Hari Raya Aidilfitri adalah waktu yang dinanti-nantikan oleh semua. Ia bukan sahaja hari kemenangan selepas sebulan berpuasa, tetapi juga peluang terbaik untuk berkumpul dengan keluarga. Namun, setiap kali Syawal menjelma, pasti timbul satu isu klasik – beraya di kampung suami atau isteri?
Sebagai seorang suami dan lelaki, ada beberapa sebab yang mewajarkan hak mereka untuk menentukan lokasi beraya.
Jangan risau, ini bukan alasan untuk jadi diktator dalam rumah tangga, tetapi lebih kepada logik yang boleh difahami dengan hati terbuka. Jangan marah ya!
1. Lelaki adalah Ketua Keluarga
Dalam Islam, lelaki dipertanggungjawabkan sebagai pemimpin rumah tangga. Seperti yang disebut dalam al-Quran:
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita…” (Surah an-Nisa’, 4:34)
Sebagai ketua keluarga, lelaki bukan sahaja perlu membimbing dari segi agama tetapi juga dalam membuat keputusan yang terbaik untuk keluarga. Pemilihan lokasi berhari raya adalah sebahagian daripada tanggungjawab ini.
2. Lelaki Wajib Jaga Ibu Bapa Mereka
Seorang anak lelaki tetap mempunyai tanggungjawab kepada ibu bapanya, lebih-lebih lagi jika mereka sudah tua atau memerlukan perhatian lebih. Terutamanya ibu.
Dalam hadis riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda; “Ibu kamu (adalah manusia yang paling berhak untuk kamu berbuat baik kepadanya), kemudian ibu kamu, kemudian ibu kamu, kemudian bapa kamu.”
Ads
Maka diambil manfaat daripada hadis ini bahawa seorang ibu didahulukan dalam proses berbuat baiknya seorang anak itu kepada kedua ibubapanya sebanyak tiga kali ke atas bapanya. Tetapi ini tidak bermakna ayah dan ibu tidak perlu diraikan sama rata.
Jika ibu bapa lelaki lebih memerlukan perhatian atau tiada anak lain yang boleh menjaga mereka, maka wajarlah jika suami memilih untuk beraya di kampung halamannya terlebih dahulu.
3. Suami Adalah Pemberi Nafkah
Dalam kebanyakan keluarga, suami bertanggungjawab menyara keluarga dari segi kewangan.
Perjalanan balik kampung, duit raya, dan persiapan raya selalunya datang dari poket suami. Oleh itu, wajarlah jika dia diberi sedikit hak untuk menentukan lokasi perayaan, sesuai dengan kemampuannya.
Sebagai contoh, jika kampung isteri terlalu jauh dan kos perjalanan tinggi, suami boleh memilih untuk beraya di tempat yang lebih berpatutan.
Ads
4. Keselesaan dan Logistik
Banyak faktor logistik perlu dipertimbangkan—kesesakan jalan raya, keadaan anak-anak kecil, dan tempat penginapan.
Jika kampung isteri jauh dan menyusahkan untuk perjalanan balik dengan anak-anak yang masih kecil, keputusan beraya di tempat yang lebih praktikal mungkin lebih bijak.
Bayangkan beraya dengan mood tertekan kerana perjalanan jauh yang memenatkan, bukankah lebih baik memilih lokasi yang lebih tenang untuk kebahagiaan semua?
5. Boleh Bergilir Dengan Adil
Ini bukan alasan untuk anda sebagai suami menafikan hak isteri, tetapi lebih kepada keseimbangan. Jika tahun ini beraya di kampung suami, tahun depan boleh di kampung isteri.
Pendekatan ini lebih adil dan tidak menjadikan isteri rasa terpinggir. Selain itu, jika keluarga suami atau isteri sudah bersetuju untuk beraya secara bergilir-gilir, keputusan ini boleh mengelakkan konflik yang tidak perlu.
Hakikatnya, keputusan tentang tempat beraya bukanlah hak mutlak lelaki, tetapi ia lebih kepada tanggungjawab sebagai ketua keluarga yang perlu mempertimbangkan banyak faktor.
Jika isteri memahami kepentingan ini, dan suami pula bersikap adil serta bertoleransi, keputusan boleh dibuat dengan lebih harmoni.
Akhir kata, suami bukan raja yang boleh memaksa isteri dan isteri pula bukan hamba yang wajib menurut tanpa soal.
Perbincangan, toleransi, dan kasih sayang adalah kunci utama dalam menentukan di mana Syawal diraikan.
“Perkahwinan itu bukan soal siapa yang menang dalam perbincangan, tetapi bagaimana kedua-duanya boleh menang dalam kebahagiaan.”
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ini adalah 7 sikap wanita yang kebanyakan lelaki akan kata TIDAK untuk jadi teman wanita.
1) GEDIK
Majoriti lelaki tidak suka pada perempuan yang perangainya gedik-gedik. Walau bagaimanapun, ada yang berpendapat, perempuan-perempuan yang bertaraf cun boleh lagi diterima kegedikan mereka.
