Jenama pakaian sukan global, 361°, kini secara rasmi melangkah ke pasaran Malaysia dengan pembukaan cawangan pertamanya di pusat beli-belah AEON Bukit Tinggi.
Kehadiran jenama ini di Malaysia menandakan langkah strategik dalam memperluas pasaran di Asia Tenggara dan memenuhi permintaan untuk produk sukan berkualiti tinggi.
Cawangan Pertama dengan Produk Inovatif
361° AEON Bukit Tinggi menawarkan pelbagai pilihan produk sukan premium termasuk kasut larian berteknologi tinggi, pakaian atletik dan aksesori sukan.
Dengan reka bentuk kedai yang moden dan interaktif, pelanggan dijanjikan pengalaman membeli-belah yang menarik sambil meneroka inovasi terkini dalam teknologi pakaian sukan.
Pengurus Besar 361° OSD (Jabatan Antarabangsa), Ouyang, menyatakan, “Malaysia adalah destinasi yang tepat untuk kami memperkenalkan jenama ini kerana budaya sukan yang semakin berkembang di sini. Kami yakin produk kami, yang menggabungkan teknologi unggul dengan reka bentuk inovatif, akan menarik minat pengguna tempatan.”
Foto : X
Produk untuk Semua Golongan
Kedai ini memenuhi keperluan pelbagai jenis sukan seperti larian, bola keranjang, aktiviti luar dan latihan kecergasan.
Ads
Sama ada untuk atlet profesional atau individu yang ingin menjalani gaya hidup aktif, 361° menyediakan produk yang direka untuk meningkatkan prestasi sambil menawarkan keselesaan maksimum.
Produk ikonik seperti kasut larian dengan teknologi QU!KFOAM dan sistem kusyen yang canggih memberikan sokongan optimum serta tenaga yang meningkatkan prestasi.
Bagi memeriahkan pelancaran, 361° menawarkan promosi istimewa dan diskaun eksklusif kepada pelanggan awal.
Selain itu, pelbagai acara menarik turut diadakan untuk melibatkan pelanggan dan memperkenalkan koleksi terkini jenama ini.
Jenama 361°
Ditubuhkan pada tahun 2003, 361° telah berkembang menjadi salah satu jenama global yang terkemuka dalam pakaian sukan berprestasi tinggi.
Ads
Dengan kehadiran di lebih 60 negara, jenama ini komited dalam menyediakan produk inovatif yang memenuhi keperluan atlet dari pelbagai peringkat.
361° terus berinovasi dengan teknologi terkini untuk menghasilkan produk berkualiti yang dipercayai oleh atlet di seluruh dunia, menjadikannya pilihan utama bagi mereka yang mementingkan prestasi dan keselesaan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
@maskulinmy Model motard pertama kami dapat reviu dalam channel ni, Aveta VTM. Sebuah model lasak untuk mereka yang masih “Gila-Gila Remaja”. Secara keseluruhan, ia sebuah model yang berpotensi untuk dijadikan jentera perlumbaan. Untuk video penuh boleh tonton di Youtube dan Facebook Roda Panas! #maskulin#rodapanas#aveta#automotif♬ original sound – Maskulin
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jaga-jaga! Anda mungkin alami hipersomnia jika selalu mengantuk di waktu siang walaupun sudah tidur secukupnya di sebelah malam.
Simptom ini menunjukkan anda mengalami hipersomnia di mana anda akan rasa mengantuk yang keterlaluan disebabkan anda tidur berlebihan pada waktu malam.
Simptom gejala hipersomnia ini dikongsikan oleh Intan Jelita Etp menerusi laman Facebooknya.
Kadang-kadang, terfikir juga malam dah tidur cukup dah, tapi siang masih mengantuk lagi. Apa yang tak kena? Jaga-jaga, anda mungkin mempunyai simptom hipersomnia. Apa itu hipersomnia?
