Hormon testosteron ialah sejenis hormon steroid lelaki dari kumpulan Androgen dan merupakan HORMON SEKS utama lelaki.Ia bukan saja penting untuk anda membina otot bahkan untuk melancarkan keinginan seksual anda juga. Malangnya ramai juga antara kita yang kurang sedar yang kadar pengeluaran hormon semakin menurun apabila umur semakin meningkat setiap tahun sebaik saja memasuki usia 30 tahun.
Namun begitu, 4 masalah di bawah yang berkaitan dengan kekurangan tahap testosteron sebenarnya masih boleh diubati.
“KAJIAN MENDAPATI LELAKI YANG MEMPUNYAI PARAS TESTOSTERON RENDAH MEMPUNYAI 40% RISIKO LEBIH TINGGI UNTUK MATI AWAL”
1. Kehilangan Keupayaan Seks
Kebanyakan lelaki yang kekurangan kadar testosteron akan mengalami keinginan seksual yang rendah – sukar untuk membangkitkan keghairahan dan lesu di bilik tidur. Hormon inilah yang beroperasi untuk menjana keinginan seksual anda – seperti ketika anda ternampak sesuatu yang meransang nafsu, anda akan berasa tergoda untuk melakukan seks.
Ads
2. Otot Anda Mengecil
Testosteron membantu tubuh anda untuk menjana metabolisma untuk membina otot engan menggalakkan tubuh anda untuk menghasilkan protein bagi tujuan tersebut. Tanpa kewujudan hormon ini anda akan mengalami masalah untuk membina otot dan seterusnya anda bakal mengalami kehilangan otot-otot yang anda pernah bina dahulu.
Ads
3. Zakar Akan Mengecil
Tanpa aliran hormon testosteron yang lancar, tisu pada zakar dan skrotum akan mengecut dan mengecil – sebagai hasilnya zakar anda kian mengecil.
Terapi testosteron pun sukar untuk mengembalikan semula saiz zakar anda yang mengecil itu – tapi ia masih mampu meningkatkan pembesaran zakar anda mungkin dalam seinci atau dua inci.
Ads
4. Perut Anda Membesar
Mereka yang mengalami kanser prostat semuanya mempunyai masalah perut yang besar – ini pula adalah akibat daripada kekurangan hormon testosteron. Penghasilan lemak di sekitar perut dan pinggang ini adalah dijana oleh lipoprotein lipase yang disebabkan oleh kekurangan hormon testosteron.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Petinju yang bergelar juara Light Heavyweight WBC Asian Continental, Adli Hafidz Mohd Pauzi atau lebih dikenali sebagai Adli Goldenboy pernah berlatih seorang diri sebagai persiapan untuk bertanding di Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) suatu ketika dahulu.
Bercerita kepada MASKULIN, Adli Goldenboy mengenang kembali saat dia terpaksa mengorbankan sesi latihan di Johor kerana mendapat tawaran melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi MARA (UiTM).
“Waktu itu saya dapat tawaran sambung belajar di UiTM dan pada waktu itu saya terpilih untuk mewakili negeri Johor ke SUKMA,” katanya.
“Saya kena korbankan masa saya berlatih di Johor dan saya harus berlatih sendiri di kampus”.
Dengan kekurangan kemudahan untuk berlatih sekitar awal 2000an di kampus itu, Adli tekun menjalani latihan dengan usaha sendiri, bahkan terpaksa menumpang kemudahan beg penumbuk milik persatuan taekwondo universiti itu.
“Itu adalah titik perubahan untuk saya belajar erti kecekalan,” kata Adli lagi.
Hasil keazaman dan disiplin yang tinggi itu, Adli berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram.
Hal ini kerana Adli diberitahu oleh jurulatihnya di Johor yang dia tidak boleh bertanding di temasya SUKMA jika dia tidak menurunkan berat badannya.
Itulah antara sebab mengapa Adli tekad untuk berlatih sendiri di kampus. Menurutnya, dia akan berlatih setiap kali selepas tamat sesi kuliah.
Penat lelahnya menyusun di antara jadual latihan dan jadual kuliah ternyata membuahkan hasil apabila pada temasya SUKMA berkenaan, Adli berjaya mara ke peringkat akhir dan membawa pulang pingat perak.
Adli percaya tiada apa yang mustahil selagi mana seseorang itu mempunyai kepercayaan yang tinggi pada diri sendiri
“Berlatih seorang pun boleh berjaya. Janji kena disiplin dan pengurusan masa sebagai seorang mahasiswa itu kena betul,” tambah Adli.
Anda beruntung! Kajian buktikan lelaki mudah hilang berat badan berbanding wanita. Ramai wanita yang merungut gagal dan susah nak turunkan berat badan walaupun mereka dah buat macam-macam. Kalau berat mereka turun pun agak perlahan dan lambat.
Sebenarnya memang ada perbezaan yang ketara antara lelaki dan wanita, malah lelaki lebih mudah mencapai sasaran menurunkan berat berbanding wanita. Perkara ini diperakui oleh pakar selepas pelbagai kajian dan penyelidikan tentang perbandingan jantina dilakukan.