2) BUSUK/TERLALU WANGI
Ramai lelaki bersetuju tidak sukakan perempuan yang busuk ataupun terlebih wangi. Maknanya, mereka mahukan perempuan yang ala kadar sahaja. Wangi tak, busuk pun tak. Kalau busuk, yang cantik boleh jadi buruk. Kalau terlebih wangi, yang cantik boleh menyakitkan. Jadi, kepada perempuan di luar sana, kalau nak mengenakan minyak wangi sekalipun, jangan guna yang terlalu menyakitkan hidung.
3) Selekeh
Selekeh dalam erti kata lain ialah tidak pandai bergaya ataupun memang tak pernah bergaya. Pemilihan tona-tona warna untuk digayakan penting kepada mereka ini. Dua daripada mereka tidak bersetuju kerana selekeh itu hanyalah luaran semata-mata, yang penting tidak pengotor.
4) Berlagak
Lelaki amat menyampah dengan perempuan berlagak. Dengan nada kerasnya, mereka bersetuju. Ada juga lelaki yang sukakan perempuan yang sombong kerana menganggap perempuan itu satu makhluk yang suci dan indah, sombong itu bukan tanda berlagak, tetapi pemalu. Betul ke?
5) Demand
Ramai lelaki bersetuju perempuan yang demand patutlah dihindari. Perempuan yang demand ini dianggap kaki kikis duit PTPTN mereka. Di awal perkenalan, ajak makan aiskrim pun tak nak. Tapi, bila dah kenal,macam-macam dia minta.
6) Mekap tebal
Lelaki kurang senang dengan perempuan yang suka mengenakan mekap tebal kerana mekap tebal ini dianggap menyembunyikan wajah sebenar si perempuan. Pada mereka, perempuan yang tidak mengenakan mekap atau mekap ala kadar adalah lebih cantik.
7) Bising
Perempuan bising sangat annoying. Mereka berpendapat, perempuan yang bising ini kurang kasih sayang ataupun mengalami masalah kecelaruan identiti yang menyebabkan mulutnya tidak boleh berhenti bercakap. Mereka lebih sukakan perempuan yang ayu dan pandai menjaga mulutnya.
Gambar Hiasan : RAZMAN RAZMI
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
SEKARANG NI, NAK BELI PRODUK PUN TAKUT SEBAB BANYAK SANGAT BAHAN KIMIA DALAM YANG DICAMPUR.
BAHAN BERBAHAYA DALAM PRODUK KECANTIKAN. BOLEH MENYEBABKAN KANSER?
Jika kita berpendapat bahawa produk-produk kecantikan kulit yang di import dari negara luar selamat sepenuhnya. Sebenarnya tidak!
Terdapat beribu-ribu bahan kimia dalam produk kecantikan pelbagai jenama ni, banyak yang diserap ke dalam badan anda. Bahan kimia ini mencekik kita dari dalam dan membunuh kita perlahan lahan.
Banyak daripada bahan kimia sintetik di dalam produk ini memberi kesan
Iritasi kulit, menembusi kulit
Mengganggu fungsi sistem endokrin
Dan karsinogenik (penyebab kanser).
Parabens.
Parabens digunakan secara meluas sebagai bahan pengawet yang menghalang pertumbuhan bakteria, kulat dan yis dalam produk kosmetik. Bunyi yang baik, bukan? Tidak begitu pantas, mereka melakukan lebih daripada itu.
Parabens memiliki sifat-sifat menghampiri hormon estrogen yang dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser payudara. Bahan kimia ini diserap melalui kulit dan telah dikenal pasti dalam sampel biopsi dari tumor payudara.
Mereka boleh didapati dalam make-up, pencuci badan, deodoran, syampu dan pembersih muka.
Warna sintetik.
Jika kita perhatikan pada label produk kosmetik & kecantikan dalam simpanan. Cari FD & C atau D & C.
Ada tak? Kalau ada, ini sebenarnya mewakili warna tiruan yang digunakan dalam produk.
F – mewakili makanan dan D & C mewakili dadah dan kosmetik. Abjad abjad ini mendahului warna dan nombor dalam susunan (contohnya, D & C Merah 27 atau FD & C biru 1).
Warna-warna sintetik ini diperolehi daripada petroleum atau arang batu sumber tar.
Warna warna sintetik (buatan manusia) ini disyaki menjadi punca kanser (karsinogen) pada manusia, kerengsaan kulit dan dikaitkan dengan ADHD pada kanak-kanak.
ADHD ni satu keadaan di mana anak-anak kita kurang fokus & hiperaktif.
The European Classification and Labeling telah mengelaskan bahan ini sebagai karsinogenik pada manusia & Kesatuan Eropah telah mengharamkan penggunaannya.
Fragrance / Wangian.