Hipersomnia merupakan satu gejala di mana anda akan mengalami mengantuk yang berlebihan. Mengantuk yang berlebihan atau ‘excessive sleepiness’ ini adalah disebabkan anda mempunyai tidur yang berlebihan pada waktu malam atau dalam keadaan lain, mempunyai waktu tidur yang berlebihan pada siang hari.
Berdasarkan World Sleep Foundation, ada tiga jenis hipersomnia iaitu:
Berasa mengantuk secara berulang dan kadang-kadang memerlukan hampir 16-20 jam sehari waktu tidur. Bila bangun tidur selama jam tersebut, masih tidak hilang rasa mengantuk.
Situasi yang sama seperti hipersomnia berulang, cuma keadaan memerlukan tidur dan selalu mengantuk berlaku setiap hari.
Ini berlaku kepada sesiapa yang pernah melalui tragedi seperti kemalangan atau kecederaan kepala. Mereka mungkin memerlukan tidur yang lebih lama tetapi jangan risau, post trauma selalunya akan hilang selepas beberapa minggu.
“Semalam dah tidur 10 jam dah, kenapa hari ni mengantuk macam tak tidur semalaman?”
Pernah merasakan situasi sebegini? Kadang-kadang mengantuk tu macam tak tidur semalaman, padahal dah 10 jam tidur. Bila datang pejabat atau memulakan kerja pada siang hari, mula lah nak mengantuk. Betul ke orang cakap kalau terlebih tidur pun boleh menyebabkan anda mengantuk pada waktu siang? Ya, memang salah satu sebab yang menjadikan anda mudah mengantuk pada waktu siang adalah kerana anda sudah ‘terlajak’ tidur dan mengalami HIPERSOMNIA! Apa itu hipersomnia? Jom kita baca.
Terdapat beberapa sebab yang menjadikan anda selalu mengantuk, antaranya ialah:
Jetlag adalah istilah yang digunakan bagi sesiapa yang baru sahaja pulang dari merantau atau melancong. Jetlag ini akan makin terasa jika anda ‘travel’ ke negara yang berbeza zon waktu dengan negara kita. Perbezaan waktu ini secara langsung akan memberikan kesan kepada jadual tidur kerana anda mungkin tidak terbiasa untuk tidur mengikut waktu di negara tersebut.
Salah satu sebab yang menjadikan anda mudah mengantuk adalah kerana anda bekerja secara ‘shift’ atau ‘rotation’. Bila bekerja secara ‘shift’, jadual waktu tidur anda agak berlainan dari satu masa ke masa yang lain. Kadang-kadang tidur pukul 1 pagi, kadang-kadang kalau waktu kerja bertukar, anda tidur pukul 8 malam. Jadi, perbezaan jadual ini akan menyebabkan tidur anda tidak teratur dan menyebabkan mengantuk.
Mungkin ramai orang yang melakukan perkara ini iaitu dengan melangkau waktu tidur. Biasalah, nak tengok bola, nak tengok ‘movie’ dan ada juga yang berjaga malam untuk menyiapkan kerja. Ini yang menyebabkan anda selalu mengantuk. Bila mengantuk, anda mesti akan tidur pada waktu siang kan? Rutin sebegini akan menganggu waktu tidur pada malam hari kerana anda akan merasa tidak mengantuk.
Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk mengelakkan masalah ini.
1. Kurangkan pengambilan air berkafein, merokok dan makanan pedas yang boleh mengganggu jadual tidur anda.
2. Atur jadual waktu tidur dan pastikan anda bangun dan tidur pada waktu yang sama pada setiap hari. Nanti, mudah untuk anda bangun tanpa perlu dikejutkan.
3. Mandi dengan air suam juga boleh dijadikan rutin kerana dapat membantu badan lebih relaks dan tenang.
4. Pastikan suasana di bilik lebih teratur dan nyaman. Hal ini kerana, suasana bilik yang tidak teratur dan tidak bersih juga boleh menyebabkan tidur anda terganggu.