Jurnal Diabetes, Obesiti dan Metabolisme yang dikaji oleh sekumpulan saintis telah menghimpunkan lebih daripada 2,000 orang dewasa yang berdepan dengan masalah pra-diabetes dan obesiti dari Eropah, Australia dan New Zealand.
Kesemua individu ini menjalani diet 800 kalori sehari yang terdiri daripada sup dan bijirin selama lapan minggu dan makan 375 gram sayur-sayuran rendah kalori yang terdiri daripada tomato, timun dan salad.
Selepas tempoh lapan minggu, saintis mendapati golongan lelaki turun berat badan paling banyak iaitu purata 11.8 kg berbanding wanita hanya sekitar 10.2 kg. Selain berat badan, kajian juga mendapati kadar lemak dalam badan turun.
Bukan itu sahaja, 35% lelaki dan wanita melaporkan tahap glukosa darah cenderung normal dan tidak lagi pra-diabetes. Pra-diabetes merupakan keadaan kadar gula darah bermula di atas normal, tetapi tidak sehingga diabetes.
Secara umumnya, ini membuktikan lelaki mempunyai metabolisme lebih tinggi dan lebih lemak viscera. Malah disebabkan lelaki mengambil lebih banyak kalori setiap hari daripada wanita, maka kesan pengurangan kalori lelaki akan lebih cepat.
Ini 5 sebab lelaki lebih mudah hilang berat badan seperti yang dilaporkan dalam beberapa laman portal kesihatan menurut kajian oleh penyelidik.
Portal Verywell menerusi sebuah kajian yang diterbitkan dalam Journal of Applied Physiology mendapati lelaki mempunyai 10 hingga 15% lebih banyak otot daripada wanita. Semakin banyak otot yang lelaki miliki, maka lebih banyak kalori yang akan dibakar, walaupun anda dalam keadaan rehat. Ini kerana otot adalah bahagian tubuh yang aktif metabolik, maka ia cenderung untuk membakar lebih mudah apata lagi jika ditambah dengan senaman yang konsisten.
Bagi wanita pula, lemak subkutan yang meraka miliki melekat pada permukaan kulit. Biasanya, lemak ini tersebar di sekitar paha, punggung dan pinggul kerana ia akan digunakan untuk melahirkan anak. Ia tidak aktif secara metabolik maka sukar untuk dibakar dengan aktiviti atau senaman.
Hormon estrogen dalam tubuh wanita berperanan penting untuk penyediaan mereka semasa bersalin anak dan meningkatkan libido hubungan intim. Malah hormon ini juga menyebabkan wanita sukar menurunkan berat badan.
Menurut penyelidik dari Universiti New South Wales, estrogen membakar kalori lebih banyak selepas makan kerana ia memulihkan jumlah lemak yang terkumpul di dalam badan. Lemak ini kemudiannya digunakan sebagai persediaan untuk melahirkan anak, terutamanya di bahagian pelvis wanita.
Disebabkan kadar metabolisme yang tinggi dan hormon, tubuh lelaki memberi reaksi segera apabila anda dalam usaha menurunkan berat badan. Menurut Jurnal Nutrisi British, lelaki dua kali lebih banyak kehilangan berat badan dalam tempoh dua bulan pertama selepas menyertai program diet seperti Atkins, Slim-Fast dan Weight Watchers berbanding wanita. Namun selepas bulan ke-6, kadar penurunan agak statik manakala wanita kekal menurun walaupun pada tahap perlahan.
Tidak seperti lelaki, wanita tergolong dalam kategori “emotional eater” atau pemakan emosi. Menurut penyelidik dari Makmal Kebangsaan Brookhaven, apabila wanita terdedah kepada bau atau melihat makanan tertentu, niat makan mereka lebih tinggi berbanding lelaki.
Apabila wanita stres, panik atau depresi, mereka mudah memberikan respons terhadap makan. Kalau lelaki pula lebih memilih rokok, minum alkohol atau terlibat dalam aktiviti lain untuk menghilangkan stres, panik atau depresi.
Apabila bersenam wanita cenderung untuk rasa cepat panas, mudah letih dan lemah kerana kapasiti paru-paru wanita lebih kecil berbanding lelaki. Ini menyebabkan sistem pernafasan wanita terpaksa bekerja keras untuk memproses oksigen ke dalam badan ketika mereka bersenam, selain menyebabkan lemak subkutan dalam tubuh wanita tidak terbakar dengan cepat seperti otot lelaki.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Semua orang suka aktiviti joging. Tapi yang buat kita patah semangat nak joging, bila badan cepat penat dan tapak kaki sakit. Sudahnya, hasrat nak teruskan joging tak kesampaian.
Bagi mengelakkan anda putus asa ketika melakukan aktiviti joging ini, seorang pengguna bernama WehPaih berkongsi di laman Twitternya tip untuk anda mulakan joging perlahan dan betul untuk mengelakkan cepat penat dan tapak kaki sakit.
Ketahui fakta sebenar tentang protein bar untuk lelaki aktif — adakah ia benar-benar sihat atau sekadar snek berkalori tinggi? Fahami cara pilih dan guna protein bar dengan bijak supaya badan kekal fit dan bertenaga.