Kalau kita periksa belakang botol produk ni, ada yang tertulis “fragrance” aka wangian. Apa sebenarnya wangian ni. Istilah ini telah dicipta untuk melindungi “formula rahsia” syarikat pengeluar
Tapi selamat ke untuk kita guna wangian ni? Sebab apa?
Sebab tahun lepas kita boleh baca di akhbar, wangian dari bahan kimia tertentu boleh sebabkan kanser.
Rupa rupanya banyak bau bauan yang kita sangka kan semula jadi, berasal dari bahan kimia. Termasuklah bau limau, tomato, lavender dan sebagainya.
Tetapi sebagai pengguna produk ini, kita boleh secara tanpa sedar memasukkan ramuan yang mengandungi bahan kimia yang berbahaya kepada kesihatan kita.
Menurut Environmental Working Group (EWG) Skin Deep Database, Wangian wangian ini telah dikaitkan dengan
Alahan
Dermatitis
Masalah pernafasan
Dan kemungkinan gangguan ke atas sistem pembiakan / kesuburan. Bahan bahan berbahaya ini boleh didapati dengan mudah di rumah kita .
Minyak wangi
Cologne
Perapi
Syampu
Pencuci badan
Dan pelembap.
Terutama dalam produk-produk import.
4.Phthalates.
Phthalates adalah sekumpulan bahan kimia yang digunakan dalam beratus-ratus produk untuk meningkatkan fleksibiliti dan kelembutan plastik.
Phthalates utama yang di gunakan secara meluas dalam kosmetik dan produk penjagaan peribadi adalah
Phthalate dibutil di kuku,
Phthalate diethyl dalam minyak wangi dan losyen
Dan dimetil phthalate dalam semburan rambut.
.
Bahan ini telah dikenal pasti sebagai
Pengganggu sistem endokrin
Dan telah dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser payudara
Perkembangan payudara di awal usia bagi perempuan
Dan kecacatan sistem pembiakan lelaki dan perempuan semasa kelahiran.
Bahaya kan? Malangnya, penggunaan bahan ini tidak dinyatakan pada setiap produk kerana ia digolongkan bersama wangian ( kononnya termasuk dalam “formula rahsia” yang digunakan syarikat tersebut), salah satu kelemahan utama dalam undang-undang yang telah dieksploitasi syarikat pengeluar.
Bahan bahan ini juga boleh didapati dalam
Deodoran
Minyak wangi / colognes
Semburan rambut
Dan pelembap.
.
5.Triclosan.
Triclosan digunakan secara meluas oleh syarikat pengeluar sebagai bahan kimia antimikrob. Sedangkan bahan ini dah dikenal pasti sebagai pengganggu sistem endokrin. Terutama sekali pada sistem tiroid. Dan hormon pembiakan yang menjejaskan kesuburan suami & isteri. Triclosan juga dikenali menyebabkan kerengsaan (ketidakselesaan) kulit.
Kajian lanjut menunjukkan penggunaan triclosan menyebabkan bakteria semakin kebal antibiotik.
Tiada bukti mencukupi yang menyokong penggunaan sabun anti-bakteria mengandungi triclosan memberikan lebih manfaat berbanding cucian sabun biasa & air.
Tricolson boleh didapati dalam
Ubat gigi
Sabun antibakteria
.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pengertian lelaki Maskulin Lelaki yang memiliki dan menjaga penampilan dengan caranya tersendiri, dalaman mahupun luaran. Tidak semestinya memiliki badan yang tegap semata.
Motivasi It’s my passion! Memiliki minat mendalam serta inginkan tubuh yang cantik untuk tingkatkan tahap keyakinan dan ingin nampak lebih maskulin.
Rutin dirasakan jarang dibuat tetapi anda lakukan, dan ia benar-benar berhasil Pada setiap kali saya bangun daripada tidur dan sebelum tidur, saya akan membuat warm up seperti sit ups dan push ups.
Trend ‘Selfie’ di gim. Pandangan anda? Ada positif dan negatifnya kerana ada sesetengah pihak akan menyalahgunakan sumber tersebut. Malah memberi kesan tersendiri. Positifnya ia akan menggalakkan ramai untuk mencuba pelbagai peluang seperti modeling, berlakon dan sebagainya.
Jika berpeluang membuka gim sendiri, nama dan keistimewaan berbanding gim sedia ada. Dfab Fitness (The Fabulous Fitness). Keistimewaannya, saya akan pastikan gim ini adil buat semua kaum, jantina dan lapisan masyarakat.
Jika berumur 50 tahun, dan anda masih ingin menampakkan susuk tubuh menawan, apa yang perlu lakukan? Faktor umur sememangnya tidak boleh dielakkan. Sekiranya masih punya tenaga, saya akan lakukannya. Namun, jangan terlalu memaksa kerana ia boleh memakan diri. Just to maintain the body.
Gym partner, rakan baik atau teman wanita? Saya memilih untuk bersenam bersama dengan rakan baik kerana kami mempunyai minat yang sama. Connection kami selalunya kukuh demi mencapai matlamat yang kami sasarkan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.