5. Jika gejala hipersomnia ini makin berlarutan, pastikan anda bertemu dengan doktor supaya dapat konsultasi yang terbaik.
Jadi, peringatan untuk anda semua, tidur itu sangatlah penting untuk memastikan kesihatan badan terjamin. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup dan teratur, elakkan tidur yang berlebihan dan cukupkan tidur anda yang masih tidak cukup itu. Semoga artikel ini dapat membantu ya!
Selain itu, Dr Zubaidi Hj Ahmad turut berkongsikan kesan tidur secara berlebihan di laman Facebooknya.
Waktu tidur individu yang mengalami hipersomnia biasanya boleh mencecah lebih daripada 12 jam, sedangkan pola waktu tidur yang normal dan anjal untuk orang dewasa adalah dalam lingkungan enam hingga lapan jam sehari.
Terdapat beberapa kajian membuktikan bahawa individu yang tidur lebih lama daripada waktu yang sepatutnya cenderung menghidap penyakit kencing manis. Meskipun diketahui ia adalah penyakit turun-temurun tetapi, dengan mengamalkan tidur secara berlebihan risiko mendapat penyakit ini cukup tinggi.
Sekiranya anda biasa tidur lebih dari lapan jam setiap hari maka risiko untuk menderita sakit jantung adalah tinggi. Berdasarkan beberapa penelitian yang dijalankan, jumlah tidur sembilan hingga 12 jam sehari sangat tidak digalakkan kerana ia melebihi had waktu rehat yang sepatutnya.
Waktu tidur yang lebih dari lapan hingga sembilan jam sehari boleh meninggalkan kesan negatif ke atas tubuh badan. Pola tidur berlebihan boleh melambatkan fungsi sel otak sekali gus mengakibatkan masalah ingatan. Jika tidak ditangani segera, ia mungkin lebih membahayakan hingga mengundang risiko nyanyuk.
Kadar metabolisme dalam badan berjalan sangat perlahan ketika anda sedang tidur. Disebabkan itulah bagi individu yang mengamalkan tidur berlebihan berisiko tinggi untuk mengalami obesiti sehingga 21 peratus berbanding mereka yang mendapatkan tidur secara normal.
Nota dari Utusan Malaysia
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pernah tak anda tertanya-tanya mengapa gambaran atau visual seorang lelaki yang berpeluh dengan banyak sering dikaitkan dengan kesihatan yang baik? Jawapan mudah yang MASKULIN boleh berikan ialah kerana ia adalah benar!
Melakukan kegiatan sukan atau aktiviti yang menyihatkan akan menyebabkan kita berpeluh dengan banyak. Dan peluh itu sendiri merupakan salah satu mekanisme tindak balas badan yang baik.
Buat anda yang mungkin rasa rimas kerana berpeluh, usahlah beranggapan seperti itu kerana berpeluh itu awesome! Tahukah anda bahawa ramai wanita beranggapan bahawa lelaki kuat berpeluh dianggap sangat super hot dan gagah.
MASKULIN kongsikan 5 kelebihan utama lelaki kuat berpeluh yang ramai mungkin tak tahu.
Berpeluh adalah cara efektif untuk mengeluarkan benda asing seperti garam dan mengekalkan kalsium dalam tulang. Cara ini mengehadkan pengumpulan garam dan kalsium dalam buah pinggang dan air kencing yang membentuk batu karang.
Ia dapat melawan kuman seperti tuberculosis dan banyak lagi pathogens merbahaya. Peluh mengandungi cas positif anti-mikrobi yang melawan virus, bakteria dan kulat. Jika anda kerap berpeluh, ini akan menjauhkan anda daripada sakit seperti demam, selsema dan sebagainya.
Berpeluh juga salah satu cara efisien untuk mendetoks badan dengan membuang bahan alkohol, kolesterol dan garam, sebagaimana mengeluarkan toksin badan secara semulajadi. Kajian pada tahun 2011 dari jurnal Archives of Environmental and Contamination Toxicology menjumpai banyak elemen toksik dikeluarkan daripada peluh.
