Sama ada anda sedar atau tidak, didapati tidak ramai pengguna gimnasium melakukan senaman kaki. Mungkin juga anda akan perasan ada mereka berbadan besar tetapi kecil di bahagian kaki, seolah-olah seperti kaki ‘ayam’.
1. Lunge
Ads
– Senaman ini boleh dilakukan menggunakan berat badan sahaja, dumbbell, iron plate, barbell atau kettlebell. Cuba tambah beban secara berperingkat.
– Anda juga boleh lakukan static lunge sekiranya kekurangan ruang atau lakukan walking lunge sekiranya anda mempunyai ruang.
– Semasa melakukan senaman ini, buka kaki anda selebar bahu, pandang lurus ke hadapan, langkah ke hadapan dan rendahkan badan anda sehingga paras paha, selari dengan lantai.
2. Squat
-Senaman ini agak popular dan sinonim dengan senaman di bahagian kaki. Senaman ini antara paling berkesan serta melibatkan pelbagai sendi dan otot. Senaman ini juga melibatkan kekuatan di bahagian kaki, abdomen serta tulang belakang anda.
-Senaman ini boleh menggunakan pelbagai beban seperti barbell, dumbbell dan sebagainya.
-Buka kaki anda selebar bahu, berdiri dalam keadaan tegak dan hanya bengkokkan sedikit kaki anda semasa dalam posisi permulaan.
-Semasa anda merendahkan badan, pastikan lutut tidak melebihi hujung kaki dan paha perlu selari dengan lantai.
Ads
3. Step Up
-Senaman yang mudah dilakukan di mana-mana sahaja, sama ada di taman rekreasi atau pun di rumah.
-Paras ketinggian bangku atau bench sepatutnya optimum apabila anda pijak, paras paha juga perlu selari dengan paras lantai.
-Sekiranya terlalu rendah, ia kurang berkesan dan sekiranya terlalu tinggi, ia akan terlalu sukar, cuba ketinggian yang pelbagai secara berperingkat mengikut kemampuan anda.
-Semasa anda mulakan langkah, pastikan badan tegak, pandang ke hadapan dan hembus nafas, dan semasa anda langkah ke belakang, tarik nafas . Jangan lakukan dengan terlalu laju. -Pastikan permukaan bangku atau bench stabil. Cuba tambah beban secara progresif.
Ads
4. Sumo Dead-lift
-Senaman ini pula lebih efektif membina otot kerana posisi kaki yang lebih sukar untuk mengangkat beban.
-Anda boleh menggunakan pelbagai jenis beban seperti dumbbell ataupun barbell.
-Pastikan posisi kaki anda menghadap penjuru, tolak badan anda ke atas dengan menggunakan tumit kaki dan hembus nafas. Pastikan juga kaki dan badan tegak dan jangan melengkung.
Selamat mencuba, lakukan senaman ini dengan meningkatkan dulu pengulangan dan kemudian tambah beban secara berperingkat. Cuba sebanyak 3 hingga 4 set dan 20 hingga 30 pengulangan bagi mereka yang ingin membakar lebihan lemak. Dapatkan langkah dan teknik senaman yang betul.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bagi yang ada anak kecil, tentu akan risau kalau anak kecil demam atau sakit ketika musim perayaan. Apatah lagi ketika ini kebanyakan klinik akan tutup dan bercuti lama.
Jadi sebagai persiapan bila balik ke kampung untuk hari raya nanti, sebaiknya sediakan segala perubatan untuk anak-anak kecil dan diri sendiri sekiranya sakit.
Anda boleh sediakan senarai First Aid Kit Hari Raya sebagaimana yang dikongsikan oleh Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan menerusi Facebooknya. Ini perkongsian beliau.
Minggu depan dah cuti sekolah. Baju raya dah siap. Kuih raya dah siap. Ada yang dah siap pek barang nak balik kampung. Kereta pun dah servis. Namun ada perkara yang ramai lupa untuk bersedia.
Musim perayaan ni, banyak klinik dan farmasi akan bercuti lama. Jadi, kalian kena siapkan beberapa alatan asas penjagaan kesihatan. Terutamanya yang ada anak kecil dan yang nak pulang ke kampung. Malah semua rumah perlu ada set ni.
Ini senarai First Aid Kit Hari Raya Medtweetmy: lihat gambar dan kapsyen. Kongsikan agar ramai dapat manfaatnya!
1. Tisu basah / Baby wipes : antara benda penting ni! Rasanya semua orang yang ada anak ada benda ni di rumah.
2. Nappy Rash Cream : Musim raya ni, kita makan macam-macam, kadang anak yang menyusu badan pula yang kena cirit birit sampai melecet bontot. Benda ni sangat membantu elakkan kulit menggelupas akibat kerap basah.
