Ramai yang ambil rolled oat sebagai resipi sahur lebih-lebih jika anda sedang berdiet. Memang terbukti rolled oat mampu membuatkan perut kenyang dalam tempoh yang lama.
Ini penting agar perut anda boleh tahan sepanjang hari. Malah rolled oat juga berkhasiat untuk kesihatan jantung, selain mengurangkan kolesterol.
Jika anda sedang dalam proses diet dan mencari resipi sahur berasaskan rolled oat, apa kata ikuti resipi yang dkongsikan Fadhlia Nuur ini.
Lepas ni anda tak perlu bimbang kerana ada 20 resipi rolled oat untuk sahur yang sememangnya sihat dan sesuai untuk anda yang berdiet. Malah cara nak membuat resipi sahur rolled oat ini juga mudah. Selamat mencuba!
Salam. Sempena puasa esok, nak kongsi beberapa cadangan resepi untuk menu sahur.
Bahan utama: OAT (Rolled Oat)
? Kenapa oat?
– Lebih kenyang berbanding nasi
– Sesuai untuk sesiapa yang tak selera nak makan nasi ketika sahur
– Lebih sihat. Bagus untuk jantung, kurangkan berat dan kolestrol.
– Mudah dan cepat
– Sesuai untuk sesiapa yang tak nak makan berat tapi nak kenyang
? Kenapa rolled oat?
Sebab tekstur rolled oat lebih tebal dan kasar berbanding oat biasa. Jadi, bila direndam dalam air atau dimasak, ianya tidak terlalu lembik dan muak bila dimakan. Lagi satu, rolled oat memang asli tanpa sebarang gula atau bahan tambahan lain. Jadi memang ‘clean’ ye.
? Macam mana rupa rolled oat?
Scroll gambar sampai habis ?
? Cara makan:
Boleh dimasak atas api, direndam dalam air panas, dimakan dengan sup/tomyam, dikisar halus sebagai smoothie atau dijadikan overnight oat dan dimakan sejuk.
? Bahan-bahan utama:
• 4-5 sudu rolled oat
• Susu low fat/ full cream/ berperisa
• Buah-buahan
* Kiwi tak sesuai untuk overnight ya nanti pahit. Nak makan baru letak.
* Buah segar lagi bagus untuk lawas. Buah kering pun beres.
Bahan tambahan (optional);
• Yogurt
• Madu
• Chia seed/ flaxseed
• Kekacang
• Peanut butter
• Serbuk kayu manis
• Serbuk koko
Nota kaki: Ni saya tunjuk cara versi sihat ya. Kalau anda tak kisah pasal kalori, gula dan sebagainya, terpulanglah nak letak apa dan banyak mana kuantitinya ?
Tak boleh telan oat? Kembang tekak?
Cuba dulu resepi-resepi ni. Kalau tak boleh telan juga, makanlah roti atau biskut. Tak selera juga? Minum susu dengan kurma je dah.
Semoga Ramadhan kali ini mengajar kita ke arah hidup lebih sihat. Ramadhan kareem everyone. Selamat berpuasa! ?
Pssst..dah buat nanti share la nak tengok hasilnya ? #oatcarafn
1. Overnight Oat Kurma
– Kurma 3 biji. Kisar dengan susu dan chia seed.
– Gaul dengan rolled oat. Sejukkan.
– 4 sb chia seed dicampur dengan sedikit susu. Biarkan hingga pekat jadi puding.
– Lapiskan dengan mangga, susu dan oat.
5. Oat Dragonfruit Chia Pudding
– Cara sama macam oat mango tadi.
6. Chocolate Banana Overnight Oat
– Kisar sebiji pisang, susu dan serbuk koko
– Campurkan rolled oat
– Sejukkan
7. Banana Dragonfruit Smoothie
Ads
– Kisar rolled oat, pisang, dragonfruit dan susu
– Tabur ketulan pisang dan kuaci labu
8. Dragonfruit Overnight Oat.
– Buah ni pun antara yang paling sedap.
9. Mango Overnight Oat
– Ni guna mangga jenis lain. Tak ingat apa nama. Masam2 sikit. Chia pudding kat lapisan atas.
10. Mango Overnight Oat
11. Red Apple Overnight Oat
12. Banana Overnight Oat
13. Green Apple Overnight Oat with Strawberry Milk
14. Overnight Oat with Mulberry and Blueberry
15. Red Apple Overnight Oat
Ads
– Ada tambah yogurt
– Susu kurma farm fresh
16. Ni versi cepat dan malas haha
– Masa nak makan tu buat, takde rendam2 dah. Kena rajin kunyah la sikit ye. Letak strawberi dan bluberi.
16. Ni lagi malas, takde buah
– Campur dengan susu kurma je. Nak panaskan susu tu pun boleh.
