaimana James Dean berpakaian. Gaya Dean sentiasa kelihatan klasik dan ringkas.
Adalah lebih baik untuk membelanjakan wang dengan kemeja-T putih dan seluar jeans dengan potongan yang baik daripada membeli kemeja-T bercetak yang sudah ketinggalan zaman. Tidak hairanlah Lana Del Rey menyanyi, “Jeans biru, baju putih” dalam lagu hitnya.
3. Kemeja-T berlengan besar dan labuh
Memakai kemeja-T berlengan besar dan labuh adalah memburukkan penampilan anda. Pilih lengan kemeja-T yang sesuai dengan diri anda. Jangan merosakkan penampilan anda.
4. Memakai tali pinggang dan penggantung pada masa yang sama
Tali pinggang dan pendakap dipakai secara berasingan dan tidak seharusnya dipakai bersama. Lagipun, kedua-dua aksesori direka untuk menjaga seluar anda daripada terlondeh.
5. Baju berkedut
Sesungguhnya menyeterika pakaian bukanlah pekerjaan yang menyenangkan, tetapi ia adalah keutamaan jika anda ingin kelihatan kemas.
Pakaian berkedut kelihatan tidak kemas dan boleh merosakkan keyakinan anda. Sama ada anda suka atau tidak, sesetengah pakaian memang wajib untuk diseterika.
6. Saiz yang salah
Jika anda hendak membeli sut adalah lebih baik anda pergi berjumpa tukang jahit. Ia adalah supaya sut tersebut betul-betul sepadan dengan saiz tubuh anda.
7. Butang jaket atau kot
Jangan butang semua jaket atau kot anda melainkan ia hanya mempunyai satu butang. Atau hanya biar butang bawah sekali dibuka dan jangan lupa buka kesemua butang apabila anda duduk.
8. Memasukkan baju ke dalam seluar
Sesetengah lelaki masih memakai baju kemeja tanpa memasukkannya ke dalam seluar. Tidak kira apa warna baju kemeja itu, coraknya, atau sama ada berlengan panjang atau pendek – jika anda bukan berusia 13 tahun ke bawah, anda harus memasukkan kemeja anda ke dalam seluar. Ia akan membuat anda kelihatan lebih kemas dan menarik.
9. Poket kembung
Tiada ada yang lebih buruk daripada melihat pakaian yang cantik dan elegan tetapi diburukkan dengan poket yang terbonjol. Sebagai peraturan, lelaki biasanya membawa kunci, telefon bimbit, dan dompet dalam poket mereka.
Sekiranya poket jaket atau kot anda tidak mempunyai tempat untuk barang-barang ini, letakkan barang-barang keperluan anda di dalam clutch bag.
10. Hanya memakai sut hitam setiap hari
Sut berwarna hitam selalunya sesuai dipakai untuk majlis pengebumian. Anda boleh mencuba untuk memakai sut berwarna lain selain hitam, warna yang sesuai dengan penampilan anda. Walau bagaimanapun, jangan membeli sut yang diperbuat daripada kain berkilat.
Sumber : Era Baru
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KERETA dan lelaki memang sukar dipisahkan malah ada di antara mereka sanggup berhabisan berpuluh-puluh ribu ringgit di dalam melakukan pengubahsuaian kereta. Namun, apakah perasaan anda sekiranya kereta idaman milik anda yang anda sayangi selama ini telah dijadikan sebagai ‘kanvas’ lukisan oleh anak anda? Begitulah pengalaman ‘ngeri’ seorang lelaki apabia mendapati kereta kesayangannya yang berwarna putih itu telah diconteng oleh anak perempuan dengan menggunakan pen berdakwat kekal.
Lelaki yang hanya dikenali sebagai Yang ini telah memuatnaik beberapa keping gambar keretanya yang telah mendapat ‘sentuhan khas’ anak perempuannya itu ke laman Facebook beliau. Daripada gambar tersebut, anak Yang boleh dilihat masih leka menconteng kereta kesayangan milik ayahnya itu tanpa menyedari perbuatannya itu bakal mendatangkan masalah.
Namun bagi Yang, ianya bukanlah sebuah perkara yang besar dan beliau menganggap ianya sebagai salah satu proses pembelajaran seorang kanak-kanak Bukan sahaja tidak menyuruh anak perempuannya berhenti daripada melukis, Yang turut memberikan galakan dengan menyuruh anak perempuannya itu supaya membuat latihan melukis lagi. Menurutnya lagi, dia tidak akan memadan lukisan tersebut kerana mahu menjadikannya sebagai kenang-kenangan manis apabila anaknya dewasa kelak.
Bagus betul bapa ni kan.
Sumber : Taiko tai
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Berusia 17 tahun, Rizky Langit Ramadhan membesar sebagai remaja yang tampan.
Tanggal 3 Oktober lepas genaplah 17 tahun usia Rizky. Anak tunggal pelantun lagu Tegar ini semakin kacak dan tinggi lampai serta sangat menyayangi ibunya.
Ramai mengatakan ibu anak ini kelihatan seperti kakak dan adik lebih-lebih lagi apabila Rizky berdiri bersebelahan dengan Rossa.
Rossa atau nama sebenarnya Sri Rossa Roslaina Handayani dilihat sering memuat naik gambar bersama anak lelakinya, Rizki Langit Ramadhan di laman instragram.
Apa yang menarik perhatian ramai, anak lelaki penyanyi itu dilihat sudah semakin dewasa dan gaya mereka seperti seorang kakak dan adik atau lebih kepada rakan sebaya. Tidak dinafikan susuk tubuh Rossa yang genit dan wajahnya yang awet muda seakan membuatkan ramai yang tidak percaya bahawa usianya kini sudah menginjak 45 tahun.
Rizky Langit Ramadhan merupakan anak tunggal hasil perkongsian hidup Rossa bersama bekas suami yang juga anggota kumpulan Padi, Yoyo. Mereka berkahwin pada 18 Mac 2004 namun berakhir dengan perpisahan pada tahun 2009.
Kagum dengan sikap profesional Dato’ Sri Rossa dan bekas suami yang juga anggota kumpulan Padi, Yoyo. Walau ikatan perkahwinan yang dibina tidak berkekalan namun kedua-duanya masih menjalin hubungan baik.
Apatah lagi mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Rizky Langit Ramadhan yang makin menginjak dewasa.
Pastinya sebagai ibu bapa Rossa dan Yoyo perlu saling bertolak-ansur demi anak tersayang. Biarpun sudah 14 tahun berpisah, penyanyi pujaan negara jiran ini tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap anak.
Rossa juga pernah berkongsi bahawa anak tunggalnya ini tidak terlalu minat dalam bidang nyanyian dan lebih cenderung dengan aktiviti melukis anime atau kartun.
Pada usia 40-an, Rossa kelihatan menjalani kehidupan yang bahagia dan sentiasa positif. Selain mengamalkan pemakanan sihat, beliau juga kerap membuat latihan pilates untuk mengekalkan bentuk badan serta stamina di atas pentas.
Like mother like son! Ketampanan anak muda ini sudah pasti diwarisi oleh kedua ibu bapanya. Betul tak?