Tahukah anda, peluh mempunyai tinggi kandungan antibiotik sama seperti krim anti-bakteria. Jika kulit anda mempunyai sebarang luka atau gigitan serangga, ejen antibiotik dari peluh iaitu dermcidindapat akan mengubati dan melawan jangkitan kuman.
Lelaki yang berpeluh akan menimbulkan rasa ghairah dalam diri wanita. Lebih-lebih lagi bila lelaki bersukan, peluh yang mengalir dalam tubuh lelaki akan membuatkan lelaki lebih super hot.
Jadi bersenamlah dengan rutin yang kerap. Amalan gaya hidup sihat akan memberikan anda kualiti hidup lebih baik dan cergas!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kalau bercakap tentang makanan yang mampu membantu atau mengekalkan kekuatan ‘tenaga lelaki’ sememangnya ramai yang akan ambil perhatian. Dan MASKULIN percaya anda yang sedang membaca artikel ini juga sebenarnya mahukan maklumat berkenan topik di kami kongsikan ini.
Secara asasnya kesihatan seseorang itu akan jadi lebih baik jika mengamalkan diet yang seimbang. Tabiat pemakanan seperti mengurangkan makanan bergula makanan ringan dan bergarak merupakan salah satu langkah yang mampu membantu anda menjalai kehidupan yang sihat.
Bagi kesihatan seksual seorang lelaki pula terdapat beberapa jenis makanan yang terbukti mampu membantu menjadi lebih baik. Adakah anda seorang penggemar sayur bendi?
Jika ya tahniah kerana kacang bendi merupakan antara jenis sayur yang baik untuk kesihatan seksual lelaki.
Menurut laman sesawang Hello Doktor, kacang bendi merupakan sayur yang sangat baik kerana ia mengandungi beberapa komponen dan bahan yang mampu memberikan kesan positif kepada kesihatan seksual lelaki!
MASKULIN jangkakan ramai yang tak tahu perkara ini, bukan? Kacang bendi merupakan sejenis sayur yang kaya dengan mineral zink. Kewujudan mineral ini mampu membantu lelaki dari berdepan risiko mati pucuk atau erectile disfunction. Ia juga membantu meningkatkan tenaga intim lelaki.
Selain mineral zink, kadang bendi juga kaya dengan asid folik dan beberapa komponen lain yang mampu membantu meningkatkan bilangan sperma.
Ia merupakan komponen yang pentinf bagi mencegah jumlah sperma menjadi rendah selain dapat memekatkan. Tapi perlu ingat, pekat tidak semestinya jumlah sperma yang tinggi.
Makanan yang rendah kolesterol sememangnya sangat baik untuk kesihatan. Sebagai antara sayuran rendah koleksrol dan kalori, kacang bendi sangat sesuai buat anda yang ingin berdiet dan dalam pada masa yang sama mahu prestasi di kamar tetapi ‘tip top’!
Folat, juga dikenali sebagai vitamin B9, mewakili semua sebatian yang disebut folat yang terdapat secara semula jadi dalam makanan dan makanan tambahan.
Kacang bendi yang kaya dengan folat dapat memainkan peranan penting dalam membantu memantapkan kesihatan seksual seorang lelaki. Terdapat kajian yang pernah dilakukan pada tahun 2014 menunjukkan kebanyakan lelaki yang mati pucuk mengalami penurunan kandungan folat dalam badan.
Kacang benda cukup hebat dan kaya dengan antioksidan seperti polifenol dan flavanoid. Kedua-dua mempunyai nutrein yang sangat membantu mencegah berlakunya pembekuan darah selain dalam masa yang sama membantu kesihatan jantung lelaki.
Jadi jika anda mahu terus ‘perform’ dengan mantap jadikanlah bendi sebagai salah satu sayuran wajib dalam menu makanan anda!
Jom subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.