17. Ni versi rajin ha. Versi masak ye.
– Didihkan air masak.
– Masukkan rolled oat.
– Dah kembang kejap, masukkan susu.
– Lepas tu masukkan epal merah dan kranberi.
– Tutup api. Gaul chia seed dan flaxseed.
* Ejas sendiri susu nak banyak ke sikit. Kalau tak letak air masak pun takpe.
* Epal tu kalau nak masak asing pun boleh. Buat caramelized apple sedap weh.
18. Ni pun versi masak
– Letak pisang dan kranberi. Kalau rasa tawar, masa nak makan tu boleh tambah madu.
19. Ni versi smoothie
– Boleh campur dengan apa-apa buah.
– Yang ni banana latte.
– Kisar rolled oat, pisang, susu dan serbuk kopi
20. Papaya Dragonfruit Overnight Oat ?
– Untuk sahur 1 Ramadhan esok, kita cuba resepi baru.
– Tak pernah cuba lagi letak betik. Letak buah naga untuk tambah kesedapan. InsyaAllah sedap. ?
– Gambar sebelum letak susu.
Ada macam-macam jenama rolled oat ni. Saya paling suka yang merah tu. Boleh beli di kedai bakery, giant, tesco atau aeon. Pasaraya kecil selalunya tak ada rolled oat. Ada oat kisar yang biasa tu je.
Instant oat tak sesuai untuk resepi overnight oat ya. Nama pun ‘instant’ kan, masa nak makan tu baru bancuh. Jika direndam lama nanti kembang semangkuk jadinya. Takut tekak muak tak boleh telan. Instant oat lebih halus dan lembut, serta dah dicampur dengan pemanis/ perasa tambahan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Melakukan senaman yang sama dan berulang-ulang kadangkala boleh menimbulkan rasa bosan. Tak dapat dinafikan juga tidak banyak jenis senaman konvensional atau popular melibatkan bahagian spesifik seperti dada.
Kebanyakan senaman tertumpu kepada bahagan lengan, bisep, kaki dan juga abdomen. Namun hakikatnya ramai lelaki yang mengimpikan untuk mempunyai dada yang bidang dan mantap seperti dilihat pada bentuk badan superhero Thor atau Superman.
Kali ini MASKULIN ingin kongsikan 5 jenis senaman bahagian dada yang boleh anda lakukan sendiri sama ada di gimnasium atau di rumah. Bergantung kepada jenis kelangkapan senaman yang anda ada.
Usah buang masa, jom sama-sama kita cuba!
BAND CHEST FLY
Bentuk senaman pemanas badan yang terbaik boleh anda lakukan khusus untuk bahagian dada. Pergerakan senaman ini juga mampu meregangkan tangan dan bahagian dada dengan kadar tenaga yang optimum.
Dapatkan dua tali senaman dan ikatkan di bahagian stabil. Pegang di kedua belah hujung dan lakukan gerakan ke depan. Bengkokkan badan sedikit ke depan dan cuba rapatkan kedua belah tangan yang memegang hujung tali.
BATWING FLY
Senaman ini pula merupakan jenis senaman yang memerlukan anda berbaring. Mulakan dengan beban yang ringan dan tingkatkannya sedikit demi sedikit. Caranya mudah saja.
Duduk atau baring di atas bangku senaman dengan kedua belah tangan memegang dumbbells. Luruskan kedua belah tangan dan angkat beban tersebut. Ini boleh merangsang otot bagaian dada untuk menjadi lebih fleksibel dan lebih pejal.
INCLINE DUMBBELL BENCH PRESS
Untuk melakukan senaman ini anda juga perlu menggunakan dua dumbbells dan juga kerusi senaman backrest.
Pegang kedua-dua dumbbells di atas bahagian dada. Luruskan tangan ke atas dan perlahan-lahan bawa ia ke bawah paras dada. Ulang sebanyak 8 kali dan rehat.
CABLE FLY
Pasangkan tali senaman yang boleh regang di bahagian kiri dan kanan. Pastikan ia dipasang pada paras kepala. Pegang kedua hujung tali dan rapatkan tangan anda ke bawah.
Tangan dan lengan anda akan ‘dikerjakan’ dengan meregangkan bersama talit tersebut. Selepas ditarik ke bawah perlahan-lahan lepaskan regangan itu kembali ke tempat asal. Ulang sebanyak beberapa kali.
DECLINE DUMBBELL BENCH PRESS
Satu lagi bentuk senaman dada terbaik dengan menggunakan dumbbells. Baring di atas kerusi senaman. Letakkan kaki anda di bahagian penahan yang terdapat di kerusi tersebut. Pegang kedua-dua deumbells pada paras dada dengan tangan tang lurus.
Tangan anda harus menghadap ke bahagian kaki dan berat dumbbells berada di luar bahagian bahu. Rendahkan dubmbbelss secara perlahan ke bahagan dada, berhenti seketika dan angkat ke bahagian atas semula.
