Ramai yang memilih untuk menaiki eskalator ketika ini untuk naik ke aras lain kerana ia disifatkan lebih praktikal, jimat waktu dan tidak menggunakan tenaga yang banyak.
Tetapi anda juga perlu tahu bahawa jika anda memilih untuk menaiki tangga, banyak manfaat yang akan ada terima terutamanya untuk tubuh badan anda :
1. Membakar kalori
Kajian menunjukkan mereka yang naik tangga tubuhnya akan membakar lebih banyak kalori per minit berbanding anda jogging bersungguh-sungguh. Naik tangga juga boleh membakar kalori anda 9 kali lebih tinggi berbanding ada sedang duduk dan 7 kali lebih tinggi berbanding anda menaiki lif atau eskalator.
Ads
2. Menurunkan risiko strok
Salah satu manfaat naik tangga adalah boleh menurunkan risiko strok dalam tubuh anda. Caranya, biasakan diri untuk naik tangga 3 hingga 5 kali seminggu.
3. Menyihatkan jantung
Ads
Pelbagai penelitian telah dibuat untuk membuktikan aktiviti naik tangga sememangny bermanfaat untuk kesihatan jantung. Ini kerana ia dapat meningkatkan kesihatan organ jantung dan paru-paru sehingga melancarkan aliran darah yang membawa oksigen ke jantung.
Ads
4. Menguatkan otot
Pada saat anda naik tangga, sistem tulang dan otot di seluruh tubuh anda juga akan ikut bergerak aktif. Mulai dari otot kaki, otot lengan sehinggalah otot punggung. Semakin banyak pergerakan tulang dan otot, maka ini akan bermanfaat untuk menurunkan risiko pengeroposan tulang atau osteoporosis.
Memasuki zaman serba praktikal, situasi hari ini membuatkan ramai orang menjadi malas untuk gerak. Oleh sebab itulah mengapa ramai orang dewasa termasuk anak-anak mudah terkena obesiti dan perasaan malas.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Coway, syarikat Best Life Solution semalam telah berjaya menghimpun lebih 10,000 peserta dalam acara larian tahunannya, Coway Run. Bertemakan “Enter Our World“, Coway mengalu-alukan orang ramai untuk melangkah ke Coway’s World untuk merasai pengalaman yang menakjubkan dari perspektif Coway. Coway Run merupakan salah satu inisiatif yang diperkenalkan oleh Coway Malaysia bagi membuktikan komitmen syarikat dengan cogan kata “Change Your Life” serta meningkatkan kualiti hidup orang ramai.
Bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur yang merupakan salah satu lokasi paling bersejarah di Malaysia, Coway Run 2023 telah disempurnakan dengan sesi pelepasan para pelari oleh Pengarah Urusan Coway Malaysia, Kyle Choi diiringi oleh Duta Jenama Coway Malaysia, Mira Filzah.
“2023 menandakan tahun ketujuh berlangsungnya acara Coway Run di Malaysia, dan larian tahun ini mempunyai kepentingan yang luar biasa atas dua sebab yang menarik,” kata Pengarah Urusan Coway Malaysia, Kyle Choi .
“Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya di mana pilihan dihadkan kepada larian 5km dan 10km larian kompetitif, penambahan baharu ini (larian 21km separuh maraton) meningkatkan cabaran dan membuka peluang kepada peserta kami untuk menguji keupayaan mereka dalam mencapai rekod peribadi yang lebih baik.
“Coway Run bukan sahaja menggalakkan kesejahteraan fizikal badan, ia juga memberi peluang unik untuk setiap individu berkongsi pengalaman dan kisah mereka bagi memupuk perpaduan dan kebersamaan yang lebih kukuh dalam masyarakat kami melalui satu aktiviti sihat,” tambahnya.
Larian 5km mesra keluarga tahun ini menampilkan halangan seperti terowong kabus, terowong penggelek dan labirin tilam yang diilhamkan daripada produk terkini Coway seperti Penyaman Udara Coway, Kerusi Urut Coway dan siri tilam premium.
Terowong pemercik air dan terowong angin yang mewakili penulen air serta udara Coway membantu menyejukkan badan para peserta dan membawakan pengalaman berlari yang menyeronokkan untuk para peserta. Produk-produk Coway bersaiz besar, Water Café, gerai permainan interaktif disediakan untuk memeriahkan suasana.
Coway Run 2023 juga menyediakan ruang kepada peserta untuk memberikan impak positif kerana RM10 daripada hasil jualan setiap tiket akan didermakan kepada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Coway. Coway sentiasa komited untuk mewujudkan sebuah dunia dimana manusia dan alam sekitar dapat hidup bersama secara harmoni.