3. Paracetamol / ubat demam : Dos dia 15mg/kg (setiap kilo berat badan, darab 15mg). Contoh: anak 10kg, maka 10kg x 15mg/kg = 150mg (miligram tau bukan ml).
4. Ubat batuk : Boleh beli ubat batuk komersil atau di farmasi. Sila ikut sukatan yang disyorkan pada kotak produk. Baca betul-betul. Jangan salah. Baca juga mana sesuai untuk kanak-kanak, mana yang tidak. Ada yamg menyebabkan ngantuk, jadi hati-hati.
5. Syringe / picagari : Ini untuk beri ubat pada anak-anak kecil. Nak buat cuci luka pun boleh. Nak main tembak-tembak air dengan sepupu pun boleh. Haha.
6. Cawan: dah makan ubat, mesti nak minum, kan? Standby je satu cawan plastik. Manalah tahu diperlukan.
7. Nasal Aspirator : Kalau hidung anak berhingus dan tersumbat, boleh sedut hingus guna bendalah ni. Picit, masuk lubang hidung, dan lepas.
8. Nasal Aspirator : ini versi kena sedut pakai mulut. Bila sedut, hingus masuk tabung kecil tu, tak masuk mulut anda. Cuma virus/bakteria dari anak boleh masuk mulut anda.
9. Nasal Aspirator : ini jenis pam elektrik. Paling senang. Tapi mahal. Duit raya anak anda yang tahun lepas, anda buat lah beli benda ni. Hehe
10. Saline spray : ini spray untuk legakan hidung berhingus. Boleh guna untuk bayi dan anak-anak kecil. Boleh beli di farmasi.
11. Oral aid : semasa raya ni kita atau anak-anak mudah kena ulser mulut. Boleh beli gel macam Bonjela, Keno atau apa-apa jenama di farmasi.
12. Paracetamol tablet : Ni pun beli siap-siap. Sakit kepala. Sakit tangan lenguh kacau dodol. Sakit hati je tak boleh. Kalau sakit hati cepat-cepat minta maaf. Bila lagi nak minta maaf kalau bukan Hari Raya.
13. Methyl Salicylate : ubat sapuan panas untuk lenguh otot-otot. Mak Bapak kita suka ni.
14. Calamine Lotion : Kalau gatal-gatal, ruam-ruam biasa, bolehlah sapu ni. Lega, boleh tidur nanti.
15. Vaseline : ni untuk lembapkan kulit, tapi tak nak kulit basah. Kalau kulit basah selalu, nanti berkedut dan mudah menggelupas. Pakai tau!
16. Losyen : kalau tak nak pakai Vaseline jenis jelly, boleh pakai jenis losyen. Kulit mesti jaga.
17. Swab Alkohol : ini alkohol dalam bentuk swab. Koyak paket dia, keluarkan tisu beralkohol, dan lap kawasan yang kita nak sterilkan. Ada jual di farmasi.
18. Plaster aid : ni semua orang kenal. Tampal dekat pipi, nampak macam rapper terkenal. Saya lupa nama dia. Haha.
19. Crepe bandage : ni bukan crepe yang isi durian tu. Ni pembalut kalau ada apa-apa kecederaan. Berguna benda ni.
20. Gunting : pastikan gunting ni bukan gunting yang anda potong cili kering, potong ikan, potong kain raya. Guna gunting bersih dan tak berkarat. Beli satu khas untuk first aid kit.
21. Tweezers : Tak silap saya, dalam bahasa jawa, namanya ‘catut’. Boleh guna untuk cabut selumbar ke, apa ke. Cabut uban nenek anda pun boleh juga.
22. Termometer : beli termometer. Mudah. Cuma jangan beli yang ada bebuli merkuri. Kalau pecah bebuli dia nanti, susah nak bersihkan. Beli yang eletronik. Yang baca dahi ke, telinga ke, tak kisah.
23. Plaster (micropore) : ni untuk tampal gauze atau bandage. Ini jenis plaster yang benarkan kulit bernafas. Kalau pakai selotape, berkuap nanti. Hehe.
24. Gauze: kain kasa : Boleh guna untuk cuci luka. Tutup luka sebelum balut dengan bandage. Beli yang steril lebih baik. Dalam paket. Ada pelbagai saiz. Pilihlah yang mana sesuai.
25. Flavin/ ubat kuning : kalau ada luka, cuci bersih-bersih pakai saline water, kemudian pakai ni. Tutup dengan gauze, dan balut.
26. Glucometer : Kalau ada kemampuan, beli satu untuk mak abah yang ada kencing manis. Senang dia nak pantau paras gula dalam darah.
27. Sphygnomanometer : untuk periksa tekanan darah. Beli juga untuk mak abah. Mesti mereka sayang kau lebih baik dari tahun sebelumnya.