Semoga 5 jenis senaman ini dapat membantu anda mendapatkan dada yang mantap dan hebat. Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bukan mudah nak bakar kalori degil jika ia sudah lama bertapak dalam badan. Kalau tidak melakukan senaman, bimbang kalori ini boleh mengganggu kesihatan tubuh, sekali gus mendatangkan pelbagai penyakit. Namun apabila disuruh untuk bersenam ke gim, terasa malas!
Jangan bimbang! Jika anda kategori lelaki yang malas bersenam, 12 cara paling mudah ini boleh anda cuba untuk bakar kalori.
1. Letakkan kenderaan jauh
Letak kenderaan anda di tempat letak kereta agak jauh agar anda boleh memaksa diri anda untuk banyak berjalan. Berjalanlah di mana sahaja dan pada bila masa yang anda sukai. Dengan berjalan kaki selama 20 minit bersamaan dengan 2000 langkah, anda telah berjaya membakar 100 kalori.
2. Makan sikit-sikit tapi kerap
Jika anda makan sedikit tetapi lebih kerap, badan anda akan sentiasa mencernakan makanan, sekali gus menjadi lebih aktif untuk membakar kalori. Makan dengan cara ini lebih menyihatkan jika dibandingkan anda makan banyak satu atau dua kali dalam sehari.
3. Naik tangga
Setiap larian tangga boleh membakar sebanyak 5 kalori. Walaupun hanya 5 kalori, lebih baik daripada tiada langsung. Oleh itu mulai dari sekarang. Latih diri anda untuk naik dan turun tangga sama ada di pejabat atau di rumah berserta dengan sedikit senaman selama 30 minit. Dengan aktiviti ini, anda telah dapat membakar sebanyak 100 kalori.
4. Makan makanan pedas
Makan makanan pedas seperti cili juga boleh menghilangkan kalori. Cili mengandung capsaicin yang akan memanaskan badan, mempercepat metabolisme dan membantu tubuh membakar kalori dengan lebih cepat.
5. Lakukan sexercise
Aktiviti ini merupakan senaman yang baik kerana ia dapat membakar banyak kalori. Seberapa banyak kalori yang terbakar selama melakukan hubungan kelamin bergantung pada berat badan, durasi dan seberapa banyak gerakan yang dilakukan. Sebagai contoh, jika seseorang mempunyai berat 70 kg, berhubungan selama 15 minit, ia akan membakar sekitar 72 kalori. Jika orang tersebut berhubungan kelamin selama 5 minit, maka dia akan membakar sebanyak 24 kalori. Jika dia berhubungan selama 45 minit, maka kalori yang terbakar adalah 216 kalori.
Tidak hanya hubungan kelamin, pemanasan (foreplay) juga membakar kalori meskipun dalam jumlah yang lebih sedikit. Orang yang sama seperti di atas akan membakar sebanyak 25 kalori jika melakukan pemanasan selama 15 minit. Ia akan membakar 216 kalori jika melakukan 45 minit pemanasan.
6. Ketawa
Membakar kalori dengan ketawa mungkin kedengaran tidak masuk akal, tapi ketawa mampu meningkatkan denyut jantung dan mempercepat metabolisme yang mempengaruhi berat badan seseorang.
7. Minum kopi dan suplemen metabolisme
Kafein merangsang sistem saraf di dalam badan dan membantu untuk memecahkan lemak-lemak kepada bentuk yang paling ringkas. Ia juga membantu dalam pengeluaran hormon adrenaline. Suatu kajian mengatakan purata kadar metabolisme mereka yang meminum kopi berkafein adalah 16% lebih tinggi berbanding mereka yang meminum kopi tanpa kafein.
8. Melompat
Melakukan senaman melompat atau skipping selama 15 minit dalam sehari mampu membakar lebih 100 kalori.
9. Buat kerja-kerja di rumah
Cuci rumah, membasuh baju dan lain-lain kerja rumah adalah salah satu cara bersenam juga. Habiskan masa selama 45 minit dengan mencuci, menyidai dan menggosok pakaian anda dan anda boleh membakar 100 kalori.
10. Berdiri
Jika anda berdiri selama 20 minit selang beberapa jam, ia dapat membakar 100 kalori dalam badan. Anda boleh lakukan aktiviti ini sama ada di pejabat (berdiri semasa menjawab panggilan telefon, bercakap dengan rakan sekerja atau ketika melakukan pembentangan kertas kerja). Tidak pun anda lakukan aktiviti ini di rumah.
11. Tidur
Anda boleh membakar 100 kalori semasa tidur jika anda menambah dua hingga 5 pound berat otot anda. Bagaimana? Tambahkan pengambilan protein anda dan bersenam di gim.