Usaha bersama ini telah berjaya mengumpulkan lebih dari RM100,000 dan dana tersebut akan digunakan dalam aktiviti-aktiviti CSR Coway termasuk Happy Water Project, sebuah program untuk membekalkan air minuman yang bersih kepada mereka yang memerlukan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ada segelintir orang menjadikan mee segera sebagai menu sahur kerana ia mudah, murah dan cepat untuk disediakan. Tak kurang juga menjadikan mee segera sebagai menu sahur kononnya boleh mengurangkan berat badan ke tahap ideal.
Namun ramai yang tidak mengetahui kesan buruk pengambilan mee segera terhadap tubuh badan jika diambil secara kerap. Ini kerana makanan yang diawet termasuk mee segera mempunyai kandungan sodium yang tinggi.
Jika sodium diambil berlebihan daripada keperluan seharian tubuh boleh menyebabkan pengekalan air dalam badan seterusnya membawa kepada berat badan berlebihan.
Lebih teruk lagi, pengambilan sodium yang tinggi ini juga akan menyebabkan anda mudah diserang sakit jantung, strok, kerosakan buah pinggang dan pelbagai penyakit lain. Jadi pastikan anda makan makanan yang berkhasiat sepanjang sebulan bersahur.
Awas! Ini antara bahaya yang bakal ada hadapi jika berterusan bersahur dengan menu mee segera.
Umum mengetahui bahawa untuk mengurangkan berat badan, seseorang haruslah minum air yang secukupnya. Mee segera yang mempunyai lemak tepu (saturated fat) tinggi akan menyebabkan badan anda mengalami kekurangan air sekali gus menjadi penyumbang yang besar kepada masalah berat badan berlebihan.
Sesetengah orang masih gagal mengurangkan berat badan biarpun mereka telah mengurangkan pengambilan kalori seharian dan mengamalkan senaman secara kerap. Antara penyebabnya, miiki tahap metabolisme yang rendah. Disebabkan bahan perasa dan pengawet dalam pemprosesan mee segera, maka pengambilan mee segera yang berlebihan akan merendahkan tahap metabolisme untuk anda mengurangkan berat badan.
Penghadaman amat penting dalam pengurangan berat badan. Pakar menasihatkan agar kurang pengambilan makanan ringan di waktu malam untuk mempercepatkan proses penghadaman seperti biskut dan buah-buahan. Pengambilan mee segera secara kerap akan menyebabkan ketidakhadaman sekali gus mengganggu usaha anda untuk mencapai berat badan yang diidamkan.
Kandungan dioxin dan plasticizers yang terkandung dalam pek pembungkusan (biasanya dalam bentuk mangkuk atau cawan) juga dikatakan mampu mempertingkatkan risiko serangan kanser di kalangan pengguna. Bahan kimia yang terlarut dalam air panas boleh menjadi bahaya sekiranya mee segera itu dimakan terus dari mangkuk.
Mee segera mempunyai kandungan penuh dengan jumlah yang tinggi natrium. Penggunaan berlebihan natrium membawa kepada penyakit jantung, strok dan tekanan darah tinggi.
Monosodium Glutamate digunakan untuk meningkatkan rasa dalam mee segera. Orang yang alah kepada MSG dan mengambil mee segera sebagai sebahagian daripada diet akan mudah mengalami sakit kepala.
Kandungan dalam bahan perencah mee segera juga mengandungi kadar Monosodium Glutamat dan garam yang tinggi. Bahan perisa ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutamanya terhadap fungsi buah pinggang.
Jadi ambillah makanan yang berkhasiat sepanjang bersahur. Jangan kerana nak cepat tidur atau nak cepat-cepat bersahur, anda jejaskan kesihatan tubuh badan dengan pengambilan mee segera.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jenama sukan global, FILA, terus mengukuhkan kedudukannya dalam segmen gaya hidup aktif dengan pelancaran koleksi terbaharu, FILA FLOAT Collection, dalam satu acara penuh bertenaga yang berlangsung di Putrajaya.
Lebih daripada sekadar pelancaran produk, acara FILA Fun Run 2026 ini berjaya menghimpunkan lebih 1,300 peserta yang hadir untuk meraikan gaya hidup sihat, kesejahteraan serta semangat komuniti dalam suasana yang santai tetapi bermakna.
Turut mencuri perhatian adalah kehadiran dua figura popular tempatan, Amelia Henderson dan Amir Ahnaf, yang bukan sahaja memeriahkan acara tetapi turut berkongsi pandangan mereka tentang kepentingan gaya hidup aktif dalam kehidupan seharian.
Dalam dunia moden yang semakin sibuk, larian kini bukan lagi sekadar aktiviti kecergasan, tetapi menjadi sebahagian daripada gaya hidup.
Amelia Henderson melihat larian sebagai elemen penting dalam keseimbangan hidupnya.