28. Ubat cirit-birit : Hari Raya adalah pesta makanan dan minuman, jadi keberangkalian terkena cirit-birit adalah tinggi. Boleh beli ubat cirit-birit dari farmasi awal-awal. Tanya siap-siap pada ahli farmasi, mana boleh beri kanak-kanak, mana yang tak boleh. OK?
29. Oral Rehydration Salt (ORS) : kalau cirit-birit, maka banyak hilang garam mineral, jadi kena ganti semula kehilangan itu. Bancuh ORS dan minum setiap kali tercirit.
30. Bekas: gunalah bekas apapun, asalkan bersih. Susun barang-barang di atas elok-elok. Simpan dalam tempat kering dan suhu bilik. Kecuali ubat. Ubat kena simpan ikut apa yang disyorkan oleh pengeluar. Kalau nak balik kampung, bawa kotak ni sekali! Kalau tengah jalan nanti ada apa-apa berlaku, kan dah senang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Episod duka ketika bertandang ke Litar Suzuka, Jepun musim lepas segera dilupakan Azlan Shah Kamaruzaman dalam usaha terus mengekalkan kedudukan selaku pendahulu keseluruhan dalam Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) hujung minggu ini.
Musim lalu, Azlan hadir ke Suzuka selaku pendahulu keseluruhan dan berjaya menamatkan Perlumbaan 1 di kedudukan kelima untuk terus kekal mendahului senarai pelumba namun pelumba itu terlibat dengan kemalangan ketika menuju ke padok sehingga menyebabkan kakinya patah dan terlepas perlumbaan kedua di Suzuka serta pusingan berikutnya di India.
Keputusan itu menyebabkan Azlan keciciran mata sekaligus terlepas peluang untuk memenangi gelaran kedua SuperSports 600cc selepas kali pertama melakukannya pada tahun 2013.
Tetapi kini pelumba berusia 33 tahun itu tidak terganggu dengan insiden lepas sebaliknya tekad memberikan aksi terbaik untuk mengekalkan kedudukan di tangga teratas.
Jelasnya, dia kini tekad berusaha yang terbaik dan insiden tahun lepas tidak menjejaskan keyakinannya.
“Saya tekad beraksi dengan lebih baik bagi mengekalkan kedudukan pendahulu. Jika tidak dapat menang pun, saya sasarkan penamat di atas podium.
“Pasukan juga melakukan persediaan yang rapi. Kami ada melakukan beberapa sesi ujian di Jepun dan disamping itu saya juga melakukan latihan sendiri untuk memastikan saya berada dalam kondisi terbaik untuk beraksi di Suzuka.
“Saya tidak boleh memandang mudah perlumbaan minggu ini kerana selain pencabar di dalam siri ARRC ini, kehadiran pelumba wildcard dari Jepun juga perlu diberi perhatian.”,” jelas Azlan yang kini mendahului kedudukan keseluruhan dengan 83 mata.
Kedudukan kedua milik Taiga Hada (Rama Honda by NTS T.Pro Ten 10) dengan 55 mata dan Mohd Zaqhwan Zaidi (Musashi Boon Siew Honda Racing) ketiga dengan 54 mata.
Selain dunia bola sepak, dunia ragbi juga turut bersimpati atas nasib malang pemain Selangor FC (SFC), Faisal Halim yang melecur tahap empat akibat disimbah asid, baru-baru ini.
Legenda ragbi dunia, Sonny Bill Williams juga turut serta memberikan kata-kata semangat kepada pemain Harimau Malaya itu dan mengharapkan Faisal Halim tabah serta sabar dapat menjalani ujian itu.
Kata-kata Sonny dikongsikan SFC menerusi satu klip pendek di laman Instagram pasukan itu, semalam.
“Assalamualaikum saudaraku Faisal. Sonny Bill Williams di sini. Saya hanya ingin mengucapkan semoga Allah memudahkan urusan kamu dan keluarga.
“Saya doakan yang terbaik untuk saudaraku Faisal. Insya-Allah kekal kuat kerana dengan kesukaran pasti akan datang kesenangan.
“Insya-Allah kesenangan itu akan hadir lebih cepat daripada yang kita jangkakan,” kata Sonny.
Terdahulu, insiden Faisal disimbah asid itu juga mendapat perhatian daripada bintang bola sepak dari luar negara.
Dua pemain Manchester United, Alejandro Garnacho dan penjaga gol, Andre Onana menzahirkan simpati serta mendoakan kesembuhan buat Faisal.
Dalam satu temu bual bersama Stadium Astro, Onana yang juga penjaga gol kebangsaan Cameroon turut memberikan kata-kata semangat kepada pemain Selangor itu.
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.