12. Bermain pool/snooker
Bermain pool dan snooker selama 40 minit dapat membakar 100 kalori. Bayangkan kalau bermain selama berjam-jam? Mesti banyak kalori yang sudah terbakar.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Penyakit hernia atau angin pasang amat sinonim dengan lelaki walau bagaimanapun, penyakit hernia biasanya menyerang kerana terdapat bahagian khusus dalam rongga perut yang mengawal fungsi alat kelamin. Hernia juga dikenali sebagaia angin pasang surut kerana kewujudan bonjol yang tengelam dan timbul.
Hernia juga boleh berlaku di kawasan pertengahan bahagian depan abdomen dan ini dikenali sebagai epigastric (bahagian atas pada abdomen), paraumbilical (atas dan bawah umbilicus) dan umbilical hernia (pada umbilicus).
Pasang surut berlaku apabila otot (muscles) yang berada di antara perut dan peha itu menjadi lemah, samada memang telah lemah sejak dari lahir atau menjadi lemah apabila umur telah meningkat.
Faktor telah dikesan yang menyebabkan otot di kawasan itu menjadi lemah:
Seseorang itu sering batuk terutamanya seorang perokok. Batuk akan memberikan tekanan yang tinggi kepada organ2 dalam tubuh kita. Tekanan yang tinggi menyebabkan usus terkeluar dari tempat asalnya dan membentuk bonjolan yang dapat dilihat dengan mata kasar.
Seseorang itu sering melakukan kerja2 yang berat seperti mengangkat barang2 yang berat dan apa2 sahaja pekerjaan yang melibatkan seseorang itu sering membongkok dan berdiri tegak semula.
Seseorang itu sering meneran ketika ingin membuang air besar dan ini berlaku mungkin disebabkan sembelit.
Berkemungkinan sejak lahir, otot di kawasan tersebut sudah bermasalah dan menjadi lemah.
Berat badan yang berlebihan.
Jenis-Jenis hernia
Hernia di kelangkang (Groin hernia)
Hernia selepas pembedahan (Incision hernia)
Hernia di pusat (Umbilical hernia)
Hernia atas pusat (Epigastrik hernia)
Hernia inguinal
Menurut Perunding Bedahan Am, Payudara dan Endokrin, Tropicana Medical Centre, Dr. Zamzuri Zakaria, masalah hernia ini tidak boleh dipandang ringan kerana jika lambat mendapatkan rawatan, ia boleh menyebabkan komplikasi yang mampu membawa maut.
“Hernia ialah benjolan tidak normal yang berlaku dari satu kaviti ke kaviti lain. Hernia yang paling sering ditemui ialah hernia inguinal yang muncul di kawasan sekitar ari-ari dan pangkal peha. Malah benjolan tersebut boleh besar sehingga ke bahagian kerandut kerana bahagian otot dinding kulit yang lemah terlalu besar.
“Komplikasi boleh berlaku apabila bahagian yang terkeluar contohnya usus, mati akibat halangan untuk masuk kembali dan tisu tersebut tercekik di laluan tersebut lalu menyebabkan iskimia iaitu darah tidak dapat mengalir ke bahagian tersebut dan akhirnya gangren.
“Jika kuman sudah mula menyerang bahagian yang telah mati itu, ia boleh mengancam nyawa. Sebab itu pengesanan dan rawatan awal amat penting bagi mengelakkan sebarang komplikasi,”
Sumber : Utusan
Hernia inguinal banyak berlaku dan boleh dibahagikan kepada dua iaitu indirect, hernia kongenital yang berlaku sejak lahir. Dianggarkan 800 hingga 1,000 dalam satu juta penduduk lelaki menghidap hernia jenis ini. Indirect boleh berlaku pada mana-mana peringkat umur dan empat kali ganda lebih kerap ditemui berbanding direct hernia.
Direct pula ialah hernia yang dihidapi hanya orang dewasa. Kebanyakan pesakit ialah lelaki berusia 40 hingga 60 tahun. Ada pesakit menghidap jenis inguinal hernia campuran direct dan indirect.
Gejala dan tanda-tanda angin pasang ialah terasa mual di bahagian hernia dan ingin muntah, rasa ngilu yang amat keras, terdapat benjolan di lokasi hernia,perut kembung disertai dengan mual dan muntah, jika berbaring benjolan hernia mula hilang.
Hernia atau disebut juga sebagai angin pasang, burut atau pasang surut lebih dikenali sebagai penyakit lelaki, kerana hanya orang lelaki mempunyai bahagian khusus dalam rongga perut (abdomen) untuk mendukung fungsi alat kelaminnya.
Jadi hati-hati jika korang ada merasakan benjolan pada bahagian ini dan sebaiknya berjumpa dengan doktor agar rawatan dapat dikendalikan dan di rawat.
Semoga info ini memberi manfaat kepada semua.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.