“Gaya hidup aktif sentiasa menjadi sebahagian penting dalam kehidupan saya, sama ada berlari, bersenam atau sekadar memastikan diri sentiasa bergerak sepanjang hari. Ia membantu saya kekal cergas dan mengekalkan gaya hidup yang sihat dan seimbang,” katanya.
Beliau turut menekankan kepentingan keselesaan dalam pemilihan kasut, khususnya untuk mereka yang sentiasa aktif.
“FILA FLOAT MAX 2.0 yang baharu, dilengkapi teknologi SKYFOAM LITE, menawarkan kusyen selembut awan serta keselesaan sepanjang hari yang membolehkan saya kekal bergaya dan selesa setiap hari,” tambahnya lagi.
Bagi Amir Ahnaf pula, pendekatan terhadap kecergasan lebih tertumpu kepada konsistensi dan disiplin.
“Konsistensi sangat penting bagi saya. Saya perlukan kasut yang mampu menyokong dari segi keselesaan, kestabilan dan sokongan yang baik,” jelasnya.
Beliau turut berkongsi pengalaman menggunakan model FILA FLOAT E7 4.0 yang menurutnya menawarkan keseimbangan antara prestasi dan keselesaan.
“FILA FLOAT E7 4.0 menawarkan keseimbangan itu, dengan teknologi TPU Stable Ring yang membantu mengekalkan kawalan dan kestabilan. Material 3D Engineered Mesh bersama tapak dalam Ortholite pula memastikan kaki kekal sejuk dan selesa, walaupun untuk larian jarak jauh,” katanya lagi.
Tambah beliau, teknologi SKYFOAM LITE yang digunakan turut memberikan kusyen responsif yang meningkatkan keselesaan sepanjang penggunaan.
Apa yang menarik tentang koleksi FILA FLOAT adalah pendekatannya yang inklusif.
Direka untuk semua tahap pengguna, daripada beginner hingga pelari berpengalaman, koleksi ini memberi fokus kepada keselesaan dan fungsi tanpa mengabaikan elemen gaya.
Dengan penggunaan teknologi SKYFOAM LITE dan tapak dalam Ortholite, kasut ini menawarkan pengalaman larian yang lebih ringan, responsif dan selesa.
Konsep “Feel The Float In Every Run” yang dibawakan mencerminkan usaha FILA dalam memberikan pengalaman larian yang lebih lancar dan effortless kepada pengguna.
Dalam koleksi ini, FILA memperkenalkan dua model utama yang direka untuk memenuhi keperluan berbeza.
FILA FLOAT MAX 2.0 lebih sesuai untuk penggunaan harian dan larian ringan. Ia menampilkan struktur rolling sole yang membantu pergerakan lebih lancar, selain material mesh yang memberikan pengudaraan baik sepanjang hari.
Sementara itu, FILA FLOAT E7 4.0 pula direka untuk pelari yang lebih konsisten dan memerlukan kestabilan tambahan. Dengan sokongan teknologi TPU Stable Ring serta struktur yang lebih kukuh, ia sesuai untuk larian jarak jauh dan latihan intensif.
FILA Fun Run 2026 bukan sekadar acara larian biasa.
Peserta turut disajikan dengan pelbagai aktiviti interaktif termasuk cabaran “Test Your Speed”, eksplorasi zon koleksi FILA FLOAT serta ruang bergambar interaktif yang memberikan pengalaman lebih menyeronokkan.
Acara ini turut mendapat sokongan daripada pelbagai jenama seperti Insta360, Spritzer, Munchy’s Oat Krunch, CHAGEE dan Lancôme, sekali gus memperlihatkan kolaborasi pelbagai pihak dalam mempromosikan gaya hidup sihat.
Apa yang jelas, pelancaran FILA FLOAT Collection bukan sekadar tentang produk.
Ia adalah refleksi kepada bagaimana jenama sukan kini bergerak ke arah membina komuniti, menggalakkan gaya hidup aktif dan menyediakan solusi yang praktikal untuk pengguna moden.
Dengan gabungan teknologi, reka bentuk dan pengalaman komuniti, FILA berjaya mencipta sesuatu yang relevan dengan keperluan hari ini.
Kehadiran Amelia Henderson dan Amir Ahnaf dalam acara ini bukan sekadar melengkapkan suasana, tetapi memperkukuh mesej bahawa gaya hidup aktif boleh dinikmati oleh sesiapa sahaja.
Dengan koleksi FILA FLOAT, setiap langkah kini bukan sahaja lebih ringan, tetapi juga lebih bermakna.
Dan dalam dunia yang semakin pantas bergerak, mungkin itulah yang paling penting bergerak dengan selesa, konsisten dan penuh gaya.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang